Saturday 24 May 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Siti Khatijah Diana - Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif Cikgu Mazlia Murat

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
novel berharga RM25.00 boleh dibeli secara online. PM /wasap ke nombor yang telah dilampirkan.

Penggemar tegar K-Pop ini sudah tamat kelasnya. Sudah menyiapkan 44 entrinya. Bersumberkan Tulisan Yang Terlewat. Gadis berniqab dari Kelantan ini sudahpun bergelar novelis sebenarnya dengan novel terkininya ialah Kerana Dia Bidadari Syurgaku dengan nama pena Nana Rumaysa. Begitupun, beliau mengosongkan cawan dan minda menjadi protege kelas Cikgu Mazlia Murat dan anda baca sendiri apa yang dia dapat ya.


Genap sudah 44 entri yang harus disiapkan sebagai syarat tamat kelas online ni. Tak silap saya, kelas ni didaftar pada hujung tahun lepas. Bulan disember. Baru lagi kan. Hehehe.

Pada awalnya, saya tak tergerak hati nak masuk. Mungkin sebab tak yakin. Tapi entah macam mana, semacam ada satu tarikan yang membuatkan saya masuk juga kelas ni. Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Hohoho. (maaf cikgu, ciplak. :p)

Awal-awal mendaftar, saya diberikan 4 e-book. Ebook antologi cerpen 2 buah, sebuah ebook tulisan Cik Puan Masayu, dan juga ebook tentang penulisan nukilan guru saya sendiri. Kebetulan saya menyertai kelas ni pada musim promosi. Dapatlah juga sebuah novel daripada seorang penulis yang juga salah seorang guru online kelas ini iaitu Cik Puan Monalita Mansor. Pendek kata, memang berbaloi sangat harga kelas yang ditawarkan dengan semua pakej yang saya dapat.

Di dalam kelas ni, saya telah diajar selok-belok dunia penulisan. Cikgu Mazlia menyediakan beberapa tugasan untuk disudahkan. Dari situ, beliau akan menegur segala kesalahan yang telah kita lakukan. Beliau juga akan memberi cadangan bagaimana untuk menggilapkan karya supaya menjadi lebih baik. Sejak menyertai kelas ni, saya juga dah tak lagi pandang remeh kesalahan kecil dalam setiap tulisan saya. Memang ia sangat membantu.

Bidang penulisan ni ada kalanya memang banyak cabaran dan dugaan. Itu memang saya tak dapat nafikan. Namun begitu, apabila saya berasa down dan tak ada semangat, beliaulah yang banyak memberikan nasihat dan dorongan. Beliau juga cepat memberi respons jika saya ada apa-apa soalan yang nak dikemukakan.

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati sebab dapat masuk kelas ni. Banyak ilmu tentang dunia penulisan yang telah saya pelajari. Cikgu saya juga banyak berkongsi pengalamannya dalam dunia penulisan. Sungguh saya sangat berbesar hati dapat mengenalinya.

========================================
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com
whatsapp: 011 19737269

Friday 23 May 2014

Projek Kumpulan Puisi Hazama Harun - Alumni Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Kapsul Nurani yang memuatkan coretan
Aiza Zizan di dalamnya. Dapatkan sekarang.
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Penulisan terbahagi kepada beberapa genre. Selain daripada novel dan cerpen, alumni Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif ini berkebolehan dalam proses penciptaan puisi. Bersumberkan daripada blog beliau
http://hazamaharun.blogspot.com/2014/05/projek-kumpulan-puisi.html

saya kongsikan catatan Aiza Zizan a.k.a Hazama Harun dalam usaha mengumpul sejumlah puisi untuk diabadikan dalam bentuk buku.


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana usaha saya mengumpul sejumlah puisi telah dipermudahkan oleh Allah. Selama ini saya kurang memberi perhatian kepada penyimpanan karya secara sistematik. Saya menulis di mana-mana, di dalam buku catatan, di dalam komputer, di laman muka buku, di grup sastera di alam maya dan sebagainya.

Saya terpanggil untuk membukukan puisi-puisi saya setelah mendapat maklum balas daripada rakan seperjuangan, apatah lagi melihat beberapa orang daripada mereka yang giat berpuisi sudah mula menerbitka kumpulan puisi persendirian. Maka, saya dengan gigihnya menyelongkar khazanah yang ada, mencari gali semula puisi-puisi saya sehingga terkumpullah sebahagiannya. Tidak kurang juga yang sudah hilang entah ke mana.

Mana-mana puisi yang ada, saya semak semula. Saya edit dan baiki kerana ada puisi yang saya rasakan mentah dan tidak cukup rencah. Maklum saja, antara puisi-puisi itu digarap ketika usia masih remaja, ketika pemikiran pun tidak begitu kritis dan adakalanya ditulis dengan tergesa-gesa. Sebahagian puisi yang baharu saya tambah, agar relevan dengan isu semasa.

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269


Pes Segera Nasi Arab Tajaan Zaila Mohamad untuk Kuiz Pra-Terbit Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa

Pes Segera Nasi Arab Di Dalam Empat Pilihan
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Insan pertama yang saya dekati untuk program tajaan kuiz pra-terbit novel Mentua Aku Shogun Tokugawa ialah Pn Zaila Mohamad. Berikut saya kongsikan pengenalan diri beliau yang saya ambil daripada blog beliau - Panduan Bekerja di Rumah Buat Suri Rumah Online & Offline



Nama saya adalah Pn. Zaila Mohamad. Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada empat orang anak. Alhamdulillah, saya telah melepaskan kerjaya saya hampir setahun dan bekerja di rumah dengan menjadi guru online sepenuh masa. Selain itu, saya juga ada membuat perniagaan sampingan iaitu menjual barangan parti harijadi kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan saya.

Semenjak bekerja di rumah, ramai yang bertanya kepada saya apakah yang mendorong saya untuk berada di rumah dan melepaskan kerjaya saya. Jawapannya sudah pastilah saya mengutamakan keluarga saya. Antara faktor utama saya melepaskan kerjaya saya adalah untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak. Namun begitu, saya masih lagi bekerja di rumah untuk mencari pendapatan sendiri tanpa mengharapkan duit dari suami. Berkat hasil mengusahakan blog dan perniagaan online secara sambilan sewaktu bekerja dahulu telah memberikan kelebihan bagi diri saya untuk meneruskan apa yang menjadi kesukaan dan minat saya iaitu dengan berniaga.






Pemenang bertuah akan berpeluang memenangi pes nasi arab tajaan beliau yang kini sedang hangat di pasaran. Selain daripada itu, Puan Zalia juga menjual sambal kentang yang mendapat sambutan hangat sehingga ke United Kingdom.

Zaila Mohamad adalah contoh usahawanita online yang berjaya, dengan produk yang pelbagai, juga kecekalan dan ketekalannya dalam berbisnes menjadikan dirinya salah seorang idola saya di dalam bisnes online.

Beliau boleh dihubungi di:

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad


Thursday 22 May 2014

e-book Bekerja & Berniaga : Panduan Untuk Suri, Azura Abdullah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://bekerjaberniaga.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Menulis atau menjadi pengarang bukan hanya tertakluk kepada mengarang kreatif sahaja.Jika anda yang jenis keras kejun tulisannya, tiada kerawang bahasa tiba-tiba dipaksa menulis langgam kreatif tentang perasaan tentu sahaja tidak kena, bukan?


Kita sebenarnya boleh menulis tentang apa sahaja. Pertama-tama, diri kita ini istimewa. Sila ingat itu selalu. Kalau kita suri rumah, kita suri rumah istimewa yang boleh menyilangkan otak kiri dan kanan sekaligus. Mana taknya, daripada jam 8 sampai 10 kita boleh :

1. basuh kain
2. sapu sampah
3. mop lantai
4. jemur kain
5. buat sarapan
6. mandikan anak
7. lipat kain
8. kemas bilik anak-anak
9. siram bunga
10. sambil menonton Tanyalah Ustaz, Adik Tanya Ustaz, Upin dan Ipin, dan ulang siar Celik Hati, Halaqah, Tanyalah Ustazah, Saffya di televisyen kemudian sambung dengan telenovela. Cuba suruh cik abang kita? Suruh sapu sampah, sapu sampah ajelah!

Maka, keistimewaan kita itu perlu diberitahu atau dikongsi. Mungkin menjadi solusi, mungkin menjadi teladan dan panduan.


Terkini daripada Azura Abdullah berkongsi panduan di dalam e-book Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri kini dibuka untuk tempahan/pre-order pada harga RM50 sahaja sehingga 20hb.Jun, 2014. Anda akan mendapat bonus ebook nukilan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad bertajuk 101 Home Based-Bisnes.


Selepas tempoh pre-order, harga akan kembali kepada asal iaitu RM40.00 sahaja bagi sebuah ebook ini.
maklumat kandungan boleh di baca di blog bekerjaberniaga.blogspot.com
Order sekarang.
monalitamansor@gmail.com
atau
facebook : monalita mansor

Tuesday 20 May 2014

Mentua Aku Shogun Tokugawa - Bab 3


Jangan lupa baca untuk mendapatkan jawapan bagi soalan kuiz pra-terbit Mentua Aku Shogun Tokugawa. Hadiah-hadiah menarik tajaan Seri Cahaya Online (butik tudung) Abdullah Food, Zaila Mohamad, Syaf Zeef Collection, Jebat Creative dan MZ Secret Soap Subang Jaya 2 untuk menyerikan Ramadhan dan Aidil Fitri anda.
Soalan akan dinaikkan di dalam grup Kafe CMV dan grup NiN
jadi ahli dan anda layak menyertai

kaver cadangan
BAB TIGA (3)

“MA tak menangis masa tinggalkan kau kat sini?” 

Terhenjut-henjut sudah bahu Nayla menahan ketawa, tertunduk, menggeleng-geleng sedikit sambil meleretkan sesuatu di telefon di tangannya.  

“Mahunya tak. Macam Neng Yatimah,” sela Eza sambil mengunyah kudapan yang terlantar di tepinya di atas meja kopi di ruang tamu. Kakinya yang bersalut jeans longgar elok bersengkeling di atas meja empat segi yang dikepung oleh set sofa berwarna coklat itu.  

Akhirnya, Nayla memburaikan ketawa. Faham yang Puan Mariam memang bintang air mata. Selepas ini tiada lagi pengintip bertauliah di laman sosialnya. Tiada lagi ‘Mariam’s Angel’ kerana Eza yang diharapkan selalu untuk mengaksesnya sudahpun bersama-sama Nayla di Kuala Lumpur.

“Ibu kau?” Nayla bertanya merujuk kepada ibu Eza.

“Ibu okey.  Dia tahu anak daranya ni macam mana kan…” Eza menunjuk ke arah dadanya. Tudung bawal rekaan terkini itu ditanggalkannya. Dicampak sahaja di atas sofa bersebelahan.

“Hah! Kau dah tinggal kat KL ni jangan lepas laku. Kalau kau tak nak kerja, tak apa. Tapi rumah ni kau kena kemas.  Kau tahu aku punya undeng-undeng kan?” Tegas Nayla.

“Baik buk…” Eza mengangguk-angguk bagai burung belatuk menjawab di dalam slanga Indonesia.  
kaver cadangan

Beg pakaian bersaiz sederhananya masih tersadai di depan pintu masuk. Eza yang baru selesai SPM sudah lama berkeinginan tinggal bersama-sama Nayla. Puan Mariam yang tidak membenarkan, bukan ibunya. Kehidupan Eza banyak ditentukan oleh Puan Mariam biarpun Eza cuma anak saudaranya. Ibu Eza, Puan Jamilah  pula bukan jenis adik yang berkira berkira lebih-lebih lagi dengan kakaknya.

“Macam mana training kau?”

Training apa?”

“Aik… kau kata tak boleh tunggu aku kat rumah. Ada kursus. Ooh…kau tipu ma eh?”  Eza menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.  Ma merujuk kepada Puan Mariam dan ibu adalah gelaran untuk ibunya sendiri. ‘Nayla memang keras hati. Kalau dah tak suka, tiada apa yang boleh mengubahnya.’  Getus hati Eza.

Nayla menyimpul sila di atas sofa bertentangan dengan Eza sambil senyum meleret. Matanya tertancap pada bungkusan di atas meja makan. Eza kemudian mampir ke meja bulat itu, membuka bungkusan itu dan pantas tangannya menghidang. Azan Isyak berkumandang dari surau berhampiran.

“Owh!.. ada masjid kat sini. Jauh tak?”  Eza berteka-teka. Membanding suasana islami di kampung dengan di kota. Mulutnya laju mencicip santapan yang masih di dalam bekas plastik.

“Surau. Kat blok sebelah. Apa tu?”  Nayla tidak dapat menolak sabar, bertanya sambil tertinjau-tinjau. Tetapi masih berdegil untuk berganjak dari sofa.

“Ma bekalkan untuk kau.  Masakan kegemaran kau.”

“Ma? Bekalkan untuk aku? Pelik ni! Selama ni kalau aku balik kampung, tak pernah dia kirim-kirim macam ni. Kalau adapun tu… ‘gulai leter masak ugut.’ Tak naklah.”  Nayla mencebik sambil membetulkan cekak rambut yang mengemaskan semula rambutnya yang serabai ditiup angin. Eza ketawa mendengar istilah ‘gulai leter masak ugut’ itu.

“Sedap apa ‘gulai leter masak ugut’ ma tu… Mengada-ngadalah kau. Apa fasal pula kau tak nak?” Pinggan sudahpun tersedia di tangan Eza.

“Mana tahu dia dah mandrem lauk tu. Tak fasal-fasal aku dapat bengong percuma,” tuduh Nayla. Sesukanya melepaskan kata-kata.

“Ya Allah!  Apa punya busuk hati perut kau ni?”  Eza membesarkan biji mata tanpa lupa menyuapkan ayam masak merah ke dalam mulut lebarnya.
kaver cadangan

“Bukan busuk.  Berjaga-jaga.”  Nayla membela diri.

“Takkanlah ma sanggup buat macam tu?” berdecit-decit mulut Eza mempertahankan emak saudaranya.

“Kau kenal ma lapan belas tahun. Aku kenal dia lebih sepuluh tahun dari engkau.  Aku tahu mak aku, Eza.”

“Kot iya kalau dia mandrem kau, untuk kebaikan kau jugak. Sebab dia dah nasihatkan kau, jangan…jangan…tapi kau degil juga…” Suara Eza semakin perlahan dan menundukkan kepala tapi matanya mengerling Nayla, lebih-lebih lagi apabila dilihatnya Nayla membutangkan matanya. Namun kemudiannya dia menyambung, “lagipun kalau kau baca doa makan, agak-agak syaitan beserta tak?” tanya Eza selajur menyambung, “kau tambah sikit doa mengelakkan santau yang macam Ustaz Don ajar tu…” Tokok Eza lagi. Nayla menelan liur.

“Kau kenal Ustaz Don tak? Aku takut kau tak kenal pulak.” Terbayang di mata Eza pendakwah muda tinggi lampai, berperwatakan menarik, lembut suara walaupun slanga utaranya tidak pernah cicir yang mempunyai pendekatan sendiri dalam menyampaikan ceramahnya.

“Kau ingat aku bodoh sangat ke?”

“Taklah bodoh. Tapi kadang-kadang cerdik kau datang. Baca ayat ni bismillahillazi la yadurrumahasmihi…”

“Oh!  Itu aku tahu…” potong Nayla sebelum Eza menghabiskan bacaannya.

“Kan aku cakap kau ni terlebih cerdik.” Eza memperlahankan kunyahannya mengelakkan nasi tersembur kerana melepaskan tawa. Nayla menunjal kepala Eza sambil mencapai pinggan. Mempraktikkan apa yang diajarnya sebentar tadi. Eza menghadam penuh kosentrasi mengenangkan perutnya sudah minta diisi semenjak petang tadi.
Eza dan keluarganya tiba di rumah itu pada waktu Dhuha. Kunci rumah Nayla ditinggalkannya pada Hanisah di bank. Jarak bank dengan rumah sewaannya lebih kurang lima minit perjalanan. Puan Mariam dan Encik Nasir berkira-kira menunggu hingga waktu Asar untuk berjumpa dengan Nayla. Tetapi Eza tahu Nayla memang tidak mahu bertemu muncung dengan Puan Mariam. Sebaris alasan dan persediaan pelan B seandainya alasan tersedia tidak cukup kuat diterima emaknya, sudah dirancang. Kakak sepupunya yang berbeza warna kulit dengannya itu memang kepala batu. 

‘Yalah, manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke pinggan Arcopal Ma,’ fikir Eza.

Cahaya mata Puan Mariam dan Encik Nasir cuma Nayla seorang sahaja. Itulah intan payung kanopi pasar malam mereka. Zuriat mereka yang terdahulu tidak berhasil menjenguk dunia. Itupun terbias kata Nayla adalah anak angkat. Eza pernah mendengar angin-angin menderu apabila perang dingin Puan Mariam dan Nayla mendapat liputan percuma penduduk kampung. Nayla tidaklah popular benar di kampung. Cuma dia termasuk di dalam kategori pelajar pintar dan aktif dalam ko-kurikulum dan menjadi kesayangan cikgu-cikgu. Maklum sekolah kampung, nilaian prestasi tidak dapat disama araskan dengan pencapaian pelajar sekolah bandar. Namun baik ibunya, Puan Mariam atau Nayla sendiri tidak pernah ambil pusing berkenaan khabar angin itu.

“Hujung minggu ni nak ikut aku tak?” Tangan Nayla lincah mengemaskan meja makan. Remah yang bersisa, dikaut dengan tangan. Eza sudah berada di depan sinki, menoleh. Sebaik sahaja pinggan ditatang Nayla beralih tangan, dia cepat-cepat membasuhnya. Selepas itu cepat-cepat juga dia menutup tap sinki.  Berlari mengambil tempat di sofa kembar sambil membanting tubuh.

“Pergi mana?” Tanya Eza kembali sambil mulutnya berdecit-decit berusaha mengeluarkan sisa makanan yang dirasakan terselit di celahan gigi.

“Alumni.”

“Pak Tam adalah tu?” Teka Eza.

“Dia dah merajuk dengan aku.”  Nayla bersuara dalam nada sedih yang dibuat-buat. Eza membesarkan mata sebagai ganti perkataan ‘kenapa’. “Manalah aku tahu.  Kalau kau yang merajuk aku tahulah sebabnya.” Nayla menjungkit bahu.

“Memang malang nasib Pak Tam tu.” Eza seorang sahaja yang memberi gelaran itu kepada Aizat dan hanya dia juga yang tahu kemunasabahannya gelaran itu.

“Kenapa?”

“Dapat buah hati alias batu alias kayu macam kau.”

“Sedapnya mulut kau bercakap.”  Nayla yang masih berada berhampiran meja makan bercekak pinggang. Memandang ke arah gadis berambut pendek gonjeng tetapi bertindik telinganya itu.

“Kau tak pernah dengar perumpamaan.  Merajuk pada yang sayang.  Pujuklah.” Arah Eza.

“Eh! Kau ni umur setahun jagung manis.  Macam-macam benda yang kau tahu ya.”
“Hai… dunia tanpa sempadan. Lagipun aku budak sekolah alaf baru. Ada budak kelas aku dah nikah pun minggu lepas.  Kau ingat tak si polan anak pakcik Jamal?” tanya Eza. Kali ini dia menoleh dengan wajah serba tahu. Tangannya disidaikan di atas penyandar sofa. Nayla melongo. Jamal Pak Tongko? Usai berjeda dia menyambung, “alah..si polan…adik Haideer yang kerja kat Dubai tu.”  Eza menguatkan fakta ingatan kakak sepupunya itu. Nayla mengangguk-angguk.

“ Terlanggar lampu merah, kemalangan. Kenalah kahwin.”

“Teruk ke?”

“Apa yang teruk?” Eza menoleh kembali dengan kerutan di dahi

Accident.

“Teruk. Dah tiga bulan bawa perut.” Eza kelihatan bersungguh-sungguh menerangkan.

Accident? La…kau ni cakap berbelit-belit. Aku ingatkan kemalangan betul-betul.” Marah Nayla.

  Eza melampias tawa. Seronok dapat mengenakan Nayla lagi. Tangannya mencapai alat kawalan jauh dan menekan siaran SBS. Menikmati drama Korea bersiri dan segera terjerit melihat wajah Choi Min Ho terpapar di layar televisyen.
Nayla membiarkan sahaja. Diheretnya beg yang terpinggir tadi ke dalam bilik yang bersebelahan dengan biliknya. Hari ini hari yang memenatkan. Sejak pagi dia memandu keluar tanpa arah. Akhirnya dia memarkir di stesen LRT Bukit Jalil. Mengambil tren ke Kuala Lumpur. Tawaf satu Kuala Lumpur membuang masa. Cuti memang sudah dipohon seminggu yang lalu. Sejak Eza memberitahu dia sudah mendapat lampu hijau untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.
Selesai membersih diri, dia menghumbankan tubuh ke atas tilam dengan tuala masih membalut badan. Esok harus kembali bekerja. Dia merengus bosan. Bila sesekali bosan datang membuatkan segala-galanya menjadi tidak keruan dan dia mudah melayan amarah.

“Oi!  Tak senonoh betul. Nasib baik aku ni normal,”  Jerit Eza melihat Nayla tertiarap di atas katil dengan tuala membalut bahagian penting sahaja dan rambut kusut masai.  Lengannya mengalas kepala manakala matanya pejam.

“Dia dah tidurlah ma.”  Eza meletakkan telefon kembali ke telinga. “Betul.  Dia tak buat-buat tidur. Dia pejam betul-betul. Orang tempik kuat-kuat pun dia tak sedar ni.  Letih kot. Training tadi. Esoklah ma telefon dia ya. Bye.” Sengaja Eza meninggikan suara sewaktu menyebut perkataan bermaksud kursus itu. Dengan segera juga menyebut perkataan akhir itu. Nayla memalingkan tubuh dan bingkas bangun. Tuala yang hampir terburai, dibetulkan. Eza menutup mata dengan telapak tangan sambil duduk di bucu katil dengan kaki yang terbuka agak luas. Ibu jari kakinya mengotek-ngotek senang hati.

“Sampai bila aku ni nak jadi posmen pun aku tak tahu,” keluh Eza.

“Sampai bila-bila.” Nayla mencapai baju tidurnya dari dalam almari di hujung katil.

“Argh! Bila aku kahwin esok, aku nak ajak laki aku duduk jauh-jauh dari kau orang berdua. Masa tu kau orang dua beranak nak bertekak, bertekaklah. Aku dah tak dengar.” Rancang Eza.

“Ada ke orang nak kahwin dengan kau?”

“Aku okey apa?  Memanglah tak putih kuning macam kulit kau.  Aku putih coklat. Lawa kan?” Eza melaga-lagakan lengannya dengan lengan mulus Nayla.

“Ya, kau memang lawa…kau kan adik aku,” Nayla merangkul bahu Eza.  Semarak kasih sayang berserakan. Memberi wangi pada pernafasan sillaturrahmi yang sudahpun bertaut dengan pertalian darah.


“Dahlah, aku mengantuk ni. Esok nak kerja.  Melainkan kau nak gantikan aku, boleh jugak,” ugut Nayla.  Eza menjelirkan lidahnya. Melenggang pergi dan menghilang di sebalik pintu bilik. 

Sekalung Penghargaan Tak Terucapkan

antara kaver yang mendapat undi tertinggi
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Penaja

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Entri hari ini khusus untuk mencatatkan sekalung penghargaan buat sahabat-sahabat saya yang sudi menjadi penaja hadiah untuk kuiz pra terbit novel Mentua Aku Shogun Tokugawa.

Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya tatkala ini. Sebak bercampur gembira dan saya doakan mereka semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya kerana sudah memudahkan urusan orang lain.

Mereka ialah :

1. Nurhidah Halun - Syaf Zeef Collection (desain kaver cadangan dan hadiah untuk kuiz)
2. Nurhidah Halun, Intan Haji Daud, Nur Dila Mahauddin - Jebat Creative (cenderahati)



3. Fumi Enterprise - desain kaver cadangan

















4. Zaila Mohamad di http://www.zailamohamad.blogspot.com/














5. Snh Nurulhusna di https://www.facebook.com/AbdullahFOODS

















6. Aishah Hussein di https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2














7. Seri Cahaya di http://www.sericahaya.com/

Penglibatan mereka akan diwar-warkan secara meluas sikit masa lagi. Insya-Allah.  Mentua Aku Shogun Tokugawa akan diterbitkan pada bulan Jun 2014, insya-Allah. Nantikan ya.

Monday 19 May 2014

Pertemuan Rentas Rasa Santai Mantai Asam Pedas GMM1 - 2014 Wilayah Tengah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Zu Nani dan koleksi peribadi

Assalamulaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tanggal 18 Mei 2014, satu perjumpaan santai ahli-ahli hawa GMM telah diadakan di taman berhampiran KLCC. Sebuah majlis yang memang santai. Diserikan dengan hujan orang kaya, yang tidak berhenti turun.


Perjumpaan sepatutnya berlangsung pada jam 10.00 pagi. Itupun saya kelewatan lima belas minit. Nurhidah atau Dayah sudah sampai sambil mengheret troli berisi air minuman. Menunggu hujan reda sedikit, kemudian kami berteduh di bawah pondok betul-betul di sebalik bukit bertentangan dengan Suria KLCC dan dibatasi oleh kolam dan air terjun.


Saya terus memulakan sesi mengedit naskah manuskrip Nurhidah. Lebih mudah mengedit berdepan tetapi kesukaran kerana tiada WIFI untuk mengakses beberapa maklumat yang diperlukan untuk mencantikkan manuskrip.


Beberapa kali saya dihubungi oleh bonda Wan Mazlah yang menunggu di masjid As-Syikirin. Dia sudah sampai awal tetapi dimaklumkan pertemuan berlangsung di situ. 


Beberapa ketika kemudian, admin GMM, Asmah Hashim, orang kuat - Zu Nani dan bonda Wan Mazlah muncul dan hujan pun tidak terasakan. Nama pun sesi santai tiadalah ucapan alu-aluan dan penutup bagai.  Kami hanya bertukar-tukar cerita sambil menanti kedatangan asam pedas Dila.


Jam 12.00 Dila muncul bersama Siti Khatijah. Dan kami, apa lagi menyerbu asam pedasnya dengan dibantu daging goreng yang dibawa oleh bonda Wan Mazlah. Sambil makan, bergelak ketawa, tak mengingatkan dunia. 

pelbagai cerita ditukar, pellbagai petua penulisan beredar. Bagaimanapun, ia dengan satu matlamat, untuk memastikan aura penulisan kekal abadi di dalam diri masing-masing. 


Saya mengundur diri pada jam 12.00 lebih kerana Datok Panglima sudah menuntut janji. Janji haruslah ditepati.  









Bagaimanapun, ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir. Saya dan kawan-kawan merancang untuk mengadakannya di Taman Tasik Titiwangsa, insya-Allah.


Sunday 18 May 2014

Buah Tangan Hari Guru Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi NiN

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tanggal 16 Mei 2014 merupakan tarikh yang bermakna buat semua warga guru. Sementelahan pula diwarnai dengan jatuhnya pada penghulu segala hari, Sayiidul Ayyam, Jumaat nan mulia. Tidak terkecuali buat seorang guru daripada kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang menerima berita bahawa proposal novelet tiga orang protege kelas tersebut sudah dipersetujui untuk diterbitkan.

Protege tersebut;
Nur Dila Mahauddin, blog : D Chief Tomyam Seafood,
Nurhidah Halun, blog : Misi Tulis Baca
dan Intan Haji Daud blog : Sekoci dan Tinta Intan Yumerza Daud

memasuki kelas tersebut pada waktu, tarikh dan masa yang berbeza. Mereka bertemu, mesra dan akrab di dalam kelas tersebut sebelum mencetuskan idea untuk menghasilkan novelet 3 dalam 1 sebagai signifikan keberhasilan mereka menyertai kelas tersebut.

Sebelum itu, Intan Haji Daud mendahului rakan-rakan dengan tersiarnya cerpen beliau yang pertama, Cik Sitam Blogger di majalah Mingguan Wanita bilangan 1591. Terima kasih pada pasukan editorial MW kerana sudi menyiarkan kisah suri rumah tangga kelam kabut mahu menjadi blogger yang akhirnya terpaksa membahagi dua dirinya. Sinonim dengan peserta ABDR, pada awal penglibatan mereka sebagai WAHM.
Bacaan lanjut di: http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/2014/05/versi-cinta-nin-buah-tangan-kelas-asas.html

untuk daftar dan pertanyaan terus kepada (salah seorang):
Monalita Mansor
Nur Dila

Nurhidah Halun
Intan Haji Daud
Aiza Zizan
Asmah Hashim
Nur Balqis Qahira
Snh Nurul Husna
Saniah Mat Sanat
Aishah Hussein
Rafisuhaila Rahim
Zaila Mohamad
di facebook.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung