Monday 9 September 2013

Jadual Saya

ofis baru yang sudah diapprove oleh Bpk. Brigider Jeneral (sbb ofis lama selalu pasang lampu, ganggu dia nak tidur...)
Teks       :  Monalita Mansor
Gambar  : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini hari baru.  Betul-betul baru.  Perkhabaran daripada Cikgu Aishah malam tadi benar-benar membuatkan tidur saya bagaikan melekat di bantal.  Nyenyak umpama bayi di dalam rahim.



Suri rumah, tugas tak pernah berhenti.  Pengurus rumah, kata adik saya, Saniah.  Saya sekadar nak berkongsi jadual saya setiap hari.  Tak adalah saya tulis di mana-mana dinding, semuanya dah tersusun di dalam kepala walaupun kadang-kadang saya melencong daripada jadual.

Pagi-pagi, lepas anak-anak ke sekolah, selepas sidai kain dan sambil sarapan, saya akan masuk ofis.  Buka FB biasanya.  Semak notification atau message.  Kalau tak ada, baca dan share apa-apa yang menarik.  Televisyen saya buka.  Menonton slot Raudhah sampai jam 10.00.  Tapi hari ni, saya dah masuk ofis baru.  Jauh daripada televisyen.  Jadinya saya buka Youtube Tanyalah Ustaz.  Sekarang sedang mendengar pencerahan daripada Ustaz Haslin Baharin.

Perlu saya kira.  Raudhatul Ulum bukan terhad di masjid dan sekolah agama sahaja.  Dengan teknologi yang ada, manfaatkan sebaik mungkin.  Kalau anda beranak kecil, buka televisyen dan sambil buat kerja, dengar-dengar.  Tidurkan anak di depan televisyen, biar dia menyerap ilmu.

Maaf, saya bukanlah baik sangat.  Bukan menyebar riak kerana nak beritahu saya dengar Tanyalah Ustaz sedangkan anda tidak, tidak! Hati yang sentiasa mengunjungi taman raudhah (majlis ilmu) akan lebih lembut, lebih tenang, percayalah.

Saya ni pemarah orangnya.  Dengan anak-anak bukan main garang.  Suamipun begitu.  Jadi, kadang-kadang suara saya boleh dengar sampai ke flat sebelah kalau tengah marah.  Kan?  itu bukanlah contoh yang baik nak mengajar anak.  Tapi berbeza sebelum-sebelum ni, saya payah nak menurunkan 'minyak' tu.  Sekarang, alhamdulillah (semoga saya konsisten)

Opss, saya teruskan dengan jadual saya tadi.  Hari Selasa, saya ke pasar basah.  Tapi tetap juga masuk ofis sekejap.  Senangnya begini, saya bahagikan hari saya kepada tiga blok.  Blok pagi, ke pasar/menulis/kemas rumah/ke librari.  Blok kedua, memasak/menulis/tidur.  Blok ketiga biasanya saya peruntukan untuk suami dan keluarga.  Kecuali kalau ada dengungan yang sangat-sangat menyantak kepala, saya bangun dan menulis juga.

Tabiat buruk saya ialah menyambil.  Sambil buat itu, saya buat ini.  Sambil memasak saya boleh berhenti sekejap, menulis.  Sambil sidai kain berhenti sekejap, buat kerja lain.  Jangan ditiru, nanti tak fokus.

Tak ada yang menarik pun kan?  tapi saya suka.  Bukan!  saya cintakan profesion suri rumah merangkap penulis ni.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung