Tuesday, 10 September 2013

Terima Kasih Cikgu Aishah

 

Teks : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

 

Catatan penghargaan cikgu saya ini ingin saya rakamkan di sini.  Teringat zaman sekolah dulu kalau cikgu senyum dan cakap baguspun, hati dah kembang dan senyum lebar sampai loceng bunyi waktu terakhir.

 

Kelas blog saya baru bermula 26/8/2013.  Diberikan tugasan menyiapkan entri yang mesti disiapkan untuk mengisi blog dan selepas itu dinilai untuk diberikan tugasan lain.  Alhamdulillah, berkat konsisten dan tunjuk ajar serta perbincangan dengan rakan-rakan sekelas lain seperti Saniah Mat Sahat, Fadhlina Yaacob, Yasmin Omar dan Mazia Moharam, saya melepasi takah pertama.  

 

Sekarang cabaran kedua menanti, pheww...semoga saya terus konsisten.  Kalau anda ingin mengikuti kelas seperti saya, boleh terus hubungi saya facebook untuk belajar selok belok menghasilkan blog yang hebat dengan cikgu yang hebat seperti Cikgu Aishah Hussien.

 

di bawah adalah catatan cikgu saya, diambil daripada: 

http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/ujian-adalah-satu-pelajaran-baru.html

 Ujian adalah satu pelajaran baru


Teks: Aishah Hussein

Sudah bermula minggu yang baru. Alhamdulillah, hari ini lebih sihat dan terasa nak jalan-jalan cari nasi lemak

Sudah 3 hari sebenarnya perut tidak beroperasi dengan baik. Allah berikan sakit ini supaya saya lebih perihatin tentang jadual makan.

Subhanallah, setiap ujian yang diberikan adalah satu pelajaran baru sebenarnya. Ilmu bagi kita supaya kita bersedia dan tahu apa nak buat sekiranya ia berlaku sekali lagi. Jika bukan untuk kita, untuk orang yang rapat dengan kita, inshaallah.


Alhamdulillah juga, hari ini seorang protege saya sudah siap blog dan melepasi standard yang ditetapkan akademi.  Moga akan lebih ramai peserta yang akan berjaya seperti Monalita Mansor.






No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung