Saturday 16 August 2014

Resensi: Memories of Our Mother, Patronaged by HRH Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah

Teks : Monalita Mansor 
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Alhamdulillah. Tamat bacaan pada pagi ini. Biografi setebal 176 ini ditulis oleh 29 orang profesional pelbagai latar termasuklah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. 

Apakah perkara pertama yang menarik perhatian saya? Gambar. Saat saya menyelak helaian demi helaian buku yang saya pinjam di PPAS Pekan Seri Manja ini, saya melihat banyak gambar-gambar yang semiotik, yang bercerita dengan sendirinya. Sudah tentulah gambar-gambar itu sangat lama, ada di antaranya sudah berumur puluhan tahun. Malahan, gambar-gambar hitam putih itu begitu memberi makna kepada pencinta sejarah seperti saya walaupun sekadar gambar di dalam studio.

Kedua, biografi ini sangat berinspirasi. Lebih-lebih lagi kepada wanita dan suri rumah tangga khususnya. Betapa, ada di antara mereka yang bertarung nyawa melahirkan sehingga 10 orang zuriat, berdepan dengan komplikasi. Ada juga yang tegar berdiri di belakang suami menyanggupi perjalanan merentas benua untuk mengubah nasib. Ada yang ditakdirkan meneruskan hidup tanpa suami di sisi dan menyembunyikan duka lara untuk memberi semangat kepada anak-anak. Tidak kurang juga yang sanggup berjauhan dengan suami demi tugas dan kerana anak-anak.

Sesuatu yang sangat sinonim ialah, kesemua mereka mempunyai pemikiran di luar kotak. Walaupun ada di antara mereka yang langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke institusi persekolahan formal. Pemikiran yang diterapkan di dalam generasi selepas mereka membuktikan pandangan jauh mereka. Pembawaan diri mereka, sikap mereka, mempengaruhi generasi selepas mereka. Tidak hairanlah, kebanyakan penulis biografi ini terdiri daripada mereka yang sudah berjaya. Di antaranya ialah Dato' Tom Abang Saufi, penulis dan motivator Shahreen Kamaluddin, kolumnis NST, Tessie Lim dan ramai lagi. 


Ketiga - kebanyakan wanita dan ibu yang dipaparkan di dalam biografi ini serba boleh. Biarpun tidak menjawat jawatan tinggi, kebanyakannya suri rumah mereka sangat serba boleh dan fleksibel. Namakan apa sahaja tugasan di rumah termasuk menjahit, menenun, memasak (sudah tentu) serta kemahiran lain, menyanyi, mengaji kesemuanya di dalam genggaman mereka. Malahan penulis dengan bangga menitipkan bahawa kebanyakan baju mereka ketika kecil dijahit sendiri oleh ibu mereka. Malahan juga, fesyen-fesyen yang digayakan oleh ibu-ibu mereka di dalam gambar yang bervariasi dan sangat 'up to date' ketika itu adalah hasil jahit mereka sendiri. Baik baju kurung, kebaya, sare, samfoo, sarung mahupun dres moden. 

Keempat - Saya suka menyarankan agar biografi ini dibaca oleh semua peringkat generasi. Ada terlalu banyak permata yang tidak terlihatkan di dalamnya. Anda akan temui kekuatan, anda akan temui cinta, anda akan temui air mata di sebalik sebuah nama yang kita panggil 'ibu', 'emak', 'mak' atau 'mummy'.

Al FATIHAH  DAN RIP untuk semua ibu-ibu di dunia. 



Mahu bersama-sama kami di kelas Asas Blog dan Penulisan?

hubungi penulis di facebook atau whatsapp : 011-19737269 
atau e-mel : monalitamansor@gmail.com

Friday 15 August 2014

Macam-Macam Ada 21 : 101 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Penulis


Pengimbuhan 'ke.....-an'


Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Kesalahan menambah-nambah akhiran di dalam kata apitan 'ke.....an' ini selalu saya jumpa sama ada di dalam status facebook ataupun di blog. Lebih menggegarkan kerusi cikgu ialah apabila kesalahan itu juga ditemui di dalam status anak-anak muridnya sendiri, "ayooo...rasa nak gigit-gigit mereka ni!"


Dimaklumkan bahawa tiada kata apitan 'ke....kan' di dalam tatabahasa Melayu. Perhatikan contoh di bawah:


  • kemasukkan
  • kebanyakkan
  • kedudukkan
  • kelembikkan
Menghairankan juga, hanya kata nama atau kata kerja yang berakhir dengan konsonan 'k' sahaja yang menerima kata apitan 'ke....kan' ini. Itu yang menghairankan saya. Menghairankan sungguh. Kenapa pula kata dasar yang berakhir dengan konsonan 't' 'd' tidak pula ditambah dengan konsonan yang sama! Sungguh saya hairan.

Saya cuba memberikan formula solusi untuk masalah ini. Dan untuk pelajar saya, kalau saya jumpa lagi kesilapan ini, memang saya akan gigit-gigit kalian!


Setiap kali anda bertemu dengan kata dasar yang berakhir dengan konsonan 'k' dan perlukan kata apitan 'ke':

K + AN : KAN
bukan K + KAN


Kan...bukan Kkan...kan?


kan...kan? bukan kkan ok!


Jadinya, ejaan yang betul ialah, 'kebanyakan', 'kemasukan', 'kedudukan' dan 'kelembikan'. Ya.
Menjemput anda ke http://kafecmv.blogspot.com/ untuk pilihan serunding yang enak, produk makanan sunnah, produk kekabu dan novel-novel terpakai.

Untuk belajar buat blog atau memulakan bisnes dropship atau beriklan di lebih 800 blog kami, jemput ke http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/


Terus pm ke facebook (lihat link di sebelah kanan entri)
atau
whatsapp : 011-19737269

atau
emel : monalitamansor@gmail.com

Thursday 14 August 2014

Macam-Macam Ada 20 : 101 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Kesalahan yang sangat-sangat biasa dilakukan oleh penulis ialah kesalahan ejaan. Sudah saya sebutkan sebelum ini, namun kita panjangkan bicara hari ini. Kesalahan ejaan, bukan kesalahan ketika karya kita berada di peringkat draf. Kemudian ia menjadi kesalahan kecil ketika berada di peringkat edit. Malangnya ia menjadi kesalahan BESAR jika sudah dihantar kepada penerbit dan disemak pula oleh tuan atau puan editor.

Ia sebenarnya memperlihatkan kredibiliti kita sebagai penulis, kecaknaan kita terhadap sesuatu perkara. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

1. Baca semula karya kita berkali-kali pada semua peringkat, baik draf, edit ataupun naskhah akhir
2. Tetapkan 'setting' bahasa di dalam perisian Words ke 'Malay'
3. Kalau tak yakin juga, minta kawan baik yang kita percayai untuk semak
4. Peram
5. Cetak dan baca semula, tandakan dengan 'highlighter'
6. Ketika peringkat draf, 'highlight' kan perkataan yang kita tidak pasti, kemudian rujuk pada kamus
7. Biasakan menulis dan mengeja dengan perkataan penuh semasa menulis secara santai
8. Kalau anda mempunyai grup peribadi untuk karya anda di laman sosial, poskan karya anda ke dalam grup itu dan minta ahli grup komen. (sudah tentu anda kenal rapat mereka dan anda percaya)
9. Jika sudah terbabas sampai ke editor, dan anda rasakan ia tidak layak untuk pertimbangan mereka sebab banyak kesalahan ejaan, maklumkan kepada mereka menggunakan e-mel/surat.

Serba sedikit, panduan yang dapat saya kongsi. Untuk saya juga sebenarnya. Apa-apa pun, selamat berkarya dan terus menulis kalau itu menjadi kesukaan kita. Kalau ingin berguru, boleh juga terus ke kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Cikgu Mazlia Murat dan Monalita Mansor menunggu anda.

Whatsapp : 011-197397269 
atau
emel : monalitamansor@gmail.com








Wednesday 13 August 2014

Nurhidah Halun - protege kedua bersama Tali Leher Pengawas

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Nurhidah Halun

Assalamualaikum dan Salam Kreatif.

Nurhidah Halun, protege kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang benar-benar bersumberkan blog. Dia menghubungi saya selepas membaca blog tentang kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Dia membuktikan kesungguhannya dengan menyiapkan entri dan kesemua tugasan dengan pengawasan yang sangat minima.

Berlatarbelakangkan dunia korporat sebelum ini, pelajar saya yang seorang ini sangat konsisten dalam menentukan hala tuju perjalanannya dalam bidang penulisan ini. Selain daripada kelas ABDR, beliau tidak jemu menuntut ilmu dengan menghadiri bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh nama-nama besar di dalam bidang ini.

Berkat kesabarannya, beliau membuktikan bahawa lariannya tidak sia-sia, apabila cerpennya tersiar di majalah Wadah Siswa bertajuk Tali Leher Pengawas. Sebelum itu, cerpennya juga sudah dilahirkan dalam bentuk antologi di bawah terbitan PTS berjudul Janin.

Tahniah Nurhidah Halun. Diharapkan pelaburan ini berbaloi-baloi.

Anda yang berminat dengan kelas-kelas di Akademi Bekerja di Rumah boleh terus ke blog kami di www.akademibekerjadirumah.com atau pm saya di facebook atau guru-guru akademik lain yang bersedia membantu anda.

whatsapp : 011-19737269
emel        : monalitamansor@gmail.com




Monday 11 August 2014

Pandangan Terakhir


Teks : Monalita Mansor
Gambar :

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Semalam, balik kampung. Saat berlalu pulang ke Lembah Kelang, ayah menjenguk dari muka pintu, melihat kenderaan kami bergerak.

"Pandanglah ayah tu. Tengoklah aki tu. Mana tahu, itu pandangan terakhir dia."

Wah, perkataan encik suami menyentap hati betul. Ya, ayah memang uzur. Umurnya baru 74 tahun, namun keuzurannya jelas nyata apatah lagi setiap hari perlu meladeni emak yang hilang penglihatan, 20 tahun lepas. Ragam dan telatah emak kadang-kadang saya tahu, meletihkan dia. Namun, mahu tak mahu dia reda.

Dia bukan ayah kandung saya. Dia ayah angkat yang mengangkat saya semenjak saya lahir. Semenjak kecil, saya memang rapat dengan ayah. Mungkin kerana masa tu, emak bekerja dan masa saya lebih banyak bersama ayah. Emak bekerja shift dan ayah pula bekerja sebagai buruh kem dan waktunya lebih banyak terluang pada waktu siang berbanding emak.

Mungkin saya sedikit tidak adil, kerana dalam banyak hal, saya tidak boleh sebulu dengan emak. Biarpun sehingga sekarang, dalam keadaan emak yang kurang upaya, simpati saya pun masih tidak sekuat simpati pada ayah. Bolehkah anak memilih kasih begitu? Entah, anda tidak berada di tempat saya dan kontroversi demi kontroversi dengan emak membuatkan kami sedikit renggang. Tapi, saya tetap sayangkan emak dan ayah.

Di dalam ketuaan ini, masih banyak perkara yang menguji mereka. Saya tidak mampu mengulas banyak. Cuma mendoakan rahmah, taufik dan hidayah Allah sentiasa menjadi milik mereka. Seandainya saya pergi dulu, saya mohon mereka ampunkan saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung