Tuesday 10 September 2013

Mr. Mama oh Mr. Mama

Teks    :   Monalita Mansor
Gambar:  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Pernahkah anda terfikir satu waktu dulu yang hari ini anda menjadi suri rumah.  Pernahkah juga anda terfikir yang anda tidak akan menjadi suri rumah dengan pendapatan yang anda perolehi melebihi pendapatan suami?

Saya terbaca topik ini di dalam majalah Jelita Ogos 2006, sudah lama.  Rencana tulisan Siti Mariam Elias merujuk kepada pembentangan kertas kerja di konvensyen Hari Bapa 2006 bertemakan Bapaku Wiraku.  Rencana ini mengulas kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Mansor Abu Talib, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM, ketika itu.

Menurut Dr Mansor, fenomena lelaki menjadi suri rumah bukan kes kekeliruan gender seperti tanggapan sebilangan orang.  (Pasti ada yang terbayangkan lelaki lembut memakai apron berbunga-bunga, berseluar pendek dengan selipar jepun sedang menjemur kain kan?)

Bukan!  malah saya dan suami juga pernah berbincang soal ini.  Satu ketika, waktu sedang membincangkan tawaran pemberhentian sukarela yang menawarkan jumlah yang sangat lumayan kepada suami.  Lalu kami membariskan rancangan antaranya;

1.  saya terus bekerja - dia jadi pak supir, hantar saya pergi kerja, hantar anak ke sekolah
2.  duduk di rumah, basuh kain -mesin ada/ sapu sampah - dia memang tak boleh tahan dgn habuk dan sampah/memasak - dia memang 'terror' memasak daripada saya
3.  waktu solat - masjid sekangkang kera - setiap waktu boleh berjemaah (mahu dengan tidak sahaja!)
4.  dia boleh meneruskan kesukaannya - menyudu bola! - saya memang menyampah dengan hobi yang satu ni!

Bagaimanapun, itu semua tidak berlaku.  Tetapi dengan perancangan begitu kami berpendapat, kami sudah bersedia.  Kecuali jika ada isu-isu berbangkit seperti pandangan masyarakat.  Datuk Noh Gadut, mufti Johor ketika itu berkata bahawa suami suri rumah adalah perbuatan melanggar hukum syarak.  Manakala Datuk Seri Shahrizat Jalil juga menyokong pandangan tersebut.

Apa-apapun, rumah tangga milik kita.  Kita yang mencorakkannya.  Kalau lelaki menjadi suri rumah tangga dan rumah tangga aman damai, banyak perkara boleh dijimatkan berbanding kita.  Apa salahnya? 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung