Monday 9 September 2013

Bajet ke, Kedekut?

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Kalau bercerita tentang bajet-membajet ni, kata orang, suri rumahlah jaguhnya.  Tapi betul atau tidak?  Betulkah orang perempuan lagi pandai berkira daripada orang lelaki?  Saya berkecuali di dalam hal ini.  Seperkara yang saya nak kongsi berdasarkan pengalaman saya tentang isu ini.

Subjek kajian saya ialah ahli keluarga terdekat saya.  Beberapa orang sebenarnya.  Saya namakan dia Subjek A dan Subjek B.  Mereka berdua ni anak beranak.  Saya suka memerhatikan mereka sebab mereka sangat berhemat atau kedekut? apabila bercakap soal RM.



Tetapi, mereka sangat pandai menabung.  Saya perhatikan apa yang mereka lakukan dalam langkah penghematan mereka.

1.  Rajin tengok offer di pasar raya.  Di mana pasar raya yang ada offer di situlah Subjek B pergi.  Jadinya pasar raya yang berkenaan tak payahlah nak offer loyalty card kat orang-orang macam ni...rugi!

2.  Suka surf internet  -  survey jualan gudang.  Kebanyakan yang melekat di badannya semuanya branded tapi diperolehi dengan harga yang murah.  kalau setakat jualan gudang di Lembah Kelang ni, semua dah ada cop tapak kasut dia.

3.  Manfaatkan kupon diskaun - ini tabiat Subjek S - iaitu saya.  Tak untung banyak juga tapi setidak-tidaknya mengurangkan peratusan cukai kerajaan pun dah kira ok juga.

4.  Bercucuk tanam -Dah jimat duit sayur, cili, serai, daun pandan, (Mak Teh, jiran saya kat tingkat bawah sekali tanam pokok manjakani!) Ini kerja subjek C saya, jiran sekampung yang sekarang tinggal di bandar.  Kelebihannya ialah rumahnya rumah teres.  Kalau rumah di atas langit macam rumah saya, insyaAllah jadi jamban kucing aje. Tapi saya terfikir juga nak angkut pasu bunga mak kat kampung, nak tanam cili.  Kalau jadi, nanti saya akan war-warkan.

5.  Belanja last minute  -  tengok telatah orang kita menjelang malam raya di Jalan TAR.  Sebenarnya bagus juga, tapi kalau tak hati-hati jadi membazir pula.

6.  Perbandingan - hah inilah perkara yang Subjek A dan B suka buat.  Beza RM0.10 pun mereka tahu.  Kalau membeli barang kemas, Subjek B sanggup balik kampung atau drive berkilometer semata-mata nak dapatkan rate emas yang lebih murah daripada yang ada di Lembah Kelang.

7.  Tahan nafsu berbelanja -  Subjek A selalu buat macam ni.  Subjek B pula berbelanja sakan pada apa yang boleh mendatangkan untung semula pada dirinya.

8.  Bersedekah -  Bajet yang ini ramai susah nak buat.  Sebab mata zahir kita nampak bersedekah adalah memberi .  Memberi bermakna meluakkan apa yang ada pada kita.  Tapi ingat janji Allah, semakin banyak kita memberi, Allah tambah rezeki.  Rezeki macam mana, bukan kita yang mengaturnya.  Sebab tu, jangan tunggu kaya baru nak bersedekah, sebab takut tak sempat kaya...huhu... Ada seringgit, sedekahlah seringgit.

9.  Recycle -  Subjek O iaitu omak (emak mertua saya)  sangat pandai dalam bab ni.  Diperturunkan pula kepada anak-anaknya dan para menantu.  Kami, kalau makan jeli kelapa atau dadih, kami tak buang bekas plastiknya.  Kami simpan, bawa balik, basuh dan guna semula untuk buat dadih atau jeli kelapa.

10.  Hadkan lokasi.  Kalau rumah ada 3 bilik, kalau boleh berkumpul setempat.  Jimat bil elektrik sebab tak perlu on kan kipas atau lampu.

Kesimpulannya, ada banyak cara untuk kita berjimat dan kadang-kala cara itu mungkin mendatangkan gambaran buruk kepada orang lain.  Tetapi, bagi saya, tepuk dada tanya iman.  Kita yang menanggung semuanya, maka adalah wajar kita memperinci setiap sen yang dikeluarkan. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung