Friday 3 January 2014

Matra Baru di Tahun Baru

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Hari ini hari yang memenatkan. Seharian berada di luar. Bermula ke sekolah, kemudian ke pasar pagi, buat 'marketing' Saya memang suka sangat hari Jumaat. Suka sangat. Penghulu hari memang tidak pernah mengecewakan saya. Alhamdulillah.

Saya ke sebuah kedai alat tulis di pekan Kinrara, tempat saya bekerja selama 17 tahun. Saya tawarkan kalau-kalau mereka sudi mengambil novel saya untuk dijual di kedai mereka. Alhamdulillah, dengan baik mereka setuju. Kemudian, meneruskan pula ke rumah omak. Membungkus bantal omak yang dipesan secara online oleh seorang sahabat. Alhamdulillah.

Seterusnya, bergerak ke PNM untuk menghantar sebuah naskhah contoh sekaligus memohon Dana Untuk Penulis yang memang diperuntukkan. Selepas itu, terus bergerak ke Pasaraya Matahari untuk meninjau sebuah lagi kedai buku. Yang ini saya serahkan kepada penerbit sebab saya rasa ia perlukan prosedur tersendiri.

Keseluruhannya, saya sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Perkenalan melalui Kabus Rindu membawa saya ke matra baru, mengenal pemilik wajah-wajah kental dalam dunia bisnes buku.

Wallah hu alam.


Ada bisnes dan ingin beriklan di 300 lebih rangkaian blog kami? PM atau emel monalitamansor@gmail.com

Thursday 2 January 2014

Kebun Mini di Tingkat Satu

Teks : Monalita Mansor
Foto : Koleksi Peribadi dan Kredit Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Saya pernah sarankan supaya anda bercucuk tanam secara kecil-kecilan dalam entri sebelum ini kan? Tapi tak adalah saya bersungguh-sungguh berkempen dalam kempen menghijaukan rumah itu kerana saya pun tak melakukannya ketika itu.

Tapi, hari ini awal tahun 2014, saya memuatnaik gambar ini kerana saya sudah melakukannya dengan bangganya. Malahan dengan kos yang paling minima. RM50 - duit minyak kereta untuk balik kampung.

Yang lain-lain, benih cili api, serai, kunyit, pandan semuanya saya perolehi secara percuma dari kampung. Termasuk tanah juga. Bekas mengisi saya ambil daripada bekas-bekas plastik yang sudah tidak saya gunakan lagi.

Harap-harap projek tanaman menjimatkan belanja dapur saya ni mendatangkan hasil ya. InsyaAllah. Lalu, bolehlah saya menulis tentangnya tanpa teragak-agak.



Wednesday 1 January 2014

Tabungan Berdikit

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tadi, keluar sebentar menghantar novel Kabus Rindu pada sahabat saya, Zuriani Ju. Dia memang sahabat tegar saya kerana sentiasa menyokong apa sahaja status yang berkaitan dengan karya saya. Jadi, sebagai menghargainya, saya ingin menyerahkan sendiri kepadanya.

Sebelum sampai pada masa temu janji di depan IOI, saya dan suami serta Affan menikmati cendol di depan sebuah pasar raya berhampiran Seri Manja Square. Kedai pakaian seragam sekolah itu sangat sibuk dan padat dengan ibu bapa, anak-anak membeli belah keperluan persekolahan.


Suami saya merungut juga kerana parkir terhad.  "Kenapa semua orang nak keluar beli barang hari ni? Kenapa tak beli awal-awal?"

"Bukan semua orang macam kita." jawab saya.
"Tipikalnya, kebanyakan orang kita tak menyimpan. Terpaksalah menunggu bonus atau 'advance' daripada majikan untuk membeli keperluan anak. Ini memang senario golongan pertengahan. Kita pun tak terkecuali."
kata saya. Terus encik suami terdiam.

Bukan saya mahu merendah-rendahkan mereka. Tidak sesekali. Kerana saya faham, tuntutan hidup di bandar tidak memungkinkan untuk mereka melihat tabungan berdikit itu satu keperluan. Ada lebih banyak keperluan yang mendesak lagi yang perlu difikirkan.

Maka, saranan saya, di awal 2014 ini, ayuhlah kita menyimpan. Walaupun setakat syiling 50 sen sehari. Didik anak-anak menyimpan, walaupun memang terasa amat berat. Kita akan merasa nikmatnya di belakang hari. Juga, jangan lupa untuk menyimpan di tabung masjid, atau yang memerlukan ketika mereka menghulur. Kalau kita hanya ada sedikit, kita beri sesuku daripada sedikit itu. Apabila hati sudah terdidik memberi, dengan sendirinya hati tidak pernah gusar walaupun di dalam tangan hanya ada seringgit untuk makan tengah hari.

Tak percaya, cubalah.

%%%    %%%%% 

ada bisnes tapi tak tahu nak dikembangkan bagaimana? Kami di Akademi Bekerja Di Rumah akan cuba bantu. 
PM di facebook : Monalita Mansor
emel                    : monalitamansor@gmail.com
SMS                     : 011-19737269

Monday 30 December 2013

Konsep Bahagi Tiga

Teks : Monalita Mansor
Foto : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Fakta mengejutkan daripada wall Facebook Tuan Shamsuddin Kadir, 30% perbelanjaan majoriti keluarga di Malaysia telah dibazirkan tanpa disedari. Sama ada kita sedar atau tidak. Beliau mengungkapkan bahawa masalah pembaziran ini mungkin berpunca daripada kurangnya ilmu dalam berhemat.

Apa dia ilmu berhemat? Adakah diajar di sekolah-sekolah dulu? Tak ada rasanya. Kita diberitahu agar berjimat cermat tetapi tidak diberitahu cara berjimat itu bagaimana. Kita diberitahu agar menabung tetapi kita tak tahu berapa persen yang harus ditabungkan lalu kita menjawab, 'gaji dapat sikit, macam mana nak menyimpan?'

Saya tertarik dengan konsep bahagi tiga oleh mentor saya di akademi. Mungkin anda tidak perlu rigid dengan persen. Kerana ia akan memerangkap anda terutama bagi anda yang kurang disiplin (hehe...macam kenal aje. Macam kenal aje)
Setiap pendapatan yang anda terima,bahagikan kepada tiga bahagian

1. simpanan lupa (kalau dulu Tabung Haji amat selamat untuk simpanan lupa ni. Tapi sekarang tak lagi, sebab ia boleh diakses melalui bank-bank komersial)

2. modal - kalau anda berbisnes, kalau tidak mungkin boleh dijadikan tabungan juga

3. kegunaan
Selanjutnya anda bacalah nota daripada tuan Shamsuddin Kadir ini. 

Bismillah. 


Berdasarkan pengalaman kami menjayakan kursus dan mendapat maklum balas dari pembaca buku, facebook dan sebagainya.

Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu.

Masih mengeluh kerana duit tidak cukup, sebaliknya tidak mahu berubah. Ini isu yang paling banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Apabila saya berjumpa dengan seseorang, melalui bahasa yang digunakan, kita kadang kala dapat melihat tabiat hidupnya yang membazir.

Macam mana hendak hidup dengan relak, apabila banyak pembaziran berlaku dalam setiap punca-punca perbelanjaan.

1. Pemilhan kereta yang ingin dibeli

2. Perancangan sebelum keluar rumah untuk ke mana

3. Pengunaan air di rumah, termasuk sewaktu mandi, ataupun sewaktu anak-anak di bilik air.

4. Perayaan-perayaan yang di luar amalan Nabi

5. Menyambut hari-hari jadi mengikut bulan Masihi - sedangkan umur itu tidak mengambarkan umur di dalam Islam. didik anak solat sewaktu umur 7 tahun mengikut tahun Masihi ataupun Hijrah ?

6. Perhiasaan yang sebenarnya adalah manipulasi penjual dan pencipta produk

7. Produk-produk kecantikan yang melebihi tatasusila seorang beragama dan juga seorang yang cerdik yang tahu bagaimana teknik marketing barat mengubah persepsi.

8. Tidak membaca buku secara konsisten, yang dibaca majoriti adalah suratkhabar

9. Kedatangan tahun baru, tiada perubahan yang ingin dibuat dalam cara hidup.

10. Bil telefon - bercakap untuk apa

11. Membeli secara online itu dan ini, yang tidak ditapis dahulu

12. Beli-beli dan beli lagi ketika pasaraya membina perangkap 'Promosi Jualan'

13. Tidak mengamalkan doa tolak masalah dan hutang.

14. Suka makan di luar.

15. Fasih dengan gajet-gajet terkini, tetapi ketinggalan dalam perlaburan-perlaburan terkini.

16. Suka ikut apa orang lain buat.

17. Banyak membazir sewaktu menghantar anak-anak ke Tadika, yang kosnya tinggi.

18. Membeli kasut dan beg baru untuk persekolahan baru. Walaupun anak tidak menunjukkan perubahan sikap kepada yang lebih baik. Kasut dan beg termasuk pakaian sekolah tahun lepas, yang masih digunakan.

Insyaa Allah anak-anak saya, yang bersekolah, menggunakan beg tahun lepas. Untuk kasut sekiranya masih muat, saya hanya tambah kasut baru 1 pasang, untuk memberi motivasi sahaja. Ini kerana kaki-kaki anak saya cepat membesar. Saya suka membeli pakaian yang lebih besar supaya ianya boleh dipakai antara 1 -3 tahun.

Ulangan |
Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu.

Astaghfirullah. Wallahu A'lam.

Lain sekolah, lain ajarannya. Hormati perbezaan.

  • Salam tuan... mohon jasabaik tuan menjelaskan apa maksud bagi yg nombor 17 iaitu membazir sewaktu menghantar anak-anak ke tadika... tq
    8 hours ago via mobile · Like · 1
  • Shamsuddin Kadir Tuan Kerel Anuar yang dirahmati Allah, menghantar anak ke tadika-tadika yang ada status ataupun berjenama.
    8 hours ago · Like · 6
  • Shamsuddin Kadir Tiada kajian, yang menunjukkan anak-anak yang pandai membaca sewaktu umur 4-5-6 tahun dapat menjadi manusia yang hebat apabila besar nanti.

    Ataupun anak-anak yang pandai sifir sewaktu usia terlalu muda menjadi saintis.
    8 hours ago · Unlike · 29
  • Kerel Anuar Oh begitu maksud tuan.. saya bcadang nk hntar anak ke tadika tahun depan.. tapi tadika biasa2 berhampiran rumah jer... terima kasih tuan kerana jawapan yang diberikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung