RM30 termasuk caj pos hadiah misteri menanti pembaca bertuah |
Teks dan Gambar : Monalita Mansor
“Aku sebenarnya nak tawarkan kau kerja di sini.”
“Aku sebenarnya nak tawarkan kau kerja di sini.”
Aku berdehem
beberapa kali. Menyem-bunyikan debar. Malunya kalau dia tahu apa yang berbunga
di dalam hatiku sekarang. Aku menjunjung sangkaan lain.
“Kalau
kau setuju. Aku tawarkan jawatan pengurus rumah anak yatim ni.”
“Nantilah,
aku fikirkan,” Aku memalis. Menggigit
bibir, menahan air mata yang gugur. Maafkanlah aku Azmi, kerana berharap yang
bukan-bukan. Langsir jendela aku singkap.
“…jawatan
ni nanti, hey…pandanglah sini!” Dia masih di kerusi. Aku mengeraskan diri di
tepi jendela. Aku terasa mahu membalut diriku dengan kain langsir biru itu.
Malu dengan diri sendiri.
“Merangkap
pengurus aku, diri aku, hidup aku. Dunia akhirat. Itupun kalau kau setuju.
Datin Hairiah.” Dia berdiri di jendela sebelah. Ter- senyum sambil memandang
keluar. Kedua-dua belah tangannya berada di dalam poket seluar. Kali ini, aku
memang mahu dikafan dengan kain langsir!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D