Saturday 21 September 2013

Dialog Sasterawan Kavyan

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Sebagai penulis, atau sesiapa juga kita keperluan menambah ilmu adalah sesuatu yang ditagih untuk memastikan kita sentiasa terkedepan.

Oleh itu, InsyaAllah, saya akan menyertai sebuah bengkel yang dianjurkan oleh Sasterawan Kayvan pada 29 September 2013 untuk membincangkan isu royalti/honorarium juga isu-isu lain yang berkaitan dengan penulis.

Dunia penulisan sebenarnya bukan berkisar kepada novel kahwin paksa, kemeriahan melonjakkan nama apabila karya dinaikkan ke media interaktif malahan ia lebih besar daripada itu.

Untuk keterangan lanjut berkenaan akitivti ini, anda boleh klik di sini

***** ***** ****** ****** ******* ****** ****** ****** ****** ****** ******

Novel terbaru saya akan berada di pasaran Oktober ini.  Kelas Asas Blog masih terus berlangsung, di dalam kesibukan itu.  Mungkin, senaskhah novel saya untuk anda, PERCUMA untuk sesiapa yang bernasib baik.

hubungi saya di facebook Monalita Mansor atau e-mel monalitamansor@gmail.com

Catatan Pengalaman Rentasan 4 Negeri (4)

Teks    : Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian.

Assalamualaikum Dan Salam Serumahtangga

Usai melepaskan diri dari kesesakan di Sungai Koyan 1, kami terus menuju ke perbukitan Tanah Tinggi Cameron menggunakan laluan Sungai Koyan.  Azan Zohor sudah berkumandang sejak tadi.  Cadangan kami untuk bersolat jamak dan qasar di Hentian Rehat Betau hanya tinggal cadangan apabila semuanya berkunci.  Tandas berkunci, surau juga berkunci.



Perjalanan diteruskan, melalui lurah dan lembah.  Subhanallah, tak terkata bibir mengucapkan indahnya kejadian alam ciptaan Allah.  Makin mendekat menghampiri Tanah Tinggi Cameron, pelbagai pemandangan lain menjadi santapan mata.  

Udara semakin menyejuk, biarpun tidaklah sampai ke tulang sulbi.  Mata dan hati terus berkata, antara alam dan pembangunan untuk sesuap nasi, mana yang hendak didahulukan?

**************************************************************************
Pakej iklan serendah RM50.00 menanti anda.  Beriklan dengan rangkaian WAHM dan SOHO yang sudah menjangkau ke 100 blog dan semakin bertambah.  PM saya untuk maklumat lanjut.

Bila Boleh Dapat Duit?




Teks   :  Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Peribadi dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Soalan itu sering ditanya kepada saya satu ketika dulu.  Ketika itu, bank-bank belum menyediakan mesin deposit cek dan tempoh penjelasan cek kadang-kadang mengambil masa sehingga 10 hari.

Saya akan bercerita tentang penjelasan cek ataupun 'cheque clearing'.  Istilah ini terpakai apabila anda memasukkan cek ke dalam akaun dan disyaratkan menunggu di dalam tempoh bertenang yang dikenali sebagai tempoh penjelasan atau 'floating'/'clearance time.'

Tempoh itu diperlukan lebih-lebih lagi apabila melibatkan bank yang berbeza.  Sebagai contoh, anda mendeposit cek di Bank A di negeri Selangor.  Cek itu adalah cek yang dikeluarkan oleh Bank B di negeri Perak.

  Maka, maklumat cek itu akan dipindahkan ke pusat penjelasan Bank A sebelum dipindahkan pula ke pusat penjelasan utama iaitu Bank Negara Malaysia.  Bank Negara Malaysia akan memberi arahan supaya Bank B mengkreditkan amaun tersebut ke dalam Bank A.  Dengan itu Bank A akan mengkreditkan pula jumlah tersebut di dalam akaun anda.

Barang harus diingat, tempoh pemprosesan biasanya 3 hari bekerja akan menjadi lebih panjang sekirannya terdapat cuti umum atau cuti hujung minggu. 

Umumnya terdapat 3 kategori cek;

Cek dalaman - house cheque : cek milik bank pembayar daripada cawangan yang sama/bank yang sama
                                               Tempoh penjelasan : 24 jam

Cek tempatan - local cheque  : cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang berbeza
                                                Tempoh penjelasan : 3 hari bekerja

Cek luar kawasan - outstation cheque : cek yang dikeluarkan oleh bank yang terletak di luar zon 
(bagaimanapun, sejajar dengan peningkatan sistem penjelasan yang semakin canggih, kesemua cek sudah dikategorikan sebagai cek tempatan dan boleh diproses (tertakluk kepada terma dan syarat, seperti entri sebelum ini) dalam masa 3 hari bekerja.)  


Ambil perhatian sekiranya cek didepositkan selepas waktu pungutan (cut off time) sila tambah 1 hari lagi untuk proses penjelasan.

&&&&&&&&&&&&&&&  &&&&&&&&&&&&&&&&&  &&&&&&&&&&&&&&&

Walaupun sudah meninggalkan alam pekerjaan, saya masih memanfaatkan pengalaman dan kepakaran saya di dalam bidang perbankan dengan entri-entri berkaitan.

Dengan bantuan kelas Asas Blog dan Penulisan anjuran Akademi Bekerja dari Rumah, saya semakin yakin berkongsi ilmu, sebagai salah satu cara menambah pencen kubur.  Anda?  

Sila pm saya di facebook Monalita Mansor untuk masuk kelas.  Tawaran menarik menanti anda. 

Friday 20 September 2013

ARAHAN HENTI BAYAR - stop payment

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar: Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Kadang-kadang berlaku kes kehilangan cek yang diposkan melalui cek.  Sama ada ia berlaku disebabkan oleh masalah teknikal atau kecuaian manusia.

Apabila kehilangan begini berlaku, anda boleh mengelakkan pembayaran oleh pihak yang tidak diketahui dengan mengeluarkan arahan henti bayar atau Stop Payment.

Arahan boleh diberikan secara
1.  datang sendiri ke bank dan mengisi borang
2.  menulis surat
3. melalui telefon diikuti dengan surat
4. laman web bank

Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan.

BAGAIMANAPUN, harus diingat seandaikan anda mengeluarkan arahan ini kerana kekurangan dana di dalam akaun berkemungkinan besar anda akan dikenakan caj tambahan apabila cek itu diproses.  Jika ia dilakukan berulang kali dengan niat sengaja, akaun anda akan DITUTUP.

ketiga-tiga e-book di bawah adalah percuma sekiranya anda mendaftar untuk masuk kelas Asas Blog dan Penulisan sekarang.  PM saya di https://www.facebook.com/affanazman


Sedar Ruang, Sedar Peluang

Teks    : Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Inilah kisah yang mengubah sedikit demi sedikit pandanganku terhadap rezeki, meminta dan tawakkal.

Berlaku sekitar 2008.  Aku bertugas di kaunter pada hari Rabu.  Kelemahanku ialah aku cepat panik.  Apabila melihat pelanggan bertali-arus memasuki bank, perasaan ingin melihat lobi bank kembali kosong berkobar-kobar.

Berakhir hari perbankan, bermulalah pula sesi 'balancing'.  Aku dapati tunai di dalam kotak juruwang (teller box) berkurangan sebanyak RM1000.00.  Berkali-kali dikira, baki di dalam sistem dengan baki fizikal tunai di tangan masih berbeza RM1000.00

Setelah berhempas pulas melakukan pemeriksaan di sana sini, kiri kanan, atas bawah, depan belakang, aku mengambil keputusan mengajukan laporan tentang kekurangan tersebut.  Allah sahaja yang tahu, perasaan aku tatkala itu.  RM1000.00  Gaji sebulan separas hidung, kalau digunakan mengganti jumlah tersebut, lemas terkapai-kapailah aku jawabnya.  

Hari terus berlalu. Pada hari Jumaat, ketika aku bersarapan dengan Laila di kedai mamak di sebelah bank, masuk sekumpulan wanita.  Salah seorang daripadanya aku kenal, tapi aku panggil ustazah sahaja sebab dia pernah mengajar Anis, anakku di tadika.

Kami bertukar-tukar cerita, sehinggalah terbuka kisahku dan RM1000.00 yang masih belum dijumpai.  Spontan dia berkata, ''minta tolong dengan Allah."  Aku terdiam.  Minta tolong tu bagaimana?

"Bangun malam, buat solat hajat.  Dalam sujud mohon pada Allah, Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik buat diriku.  Jangan 'arah' Allah dengan meminta apa yang kita mahu.  Berserah pada-Nya.  Gantungkan harapan pada-Nya.

Seterusnya, mohon doa pada Allah. Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah.  Jika haram, sucikanlah.  Jika jauh dekatkanlah.  Lepas tu baca surah Yassin.  Buat tiap-tiap malam," pesannya.  Panjang lebar.

Akur, aku turuti arahan Ustazah.  (kemudian baru aku tahu yang doa yang dibacanya itu ialah doa solat dhuha).  Tanpa gagal, setiap malam aku bangun di sepertiga malam.  Melakukan apa yang disuruh.  Niatku hanyalah satu, agar segala senak beban yang merengsa dada dapat dikurangkan.

Hari Selasa, sewaktu aku sedang bertugas di kaunter, aku dipanggil oleh pengurus, Mr Seow.  Seorang lelaki Cina juga bersama-samanya.

"Saya pulangkan duit awak satu ribu.  Ini duit tak halal.  Saya makan, saya susah.  Awak pun susah,"  kata lelaki tersebut.  Bergenang air mataku ketika itu.  Sungguhlah betapa besarnya kuasa Yang Maha Pencipta.  Betapa ampuhnya kuasa doa. 

Semenjak dari itu, aku sedaya-upaya membaiki diri.  Sukar sebenarnya kerana iman bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi.  Turun naik dan perlu kuat untuk memastikan ia kekal konsisten atau dalam bahasa Arabnya istiqamah.  

Aku kongsikan kisah ini sebagai pengajaran bahawa jika kita dilanda kesusahan, mengadulah pada tempat yang betul.  Lambat dan cepat adalah hak Allah sebagai pencipta.  Hak kita sebagai manusia, tawadduk dan terus berdoa.


**********   **************  ************  ***********  ************ 

Ingin sekali saya membaca catatan pengalaman anda selepas mengikuti kelas Asas Blog dan Penulisan di Akademi Bekerja dari Rumah.  Daftar sekarang untuk mendapatkan e-book berharga RM125.00 percuma.

Tiga buah e-book ini menjadi milik anda sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar
1. Super WAHM, Super Mom
2. Kelas Asas Blog
3.Panduan Mula Bisnes Butik Online dan Offline

PM saya di facebook Monalita Mansor untuk analisa dan terus masuk kelas.

Thursday 19 September 2013

Catatan Pengalaman Rentasan 4 Negeri (3)

Teks     :   Monalita Mansor
Gambar:   Koleksi Persendirian dan Carian Google
Zizan Razak ke?


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Meninggalkan Hospital Raub dan momen bersama seorang sahabat di alam persekolahan terpahat kukuh di dalam ingatan sehinggalah kami meneruskan perjalanan ke Felda Sungai Koyan 1.  Destinasi seterusnya ialah majlis perkahwinan Firdaus dan Atikah.  Firdaus merupakan adik lelaki kepada biras saya dan ini adalah kali ketiga saya mampir ke kawasan tanah rancangan Felda ini selepas 13 tahun.
geram dengan pisang ni, 'gebu', kata omak


Perjalanan dari bandar Raub ke Sg Koyan 1 mengambil masa saya kira lebih kurang setengah jam.  Teringat pada almarhum nenda dan nenda saudara suami (al fatihah, untuk kedua-dua mereka)

"apo namo ea...tak sampai-sampai.  Dah berapo kali den tidur dah.  Bangun tak jugo sampai.  Bangun tak jugo sampai!"

Saya mengingati baris-baris ayat itu sehingga sekarang.  Cuma bezanya perjalanan mereka lebih jauh kerana bermula daripada Kg Petaseh, Jelebu menelusuri Pelangai, Telemong, Manchis, sebelum melalui pekan Karak, Bentong, Raub seterusnya ke Felda Sungai Koyan.

Kedatangan kami, dalam empat buah kereta mengejutkan adik ipar dan biras.  Kononnya kejutanlah.  Apa yang dia tak tahu ialah saya dengan Pak Long Sayang saya bertekak-tekak manja lagi tentang lokasi sebenar, Sungai Koyan 1 atau 2.
Pak Long Sayang kena merenjis, dia dah nak lari, kena 'tangkap' dek adik iparnya.

Sebaik sahaja tiba, kami disambut dengan semeja pulut kuning, bersama sambal tumis petai bercampur tempoyak dan ikan bilis.  Tidak ketinggalan sedulang kuih kasui.  Kami, tanpa sarapan, mudah sahaja menyua pinggan mencedok.  Tambahan pula kata Pak Long Sayang saya, sambalnya memang sedap.

Usai menghabiskan sepinggan pulut, pengumuman mempersilakan tetamu menghadapi juadah hidangan tengahari kedengaran.  Kami semua berundur dulu, sedang bersandar menunggu pulut turun ke perut!  Juadah masakan penanggah itu memang sedang.  Beraneka dan saya pula terlupa mengambil gambar sebab asyik mencedok.

Lebih kurang jam 2.00 petang, kami meminta diri.  Niatnya untuk meminta diri lebih awal tetapi kenderaan tidak dapat dikeluarkan kerana terhalang dek kenderaan tetamu lain yang tidak putus-putus berkunjung.

Selamat Pengantin Baru, Firdaus dan Atikah.

Untuk merasai pengalaman berblog tanpa sekatan 8-5 seperti saya, sertai kelas Asas Blog dan Penulisan untuk anda membina blog sendiri.
ATAU
kelas Asas Blog dan Fan Page untuk anda yang mempunyai keghairahan untuk berbisnes, membantu menjana pendapatan keluarga tanpa kekangan waktu.

Hubungi saya Monalita Mansor di Facebook atau emel terus ke monalitamansor@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Yuran kelas adalah sangat munasabah dan berbaloi-baloi.

Cek Tendang


Teks    :  Monalita Mansor
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
reza-arwanda.blogspot.com

Apabila berniaga, kita berhadapan dengan turun naiknya graf pendapatan dan juga untung dan rugi.  Maka tidak dapat tidak kita akan berdepan dengan beberapa senario berikutan daripada masalah tersebut.  Salah satu senarionya ialah cek tendang.

Anda boleh membuat laporan polis terhadap pelanggan anda yang memberikan cek tendang.  Itu hak anda.

Sebab-sebab cek tendang;

1.  Refer To Drawer
2.  Exceed Arrangement
3.  Effect Not Cleared

Ketiga-tiga sebab di atas adalah merujuk kepada ketiadaan/ketidakcukupan dana di dalam akaun pengeluar semasa cek diproses oleh pihak bank.  Jadi, tidak perlu anda bertegang leher dengan kakitangan bank untuk mengetahui sebabnya secara terperinci.  Seperti yang dinyatakan 'refer to drawer' maka rujuklah kepada pengeluar cek tersebut.

4.  Signature Required  - tiada tanda tangan pengeluar cek

5.  Signature Differ/Signature Not According to Specimen/ - tanda tangan pengeluar berbeza atau tidak mematuhi syarat (bagi akaun syarikat)

6.  Post Dated - Cek Tertunda

7. Stale Cheque - Cek luput tarikh (melebihi 6, 3 atau 12 bulan)

8. Words and Figure Differ - Tulisan dan amaun berbeza

9.  Altered Cheque - pindaan ke atas cek sama ada di depan atau di belakang

10.  Stop payment - arahan henti bayar dikeluarkan oleh pengeluar

11.  Closed Account/Frozen Account - akaun ditutup atau diarah beku kerana 

         a) muflis
         b) kematian -  untuk akaun-akaun tertentu
         c)  perintah mahkamah   -kebiasaannya atas kesalahan jenayah seperti pengubahan wang haram atau   dadah.
www.7daysindubai.com

Cek-cek yang ditendang akan dikembalikan kepada ORANG YANG MENDEPOSITKAN CEK dan bukannya pemegang akaun.  Bagaimanapun pemegang akaun akan dikenakan caj dan penalti untuk membayar kos pentadbiran yang terlibat.


**Mohon maaf kerana menggunakan istilah Bahasa Inggeris.  Bukanlah tujuan untuk tidak mendaulatkan Bahasa Melayu.  

Anda suri rumah tangga?  Tak tahu nak buat apa?  Pemegang ijazah/diploma atau sijil profesional tetapi memilih untuk mendidik pewaris generasi dengan cara sendiri.  Salurkan kemahiran anda, seperti saya dengan mengambil kelas Asas Blog dan Penulisan.

Pendaftaran masih dibuka  PM saya di facebook - Monalita Mansor 
Yuran pendaftaran pada harga minima
Ebook percuma 




Wednesday 18 September 2013

Akaun Simpanan Asas dan Akaun Semasa Asas

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi persendirian dan carian google

www.tmb.in

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Bermula 1 Februari 2005, satu produk perkhidmatan asas dinamakan akaun simpanan asas (basic saving account) dan akaun semasa asas (basic current account) telah diperkenalkan.  Sila bezakan dengan akaun simpanan dan akaun semasa biasa.

Akaun-akaun asas ini boleh dibuka oleh mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas.  Satu lagi syarat tambahan untuk akaun semasa asas ialah pembukaan akaun harus disertakan dengan perujuk (introducer)

Apakah perbezaan di antara akaun-akaun asas dengan akaun simpanan/semasa biasa.

Tidak terlalu banyak beza yang ketara di antara kedua-dua akaun tersebut.  Hanya boleh dikelaskan beberapa perkara berikut;

1.  Kadar faedah - kadar faedah akaun simpanan asas lebih rendah berbanding akaun simpanan biasa
2.  Amaun deposit - pengguna hanya dikenakan RM20.00 untuk pembukaan akaun simpanan asas dan RM500.00 untuk akaun simpanan asas.
3.  Akaun simpanan/semasa asas hanya layak dibuka oleh warganegara Malaysia sahaja.
4.  Caj sebanyak RM2.00 (atau mengikut budi bicara bank) akan dikenakan terhadap Transaksi OTC (Over The Counter) yang ke 7 pada setiap bulan.
5.  Pengeluaran ATM kali ke 8 adalah tertakluk pada caj perkhidmatan bagi akaun simpanan/semasa asas.
www.flickriver.com

Bagaimanapun caj-caj tersebut akan dikecualikan bagi keadaan-keadaan berikut;

1.  Jika bank tersebut tidak menyediakan kemudahan mesin deposit tunai
2.  Jika bank tersebut tidak menyediakan perkhidmatan ATM dan GIRO

Caj-caj berbangkit lain adalah tertakluk kepada pindaan dan budi bicara daripada pihak bank dari masa ke semasa.  Maklumat-maklumat mengenai perbankan boleh juga anda perolehi di sini



Promosi untuk mengikuti kelas Asas Blog dan Penulisan masih dibuka.  Anda akan menerima pakej e-book PERCUMA apabila anda mendaftar sekarang.  Hubungi saya di sini untuk analisa sebelum masuk kelas.

Waktu kelas adalah fleksibel.  Tiada kekangan 'deadline'



Catatan Pengalaman Rentasan 4 Negeri (2)

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Menyambung catatan perjalanan.  Dua buah negeri sudah kami rentasi.  Tiba ke negeri yang ketiga, Pahang Darul Makmur, negeri kelahiran saya.  Tetapi kali ini kami menjejak bumi yang telah dibuka pada kurun ke 18 iaitu daerah Raub.

Kami tiba di perkarangan Hospital Raub lebih kurang jam 10.00 pagi.  Lokasi hospital ini agak terasing daripada bandar Raub.  Berada dalam lingkungan kawasan yang kecil dan terdiri daripada bangunan-bangunan lama.

Saya terus menuju ke Wad Perempuan.  Mencari sahabat saya, Rodiah.  Tiba di katil nombor 13, saya lihat dia sedang tidur.  Keletihan terpancar dari desah nafasnya.  Soalan pertama yang saya ajukan padanya sebaik sahaja memberi salam ialah "kau ingat aku lagi tak?"  dia mengangguk dan berkata "aku ingat."  Selepas hampir 20 tahun dan pertemuan di tempat sebegini, hati saya bercampur baur.

Ketika menyentuh lengannya, saya perasan ada sesuatu yang bergerak-gerak, tetapi saya belum berani bertanya.  Matanya kekuningan, tanda dia benar-benar tidak sihat.  Rodiah pengidap sakit buah pinggang selama hampir 4 tahun.

Saya tanyakan apakah simpton-simpton yang terjadi pada dirinya dia menjawab;

1. sakit kepala yang teramat seperti migrain tetapi urat leher sangat tegang
2. sewaktu mengandung, mengalami masalah kencing kotor

Setelah menjalani pemeriksaan, dia disahkan menghidap sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses hemodialisis untuk kesinambungan hidup.  Rodiah menunjukkan saya keadaan lengan kanannya.  Tempat jarum-jarum hemodialisis itu mendarat.  Ada ketulan sebesar penumbuk dengan urat melintang di atasnya sebesar kelingking budak.  Di pelipat lengannya terdapat satu motor yang sentiasa bergetar (yang mula-mula saya usik sebentar tadi)

Sungguh, Rodiah di depan saya amat berbeza dengan Rodiah yang saya kenal dulu.  Dia dulunya seorang yang lincah, menjadi penjaga gol pasukan hoki sekolah.  Ceria, berperwatakan 'boyish' dan agak kasar.  Tetapi, hari ini di depan saya, ibu kepada tiga cahaya mata itu, matanya berkaca memohon harapan.  Namun saya masih merasakan semangat kentalnya untuk survival demi anak-anak dan suami.

Hari sebelumnya, dia dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung pula.  Saya nyatakan padanya, kekuatan semangatnya menjadi teladan dan apa yang berlaku menjadi sempadan buat kami yang masih bugar hingga ke hari ini, insyaALLAH.

Pesannya, sebelum pertemuan terungkai, minum air kosong banyak-banyak.  Air barli, atau apa sahaja air yang boleh membersihkan buah pinggang.  Buat sebelum terlambat.
weightlossproject.org

Rodiah dan Hospital Raub, saya tinggalkan dalam pelbagai persoalan yang menyantak fikiran.

Untuk anda, suri rumah di luar sana, yang masih terfikir-fikir cara terbaik mempromosi produk anda, kami menyediakan platform untuk beriklan di hampir 100 laman blog rangkaian SOHO dan WAHM.  Untuk maklumat lanjut hubungi saya di sini

atau melalui emel : monalitamansor@gmail.com



Tuesday 17 September 2013

Catatan Perjalanan Rentasan 4 Negeri


Teks  :  Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Peribadi
Pemandangan indah, kabus pagi ketika melewati pendaerahan Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Buat pertama kalinya, saya merakamkan perjalanan saya dalam bentuk teks untuk simpanan sendiri dan sesiapa juga yang ingin turut mengalaminya, sekadar teladan dan sempadan.  Ke mana destinasinya?  Sila teruskan bacaan anda.

7.30 pagi - kami memulakan perjalanan.  Sudah menjadi tabiat pula saya dengan 'pak long kesayangan' ni.  Kalau nak berjalan mesti huru-hara.  Cari baju tak jumpa, cari seluar tak jumpa.  'Pak long sayang' saya ni, bila kita dah nak bergerak, barulah dia sebut dia nak pakai baju apa, seluar warna apa, kalau saya panik, inilah jadinya.

Janji dengan adik dia, 7.00 pagi, sekarang 7.40 baru mengisi minyak di stesen minyak di Pandan.  Jika diikutkan, kami sudah tiba di kawasan rehat Plaza Tol Gombak.   Kalau dulu, menghala ke Pahang, RM50.00 sudah penuh takuk-takuk di depan stereng tu.  Sekarang ni, RM70.00 pun belum tentu penuh.  Syukurlah.  Malaysia masih aman.  Perjalanan masih lancar.  Tiada anggota bersenjata dengan kereta kebal menahan kereta di tengah jalan.

Jam 8.00 kami tiba di kawasan rehat Tol Gombak.  Kenderaan menghala ke timur masih kurang.  Rombongan kami sepatutnya mengisi empat buah kereta.  Tetapi dua buah lagi masih belum bertolak ketika saya menelefon lalu, kami memutuskan untuk bertemu di destinasi kami nanti.

9.00  pagi, - Simpang Ketari kami singgahi.  Bentong banyak meninggalkan kenangan buat saya.  Sebuah daerah yang menghimbau rindu pada zaman persekolahan.  Kolej Vokasional yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Bentong adalah tempat menempa bakat dan laluan saya dalam bidang penulisan.
Hentian Bas Bentong, waktu pernah terhenti, saat zaman remaja membugar indah.

Perjalanan diteruskan menuju ke pekan Raub.  Destinasi seterusnya ialah Hospital Raub.  Seorang anak sahabat menaikkan status mengenai ibunya yang merupakan sahabat zaman persekolahan yang kini terlantar

Sama-sama Menjaga Adab

Teks    : Monalita Mansor
gambar: Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Alhamdulillah, syukur dan serasi.  Itulah rasanya ayat yang paling sesuai menggambarkan diri saya ketika ini.  Semakin dalam menyelami dunia blog dan bisnes maya dengan dorongan dan tunjuk ajar guru-guru online dan rakan sekelas.

Jangan kata, guru online dari kelas lain tidak mengajar saya.  Saya mencuri-curi ilmu dari kelas sebelah dengan berjalan-jalan di blog guru-guru dan protege mereka.  


Tadi, saya mengunjungi PPAS, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, cawangan Pekan Seri Manja.  Inilah tempat lepak, kata orang-orang sekarang.  Di PPAS inilah saya menghabiskan masa satu ketika dulu, membina blog, merapi, meriasnya sebelum dihantar kepada Cikgu Aishah.

Mata saya tertancap pada satu laporan akhbar hari ini - lihat gambar.  Serta-merta, kenang-kenangan sewaktu bekerja dahulu menjelma.  Saya tidak berhasrat untuk merasuk fikiran anda dengan panduan-panduan di bawah, hanya sekadar memberi pandangan agar kita menilai sendiri keadaan yang berlaku.



Adab Pelanggan

1.  Tepat Waktu  -  bank mempunyai peraturan waktu yang ketat kerana ia melibatkan kepentingan nyawa pekerja dan wang juga premis.  Pernah dilaporkan perompak masuk ke dalam bank selepas waktu perbankan dengan menyamar sebagai pelanggan.

Ini kerana, selepas waktu bekerja, kakitangan terlibat dengan proses 'balancing' yang jika diganggu oleh pelanggan, akan menyebabkan tugasan mereka akan terlewat.  Ditambah pula jika terdapat masalah-masalah berbangkit lain.

Proses 'balancing' bagi sesebuah cawangan amat penting kerana ia juga melibatkan kelancaran perjalanan transaksi sesebuah bank.

2.  Mengikut Prosedur - patuhi arahan yang ditetapkan berkaitan dengan urusan mengisi borang/prosedur urusan kerana kebanyakan bank mempunyai prosedur yang berbeza.

Monday 16 September 2013

Petaling Jaya Waktu Malam

www.youtube.com
Teks   :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk di atas seperti lagu Saloma 'Singapura waktu malam, lampu neon indah berkilauan...' dalam filem Labu dan Labi (babak P. Ramlee bersanding dengan Mariani).


Gambar-gambar yang anda lihat adalah wajah Old Town pada waktu malam.  Saya sukakan kesuraman ini.  Inilah Petaling Jaya Bandar Lama pada waktu sekarang.  9.00 malam.  Tidak terusik dek neon-neon berkilauan dan segala keghairahan pesta dunia di sebalik garisan sempadan sana.

Kawasan estet Effingham seluas 486 hektar ini dibangunkan untuk menampung populasi lebihan penduduk di lembah Kuala Lumpur pada 1952.  Old Town sekarang adalah titik mula terbinanya lokaliti Petaling Jaya dengan pembinaan 800 buah rumah di sekitarnya pada tahun yang sama.

Sejarah penuh Petaling Jaya, bandar inai merah boleh anda baca di dada Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya atau Muzium Petaling Jaya.  Kalau anda peminat gambar-gambar lama, terdapat banyak koleksi wajah-wajah muda Petaling Jaya pada awal pembukaannya.


Saya sukakan kesuraman ini.

Anda berhasrat meletakkan jawatan.  Masih berfikir-fikir nak buat apa selepas ini?  Sertai kelas Asas Blog dan Penulisan sebagai persediaan untuk bercerita mengenai pengalaman baru anda.  Mana tahu, pengalaman anda semasa bekerja memberi manfaat pada pembaca yang lain, seperti saya.  InsyaAllah.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Petaling_Jaya


Membanding-banding, kegemaran kita

Teks    :   Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google
http://1.bp.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Membuat perbandingan, satu perkara yang kebanyakan perempuan suka lakukan.  Kalau ke majlis perkahwinan, tempat pertama dijenguk ialah bilik tidur pengantin dan pelamin.  
Tujuannya untuk membuat perbandingan dengan majlis orang lain.  Hebat atau tidak.  Padankah adunan warnanya.  Sesuaikah tidak dengan kedudukan keluarga pengantin.  Boleh dikatakan, semuanya hendak dibanding.

Satu perbandingan lain ialah apabila ke pasar.  Membeli barangan basahan.  Inilah pasar segar yang menjadi lokasi tetap saya membeli lauk-pauk untuk seminggu.  
Kalau berkesempatan, hari minggu kami suami isteri menjengah Pasar Besar Jalan Othman.  Jika tidak, di sinipun menjadi tidak masalah.

Jiran-jiran saya, kebanyakannya suri rumah pun membeli di sini.  Bermakna, di sini juga ahli mesyuarat tingkap berkampung.  Tetapi tidak selalu.  Sesekala terserempak sahaja.  Apabila berbual, tidak dapat tidak isu perbandingan harga, kualiti servis akan dipertikaikan.

"Biasanya saya tak beli ikan dekat sini, mahal!" saya menelinga perbualan dua orang sahabat yang sedang beratur di belakang saya.

"Habis tu beli kat  mana?" tanya temannya pula.

"Saya beli kat Taman Medan.  Kat sana banyak pilihan.  Ikannya besar-besar."

"Jadi, kenapa hari ni ke sini pulak?"

"Tak ada motor."  Jawapannya membuatkan saya tersenyum.

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa pilihan adalah hak pengguna.  Tetapi apabila difikirkan semula dan dilakukan perbandingan, agaknya berapakah beza harga ikan di Taman Petaling Utama dengan ikan di Taman Medan kalau anda tinggal di Taman Petaling Utama?

Katakan harga tilapia merah di Taman Petaling Utama ialah RM8.80 sekilo.  Sedangkan di Taman Medan ialah RM8.60.  Anda tinggal di Taman Petaling Utama.  

Menanti Oktober iii

Teks    : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Ikuti anekdot-anekdot menarik seorang ibu, suri rumahtangga mendepani tiga anak gadis yang meningkat dewasa dengan pelbagai gelagat yang kadang-kadang menghilangkan 'kewarasannya.'  Baca bagaimana Puan Hidayati Jamil mendidik anak-anak perempuannya dengan cara yang berhikmah yang tak terjangka dek akal kita.

nantikan Oktober ini.  Novel terbaru daripada saya.  Monalita Mansor

Saya adalah penulis novel dan cerpen.  Telah menghasilkan banyak karya tetapi kelas Asas Blog memberikan saya ilmu mempromosi diri dan karya secara sistematik dan konsisten.

Anda juga boleh jadi seperti saya dengan menyertai kelas Asas Blog dan Penulisan.  Pendaftaran masih dibuka.  hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sunday 15 September 2013

Muzium Petaling Jaya

Teks    :   Monalita Mansor
Gambar:  Carian Google
http://allmalaysia.info/wp

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

16hb September 2013 adalah cuti umum.  Hari Malaysia.  Ke mana anda membawa anak-anak bercuti.  Mungkin ada yang sudah berkemas-kemas untuk pulang ke kampung.  Atau menunggu-nunggu kedatangan orang kampung ke kediaman anda. 

Satu tips daripada emak mertua saya.  Sentiasa bawa bekal air atau air kosong bersama cawan kecil.  Tujuannya agar anak-anak yang merengek minta dibelikan air tin, air botol atau air bergas, boleh disogok dengan air bekal untuk mendiamkan mereka.  

Ipar saya pula, sanggup memasak menyiapkan bekalan untuk anak-anak sekiranya perjalanan mengambil masa agak lama.  Kalau berhenti di RnR, macam-macam yang ditunjuk anak-anak.  Kebanyakannya dijual dengan harga yang lebih tinggi sementelahan pula kos pengangkutan juga telah dinaikkan.  
Taman Jaya, Petaling Jaya.  Ehsan : http://farm3.static.flickr.com/

Jika tidak ke mana-mana, anda boleh juga bawa anak-anak ke Muzium Petaling Jaya. (pada hari Ahad, cuti umum ia ditutup).  Ia terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya, Seksyen 10 Petaling Jaya.  Ia sebenarnya adalah Rumah taman Bacaan Kanak-Kanak yang telah dirasmikan oleh Datin Hajah Sulaimah bt Maiji, isteri Yhg. Dato Haji Hormat Rafei, Menteri Besar Selangor dari tahun 1976 - 1982.

Muzium ini tidaklah sebesar Muzium Negara.  Jika anda ingin mengetahui sejarah istimewa Petaling Jaya, gambar-gambar lama dan tokoh-tokoh yang mencorak pembangunan Petaling Jaya di sinilah tempatnya.  Ia dibahagikan kepada 6 galeri bermula daripada sejarah kelahiran Petaling Jaya.  Ada berbagai-bagai foto lama Petaling Jaya yang begitu menggamit kenangan.  
www.penyubiru.com

Anda boleh mengunjungi Muzium Petaling Jaya sama ada melalui Bas (Rapid KL U66 dan U75), teksi, atau Putra LRT di perhentian Taman Jaya. 


Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 
 Terdapat juga Pusat Membeli Belah Amcorp Mall, juga Hutan Pendidikan Bukit Gasing di sekitarnya.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung