Showing posts with label Zalora. Show all posts
Showing posts with label Zalora. Show all posts

Thursday, 2 April 2015

Pengalaman Bersama zalora.com

Teks :Monalita Mansor
Gambar : Sendiri dan portal zalora.com

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah. Bismillah.

Zalora, enam perkataan, unik dan senang disebut. Kalau letakkan sebagai nama heroin dalam novel terbaru pun boleh. Tapi kena tahanlah nanti pembaca tambah .com di belakangnya.  Sebaik sahaja pos saya yang bertajuk Koleksi Tudung Online Murah Terkini, pihak Zalora berbesar hati menghadiahkan baucer online yang berjumlah RM50.00

Teruja weh! Tak tipu. Saya dan anak-anak pun merayaulah kat portal online Zalora dan mencuci mata yang dah rambang macamlah baucer tu berjumlah RM500.00! Dah tu, dua tiga hari juga keluar masuk, keluar masuk stor online tu. Betul cakap, memang rambang mata. Jam tangan yang saya cari akhirnya saya temui, siap ada diskaun lagi. Jadinya dengan RM50.00 tu saya boleh dapat dua barangan. Berbaloi, beb.

Sebenarnya, bolehlah saya katakan stor online zalora.com ni mesra jari dan mesra mata. Pengkhususan seperti pautan untuk barangan untuk lelaki dan wanita, harga, jenama dan produk terkini sangat mudah diakses dan kalau kita tak banyak masa pun, kita boleh terus klik sahaja ke pautan yang kita nak.

Kalau ditanya pada saya, mahu berbelah-belahan (baca ‘membeli-belah’) di zalora.com , mestilah saya jawab naaakkkk. Khidmat penghantarannya pun pantas, walaupun ditulisnya dalam syarat penghantaran dalam masa 3 hari, ia sebenarnya lebih pantas daripada itu.

Tak percaya, taiplah z.a.l.o.r.a.c.o.m. la ni juga dan rasai sendiri pengalaman membeli belah yang mesra jari telunjuk, bukan jari kaki. Harganya pun, insya-Allah, berpatutan. 


Friday, 13 March 2015

Koleksi Tudung Online Murah Terkini



 

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Ehsan Zalora 

Secara jujurnya, saya memang tabik spring kepada pemakai shawl dan hijabista yang boleh pakai tudung yang cantik-cantik, melilit,berpusing dan paling terbaik, mengekalkan kedudukan tudung tu macam tu sampai ke sudah. Saya masih simpan kekaguman tu. Nak-nak pulak sekarang macam-macam stail dan gaya yang suatu ketika dulu tak pernah saya fikirkan akan menjadi #trending di laman sosial.

Ia, fenomena umpama cendawan selepas hujan, dan pemakainya pulak boleh dikatakan semua kategori umur, selagi sesuai dengan bentuk muka dan ‘masuk gaya’, belasahlah! Eh! Jangan tak tahu, tudung yang berpadanan, akan mengubah bentuk muka tau.  Dalam kata panjangnya, ia boleh menutup kekurangan dan menambah keyakinan pemakai.

Selagi tak terlanjur sampai tabarruj, pakailah. Itu memang keperluan muslimah untuk menutup aurat kan. Lagipun, kita pun berhak bergaya seadanya selagi memenuhi syariat.  Satu hal, untuk semua hijabista, sekarang anda berpeluang menyarung ke kepala (bukan badan) tudung rekaan pereka fesyen tersohor Malaysia seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini.

Segalanya hanya memerlukan ketikan pertama di pautan ini dan anda sedang mengembara ke gedung tudung murah, terkini dengan pelbagai variasi warna, stail, reka bentuk. Pilih sahaja di Koleksi tudung online murah terkini

Simpan payung Che tipah! Hari panas ni, shopping online saja.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung