Saturday, 9 December 2017
Pengasuh Vouge Ke Versi Kertas
Sebenarnya tak adalah vouge mana pun berita ini. Dan, perkongsian-perkongsian aku di FB pun lebih kepada keinginan berkongsi rasa indah mempunyai anak kecil. Nak beranak kecil lagi, nampak Allah tak izinkan rezeki ke arah itu selepas aku gugur pada 16.9.2017 tempohari. Masa tu kandungan berumur 20 minggu.
Jadi, untuk tatapan anakanda keduanya yang aku dan keluarga sangat sayang, maka akan aku usahakan sebuah naskhah kecil berisi anekdot yang tidak pernah aku kongsi di mana-mana. Ada ke yang menanti catatan 'Pengasuh Vouge' seterusnya?
Friday, 1 December 2017
Antologi Cerpen Kelip Kelip Kusangka Api : Surat Dari Kutubkhanah (Ika4may)
Masjid mengumandangkan bacaan Al Quran. Izrail menyelesaikan tugasannya subuh tadi.
Latar dilukis dengan pernyataan dan bukan gambaran.
Angin musim tengkujuh, bawalah rindu ini pergi bersama wajah dia yang masih melekat di hati.
Wednesday, 29 November 2017
Antologi Kelip Kelip Kusangka Api : Tidurlah Soniaku ( Nor Janati Ibrahim)
#aca6kkka
Sebelum jemur kain. Naskhah kreatif pertama Pengarah Muzium Negeri Perak.
Orang Melayu begitulah. Budi bahasa dan adat kena jaga. Kera di hutan disusukan, anak di rumah pun mesti tidur kekenyangan.
Meraikan Jawi. Baca dari kanan.
Monday, 27 November 2017
Kelip Kelip Kusangka Api : Tum (Mahizan Husain)
Hujan. Menikmati karya Bollywood tanpa lagu.
Siapa orang yang kau cinta?
(Tum)
Orang yang apabila aku tutup mata, aku nampak dia.
Siapa orang yang kau nampak apabila kau tutup mata?
(Tum)
Orang itu ialah orang yang akan aku nampak di Sheesh Mahal.
Tum. Tum. Tum.
Eh..eh..teringat Bobby pulak.
Saturday, 20 August 2016
Kuala Semantan Tempat Koi
Assalamualaikum.
'Koi' ialah ganti nama diri pertama yang bermaksud 'saya' di dalam dialek Pahang sebelah Temerloh.
Kenapa saya katakan sebelah Temerloh? Sebab setiap daerah di dalam negeri Pahang ada signatur dialeknya sendiri. Malahan di Temerloh sendiri, 'kawan', 'kome' atau 'keme' adalah variasi ganti nama diri pertama selain 'koi'.
Apa ada dengan Sungai Pahang?
Sungai Pahang ada cerita kasih, ada cerita derita, ada cerita cinta.
Sehingga berumur dua tahun, saya dibesarkan di tebing Sungai Pahang. Sebuah kampung kecil yang besar namanya dalam peta perjuangan pra dan pasca merdeka. Di dadanya lahir pejuang dengan ideologi dan visi pelbagai tapi dengan misi nan satu. Bebas Merdeka.
Kampung Buntut Pulau, dalam jajaran Pengkalan Manggis, Kg Tengah dan Pangsenam.
"Takut saya nak sebut nama kampung dia ni," gurau Tuan Chuari Selamat satu ketika dulu. Satu dewan Hotel Holiday Inn ketawa.
Malu? Tak. Saya bangga.
Tuesday, 27 October 2015
Sifir Cuti Sekolah
![]() |
| tawaran pre-order dibuka kumpulan 17 buah cerpen |
RM25 sahaja. PM/WA sekarang untuk mendapatkannya.
Monday, 26 October 2015
Bangku Tolol Di Sebuah Kafe Berhantu
![]() |
| tawaran pre-order dibuka sekarang RM25 tidak termasuk caj pos |
Nota Bela Diri Adrianus Petrus Hertogh
![]() |
| tawaran pre-oder dibuka sekarang RM28 + pos biasa RM30 + pos biasa |
Akan menemui anda November ini.
Sunday, 25 October 2015
Melati Kekasihku
![]() |
| Bakal menemui anda November ini |
Asap? Apa ke gilanya dia nak kahwin dengan asap? Macam mana Melati nak tanda tangan surat taklik? Di mana hendak disarung cincin?
Yang penting sekali, malam pertamanya macam mana? Meriding bulu roma dibuatnya. Terasa hendak menyusup masuk semula ke bawah selimut, selain daripada kesejukan, dia hendak mengelak daripada bertemu pandang dengan emak. Bungkus sampai kepala.
RM28 + pos biasa
RM30 + poslaju
tawaran pre-order dibuka.
Tawaran Pre-Order 3 Wanita Yang Aku Cinta
Tuesday, 20 October 2015
Maaf Yang Hilang Di Dalam 3 Wanita Yang Aku Cinta
Sunday, 23 August 2015
Ulasan Juri HSDM 2015 Kategori Cerpen Eceran - Hidup Bersama
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Kreatif
Bismillah
Berikut adalah laporan panel juri untuk salah satu daripada lima cerpen eceran yang layak menerima Hadiah Sastera Darul Makmur 2015.
Pahang mempunyai penulis cerpen yang berwibawa.
Cerpen Hidup Bersama mencitrakan Long Jali dan Su Melah yang tua, uzur dan kehilangan tempat bergantung kasih sayang. Anak-anak yang diharapkan untuk menjaganya di hari tua mempunyai masalah masih-masing. Hidup moden menyebabkan anak-anak tiada masa dengan orang tuanya. Cerpen berisi keluhan, kepiluan dan juga kekosongan yang dihadapi oleh dua orang tua itu. Meski susah benar dan pelbagai kesukaran, kedua-duanya bertekad untuk menghadapi kehidupan ini dengan nekad dan berani.
Panel Penilai:
YH. Dato' Haji Zainuddin bin Haji Jumaat
Timb. Ketua 1 DPMP
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI
Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Hanafiah @ Mana Sikana
Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI
Malim Ghozali PK
Sasterawan Negeri Perak,
Penerima SEA Write Award 2013
Mohd Hashim Ismail
Setiausaha 1, DPMP
Cerpen lain yang terpilih ialah;
Pengail Senja - Rahman Haji Yusof
Tercari-cari Jalan - Daeng Ramliakil
Ombak di Kamar Sukma - Samsiah Mohd Nor
Catatan Rahsia Sang Ahli Tertus - Pelita Di Dalam Kaca
Friday, 18 October 2013
Galeri Aspirasi
Galeri ini adalah sebagai penghargaan buat diri sendiri, atas penat lelah, tangis jerih yang memungkinkan karya-karya ini terlahir. Pasti juga kesyukuran untuk Allah dan Rasul-Nya, atas limpah kurnia ilham dan semoga terhindar dari sifat riyak. Nauzubillah










