Saturday 10 May 2014

Cerita Hari Ibu

bonda : Ramlah binti Wahid
Teks dan Gambar : Monalita Mansor



Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

"Kalau awak tak nak ikut, maknanya kita habislah. Saya bawak si Ramlah, awak jagalah abang dia." Saya jangka, itulah dialog Tok Wahid (semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya) sebaik sahaja pecah berita dia berkahwin lagi satu. Isteri baru bukan orang lain, ada bau-bau stoking sebelah kanan dengan atok juga. Selepas itu, nenek tak pernah berjumpa lagi dengan anak perempuannya Ramlah.

Tok Wahid merantau ke Pahang bersama isteri barunya. Anak-anak isteri barunya dengan suami terdahulu tak dibawa bersama. Tok Wahid bawa nenek baru tinggal di Kg Sungai Kepong, Lanchang. Entah apa pekerjaan Tok Wahid, tapi selalu tinggalkan Ramlah dengan mak tirinya. Mak tiri dalam cerita ni klise, memang macam almarhum Normadiah (semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya)  dalam cerita apa ntah tu.


Sementelahan pula, Ramlah ni ada kecacatan semenjak kecil. Lidahnya pendek dan menyukarkan dia nak berkomunikasi, maka relalah dia berdiam menanggung deraan mak tiri. Jenis-jenis deraan tu tak mengira, nak-nak bila nenek mula menambah bilangan ahli keluarga, seorang demi seorang sampailah adik kepada mak cik Ani lahir. 


Nanti saya sambung lagi ya. Cuma moralnya poligami kalau bukan di tangan yang ahli, hanya membawa badi.


****Monolog terbahagi kepada dua iaitu monolog dalaman dan monolog luaran. 

Suatu ketika : tiga permata hati

Wednesday 7 May 2014

Gusar Untuk Bermula

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

LINTAS LANGSUNG DARIPADA KELAS ASAS BLOG DAN PENULISAN KREATIF

Assalamualaikum,
Kegusaran paling utama saya perhatikan semasa menulis kreatif ialah untuk memulakan penulisan. Cerita dah ada, plot dah ada, watak dan penamat dah ada, tapi bagaimana nak memulakan cerita.
Saya turunkan beberapa tips berdasarkan pengalaman sendiri;
1. Mulakan dengan dialog. Tapi pastikan dialog yang matang. Elakkan dialog "assalamualaikum", "apa khabar", "aku cinta padamu". Seboleh-bolehnya dialog boleh terus memberi 'hint' kepada cerita (teknik d hicobte)
Contoh: "Kau ni...biar betul!"
2. Gunakan POV1 - sudut pandangan orang pertama iaitu 'aku' atau 'saya'. Menggunakan POV1 membolehkan penulis 'larut' dalam watak dan mampu menulis dari hati kerana penulis menarik pembaca menjadi diri mereka sendiri.
3. Gunakan dialog berbaur konflik. Seperti contoh di atas yang boleh menimbulkan tanda tanya dan membuatkan pembaca ingin terus membaca. Jika mampu menulis naratif, tulislah naratif berbaur persoalan yang melarik minda pembaca sehingga ke klimaks.
4. Jika menggunakan naratif (pernyataan), tulislah pernyataan yang bergerak pantas (fast) supaya fikiran pembaca tidak dibiarkan bosan dalam merungkai persoalan yang cuba penulis kemukakan.
5. Tawakal kepada Allah. Tulis sepenuh hati, selebihnya biarkan Allah menentukan. Kerana kebiasaannya kita merasakan tulisan kita biasa-biasa tetapi sebenarnya ia memberi impak kepada pembaca yang mengalami situasi itu di alam realiti.
Nantikan Sememangnya Aku Cinta - Ogos ini

**KATA SENDI

dari - MAT (Masa Atau Tempat)
daripada - NABI (Nama, Asal, Bandingan, Institusi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung