Saturday 11 October 2014

Terima Kasih Tetamu

Teks : Monalita Mansor
Gambar :Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Alhamdulillah. Lambat menjengah ke rumah ini. Ada beberapa urusan cantas-mencantas, dan kemas- mengemas yang perlu diselesaikan hari ini juga. 

Semalam, mampir dua orang tetamu istimewa ke pondok kecil yang tak sepertinya. Hati cuak juga mulanya, maklumkan rumah kita jarang dikunjung orang, kuranglah semenggahnya. Tapi tetamu istimewa ini tidak pula canggung bersama bersimpuh bersila sambil meneruskan sesi pembelasahan karya. 

Sesungguhnya tetamu datang dengan rezeki. Alhamdulillah, semangkuk besar asam pedas sebagai buah tangan, menjadi hidangan istimewa makan malam. 

Indahnya, rezeki itu berentetan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Terima kasih tetamu. Semoga Allah memberikan keceriaan dan kemudahan rezeki untuk anda berdua dan keluarga anda.

 


Akademi Bekerja di Rumah, menyediakan pakej Rakan Niaga untuk suri rumah yang ingin bermula secara online. Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.  

Friday 10 October 2014

Blurred Blurb

taman kecil tempat 'hati dan ilham' tersimpan


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google dan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

"Ehem...tajuk omputeh hari ni Cik Yah. Berani betul hang di musim-musim Bulan Bahasa Kebangsaan ni ya..."


Bagi penulis, apabila manuskrip dah siap dan nak dihantar kepada syarikat penerbitan, mereka perlu menyediakan sinopsis dan blurb. Apakah sinopsis dan apakah blurb?


Sinopsis

a) ringkasan cerita secara keseluruhan yang menceritakan watak, perwatakan, latar, permulaan, konflik dan pengakhiran cerita

b) untuk dibaca oleh pihak penerbitan/editor bertujuan memberi gambaran ringkas berkenaan keseluruhan cerita dan memudahkan mereka membuat penilaian

c) disediakan oleh penulis sebelum manuskrip sebenar ditulis - bertindak sebagai 'pak guard' ataupun penjaga garisan untuk mengelakkan penulis terkucil

d) Kepanjangan maksima sebuah sinopsis kebiasaannya ialah 2 muka surat A4. Kalau rasa lebih daripada itu, baiklah bagi sebuah manuskrip terus!

e) Jangan letak tanda tanya atau persoalan contoh : 'apakah yang akan berlaku kepada watak A seterusnya?' - nanti editor/penerbit akan tanya anda balik soalan yang tak sanggup anda nak jawab.


Blurb

a) sinopsis pendek tentang cerita untuk mempromosi cerita tersebut.

b) kebiasaannya mengandungi dialog-dialog atau naratif-naratif yang menimbulkan persoalan sehingga pembaca teringin nak membeli/membaca buku tersebut (killer phrases)

c) Ia boleh jadi fragmen daripada sebuah perenggan atau sedutan-sedutan beberapa aksi/dialog/naratif daripada bab yang berbeza

d) pendek

e) diletakkan di belakang kaver buku - kalau kat dalam itu 'isi cerita' sila baca terus


Jadi penulis, jangan blur antara blurb dengan sinopsis. Wallah hu alam

contoh blurb novel Mentua Aku Shogun Tokugawa - promosi la sikit


Ingin menjadi Rakan Niaga atau Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah? Hubungi kami untuk maklumat lanjut. 



Thursday 9 October 2014

Aku Berhak Bahagia di majalah Seri Dewi dan Keluarga, Nov 2014

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Nisah Hj Haron

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Tadi, mencuci mata di salah sebuah pasar raya. Singgah di kedai serbanika, buka setiap majalah untuk melihat cerpen siapa yang tersiar. Untuk majalah Jelita, Oktober 2014 cerpen Cikgu Helmi Ahmad yang tersiar. Sempat saya ambil gambar untuk dititipkan padanya. Manalah tahu, dia belum tahu.

Pulang daripada mengambil anak dari sekolah, mesej melayang masuk memberitahu cerpen bertajuk Aku Berhak Bahagia tersiar di majalah Seri Dewi dan Keluarga, November 2014. Alhamdulillah. 

Di dalam majalah ini ada cerpen Cikgu Helmi Ahmad.
Sudah menjadi sebahagian daripada tabiat pula, pergi ke mana-mana menyelak majalah dan akhbar untuk meneliti ruangan kreatif. Kalau ada sesiapa sahabat yang dikenali, suka juga kongsi berita.

Sharing is caring and loving kan...


***Aku Berhak Bahagia ialah luahan hati seorang ibu, mangsa perceraian yang berkonflik dengan anaknya sendiri, dengan sebab yang sama. 
Pencetus : piring pecah
terima kasih editorial SDK. 

Anda nak mengiklankan bisnes anda di direktori ABDR yang kami panggil SOHO Direktori? Berhubung dengan kami. Pakej yang tentu anda mampu. Insya-Allah.

Wednesday 8 October 2014

Urusan Jemputan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.


Sepanjang musim haji berlangsung, tak ada satu pun catatan mengenai haji di blog ni kan. Amboi, sombongnya hang Cik Mon. Cerita hal dunia aje. Hang ingat, selama-lamanya hang nak menongkat langit ke?

Tadi menerima mesej melalui inbox dari seorang teman di Mekah. Dia baru sahaja balik dari Mina. Sebenarnya, dia juga adalah protege Akademi Bekerja di Rumah. Seronok membaca ceritanya tentang Mekah, tentang situasi dan pengalaman sepanjang berada di Arafah. Dalam hati ni mengetik-ngetik minta dijemput. Benar, urusan ke Haramain (dua tanah haram) ni, urusan jemputan. Bukan urusan suka-suka nak klik dan pergi. Macam kita nak masuk blog yang 'for invitation only' 

Buatlah macam mana pun kalau tuannya tak bagi izin, tetap kau tak boleh masuk. Waima kau menari gangnam style bawa kuda asli sekalipun di depan pintu 'wall' dia. 

Hari ni, berkesempatan menghantar anak-anak ke sekolah, Dah lama tak ambil angin pagi-pagi. Rasa seronok pulak. Tak ada cerita menarik, cumanya perkataan yang menarik daripada suami saya, "bila anak dah tak sekolah sini lagi nanti, kita akan rindukan tempat ni."

Saya diam, tetapi saya akui, saya selalu rindukan masa-masa lalu.


Anda ingin belajar akaun asas secara online atau offline untuk bisnes kecil-kecilan di rumah?
Ada kelas yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Hubungi kami. 

Monday 6 October 2014

Hari Berbelit Sedunia

Teks : Monalita Mansor
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Dua tiga menjak ni, rumah ni banyak dah pindah ke sebelah rel LRT. Lalu-lalu sahaja. Singgah sekejap dan lari menghadap tugasan. Aduhai. Hari ini fasa kedua menghuraikan sosiologi sastera dalam sebuah kajian. Ayat dalam teks non-kreatif panjang dan kadang-kadang saya rasa berbelit-belit. Terpaksa baca ulang-ulang sampai faham.

Maka untuk karya kreatif sebaiknya guna ayat pendek-pendek dan kata hubung yang tak menyulitkan pembaca. Juga tentukan khalayak sasar kita. Kalau mereka jenis pencinta ayat melankolik, bahasa kerawang dan anda sangat pasti dapat menarik hati mereka, tulislah. Jika tak, tulis biasa-biasa cukuplah untuk permulaan.


Kelas Akaun ABDR

Alhamdulillah atas permintaan ramai suri berstatus usahawan, Kelas Akaun ABDR berlangsung lagi. 

Mereka yang berminat untuk baik pulih akaun bisnes juga boleh menyertai kelas akaun ini. Kami tawarkan 4 jenis kelas akaun berikut bagi membantu WAHM SOHO menguruskan aliran kewangan bisnes:

1.Grup Coaching (4-6pax)
14/10/14, Selasa
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Yuran RM250
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

2. Kelas online - 12 Oktober 2014, Ahad
13 Oktober 2014, Isnin
Sesi online selama 3 jam
10am-1.00pm
Yuran RM150

3. Bengkel bagi grup besar (15-30pax)
Harga PROMOSI RM199 di Shah Alam 11 Oktober 2014, Sabtu.
9.15am-5.15pm

4. Yang terbaru, Personal Coaching (One to one)
Ada dua jenis:
1. MYOB SOFTWARE: 6 jam kursus.
2. Basic accounting: 5 jam kursus. Manual accounting.

Sunday 5 October 2014

Aidil Adha Cara Kami

Selori kambing sedang menanti giliran
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Eid Mubarak, Bismillah.
petugas menyembelih dan melapah mengambil tempat

Hari ini hari raya. Ini tahun keempat aku dan keluarga beraya di PJ. Aura Aidil Adha di sini berbanding dengan kampung memang segar bugar. Tak tahulah kenapa. Aku memang suka. Tahun depan insya-Allah kalau diberikan kesempatan nak bawa mak dan ayah beraya kat sini. 
'Abang kawasan' (bertopi) - Encik Wisel a.k.a Abang Taliban yang 'in-charge' bab kawal mengawal 

Bersempena dengan kenaikan minyak, maka aku menurunkanlah bajet untuk hari raya. Cuma masak rendang ayam masak lemak dan nasi impit yang aku himpit sendiri. Minta maaf, gambar tak ada. Dah selamat. 

Seawal 8.15 pagi solat sunat Aidil Adha berlangsung di Masjid As-Salam. Lebih kurang 100-200 tapak dari rumah aku (bhahahaha...kalau tak rajin pergi masjid tu, tak tahulah) 10 ekor lembu korban sedang menanti dalam debaran, dan selori kambing sedang menunggu untuk diturunkan. Tapi, sabar, dengar khutbah dulu. Lembu dan kambing pun dengar khutbah, maka sesiapa yang 'ambil angin' kat luar masa khutbah tu lagi teruk daripada lembu dan kambing. Oh ya, ADUN Taman Medan, YB Haniza bt Talha turut sekali dalam solat sunat pagi ini.
ini 'abang kawasan rumah aje'
baju t tajaan untuk petugas.
 Tahun ni paling cantik, warna merah


Usai solat, balik ke rumah sekejap bersarapan dan encik suami terus ke masjid. Dia dapat 'job' jadi petugas aje, bukan penyembelih. Kalau suruh dia sembelih - tak berani aku nak tulis apa-apa kat sini. Aku melenggang, lambat sikit, bawa pisau untuk join geng memasak. Sampai-sampai aje, tinggal nak kacau acar jelantah, lalu berbuatlah aku akan sesuatu supaya nampak aku pun turut serta. Sendiri mahu ingatlah

Untuk tahun ini satu perkara baru yang aku belajar ialah perut kitab dan perut tuala. Aku tengok sendiri proses membersihkan perut-perut tersebut daripada keadaan asalnya sampailah dah putih bersih macam kain lampin. Pergh! kalau suruh aku, tak tahulah apa jadi dengan perut tu. Makan memang sedap, tapi nak menyiapkannya dan main air sampai kecut tangan. Macam biasa, aku tak ambil gambar sebab sibuk - sibuk pegang getah paip.


Sekarang baru sahaja tutup api sup. Alhamdulillah, merasa nikmat daging korban. Semoga Allah memberi keberkatan dan rahmat kepada hamba Allah-hamba Allah yang berkorban wang ringgit untuk tujuan ini. 

Oh, YM Raja Fairus bt Raja Mazlan, Ahli Majlis Tertinggi MPPJ Zon PJS1 turut hadir. Sempat bergambar - dalam fon dia. Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB Hee Loy Sian turut kelihatan. Berbaju merah, seragam dengan baju petugas. Tinggal lagi, beliau tak turun tangan aje.
Prosedur sistematik daripada pasukan penyembelihan sehinggalah ke proses masuk ke dalam plastik. Prosedur kritikal, pembahagian juga berjalan lancar, alhamdulillah
 



Ada produk tapi nak meneroka pasaran online. Nak mulakan dengan blog dan fanpage?
Akademik Bekerja di Rumah menyediakan pakej bayaran mudah untuk anda. Tanya dulu. Nanti kami beritahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung