Monday 9 September 2013

Unauthorised Authorised Letter / Surat Kuasa yang Tak Berkuasa

Teks   : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
www.wetfeet.com

Dalam sehari dua yang lepas, kita dikejutkan dengan tumpasnya satu lagi sindiket penipuan alaf baru menggunakan kad SIM.  MO atau modus operandi mereka ialah menggunakan surat kuasa atau authorised letter.



Sila rujuk kenyataan PDRM di : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.652692594741051.1073742055.161086313901684&type=1



Dalam urusan perbankan, peranan surat kuasa juga memberi impak besar dalam urusan seharian dengan pelanggan.  Bagi pelanggan perniagaan khususnya, memberi surat kuasa kepada bank untuk mewakilkan pekerja mereka melakukan transaksi bagi pihak mereka adalah perkara yang biasa.

Transaksi-transaksi yang menggunakan surat kuasa ialah:

1.   pengambilan buku cek/penyata/geran kereta/cek-cek yang dikembalikan
2.   pengeluaran wang bagi pihak syarikat - untuk pengecualian caj perkhidmatan
3.  pengambilan cek-cek yang dikembalikan
4.  kemaskini buku akaun (sesetengah bank tidak mempraktiskannya lagi)
5.  penutupan akaun - kebiasaannya melibatkan penutupan akaun sendirian berhad dan perkongsian ataupun akaun syarikat yang diarah tutup oleh Bank Negara Malaysia. 


Bagaimanapun, pihak bank mempunyai prosedur yang ketat dalam memastikan kesahihan surat kuasa dan tidak akan meneruskan transaksi seandainya terdapat keraguan pada surat tersebut.  Pada fikiran saya, selepas terbongkarnya MO penipuan menggunakan surat kuasa ini, pihak bank akan mengetatkan lagi prosedur dan mungkin mengharamkan terus penggunaan dokumen tersebut. 

Satu kisah, yang mungkin sedikit berbeza tetapi masih kena mengena dengan surat kuasa ialah surat pengesahan majikan.

Lokasi tempat kerja saya adalah kawasan 'panas'.  Namakan sahaja segala bentuk kemesuman.  Kongsi gelap, ah long, kedai kuda, snooker, pelacuran, rumah urut, semuanya ada.  Satu ketika, bank kami dibanjiri oleh para 'pelajar' daripada Tanah Besar China membawa pasport dengan pas lawatan sosial beserta surat kuasa yang mengatakan mereka adalah pelajar sebuah kolej di Mid Valley.

Jika kena pada hari saya bertugas baik di kaunter depan atau kaunter penyeliaan, potensi untuk bertekak dan berkonflik memang ada.  Saya, biasanya akan menelefon nombor yang terdapat pada surat tersebut, membuat 'soal siasat' serba sedikit untuk memuaskan hati.

Kadang-kadang 'pelajar-pelajar' ini ditemani oleh guru-guru mereka yang terdiri daripada lelaki-lelaki berwajah bengis, berbeg silang atau bertatu dengan telefon bimbit atau hands-free yang tak henti-henti berbunyi.  Kebiasaannya, jika berlaku pula konflik dengan 'guru' mereka, saya terpaksa pula memanggil 'guru besar' saya!

Saya teringatkan seorang adik yang saya namakan Ping.  Dia memang sangat 'berbulu'  dengan kehadiran 'pelajar-pelajar' ini yang sebenarnya bekerja sebagai GRO dan surat kuasa tersebut adalah palsu!

Moralnya, apa-apa dokumen yang sampai ke tangan kita, baca dan selidiki.  Ambil masa untuk mengenalpasti kesahihannya agar tidak menyesal di belakang hari.

Catatan di dalam 'pejabat' baru.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung