Friday 6 December 2013

Wajah-wajah Banjir 2013 setakat 6 Disember 2013

Kuantan. kredit : FB Maznah Hamid

Kuantan, kredit : Monalita Mat Nih

Kuantan, kredit: Monalita Mat Nih

Temerloh, kredit Norliza Jaafar
Temerloh, kredit : Et Aina

Telok Ira, Temerloh, kredit Kamarul Kamayati

Temerloh, kredit Kamarul Kamayati

Jalan Temerloh - Triang, kredit Khaidir Ahmad
Sg Isap, Kuantan kredit Amaruszati Noor Rahim

Kabus Rindu dan Samsung S4

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : EMP

Peluang memenangi Samsung S4
Buat pra-tempahan dengan langkah-langkah berikut untuk mendapatkan novel Kabus Rindu tulisan Monalita Mansor.

Wednesday 4 December 2013

Tindakan Drastik Apabila Berdepan Masalah Kewangan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum.  Salam Serumahtangga. Bismillah.

Biarpun sepatutnya kita merancang kewangan, adakalanya ada sesuatu yang tak terduga menjengah yang membuatkan kita betul-betul terlompat dan melatah. Tuan Haron Mohd Yusof dalam bukunya Rancang Hidup Rancang Wang menyenaraikan perkara yang perlu kita lakukan apabila kita ataupun pasangan menghadapi masalah kewangan

  1. Mendapatkan nasihat daripada profesional dalam bajet kehidupan.  
  2. Hubungi peminjam dan beritahu tentang masalah dan usaha kita
  3. Sediakan pelan pembayaran di mana semua pihak menerima bayaran walaupun sedikit
  4. Utamakan bil yang paling lama, paling mahal dan yang paling 'brutal'
  5. bayar sedikit bil-bil yang menghampiri 90 hari
  6. Berhenti menggunaan kad kredit
  7. buat kerja separuh masa dengan segera
  8. jual aset yang boleh membayar hutang
  9. konsolidasi pinjaman - berbincang dengan APPK
  10. Jangan putus asa - secara purata seseorang itu dapat keluar dari hutangny dalam tempoh 18 sehingga 24 bulan.
Sebagai isteri atau suami, jika ini berlaku terhadap pasangan kita, sentiasa berikan dorongan dan sokongan.  Sekiranya tidak dapat membantu mengurangkan beban hutang mereka, jangan bebankan dengan hunjaman kata-kata paku buah keras terhadap mereka walaupun kita ingin sangat mengatakannya!

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif sedang berlangsung di bawah bimbingan dua orang guru, Mazlia Murat dan Monalita Mansor. Anda akan diajar cara menulis cerpen dan beberapa aspek tentang penulisan kreatif.  PM untuk masuk kelas. 

Tuesday 3 December 2013

Berjimat Semasa Bercuti

Teks   : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Sudah masuk Disemberpun.  Sudah menjadi trend golongan pertengahan di Malaysia untuk menghabiskan cuti sekolah dengan melancong.  Ada juga pelbagai cara lain bagi  ibu bapa menghabiskan cuti sekolah anak-anak.  Sama ada bercuti bersama-sama, atau menghantar anak-anak sahaja bercuti, membiarkan ayam itik mak ayah di kampung tidak senang duduk, tidak senang berlari dan tidak senang terbang.  Kesemuanya gara-gara cucu di bandar balik dan bertapa di dalam reban ayam.

Satu hal dalam langkah penjimatan sebelum memulakan perjalanan, ada baiknya kita melakukan perkara-perkara berikut:


  1. Pastikan sarapan diambil terlebih dahulu jika perjalanan dimulakan pada sebelah pagi.  Jika perjalanan  awal pagi, ada baiknya kita bangun awal dan menyiapkan sarapan yang boleh dimakan di dalam perjalanan.  Tidak perlu sarapan yang berat-berat.  Memadai hidangan ringkas seperti sandwich sebagai pengalas perut. 
  2. Pastikan bekalan air kosong dibawa secukupnya.  Anak-anak selalunya sangat teruja dengan minuman.  Singgah di stesen minyak disuruhnya kita belikan air kotak.  Berhenti sekejap di RnR, dimahukan air bergas.  Lalu ada baiknya kita sediakan air kosong atau air bergula di dalam kereta siap-siap, supaya tidak menjadi isu besar di kalangan anak-anak dan sesama ibu bapa sendiri. 
  3. Berhenti rehat apabila perlu sahaja seperti untuk solat, buang air, tidur seketika dan jangan terlalu kerap berhenti untuk membeli sesuatu yang tidak perlu.  
  4. Jika perjalanan pada sebelah tengahari,ada baiknya perjalanan dimulakan selepas makan tengahari  dan solat zohor supaya perjalanan menjadi lancar.  Lancar daripada segi kos makan tengahari di luar dan kos masa.
Wallah hu alam.  


Sunday 1 December 2013

Menjadi Suri Rumah Kreatif.

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Sekiranya anda lahir di dalam tahun 70-an dan mulai masuk tadika pada sekitar tahun 80-an tentu anda masih ingat suasana ketika itu.  Kebanyakan kita datang dengan tangan kosong, malah ketika bergraduasi di tadika pun masih kosong juga.  (Ketika itu kita masuk tadika untuk tempoh setahun sahaja sebelum masuk ke sekolah rendah kebangsaan) 

Saya masih ingat, saya belajar dan mengira dan membaca dengan Cikgu Aminah di dalam darjah 1 Merah.  Ayah dengan emak tidak risaupun ketika saya tidak tahu membaca dan mengira ketika berada di alam tadika.  Seingat saya, di alam pra-sekolah itu saya selalu menerima layanan istimewa daripada almarhum Mak Cik Timah, kawan ayah.  

Berbeza dengan senario kini.  Anak-anak sudah dihantar menerima pendidikan seawal usia lima malahan ada yang lebih awal daripada itu.  Ada ibu bapa yang sangat cemas apabila anak-anaknya yang bakal menjejak ke alam persekolahan sebenar masih lagi tidak tahu menguasai setidak-tidaknya 3 daripada 4 kemahiran teras di sekolah.  Lebih drastik lagi, ada jiran saya yang menghantar anaknya yang bakal masuk darjah 1 menghadiri kelas tuisyen sebagai persediaan awal.  

Gawat atau tidak, bukan isunya.  Saya hanya ingin menarik perhatian suri rumah agar tidak terlalu cemas dengan hal-hal begini.  Potensi anak-anak adalah berbeza.  Jangan cemas dengan anak jiran yang sudah boleh membaca buku cerita sedang anak kita tidak mengenal A.  Sebab anak itu, 'anak jiran' dan bukannya darah daging kita.   Sedangkan adik-beradikpun dijadikan Allah berbeza-beza sifatnya.

Maka, peruntukan untuk menghantar tuisyen, atau membeli bahan-bahan berbentuk pendidikan dan kemudiannya menjadi perhiasan sahaja itu, boleh kita gunakan untuk keperluan lain.  Kita mengharapkan anak kita fasih berbahasa asing, ya tetapi kita sendiri yang harus menjadi gurunya.  Bukan komputer, bukan cd.  Itu semua merupakan alat bantu sahaja.  Bagi suri rumah yang tidak berkemampuan, bagaimana untuk bersaing jika bahan-bahan seperti itu yang menjadi ukuran?

Suri rumah yang kreatif akan menggunakan apa sahaja bahan yang berada di sekitarnya untuk mengajar anak-anaknya.  Baik secara santai ataupun formal.  Kita mungkin boleh menggunakan akhbar, misalnya.  Sambil bersantai-santai dengan anak-anak, bacakan mereka berita-berita yang menarik dan ajar mereka membaca perlahan-lahan.  Syarat pentingnya, bersabar meladeni kerenah mereka dan bajet keluarga mungkin dapat diselamatkan.  

Wallah hu alam. 

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bersiaran secara rasmi hari ini, pada hari kelahiran anak sulung saya 15 tahun yang lalu.  Aduhai, manisnya mengingat detik itu. 
tawaran sehingga 31/12/2013, setiap pendaftaran baru ke Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif akan menerima cenderahati ini, sebagai tanda terima kasih daripada salah seorang guru kelasnya, Monalita Mansor






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung