Saturday 14 February 2015

Kepulangan Penuh Iktibar

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Sewaktu saya menulis di sini, hari bertarikh 13/2/2015. Tarikh di mana berpulangnya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah.

Mereka yang mengenalinya mengetahui figura ini merupakan salah seorang negarawan yang disegani kawan dan lawan dan ada beberapa perkara yang menjadi iktibar untuk saya dan menjadikan saya bercita-cita untuk memperolehi saat kepulangan yang manis begini.

Al Fatihah

Friday 13 February 2015

Touched by Touched

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Cerita pendek-pendek sebab masih dalam proses kumpul nota. Saya suka menonton saluran DIVA sebab pada kebanyakan ketika mereka menyiarkan drama-drama yang diadaptasi daripada novel terkenal. Salah satunya Touched. Kisah seorang penulis veteran yang berdepan dengan penyakit kronik dan menunggu masa untuk mati. Namun, satu perkara membuatkan dia berkobar menyiapkan naskahnya yang terakhir.

Logik dan Kreatif

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.

Bercakap soal latar, tiga perkara yang macam diberitahu dalam entri lepas, mesti ada. Tempat, masa dan suasana.

Lepas tu, pastikan (untuk karya yang bukan mujarad atau bersifat absurd) anda memberitahu tempat, masa dan suasana dengan betul dan dalam kronologi kerana pembaca sekarang bijak dan kritis tau! Jangan pandang enteng dengan menulis sesuka hati tujuh keturunan kita tentang latar masa 70-an dan watak memandu sebuah Proton Saga berwarna merah menyala yang baru dibeli di kedai kereta semalam!

Atau jangan sesekali bercerita tentang pengkebumian dan batu nisan di sebuah lorong yang memang terkenal dengan aktiviti segala macam 'pe' dan 'per' walaupun sebenarnya pak aji yang terlibat tidak bersalah langsung.

Kenalah kreatif dan logik!

Thursday 12 February 2015

Latar Atau Dalam Tong Dram

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Lentung lentang, tiba-tiba dah habis cerita pasal watak. Sebenarnya tak habiskan, saya yang tamatkan awal sebab untuk keterangan lanjut, bacaan dan nota rinci, anda boleh beli buku tersebut atau pinjam di PPAS di seluruh Selangor. Kalau anda tinggal kat Johor, kena belilah ya. Kecuali kalau ada buku tersebut di sekitar perpustakaan Johor.

Dah nak masuk cerita pasal latar pula. Ada orang kata, ada apa dengan latar, Cer kalau anda nonton filem atau drama yang latarnya hitam, suram, kelam atau memang dia pasang kain hitam mengebas orang kerasukan jadi latar. Agak-agaknya berapa lama anda boleh 'stay' nak mengikuti ceritanya walaupun ceritanya cerita palinglah 'hot' dalam dunia?

makanya, ada beberapa perkara mengenai latar yang harus anda pertimbangkan semasa menulis. Tak kisahlah anda nak perincikan latar tu, atau sekadar imbas-imbas dan selebihnya nak suruh pembaca baca dan fikir (kalau mereka nak baca dan fikir!)

latar yang harus dipertimbangkan dan sepatutnya ada dalam karya ialah;

tempat
masa
suasana

kalau tak, jadilah karya anda seumpama kotak atau tong dram...ha duduklah dalam tu

Merangka Atau Membelasah? Suka Hatilah!

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Kata Victoria Hanley, untuk membuatkan kita menulis suatu cerita, kita kenalah mulakannya. Kalau dok hadap aje pc tu, laptop tu mengharapkan tangan ajaib keluar dari celah jari tolong taip, tolong kirim salam ye, tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Sekarang ni, yang menulis adalah diri kita. Keselesaan kita, passion kita. Maka, tulislah ikut selesa kita. Nak tulis rangka dulu ke, nak belasah terus taip dalam gajet dulu ke, nak tulis atas kertas dulu ke, tak kisah. Jadi, janganlah terkujat kalau anda ke bengkel penulisan dan pengajar memberikan step by step 4W 1H untuk dibuat. ITU PANDUAN SAHAJA.

Pada akhirannya, keputusan di hujung jari anda yang sepuluh itu.

Anda boleh mulakan dengan konflik dulu, anda boleh mulakan dengan menghuru-harakan watak anda. Atau anda boleh biarkan watak anda bersenang lenang dulu, kemudian disumbat dengan konflik sedikit demi sedikit. Lantaklah macam mana pun, janji anda menulis!

Aristotle direkodkan sebagai berkata : waktu terbaik untuk memulakan cerita adalah semasa adegan sedang berlangsung. Macam mana tu? Menulis aje dulu.....

Wednesday 11 February 2015

Menambah Arkib Watak

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Orang kreatif ni kadang-kadang dia berkait-kait. Yelah, kepala otak kita tu kan berselirat wayarnya di sana sini. Ada penulis yang bersekali dengan kemahiran mengambil gambar. Ada juga yang mempunyai memori yang sangat kuat sehingga boleh mengingat sehingga 300 km/sejam (pebenda tah!)

Ada baiknya juga kita mempraktiskan mengambil gambar sesuatu yang kita rasakan unik untuk disimpan dalam arkib perwatakan kita. Maka, penulis, bukalah biji mata besar-besar dan kalau tak cukup power, tambahlah power untuk melihat apa juga yang ada di sekeliling kita sebagai sumber untuk dimampatkan dalam karya kita.

Bagaimanapun, dinasihatkan JANGAN melakarkan perwatakan yang :

1. berbeza daripada asal tetapi tak ada kronologi. Contoh mula-mula dia ni jahat macam lanuna (lanun - dalam bahasa Arab, bermaksud yang dilaknati. Jangan disumpah anak-anak dengan perkataan ini!)Tiba-tiba jadi baik tak pasal-pasal tanpa sebab musabab. Tolong jangan menipu. Allah marah, pembaca pun bengang!

2. perwatakan perfect - bukan lagi perfect 10 dah perfect 100 dah. Mana ada dalam dunia manusia cam gitu!

3. Tiru orang sebenar - jangan kau. Nanti disamannya!

4. Jangan terlalu stereotaip. Dia mesti unik daripada watak lain. Manusia secara lahiriahnya kan ada ciri-ciri yang membezakan di antara satu sama lain kan?

"Watak fiksyen harus kekal dalam watak mereka hinggala terjadi sesuatu yang mengubahnya" - Victoria Hanley



Tuesday 10 February 2015

Apabila Watak Sampingan Lawan Tokey

teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Pernah tak kalian menonton filem atau drama yang menyaksikan watak sampingan tiba-tiba menjadi terlalu kuat sehingga menggondol anugerah pelakon lelaki terbaik? tak pernah kot. Tapi itu dalam drama, terpulang juga kepada keteguhan karektor yang dibawa oleh pelakon tu pulak la.

Okay beberapa perkara yang kita kena ambil kira untuk menimbangtarakan antara watak sampingan dengan watak utama ialah;

watak sampingan mesti :

 - tidak muncul terlalu kerap. Maknanya dalam setiap bab tu, bukanlah muncul dalam setiap naratif.

- aksinya penting untuk menggerakkan cerita

- memberi kesan kepada watak utama (dan akhirnya menggerakkan cerita)


Bagaimana kalau watak sampingan sudah lawan tokey?

kata Victoria Hanley, BERHENTI menulis. Baca dan semak balik. Bagi perhatian dan kuis dia sikit-sikit tapi jangan sampai rosakkan cerita.

Monday 9 February 2015

Dapat Royalti, Kau!

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.

Hari ni, cikgu tak bawa nota daa...

Lalu kita sembang sajalah tentang budak-budak penulis yang menulis novelet Maraton Cinta keluaran TISS atau Tuah Idea Sakti Solution. Wah! tak sampai beberapa bulan, royalti dah masyuk. Tengok la kat pos-pos depa di facebook. Ni yang geram ni...

Apa-apa pun, tahniahlah pada puan penerbit TISS tu, kerana menghargai susah payah penulis dan susah payah editornya dengan membayar royalti kan. Setidak-tidaknya, jasa penulis berhempas pulas nyaris menghempas kepala kemudian dihempas pulak dek editor (hehehe...) berbaloi.

Tahniah, Noraz Ikha, Arniza Bella, Nur Dila dan Puss Vakker.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung