Sunday 8 September 2013

Akaun Pinjaman Perumahan : Commence An Early Instalment.


Teks   : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Maaf, saya menggunakan tajuk bahasa Inggeris.  Jenuh saya memikirkan perkataan yang sesuai untuk diterjemahkan.  Tetapi sesuatu yang merisaukan saya, terjemahan saya tidak menepati maksud dan anda sendiri gagal memahami apa yang ingin saya sampaikan.  Maka terbiarlah nawaitu saya nanti untuk berkongsi satu lagi ilmu bantu yang mudah tetapi penting.

Mungkin ada di antara sahabat-sahabat kita atau anda sendiri yang terjepit di dalam senario di bawah...
 


Rumah idaman dibeli 10 tahun yang lepas sewaktu zaman gawat, masih gawat pembikinannya.  Masih belum bertingkap, berpintu, dan pemajunya pun sudah menukar nama ke syarikat baru kerana syarikat lama sudah bankrap.

Apa lagi?  bayaran pinjaman harus dilunaskan setiap bulan.  Lebih menyakitkan hati lagi, apa yang kita bayar sebenarnya tidak meluakkan sedikitpun jumlah pinjaman kita.  Kenapa?  Kerana rumah masih di dalam proses pembinaan dan dana yang dibayar oleh bank kepada pemaju masih di dalam peringkat 'progressive interest'  bukan 'instalment'.  Cik Tipah, anda sedang membayar bunga tanpa mengusik lagi batang pokok, daun apatah lagi akarnya!  Bagaimana kalau proses membina rumah itu memakan masa bergenerasi sehingga anda terpaksa turun naik stesen TV,  daripada anak seorang kepada anak lima?

Harga minyak saban tahun memanjang sepanjang hos mengisi minyak.  Harga rumah sewa yang harus dibayar juga dinaikkan.  Barangan keperluan lain juga perlu dikira.  Ya, berfikir positif.  Alhamdulillah, kita masih berumah walaupun rumah sewa.

Berfikir positif juga bahawa sebenarnya ada solusi yang disediakan oleh pihak bank yang diistilahkan memulakan ansuran awal (commence early instalment).  Ia bermaksud, pinjaman anda belum dijelaskan sepenuhnya kepada pemaju (yet to release) oleh bank tetapi anda sudah memulakan usaha melangsaikan hutang anda. 

Bagaimanapun ia tertakluk kepada TIGA syarat utama;

1.  Tertakluk kepada budi bicara pihak bank - antara perkara yang dipertimbangkan adalah rekod pembayaran 'progressive interest' anda.  Kalau rekodnya 'marang perapu sepundeng marang sekeper', minta maaf dan minta ampun.  Permintaan anda tidak akan dilayan.

2.  Akaun pinjaman anda hanya ditolak untuk pembayaran insuran (MRTA) sahaja

3.  Usia akaun pinjaman anda belum mencecah setahun atau dua belas kali (12) ansuran.

Bagi akaun SPI (Skim Perbankan Islam)  servis ini akan menyebabkan kadar keuntungan akaun anda akan dinaikkan berdasarkan terma dan syarat di dalam Surat Tawaran. 

www.apartmentinthealps.com
Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung