Saturday 21 March 2015

Takkan Mengalah di Majalah Jelita

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Raiza Khairina

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah

Mac 2015 menyaksikan sebuah cerpen berjudul Takkan Mengalah tersiar di majalah Jelita Mac. Cerpen yang mengisahkan kenekadan hati seorang anak gadis meninggalkan rumah kerana tidak mahu dipaksa dan dikongkong oleh orang tua yang tidak memahami kehendaknya.

Cerpen ini adalah bersandarkan kisah sebenar dan kesemua wataknya masih hidup dan berlingkung di sekitar hidup saya sehingga sekarang.

Friday 20 March 2015

Jangan Hilang Akal!

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Istilah 'hilang akal' ni saya selalu guna pada anak yang kadang-kadang seronok sangat balik kampung. Tak kiralah matahari tegak atas kepala, macam tombak menghunus menggelegak kepala otak, dia tetap nak main basikal jugak.

Cuma untuk penulis, hilang akal ni maksudnya, janganlah sampai tenggelam dalam imaginasi kita, tak balik-balik. Sesekala kena rintangan pengarang tu memang biasa. Atau sesekali, imaginasi kita tak datang-datang walaupun dah diseru dengan segala nama tok dukun, pawang dan nama besar dalam dunia penulisan, dia tak mai jugak, berselawatlah banyak-banyak. Syirik semua tu.

Kita, orang Islam, kalau dah sampai tahap ni, masih ragu dan bimbang, risau, maka berwuduk dan solatlah dua rakaat, minta keampunan Allah. Mungkin Allah nak bagi idea yang lagi boom....mana kita tahu?


Thursday 19 March 2015

Abaikan Butang Panik

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Jangan panik, Cik Tipah, Cik Leha dan cik kak-cik kak sekelian. Blank sekejap, bukan bermakna selama-lamanya. Kalau selama-lamanya bermakna, masa kita dah sampai hanya tanya diri, dah sedia ke belum.

Mungkin pada hari tu, kita rasa kita dah hilang akal dan hilang idea, esok masih ada. Maka ingat, semua tu ada penyelesaiannya. Jadinya, kalau rasa panik jugak, cari kawan-kawan penulis seangkatan dan beritahu apa yang anda rasa.

Saya pun boleh mendengar anda....

Wednesday 18 March 2015

Halau Ia Pergi Jauh-Jauh!

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Jadilah adiwira halimunan. Bukan susah nak buat, kita kan penulis.... senjata kita ialah imaginasi. Bayangkan aje ada seekor/seorang adiwira yang sedang bertarung dengan musuhnya yang tak ada rupa orang tapi ada kaki dan tangan, lepas tu boleh sembur-sembur api dan tembak pakai hujung jari aje.

Lepas tu, cakap aje kat 'musuh' kita tu, 'keju! berambus kau dari sini! Aku nak menulis aje...bukan nak buat apa pun...'

TAPI

kalau 'benda alah' tu menjawab pulak dengan suara bergaung-gaung, korang pandai-pandailah ya....

Tuesday 17 March 2015

Mengatasi Rintangan Pengarang 1



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah. 


Mungkin anda ada cara anda tersendiri. Penulis otai, juga kalau ada yang ingin dikongsi, boleh komen ya. Atau sesiapa juga yang ada cara tersendiri dan nak kongsi, boleh tinggalkan komen.

Rehat – anda tahu tak relevannya ada masa rehat kat sekolah? Kenapa cikgu tak suruh anak murid belajar terus demi kecemerlangan sekolah, bangsa dan negara? Hehehe…sebab kita manusia. Insan. Tubuh badan kita ni dicipta dan benda yang dicipta mestilah ada kelemahan… maka ubat lemah ialah rehat supaya segar semula.
Rehat saya ialah, tutup segala macam gajet dan keluar membeli-belah. Tapi sekarang, since jadi babysitter tak bolehlah shopping suka hati mak ayah. Jadinya, tutuplah semua benda tu dan buat kerja lain seperti basuh pinggan ke, lipat kain ke, basuh bilik air ke, tidur ke, tidur ke….tidur ke…

Monday 16 March 2015

Simptom-Simptom Yang Perlu Anda Takuti


Teks; Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Tak boleh menulis – tiba-tiba, kadang-kadang ribut pun tak, awan pun cantik, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Siam (bahasa Siam lembut sikit, sebab tu ramai orang suka makan kat restoran tom yam) kita langsung disapa perasaan kosong…kosong…Memanglah tertekan dan terasa nak campak aje pen-drive dan laptop mahupun komputer. Tapi sabar….ia tak lama.

Tak suka dengan karya sendiri – 
Bila baca mss sendiri – lebih-lebih lagi baru bab 22 katakan, rasa tak best aje. Rasa nak ulang balik, nak betulkan bab 1 atau bab 2 atau bab-bab awal. Nak-nak, lepas kena ‘kosong-kosong’ tadi, kit abaca pulak novel orang. Rasa pulak novel orang lagi best….adoi….

Tak sabar nak habiskan cerita 
Ini selalu berlaku pada orang yang menulis secara belasahan dan tak susun plot atau tak siapkan rangka. Perasaannya, nak cepat habis. Bukan pasal nak cepat habis pasal nak siap jadikan novel (itu perasaan penulis baru, mungkin) Cuma nak cepat habis. Nak keluar dari dunia tu dan habiskan begitu aje. Terasa macam cerita tu dah sesat barat sampai ke Dunia Baru (Orang Inggeris yang gelarkan Benua Amerika, masa mula-mula jumpa benua tu dulu. Dikatanya peribumi tu primitive, dia yang primitive, menjarah tanah orang…tak sedar!)

Lepas tu, macam penyakit kat atas tu, mula nak mengundur dan nak menulis balik. Lepas tu rasa ‘down’ sebab dah macam rasa otak tu dah tumpul dan kreativiti dah hilang.


Rasa tak ada upaya nak menulis lagi.

Bila dah siapkan satu karya, perasaan yang datang ialah ‘habislah aku. Idea aku dah kering. Aku dah tak ada cerita nak tulis….’)

Sunday 15 March 2015

Rintangan Pengarang


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Apa ke benda tu? Ala istilah yang dimelayukan daripada perkataan Writers’ Block. Ia lebih kurang sakit demam kura-kura a.k.a tenggiling yang kalau kena dekat penulis, mahu berguling kepala otak dibuatnya.

Semua penulis akan mengalami masalah ini. Toksahlah nak takbur riak bila baca status penulis lain yang kena demam ni, dan cakap pada hati….’aku tak’ – hang tunggu la sat lagi. Tapia pa-apa pun writer’s block atau rintangan pengarang ni Cuma terkena pada penulis aje, kalau anda kerja jurutera ke, doktor ke… tak ada lah symptom-simptom yang akan saya terangkan nanti. Jadi, tak perlulah susah hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung