Saturday 12 September 2015

Monolog Dalaman

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum Dan Salam Kreatif, Bismillah.

Monolog dalaman bermaksud watak/penutur bercakap sendiri DI DALAM HATI. Penerang dialog yang digunakan untuk menerangkan perbuatan bercakap di dalam hati ialah, ‘getus hati, kata hati, bisik hati, pujuk hati,’ dan perkataan lain tetapi mesti ada perkataan ‘hati’ di belakangnya.
Contoh :
… aku sayangkan kau,’ bisik hatinya.
…Aku tak peduli. Aku akan dapatkan juga!’ jerit hatinya.
Jika menggunakan kurungan dialog pula, ia jadi begini:
… aku sayangkan kau.’ Meriam berbisik sendiri sebelum memejamkan matanya.
…Aku tak peduli. Aku akan dapatkan juga!’ Dia merenung gambar perkahwinan mereka di dinding sambil hatinya menjerit, menanam azam.
Jadi apa perlu kita gunakan perkataan ‘monolog’ kalau kosa kata kita kaya dengan perkataan-perkataan yang menggambarkan perbuatan BERCAKAP SENDIRI?
Kosa kata yang boleh digunakan untuk menggambarkan monolog dalaman ialah: 
Pujuk + hati + sendiri
Bisik + hati + sendiri
Getus + hati
Kata + hati + sendiri
Jerit + hati
Marah  + hati

Tempik + hati + sendiri

Friday 11 September 2015

Monolog

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google/Sendiri
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Monolog berasal daripada perkataan monologue yang bermaksud ucapan panjang oleh seorang pengucap. Secara dasarnya ia bermaksud pengucapan yang tidak didengari dek orang lain. Hanya pengucap atau hatinya sahaja yang mendengar.
Monolog terbahagi kepada dua iaitu;
Monolog dalaman
Monolog luaran
Monolog adalah sebahagian daripada teknik plot yang boleh diaplikasikan di dalam cereka untuk mengembangkan cerita. Selain itu, teknik plot juga mencakupi dialog, imbas kembali (flash back), imbas muka (flash forward), saspen, kejutan dan konflik.
Contoh monolog;
…Ya Allah,perkenankan pemintaan aku, permudahkanlah perjalanan hidupku.” Hati Amaliah berbisik.
Raiza Khairina, Nota Buat Ayah, Komplot Menulis, 2015
Kurungan dialog ‘Hati Amaliah berbisik’ bermaksud watak sedang bercakap sendiri.

…Nanti kalau beritahu, cepat aje dia nak cerita dekat mak.’ Dia mengomel sendiri.
Darlene Arianna, Ramadan Seindah Ini, Komplot Menulis, 2015
Kurungan dialog ‘Dia mengomel sendiri’ bermaksud watak sedang bercakap seorang diri.

….Bukan kerana terpaksa. Ikhlaskan hati tu,” pujukku sendiri.
Atie Atiya, Kerana Aku Seorang Jururawat, Komplot Menulis, 2015

Kurungan dialog ‘pujukku sendiri’ bermaksud watak bercakap seorang diri.

Thursday 10 September 2015

Undang-Undang Dan Penulis


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Karya kreatif adalah hak individu. Apabila menyentuh soal hak, maka akan wujud pula istilah-istilah dan terma-terma perlu diketahui. Paling asas, kita tahu apakah hak kepengarangan, hak terbitan, hak cipta, setidak-tidaknya.
Ayuhai penulis! Jangan terpesona dengan sebaris nama yang terpampang di kulit buku kalau selepas itu kita menelan segala pahit-maung. Maka akan keluarlah kenyataan, “jadi penulis memang tak boleh cari makan!”
Waspada selalu.

Buku hebat di atas boleh diperolehi dengan menghubungi tuan punya blog.

Wednesday 9 September 2015

Psikologi Manusia


Berminat? hubungi Monalita Mansor
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Adalah satu anugerah buat mereka yang menguasai ilmu kaunseling dan psikologi kerana cabang ilmu ini sebenarnya berkait rapat dengan dunia penulisan. Ilmu kaji jiwa manusia ini sebenarnya memberikan warna dan rasa kepada karya. Malah kadang-kadang boleh mengubah ruang lingkup mentaliti seseorang.

Psikologi membantu penulis memberi ‘nafas’ kepada watak dan perwatakan. Memberi ‘jiwa’ untuk menyentuh pula ‘jiwa’ pembaca. Kalau anda ada itu semua, apa kata, anda turun tangan dan kongsi dengan khalayak di luar sana. Ilmu untuk diamalkan, bukan?

Tuesday 8 September 2015

Ilmu Kepengarangan

Berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi Monalita Mansor .
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Ada orang boleh berbangga-bangga kerana dilahirkan dengan bakat. Dia boleh menulis dengan gaya bahasa melankolik. Dia boleh mengukir puisi dengan bahasa yang puitis. Dia boleh mencanai ilham sekali lalu, tak payah bersusah payah duduk bawah pokok ketapang sampai ke petang.
Namun, ilmu kepengarangan berubah mengikut dasawarsa. Dekad kepengarangan 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan 2000-an adalah berbeza-beza. Minda pembaca juga berubah-ubah. Maka, wajib pula kita isi beg dengan estetika kepengarangan indie dan santai, misalnya kalau kita lahir dalam tahun 1970-an sebagai ilmu bantu.

Monday 7 September 2015

Isi Beg


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Isi beg yang pertama ialah ilmu tentang Pencipta. Yang paling asas ialah Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Apabila mengikrarkan konsep ilmu ini, diharapkan apa sahaja yang kita tulis adalah menjurus kepada rasa kehambaan kepada Allah dan rasa perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk sesama manusia. HabluminaALLAH dan Hablumminannas.

Sunday 6 September 2015

Beg Sandang Penulis


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Apa yang perlu kita isi dalam beg sandang tu sebelum kita mengangkutnya? Lebih-lebih lagi nak dibawa ke hulu ke hilir berlabel penulis?
  1. Ilmu
  2. Ilmu
  3. Ilmu
  4. Ilmu
  5. Ilmu.

Tiada yang lebih penting daripada ilmu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung