Friday 6 February 2015

Sudut Pandang

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Anda biasa membaca cerpen menggunakan ganti nama diri 'aku'? Biasa juga membaca cerpen yang bercerita tentang 'dia' ataupun nama-nama watak sebagai ganti nama diri. Ini dipanggil sudut pandang. Saya suka sangat menggelarnya 'anak jun atas cctv'

anak jun adalah merujuk kepada sesuatu yang ghaib yang sentiasa memerhati dan menceritakan kepada khalayak, manakala, CCTV adalah sesuatu yang 'ada' dan bertindak sebagai mata.

Pengarang, anda boleh memilih untuk menulis sebagai orang lain, yang tidak terlibat dengan watak tersebut, atau anda adalah sebahagian daripada cerita tersebut, sama ada anda watak utama atau watak sampingan.
Apabila menulis dengan menggunakan sudut pandangan yang berbeza-beza, pastikan juga pemikiran yang disampaikan berbeza-beza.

Thursday 5 February 2015

Temuramah Watak Anda

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Pernah tak anda, wahai penulis atau pengarang semua menemuramah watak-watak anda sendiri? Magis tu, macam mana nak buat. Anda tak perlulah sediakan 'stand' atau apa juga peralatan macam nak buat forum tu. Cumanya, gunakan stragegi 4Wife 1Husband.

Amboi...
tanya watak anda perkara-perkara ini.

1. where
2. what
3. when
4. who

1. how


Untuk watak positif - tanya ciri-ciri heroic dan untuk watak negatif, lihat sahaja sisi gelap hidup manusia.
Lepas tu, mulalah menulis. Atau menulis sahaja, yang ini anda boleh masukkan apabila mengedit nanti.

Pencerahan dipadankan daripada buku Kuasai Cerita Anda, Panduan Penulisan Kreatif Untuk Remaja, Victoria Hanley, ITBN.

Wednesday 4 February 2015

Mempamer Ciri Khusus

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Secara mudahnya, perwatakan ialah ciri khusus watak. Masa bila pulak nak ceritakan perwatakan? Ada penulis selesa menulis perwatakan wataknya semasa

1. menulis naratif
2. masa tulis naratif penerang dialog yang memasukkan unsur-unsur aksi, pergerakan atau perlakuan yang menggerakkan watak. Maknanya termasuk dalam perwatakan ialah gaya/aksi dan gerak geri.


Latihan Sempoi

Cuba tulis gambaran ringkas tentang watak :

pelajar - tanpa menyatakan yang dia tu pelajar


oh ya... nama watak jangan pelik sangat dan lebih baik jangan menjela-jela. Nanti kita pulak terperangkap sendiri bila berlaku kesilapan ejaan dan sebagainya.

Tuesday 3 February 2015

Merekacipta Sesukanya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Jangan terikat atau rigid mencipta watak. Senario penulisan kreatif di Malaysia, watak dalam karya anda boleh jadi sesiapa sahaja. Wan Zenon Latah, Anak Nenon, Kulak, Buyai...dan entah sapa-sapa lagi. (sapa tu?...heheh...adalah!)

Kalau susah sangat nak mencipta watak, mengorat aje Pak Ngah Google, katakan wajah Arjun Rampal yang keluar untuk digunakan dalam watak antagonis. Lepas tu, keluarkan pulak satu persatu ciri fizikal dia...(kalau aku yang senarai karang...stuck kat youtube tengok cerita Ek Ajnabee ataupun Om Shanti Om tu)

cerpen mungkin - satu protagonis
                           - satu antagonis dengan watak-watak bantuan lain.

dan...karya Islamik - seboleh-bolehnya apungkan nilai-nilai positif sahaja.

Perkongsian ini saya petik berdasarkan pemahaman saya daripada buku Kuasai Cerita Anda, Panduan Penulisan Untuk Remaja, Victoria Hanley, ITBN

Monday 2 February 2015

Yang Pertama Sukar Dilupa

teks: Monalita Mansor
gambar : carian google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.

Lama tak mampir ke dinding ini.

Ini garapan saja-saja dan santai-santai. Saja nak ajak kawan-kawan penulis ulangkaji. Bagaimana bermula. Masalah ini bukan masalah penulis baru. Penulis lama pun gitu. Ini memang masalah negara!

Habis tu macam mana? Mula-mula, tanya diri (kalau anda penulis, kalau ada bukan  penulis, boleh juga bertanya, kalau ada jawapannya)

1) cerita/jalan cerita
2) watak
3) latar
4) konflik

Tak ada...hahaha...maknanya yang ada semangat juang yang tinggi ajelah ye? Tok sah panik. Ambil kertas, ambil papan kekunci, taip sahaja. Abaikan tatabahasa, abaikan etika. Lepaskan apa sahaja yang ada dalam kepala dan hati. Yang itu kita panggil 'draf pertama'

Perkongsian ini saya petik sebagai pemahaman saya daripada buku Kuasai Cerita Anda, Panduan Penulisan Untuk Remaja, Victoria Hanley, ITBN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung