Friday 20 June 2014

Tanya Allah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Facebook.


Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Semalam, saya hadir semula ke tempat kerja lama. Saja-saja la, buat lawatan sambil belajar. Sambil tu menghantar bantal kekabu yang dipesan bekas bos saya. Sambil tu jugak, saya bawa tudung Haziq Scarf yang dijual dek adik saya. Saya tukang tolong bawa aje.

Nak jadi rezeki agaknya, Ana, bekas teman sekerja siap bawa pulut kuning dengan rendang ayam, siap dengan agar-agar dan nasi impit, tapi sambal tumis ikan bilis ditinggalkannya. Aduhai. Sentap sekejap. Layan ajelah pulut kuning dengan serunding pusu. Sedap jugak weh!

Tak banyak yang berubah sejak saya tinggalkan tempat kerja saya tu. Masih cerita yang sama, hanya yang seronoknya pulut kuning tu dibawa oleh sahabat yang akan meninggalkan cawangan tersebut dan akan bergerak ke cawangan baru mulai minggu depan.

Dalam hidup, sepertinya kita sudah selesa dan sukar untuk bergerak daripada kedudukan sekarang. Namun  ada beberapa tuntutan yang perlu kita gariskan yang menentukan pilihan sekarang adalah yang terbaik atau kita perlu berhijrah hingga bertemu titik penentu kebahagiaan itu.

Untuk sahabat-sahabat yang masih berada di ruang lingkup yang sama, saya doakan buatlah keputusan terbaik sama ada untuk meletakkan kedua-dua kaki di luar atau terus berada di dalam persekitaran itu. Pilihan di tangan anda. Kalau tak tahu pilih, tanya Allah.

Wallah hu Alam.

Thursday 19 June 2014

Macam-Macam Ada 15 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Penggunaan 'ke' sebagai kata sendi dan awalan


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Selain 'di' yang berperanan dwifungsi seperti di atas, 'ke' juga sering menimbulkan kekeliruan kepada pengguna tatabahasa. Ramai yang keliru pada situasi mana 'ke' dirapatkan dengan kata yang mengikutnya dan sebaliknya.

Ayuh kita lihat sama-sama.

'ke' sebagai awalan. (ditulis rapat)

- membentuk kata nama terbitan. Contohnya : ke+dua, ke+ramai+an, ke+rai+an
- digunakan dalam kata kerja pasif yang berimbuhan ke...an, misalnya kenaikan, keruntuhan, kedudukan



'ke' sebagai kata sendi (ditulis jarak)

- ditulis sebelum kata nama arah seperti ke kondo, ke taman, ke halaman
- berfungsi menunjukkan masa, ke hari, ke tahun
- bergabung dengan angka dan diletak sempang seperti ke-15, ke-100

Lihat contoh di bawah dan kesan kesalahannya;

Aku kira dia tidak perlu diberitahu tentang ke hadiranku. Untuk apa? Selama ini, tiada sebarang decit tanya dari ulas bibirnya bertanyakan ke beradaanku. Kemana hala tuju cinta kami? Dapatkah kami pasakkan perasaan ini semakin dalam jika dia ketimur dan aku ke barat?

Wallah hu alam.



Sertai kami seandainya anda sudah bersedia. 

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari




2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

cari saya di :

emel : monalitamansor@gmail.com
whatsapp : 011-197337269
facebook : Monalita Mansor


Wednesday 18 June 2014

Penyakit Orang Baik

Tleks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Googlae

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hari ini, sebaris ungkapan oleh Ustaz Elyas Ismail di dalam sebuah rancangan bertajuk Mawlana 2 di saluran Hikmah merenggut akal fikir saya. Katanya, "penyakit orang baik-baik ialah riyak." Masya-Allah, TabarakAllah. Ya, saya tak nafikan, riyak merupakan penyakit hati yang paling bahaya. Tiada siapa yang boleh mengubat penyakit tersebut melainkan diri individu itu sendiri.

Malahan, tiada siapa boleh mengesan penyakit tersebut melainkan diri kita sendiri. Saya juga kadang-kadang tertanya-tanya, adakah entri-entri saya di blog dan status-status yang saya naikkan di facebook atas keperluan apa. Berkali-kali, saya membetulkan niat kerana di satu pihak lagi, sebagai penulis, saya perlu menonjolkan diri, menjual 'jenama diri' dan karya.


Inilah dilema saya. Di antara persoalan yang sering menganggu minda saya. Persoalan yang menakutkan saya. Persoalan yang saya tahu ditimbulkan syaitan untuk menjadikan kita was-was dengan diri sendiri. Namun, seadanya sebagai hamba Allah yang daif, hanya doa yang imampu dipanjatkan setiap ketika, agar diri dan keseluruhan umat manusia terpelihara. Bukan mudah, kalau setiap ketika asyik memikir dan menyemak 'berapa orang like aku?' 'berapa orang baca entri aku?'
wallah hu alam.



Sertai kami seandainya anda sudah bersedia. 

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari


2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

cari saya di :

emel : monalitamansor@gmail.com
whatsapp : 011-197337269
facebook : Monalita Mansor

Macam-Macam Ada 14 : Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Penulis

Banyak-banyak

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Jika entri sebelum ini kita mengupas mengenai kata adjektif (kata penerang) ramai, hari ini saya bawakan perbincangan mengenai kata adjektif 'banyak'. Secara harafiahnya banyak didefinisikan sebagai 

bukan sedikit
bilangan
besar jumlahnya

Oleh itu secara mudahnya kat adjektif banyak boleh digunakan untuk menggambarkan jumlah, bilangan sesuatu yang bernyawa seperti manusia, binatang atau objek tidak bernyawa. Manakala kata adjektif ramai juga menggambarkan sesuatu tetapi menjurus kepada keadaan, bukan bilangan

contoh :

Banyak wanita suka memakai shawl dewasa ini.
Pak Maun menangkap banyak udang malam tadi.


ramai

Semua terpegun melihat keramaian yang gilang-gemilang itu.

Keris sempena ganja menampang
pakaian anak raja Melayu
banyak-banyak pergi berdagang
bencana banyak mendaun kayu

sumber : Kurik-Kurik Merah Saga

wallah hu alam

Mencari duit lebih menjelang Ramadhan, Syawal, Zulhijjah atau dua belas bulan Islam sekalipun klik 
http://projekduithariraya.blogspot.com/



emel: monalitamansor@gmail.com 

whatsapp: 011 19737269


Tuesday 17 June 2014

Serunding Pusu Punya Pasal


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Bagi kebanyakan orang, apatah lagi suri rumah tangga, pasar adalah tempat yang paling sinonim buat mereka. Namakan sahaja ikan apa, sayur apa, berapa harganya, beza harga minggu lepas dan hari ni, malah lokasi mat bangla mana yang jual daging paling murah pun dia tahu. 

Berbeza dengan saya, yang merupakan kali kedua ke pasar bersendirian. Saya ulangi bersendirian. Selama ini saya ke pasar bukan membeli dan memilih, tapi mengikut suami. Dia yang memilih, dia yang menunjuk, dia yang menawar. Saya, selain menjadi tukang ikut, kadang-kadang menjadi tukang bayar waima tukang nasihat kalau terlebih belanja.

"Awat teruk sangat dia ni?"
"Sahlah...ikan apa pun dia tak kenai!"
"Silap hari bulan daging lembu dengan kambing pun dia tak tau beza!"


Oppss...CMV bukan teruk sangat! Saya membesar di kampung ok! Anak tunggal dan manja dalam keluarga. Apa-apa pun semua mak dengan ayah sediakan. Masa anak dara pun, pergi pasar dengan ayah. Ayah yang selenggara semua, saya tukang bawa barang. 

Jadi, bila dah berkahwin, nak bermanja dengan suami la pulak. Dapatlah pulak suami yang jenis suka ke pasar dan meronda-ronda, lagilah suka hati saya. Tapi hari ini, serunding pusu punya pasal, saya ke pasar lagi. Dari satu gerai ke satu gerai, saya bergerak, membanding harga lepas tu tinjau-tinjau 'marketing technic applied' oleh penjaja dan peniaga di sana. 


Saya akui, seronok rupanya berlegar-legar di pasar, menyaksi telatah manusia, mendengar bual bicara antara bangsa dan saya temui sesuatu yang menarik dan sedikit sebanyak menukar persepsi saya terhadap beberapa perkara. 

Cerita pergi pasar pun nak update blog....? Eh, manalah tahu, 10 tahun akan datang, ikan segar pun dibeli secara online...

Serunding pusu tu apa? Pusu adalah ikan bilis dalam bahasa Kedayan atau Brunei. Mahu order ka? Boleh saja. Harga bermula daripada RM10 tidak termasuk caj pos.



emel : monalitamansor@gmail.com
whatsapp : 011-19737269

Macam-Macam Ada 13 : Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Penulis

Surat Iringan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Andaikan ada mempunyai seorang anak gadis yang cantik jelita sudah cukup umurnya, sesuai sudah berumahtangga. Maka, datanglah dua angkatan meminang pada waktu yang bersilang jam sahaja. Yang mana satu yang nak anda terima.

Rombongan A:
Datang tak beri salam, main gegar pintu pagar, masuk rumah buat macam rumah mak bapak dia, ke dapur p ambil air sendiri. Tiba-tiba cakap. "Dipendekkan cerita, kami ni datang nak meminang anak mak cik. Kalau mak cik setuju, kita tetapkan tarikh dan saya boleh balik beritahu pada mak bapak budak ni." Tunjuk wakilnya pada bakal menantu anda yang tersengih-sengih di kerusi sambil mencicip teh.

Rombongan B :
Datang beritahu dulu, lepas e-mel, sms, inbox lepas tu siap telefon lagi. Beri salam, tuan rumah tak suruh masuk, mereka tak masuk. Tuan rumah tak suruh duduk, tak duduk. "Tak adalah saya ni pandai berpantun gurindam bagai. Tapi adanya kita ni orang Melayu, sekadar nak bertanya, kalau-kalau kembang dalam jagaan mak cik tu dah ada yang punya ke belum. Kalau belum, datanglah hasrat kami ni nak menghantar sirih meminang." Beritahu wakilnya sambil menyorong setepak sirih bertanya bersama sebentuk cincin merisik. Bakal menantu anda tidak kelihatan, ada menunjuk jalan tapi sekarang sedang lepak di kedai mamak.

Apa pun jawapan anda, yang saya nak beritahu ialah, untuk menyampaikan sesuatu hajat, perlulah bersopan, berhemah dan menunjukkan kesungguhan kita. Begitu juga apabila menghantar manuskrip untuk pertimbangan pihak penerbitan. Pastikan ada menyertakan surat iringan sebagai bukti kesungguhan dan kredibiliti anda sebagai penulis.


Surat iringan lebih bertindak sebagai pembuka kata selain daripada proposal. Ia tidak lain tidak bukan sebagai pembuka kata secara sopan yang anda berkeinginan untuk bekerjasama dengan penerbit atau sesiapa sahaja. Sudah tentulah apabila kita memerlukan pertolongan orang, kita memintanya dengan baik.

Surat iringan itu harus mengisi NAT : nama, alamat dan nombor telefon, maksud atau perkara, dan seperenggan ayat yang menerangkan niat anda dan alu-aluan terima kasih serta sedikit pujian. Jika anda menghantar cerpen, ada baiknya selitkan sinopsis cerpen tersebut untuk memudahkan editor mendapatkan gambaran mengenai cerpen anda.

Apa tujuan lain surat iringan?

Ia boleh juga menjadi cermin diri anda. Ia juga membantu editor atau panel penilai untuk memendekkan satu langkah penilaian selain memberi gambaran yang anda sangat serius dengan niat ini. Bermulalah menulis surat iringan atau surat rasmi selepas ini. Semak nota-nota surat kiriman sekolah menengah untuk panduan.

Mencari duit lebih menjelang Ramadhan, Syawal, Zulhijjah atau dua belas bulan Islam sekalipun klik 
http://projekduithariraya.blogspot.com/



emel: monalitamansor@gmail.com 

whatsapp: 011 19737269

Monday 16 June 2014

Macam-Macam Ada 12 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Ramainya Ayam!






Teks : Monalita Mansor

Gambar :Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.


Perkataan tersebut selalu diucapkan oleh abah saya. Kalau dia nampak ayam yang banyak, dia akan berkata, "ramainya ayam." Jika dia nampak kenderaan lalu lalang dan sibuk dengarlah perkataan daripada mulut dia, "ramainya kereta ni, nak ke mana?"

Biasanya saya akan ketawa apabila mendengar beliau menggunakan kata adjektif ramai itu pada tempat yang salah. Namun benarkah ia salah?"


Sila fahami jadual yang saya lampirkan ini. Anda melihat persamaan 'ramai' dengan 'banyak' tetapi ia tidak mendukung maksud utama kerana ia lebih kepada makna 'suasana' dan ia tidak menggambarkan jumlah tetapi keadaan.

Jadi jika berdasarkan jadual tersebut, sesuaikah perkataan adjektif 'ramai' digunakan untuk bilangan ayam?

Dan, tepatkah penggunaan ramai dalam ayat kedua terhadap kereta? kedua-duanya sesuatu yang boleh dibilang dan tidak menggambarkan suasana kecuali jika ditambah baik dengan apitan imbuhan seperti,
ayam itu makan beramai-ramai (mungkin) tetapi saya tetap merasakan adalah tidak sesuai menggunakan 'ramai' pada sesuatu yang boleh dibilang, kecuali ramai orang atau orang ramai.



wallah hu alam


Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi sayaFacebook: Monalita Mansoremel: monalitamansor@gmail.comwhatsapp: 011 19737269
nota : abah adalah merujuk kepada bapa mentua saya.


Sunday 15 June 2014

100 HARI BERLALU DAN MENJELMA PULA HARI BAPA

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Hari ini genap 100 hari insiden kehilangan pesawat MH370. Buat kita yang bukan siapa-siapa, deritanya mungkin tidak terasakan. Namun, bagi ahli keluarga, air mata dan doa tidak pernah kering dalam menggantungkan pengharapan, mengharapkan keajaiban agar tersayang berdiri sebagai susuk manusia dan kembali seperti sebelumnya dengan ucapan, "sayang...saya dah balik!"
Kehilangan sebegini melarik akal saya agar sentiasa bersedia dengan 'kehilangan'. 


Selama tiga hari, encik abang telah berada di Pulau Tioman mengikuti program 'team-building' anjuran syarikat tempatnya bekerja. Mungkin kenyataan saya ini melampau, namun lintas fikir dalam cepu minda mengusik juga. "Bagaimana nanti kalau dia betul-betul kembali?" Seperti sahabat-sahabat yang telah kehilangan suami, isteri, kita mungkin mudah menaipkan perkataan 'sabar', 'ini dugaan' dan sebagainya. Namun apabila kita terperosok di dalam kasut yang sama satu waktu nanti, kuatkah kita sebagai makhluk Allah yang lemah ini menerima takdirnya. 


Dia selalu tak lupa dengan pesan nakalnya, "Bila I mati, tanam kat kampung." Dan saya menjawab dengan bersahaja, "Janganlah mati dulu, I belum reti drive lagi." Nampak main-main kan? Tidak, demi Allah, bergetar perasaan saya saat mengucapnya. Sentiasa saya ingatkan diri, dapatkah saya lalui semuanya nanti. Dapatkah saya sekuat mereka yang pernah melaluinya. 


Begitupun, sebagai hamba yang sudah tentu tidak mampu menolak takdir walau sesaat pun - fahamkan perkataan HAMBA, hanya mampu memujuk hati supaya bersedia dan menyediakan ruang empati untuk mereka yang sedang menghadapinya sekarang.

Selamat hari bapa untuk Dia. Saya pun tak ingat ada seorang bapa yang inginkan ucapan "terima kasih abah!" dalam rumah ni sebab saya tak pernah sambut hari bapa atau hari ibu... Affan pulak, hari-hari mengucapkan perkataan tu kat abah dia.
Maaf ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung