Saturday 7 June 2014

Macam-Macam Ada 8 : 101 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Kesalahan seterusnya atau mungkin kita panggil kekeliruan ialah apabila berhadapan dengan kata tanya bila dan kata hubung keterangan apabila

BILA ialah kata tanya dan hanya digunakan dalam ayat tanya atau ayat yang merujuk kepada pertanyaan SAHAJA


Contoh :

Bilakah awak hendak pergi?

Sampai bila kau hendak berkelakukan begini?


Bila agaknya emak akan pulang?


Sejak bila kalian berkenalan ni?


Bila dia akan insaf?


Paling mudah, BILA hanya ada di dalam AYAT TANYA DAN MESTI DIIRINGI TANDA SOAL. Ingat begini

BILA? Apabila hendak menyoal, pastikan penggunaan frasa BILA dan ?




Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269






Friday 6 June 2014

Macam-Macam Ada 7 : 101 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Walaupun saya nyatakan dalam tajuk Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Penulis, bukan penulis (selain penulis kreatif) juga banyak melakukan kesilapan ini. Saya melihatnya sangat banyak di dalam blog-blog di akademi sendiri.

Jika entri sebelumnya kita membincangkan mengenai penggunaan 'di' sebagai kata sendi. Entri pada kali ini, saya akan perturunkan sedikit pencerahan mengenai penggunaan 'di' sebagai awalan. Sebagai kata awalan 'di' berfungsi sebagai pembentuk kata kerja pasif untuk pelaku ketiga. Secara mudahnya ialah apabila pihak ketiga membuat atau melakukan sesuatu menggunakan pancaindera dan anggota tubuh seperti

dipandang

didengar
difikir
dipukul
disepak
dikencing
dihidu
dikata

paling mudah lagi, apabila 'di' bertemu dengan kata kerja ia mestilah dinikahkan dengan segera. Menceraikan mereka menjadikan anda melakukan kesilapan besar dalam hukum tatabahasa.





Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269






Thursday 5 June 2014

Macam-Macam Ada 6 : 101 Kesalahan Biasa Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Satu lagi kesalahan yang biasa dilakukan oleh penulis sama ada penulis kreatif atau penulis blog ialah mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Perkataan yang dimaksudkan ialah 'di' - di mempunyai dua tugas dalam tatabahasa Bahasa Melayu.

a) kata sendi
b) awalan

Untuk kali ini, seringkas mungkin saya perkenalkan 'di' sebagai kata sendi dan cara menulisnya. Sebagai kata sendi, perkataan 'di' memerlukan objek atau sesuatu selepasnya.  Sesuatu atau objek itu pula mestilah KATA NAMA (boleh rujuk di google untuk mengetahui golongan kata nama atau tunggu entri-entri seterusnya)

Kata nama itu pula mestilah menunjukkan tempat dan arah seperti di sekolah, di sana, di situ dan sebagainya.
contoh

SALAH                                             BETUL

didalam                                              di dalam
dirumah                                              di rumah
dikawasan                                          di kawasan
dipadang                                            di padang  
dibeg                                                  di beg
ditempat                                             di tempat
ditepi                                                  di tepi

Perhatikan petikan di bawah dan komen kesalahan yang dilakukan oleh penulis.

Aku memerhatikannya semenjak tadi. Dia tidak berkutik pun, bagaikan nyawanya sudah di renggut Izrail. Aku hanya mampu menghulur pandangan simpati. Lebih daripada itu, aku rasakan belum tentu mahu di terimanya. Di masih terbaring diatas padang, ditepi jalan besar menghadap pula sebuah balai raya  yang aku rasa sudah lama di tinggalkan.

INGAT : DI - KATA NAMA - CERAI (SENDI) - DICKENS (DI Cerai Kata Nama Sendi)
               DI - KATA KERJA - RAPAT (AWALAN) DIKEJAR (DI KErJa Awalan Rapat)




Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269

Wednesday 4 June 2014

Resensi : Aduh Bergetar Jantungku - Cenderawasih

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Tamat novel sebelumnya, saya membuka muka surat pertama Aduh! Bergetar Jantungku. Novel ini (selepas ini ditulis ABJ) sesuai dibaca untuk semua golongan. Novel ini adalah cerita 'kita' - bermula daripada catatan semasa kecil watak utama Aida Amira dan Alan Izuan. Dari awal lagi digambarkan perang kedua-dua mereka memang mengerikan. Terutama Aida Amira atau Mira atau Aida atau Ayang. Kata-kata yang keluar dari mulutnya memang 'berani mati' dan dinasihatkan adik-adik janganlah tiru. Begitupun, tidak dinafikan dialog-dialog sebegitu menguatkan perwatakan watak utama sebagai remaja perempuan yang 'lepas mulut' dan berhati kering.

Masa berlalu semakin menginjak dewasa, mereka bertemu semula tapi tidak pula diberitahu sama ada Izwan sebenarnya tahu Aida Amira itu ialah Mira Toet yang diejeknya tetapi awal-awal lagi dua sudah mengenakan gadis itu di dalam bilik guru besar.

Disebabkan hubungan kedua-dua keluarga, akhirnya mereka berdua dapat 'dipaksa' untuk bertunang. Malangnya ada 1001 halangan yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua keluarga dengan kerenah memeningkan kedua-dua mereka.

ABJ mempunyai banyak punch-line yang membuatkan saya terkekek-kekek seorang diri di dalam kereta, ketawa berguling-guling tak sedarkan diri, tak jadi nak tidur apabila gelak sampai mengalir air mata. Bagi saya, insiden lucu yang dihadapi oleh kedua-dua watak ini berlangsung jujur dan tidak dibuat-buat. Ada lawaknya yang saya rasa tidak masuk akal tetapi apabila wataknya membuka mulut ia menjadi sangat lucu dan memaksa saya menghabiskan bacaan.

Bagaimanapun, semakin menggapai penamat, penulis tidak membiarkan pembaca larut dengan gelak ketawa. Seiring dengan peningkatan usia, pembaca dibawa untuk menikmati fasa yang lebih serius dalam kehidupan, iaitu hakikat untuk mempertahankan cinta, kecurangan, pahala dan dosa dan ketuhanan.

Plot ABJ bergerak pantas dan perwatakan dilukis dengan baik oleh penulis melalui dialog dan naratif serta aksi yang berterusan. Penulis banyak menyuntik elemen ilmu walaupun kadang-kadangnya terasa meleret dan terasa seperti membaca buku teks, ada ketikanya.

ABJ bagi saya novel 'aksi' yang tidak terlalu berat tetapi masih lagi meletakkan tema kasih sayang sebagai titik tumpu penceritaan. Setiap tindak tanduk Amira sebagai watak utama, tidak pernah tidak membelakangkan keluarganya walaupun pada awalnya ia kelihatan begitu. Dari satu segi boleh dikatakan Amira adalah hasil kekuatan sebuah ikatan kekeluargaan di antara Mak Tuk, Tuk Seman, Akhbar dan Zarina, ibu bapa Amira seterusnya merebak kepada ikatan kejiranan, persaudaraan dan persahabatan. 

Gaya bahasa penulis bersahaja tetapi masih menyuntik estetika keindahan bahasa dan ternyata penulis menguasainya dengan baik.

Lima bintang untuk Aduh! Bergetar Jantungku.







Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269



Tuesday 3 June 2014

Macam-Macam Ada 5 : 101 Kesalahan Dilakukan Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah. 

Kesalahan seterusnya yang saya temui ialah 'menikah dan menceraikan' kata majmuk sesukanya. Sebelum itu, apakah kata majmuk? Kata majmuk daripada istilah linguistiknya ialah KATA yang digabung atau dirangkaikan. Ia mungkin terdiri daripada dua kata atau lebih dan menjadi satu unit dan memberi konotasi (makna) yang berbeza. 
daripada : PRPM

Ada dua bentuk kata majmuk iaitu yang dieja terpisah dan bercantum. Yang dieja bercantum hanya :: 


antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kerjasama

olahraga
matahari
kakitangan
setiausaha
sukarela

tanggungjawab
tandatangan
warganegara
pesuruhjaya
suruhanjaya

Ini kerana ia sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993:75).

Maka, selain daripada itu sila eja berasingan seperti rumah tangga, suri rumah, guru besar, kapal terbang (rangkai kata bebas)

garis pusat, kertas kerja, mata pelajaran (istilah khusus)

kaki bangku, tumbuk rusuk, ringan tulang (simpulan bahasa)




Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269




Monday 2 June 2014

Macam-Macam Ada 4 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar :  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah

Kesalahan biasa yang dilakukan oleh penulis ialah kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan pula boleh diklasifikasikan sebagai sengaja atau tidak sengaja. Sengaja, bukanlah bermaksud memang disengajakan sebab penulis dendam dengan editor, atau menyampah dengan panel penilai. Itu menempah nahas namanya.
Sengaja apabila menulis sesuatu perkataan menurut sebutan bukan ejaan. 

contoh: 

tercengat   - SALAH
tercegat     - BETUL

ransangan  - SALAH
rangsangan - BETUL

kerosakkan - SALAH
kerosakan   - BETUL

Tidak sengaja apabila menaip terlalu laju seperti 

asmara JADI asrama, kepala JADI kelapa, astaghafar JADI astaghafrara 

atau perkataan dalam Bahasa Melayu yang ditukarkan ke Bahasa Inggeris disebabkan oleh 'default setting' perisian Words,
seperti doktor JADI doctor, tanya JADI Tanya, ke arah JADI kea rah 

Namun sebaik-baiknya, cuma semak dan semak sebelum kita bergerak ke bab seterusnya atau langkah seterusnya. 



Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269




Sunday 1 June 2014

Resensi Cinta Azalea : Aiza Zizan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Cinta Azalea, saya tamatkan pada 30 Jun 2014 setelah mengambil masa hampir seminggu kerana kekangan masa dan tanggungjawab. Resensi ini adalah pandangan peribadi saya sebagai pembaca dan tidak memihak kepada sesiapa. Harap maklum.

Cinta Azalea adalah kisah gadis tipikal bernama Azalea, berpendirian tegas namun terpaksa mengalah demi menjaga hati kedua orang tua. Pelbagai dugaan ditempuh Azalea dalam mencari cinta sejati, seperti adatnya manusia hidup di dalam dunia. Manusia menganggapnya sebagai kebetulan tetapi Tuhan telah menuliskannya sebagai takdir.

Pertemuan kali kedua dengan Haris Azfar membuka dimensi baru dalam kehidupannya selepas dia 'melarikan diri' ke Sabah setelah melalui peristiwa hitam angkara kerakusan Rahman dan mencalar maruahnya dan keluarga. Dugaan berjauhan daripada keluarga, mengatasi fitnah, menjadikan Azalea lebih kuat dan masa mengubat segalanya.

Cinta baru ditemui tetapi bukanlah manusia kalau tidak diduga. Azalea diduga dengan kehadiran Rahman yang masih belum mati cintanya biarpun sudah beristeri. Diganggu manusia misteri yang seakan mahu dia mati dan terpisah terus dengan Haris Azfar.

Gaya bahasa di dalam novel ini agak sederhana. Mudah difahami dan tidak begitu berkerawang dan sesuai untuk bacaan umum. Plot CA berlangsung perlahan dan kadang-kadang saya rasa 'meletihkan'. Agaknya saya belum biasa membaca novel tebal, maka saya rasakan ia sangat lambat. Perwatakan Azalea juga agak kabur, di mana saya gagal membayangkan perwatakan fizikal Azalea, kecuali orangnya kecil molek.

Begitupun, saya namakan novel ini novel motivasi kerana banyak babak merangsang semangat di dalamnya. Ada beberapa babak contohnya  ketika Azalea berdepan dengan dugaan fitnah di Sabah. Azalea digambarkan sebagai 'manusia biasa' kerana ada kalanya dia lelah dan nampak berputus asa tetapi musuh-musuhnya memberikan dia suntikan semangat untuk dia meneruskan perjuangan menegakkan maruahnya.

Penulis menggarap beberapa puisi ciptaan beliau sendiri dalam beberapa bab. Kelebihan lain juga adalah pemandangan yang indah saat bersama-sama Haris Azfar di Sabah 'dilukiskan' dengan menarik. Konflik hanya dapat saya rasai di bab-bab akhir walaupun saya mengharapkan Azalea dan Haris Azfar bersatu dengan mudahnya, penulis tidak memberikan peluang semudah itu rupa-rupanya. Diletakkan lagi beberapa 'twist' dan konflik yang menggetarkan jiwa.

Abaikan beberapa gangguan yang diperkatakan sebelum ini. Cinta Azalea bergerak perlahan dan masih menghiburkan kerana ia mampu memberikan pembaca tempoh bertenang dan menikmatinya dengan sepenuh hati.
Cinta Azalea tak ada kelemahan ke? ada. Tapi, saya nyatakan terus kepada penulisnya.

Saya berikan Cinta Azalea 3 bintang. Tahniah untuk penulisnya, Aiza Zizan.




Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269







Macam-Macam Ada 2 : 101 Kesalahan Remeh Yang Dilakukan Oleh Penulis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Kesalahan ini saya temukan di dalam sebuah karya seorang penulis baru. Ingat penulis semua ya, gunakan hand break kalau tak berhenti sekejap. Ataupun gunakan brek terus. Berhenti sekejap sebelum menulis ayat baru.

Jangan ceritakan semua dalam senafas. Nanti pembaca pun pengsan. Tulis perlahan-lahan. Beritahu satu persatu.

Jangan menulis tanpa berhenti  cth:

Fatimah duduk termenung  di ruang dapur rumahnya,(.)<>(I)ikan di sinki masih belum disiang, sayur di atas  meja masih lagi belum habis dipotong,(.)<>(F) fikiran Fatimah melayang mengenangkan suaminya Meor yang sudah genap sebulan meninggal dunia akibat darah tinggi.

(.) noktah
<> sekali ketik


Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung