Friday, 13 September 2013

Air, Wudhuk dan Tarif

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar: Carian Google dan Bidikan Sendiri


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Kita biasa mendengar ungkapan ini.  Membazir itu sahabat atau saudara syaitan. Itu bukan ungkapan.  Itu firman Allah.  Bermakna, Allah sesungguhnya tidak suka kita membazir. Jika anda lihat gambar di atas, yang kuantiti mana satukah yang anda selalu gunakan untuk mengambil wudhuk.  Kiri atau kanan?  Pasti ramai yang menjawab kiri, sebab bimbang kalau guna yang kiri, wudhuk menjadi tidak sempurna.  Betulkah?



Mari kita melawat ke masjid dan tempat wudhuknya.  Cuba anda berdiri sekejap dan anda tengok cara orang kita berwudhuk.  Lihat kapasiti air yang dibuka.  Macam nak mandi wajib!  Minta maaf cakap.  Mohon dimaafkan perkataan pada yang tua juga yang muda.  Inilah kita.

Apakah kita memikirkan yang air itu dibayar oleh sesiapa juga yang mengendalikan masjid/surau/madrasah tersebut maka kita boleh memulas kepala pili itu semaksima mungkin?  Apakah mentaliti kita ketika itu?  Bukankah air itu kita gunakan untuk berwudhuk.  Untuk melakukan kebaikan, mencari pahala.   Tidak bolehkah kita gunakan dengan berhemat?

Di rumah juga begitu, seolah-olah air yang keluar daripada kepala paip itu percuma.  Saya tidak mempersoalkan tentang air yang digunakan untuk membasuh dan sebagainya.  Yang ingin saya ketengahkan ialah ketika mengambil wudhuk.

Sedang saat kita sangat hampir dengan Allah, kita masih bersahabat lagi dengan 'si dia', bagaimana dengan hal-hal lain?

Saya bawakan youtube cara-cara mengambil wudhuk mengikut adab Rasulullah.  Perhatikan air yang digunakan oleh Pak Syeikh ini.  Malah Pak Syeikh ini membasuh kaki di sinki sahaja.  Satu perbuatan yang biasa saya lakukan masa di asrama dulu.



Oh ya, kelas asas blog masih dibuka.  Kalau anda ingin berblog secara profesional, mendapat trafik mencecah ribu-ribu dalam masa tak sampai sebulan, sertailah kami.  Hubungi saya.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung