Saturday 6 September 2014

Zaila Mohamad Melangkah ke .com







           


Teks : Monalita Mansor

Gambar : www.zailamohamad.com


Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.

Hari ni rasa bangga sangat sebab dapat peluang review blog yang baru sahaja naik takhta ke .com. Siapa lagi kalau bukan milik Zaila Mohamad. Selain daripada blog ini, dia juga mempunyai dua blog lain lagi iaitu Diari Seorang Suri Yang Bekerja Dari Rumah dan Panduan Bekerja di Rumah Buat Suri Rumah Online & Offline.

Tapi itu hanya dua daripada 13 blog yang dia ada. Mak aii...macam mana dia menguruskan blog yang banyak-banyak ni ya. Ibu kepada lima cahaya mata ini sudah berblog semenjak 2008. Maknanya, dia dah tentu arif benar dengan sepak terajang dunia bisnes online. Blog tu macam kedai la. Dia dah ada 13 kedai...'ko ade?'


Satu hal yang saya suka merayau-rayau di blog Diari Suri tu, blog tu banyak gambar dan Zaila letakkan gambarnya besar-besar. Manakala di blog Panduan Bekerja tu, Zaila banyak berkongsi info tentang idea menjana pendapatan pasif dan aktif di rumah. Ada banyak entri-entri menarik yang boleh menghilangkan mengantuk dan meletuskan aura 'membisneskan minda' apabila anda membacanya. 


Ini salah satu petikan daripada entri tentang pencapaian beliau dalam bisnes online yang diceburinya. 

Ramai yang bertanya bagaimana saya melakukannya? Bukankah saya sudah selesa dengan menjadi sebagai guru online dan mengajar pelajar membina blog. Sebenarnya, terus terang saya katakan bahawa saya seorang yang tamak. Setelah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1,000.00 sebulan, saya rasa saya mampu untuk capai lebih dari itu pula. Tapi, saya harus gandakan usaha saya dengan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan saya.

Apa bisnes Zaila? Ha'ah, apa bisnes Zaila?

Zaila ada macam-macam bisnes. Antaranya nasi Arab, Sambal Kentang, produk pemakanan sunnah dan banyak lagi. Kalau nak belajar berbisnes atau berblog pun boleh. Beliau juga adalah salah seorang penaja hadiah kuiz untuk kuiz pra-tempahan novel Mentua Aku Shogun Tokugawa.



Zaila Mohamad boleh dihubungi :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad



antara servis blog Zaila Mohamad


Friday 5 September 2014

Tiga Perempuan Yang Aku Cintai di Mingguan Wanita

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Nur Dila

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Alhamdulillah. Masih diberikan ilham untuk berkarya. Sebuah lagi cerpen kekeluargaan tersiar di dalam majalah Mingguan Wanita bertarikh 5-11 September 2014. Cerpen eksperimen menggunakan sudut pandangan orang pertama menggunakan garapan teknik yang saya rasa agar menyukarkan fahaman pembaca. Saya mohon maaf.

saya, Monalita Mansor adalah penulis cerpen tersebut dan merupakan guru online bagi Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kelas tersebut, boleh mendapatkan maklumat lanjut di facebook saya atau emel : monalitamansor@gmail.com
atau whatsapp 011 19737269

Thursday 4 September 2014

Promosi Pra-Tempahan Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor

Assalamualaikum. Bismillah dan Salam Kreatif.

Alhamdulillah. Novel yang ke seterusnya, sudah sampai ke peringkat akhir. Keizinan daripada penerbit sudah pun diperolehi untuk membuka tawaran pra-tempahan bersama-sama hadiah-hadiah kecil untuk didapatkan bersama. 

Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pasukan Karystos Creative terutama nakhodanya, Puan Kalthom. Penaja-penaja hadiah untuk kuiz dan juga pra-tempahan novel, Nur Dila, Nurhidah Halun, Intan Haji Daud, Zaila Mohamad, Snh Nurul Husna, Kak Aishah Hussein, sericahaya.com, kak Irene Nor Rashidah Shamsuddin, Akmal dan Fuad daripada pasukan Fumi Edar. Biras dan ipar saya yang banyak tolong daripada segi logistik, Norliza Ariffin dan Azri Abd Aziz.

Idola-idola saya yang sering memberi kekuatan dalam diam. Pasukan ABDR yang memberi peluang kepada saya berada dalam jemaah 'menulis' 24 jam. Anak-anak didik saya, cikgu-cikgu saya, kawan-kawan penulis dan semualah.

Jika ingin buat tempahan anda boleh terus deposit ke 1641 6489 7289 Monalita Mansor (maybank bhd) emel rujukan : monalitamansor@gmail.com
@ boleh hubungi Nur Dila, Intan Haji Daud atau Nurhidah Halun di facebook

atau melalui e-mel di monalitamansor@gmail.com

Penempah terpantas menerima cenderamata terima kasih istimewa daripada penulis. 

Wednesday 3 September 2014

Bukan Tradisi Tetapi Tanda Pekerti

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Tengok mangkuk 'sia' tu, rare tau. Siap ada kunci lagi.

31 Ogos 2014, genap 17 tahun usia perkahwinan dan majlis perkahwinan adik sepupu sebelah suami, Nur Hidayah Hj Aris dan Maziz Mahyuddin Haji Kamaruddin. Yang selamat, memang selamat jadi pengantin. Namun begitu, semenjak ada blog ni, dah macam wartawan tak ada gaji dah ni.

Sedang syok duduk berbual dengan mak saudara, terpandang pulak uwan sorang ni duduk atas kerusi. Uwan tu, uwan pada pengantin la. Saya tak tahu nama, tapi kami panggil uwan. Dia tengah mengisi-ngisi, pulut, sambal ayam dan gulai daging ke dalam bekas-bekas di depan dia.
semuat yang boleh Acik tu masukkan

Saya pun, buatlah muka menyemak kat situ. Terus aje bertanya pada uwan, memang ini tradisi orang belah-belah Rembau ke atau tradisi orang Melaka. (Kampung mereka terletak berhampiran Lubuk Cina). Uwan kata, "tak. Ini sekadar budi bahaso jo. Orang mombori, kalau mampu baleh la. Kalau tak mampu pulang balik bokeh kosong pun tak apo do...Tapi kito dah terbiaso...."
Dah siap isi, tunggu tuannya datang ambil. Uwan 'standby' kat tepi

Biasanya, jiran sekampung akan menghadiahkan beras, gula atau susu. Di tempat lain, tiada bekas spesifik disediakan, tetapi di Kampung Hj Sulaiman ni, jiran-jiran membawa bekas-bekas yang sangat menarik. Seseparuhnya sudah boleh dikira antik dan vintaj kot.
Uwan, baju biru tengah bersalam. Tengok Acik tudung kuning tu, ambil mangkuk dia sebelum balik

Sambil-sambil berbual, saya turun tangan jugaklah. Alah, bukan susah benar. Tapi saya suka uwan panggil saya 'wok'. Dah lama saya tak dengar orang panggil saya 'wok'. 'Wok' tu kira panggilan beradab untuk orang-orang muda la. Biasanya orang belah-belah Pahang aje, tak sangka pulak di sempadan Negeri Sembilan-Melaka ni ada kesamaan. Eh...entah-entah sebab Lubuk Cina menjadi laluan Jalan Penarikan kot? Nanti nak semak buku sejarah semula.
Beras yang diperoleh daripada tukaran tadi


Tak perlu saya cerita banyak. Kalian tengoklah gambar-gambar yang saya 'snap' hari tu. 'Legend' betul la...uwan. 
 
Yang bersilat tu (tengah bersalam dengan pengantin lelaki) bapa saudara pengantin perempuan. Siapa yang nak kahwin dan perlukan acara silat untuk memeriahkan majlis, bolehlah hubungi dia.

Monday 1 September 2014

Ahmad Shahrin Mencabar Diri

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://ahmadshahrinbinmohamadanuar.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Mana perginya sesi 'ceramah tak habis-habis' untuk para penulis tu? Tiba-tiba topiknya bertukar 360 darjah dengan sesi 'pengskodengan' blog pula? Ada. Sesekala, marilah kita menziarah blog-blog hebat jiran sepintu, setingkap mahu pun setangga kita. Ada banyak ilmu, ada banyak perkongsian. 

Blog pertama yang saya singgah adalah blog kumbang antara ratusan bunga di Akademi Bekerja di Rumah. Dia gelarkan dirinya WAHD. Working At Home Daddy. Graduan kejuruteraan awam bernama Ahmad Shahrin bin Mohamad Anuar ini bercita-cita besar untuk merintis jalan buat para pemula dan bakal WAHD di luar sana. Maaf ya, walaupun orangnya dalam kategori tampan, harap maaf, dia sudah membuat pengumuman, dia adalah 'daddy', pandang boleh, jangan diusik-usik mahupun di'inbox' ya. Kecuali untuk mendapatkan perkhidmatannya dalam bidang aksesori blog.

Blognya kemas (dibandingkan dengan blog saya) dan mesra informasi. Harga servis yang ditawarkan sangat berpatutan dan jika anda berlama di blognya, ada di antara tutorial-tutorial itu diberikan secara percuma. Antara kepakaran beliau ialah:

1. Servis memasang slider di blog
2.Membuat Borang Tempahan untuk blog dan fanpage
3.Servis memasang gambar bergerak di blog
4.Membuat poster
5.Servis menghasilkan video dan iklan promosi

Jika anda rajin 'menyelongkar' blog protege Cikgu Norazizah Sudin ini, anda akan dapati banyak ilmu dan perkongsian bermanfaat yang boleh digunapakai.

Untuk mendapatkan khidmat  sdr Ahmad Shahrin , anda boleh klik pautan ini : http://ahmadshahrinbinmohamadanuar.blogspot.com/


***rasa macam nak minta sebut harga buat 'header' dengan dia aje...

Sunday 31 August 2014

31 Ogos 1997

Assalamualaikum.

Kali ini, aku biarkan gambar berbicara. Ada banyak lagi insiden sebenarnya. Dengan surat kebenaran nikahnya hilang lah, dengan mak aku pengsan la. Dengan kereta pengiring pengantin sesat lagi la. Tapi yang penting, aku selamat diijabkabulkan dan perkahwinan ini menyaksikan sillaturrahim bertaut.

Dulu-dulu, time kenduri, budak-budak disuruh makan dulu. Nasi Malaya sahaja, maksudnya nasi campur. Yang monitor crowd dekat tingkap tu ialah bapa saudara aku, adik mak kandung aku.

Orang kuat dapur, yang aku kenal Wan Wook dengan De Kama


Pengantin brutal. Lapar gila weh! dah lah lambat sampai. Tak toleh kiri kanan dah. 

Resensi : Syed Mokhtar Al Bukhary A Biography, Premilla Mohanlall

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Merdeka. Bismillah.

Wealth has to circulate. When you make money, you have to give it away.

Bukan saya yang tulis, Syed Mokhtar Al Bukhary yang tulis. Selain apa yang tertulis di dalam autobigrafi setebal 170 muka surat ini, figura rendah diri ini sudah menancap perhatian banyak pihak semenjak awal 2000-an lagi.

Namun begitu penglibatan beliau sebenarnya jauh lebih jauh dan lama daripada tarikh tersebut. Mungkin ketika itu, ramai daripada kita belum lahir atau baru lahir. Sedang beliau sudah mengharung semua kesusahan untuk mendirikan empayar berasaskan kebajikan bernama Al Bukhary ini.

Terlalu banyak pengajaran, terlalu banyak inspirasi dinukilkan oleh penulis di dalam buku ini. Walaupun mengambil masa beberapa hari, (sebab Bahasa Inggeris dan non kreatif pulak) pengalaman membaca autobiografri ini memberi impak yang mendalam buat diri saya.

Ada banyak perkara yang boleh diistilahkan 'magik' berlaku di dalam perjalanan seorang figura yang memegang prinsip taqwa dan ehsan di dalam hidupnya ini. Namun begitu yang saya katakan 'magik' itu sebenarnya ialah blessed atau kurniaan buat insan yang begitu takut menjadi tamak dan sangat bersyukur kerana tidak menjadi tamak seperti beliau.
Wallah hu alam. 


Seperti biasa, buku ini saya pinjam di PPAS. Terima kasih PPAS Pekan Seri Manja. Saya suka menyarankan anda membaca buku ini. Ada banyak hakikat tentang perjuangan bangsa yang perlu anda fahami.

Ingin menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja di Rumah?

whatsapp 011-19737269 atau e-mel monalitamansor@gmail.
com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung