Saturday 6 December 2014

Pemantapan Ejaan Yang Mantop!

Teks : Monalita Mansor
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah

Isu ni isu basi. Tapi saya jumpa juga karya yang ditulis oleh penulis yang dah ada buku berlambak-lambak tapi masih ada kesilapan ejaan. Sapa nak jawab ni?

Penulis - ambil masa sikit kalau keliru dengan ejaan supaya eja ikut sebutan formal bukan sebutan slanga atau basahan.

contoh :

Bi + ngung   bukan bing + ngung

ter + ce + gat bukan ter+ cen + gat

ketuk + an bukan ketuk+kan - merujuk kepada hasil daripada kata perbuatan mengetuk

ja + ja bukan ja + jah - merujuk kepada perbuatan menjual


Ada baiknya kita semak, semak dan semak sebelum menghantar manuskrip  Pesanan penaja, daripada mak cik semak!





Friday 5 December 2014

Tentukan Sasaran

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Abu Hassan Abdul dan ABd. Rashid Md. Idris (2012) mencatatkan :

untuk menghasilkan ayat yang berkesan, penulis perlu menguasai kebolehan membentuk ayat yang mampu melukiskan gagasan atau perasaan mahupun idea penulis secara tepat dan mampu pula ditanggapi oleh pembaca dengan tepat dan berkesan.

Apa tu?

Senang cerita....penulis perlu pandai buat ayat yang betul berdasarkan apa yang hendak disampaikan.

tentukan sasaran pembaca - kalau kanak-kanak, gunakan laras bahasa kanak-kanak. Jangan guna laras bahasa wartawan.

tentukan genre dan pada situasi sekarang anda mahu menulis secara picisan ataupun sastera? Jika picisan, format bahasa formal atau santai?

Begitulah lebih kurang.

Thursday 4 December 2014

Penulis...Mengaranglah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Dah macam ikan sembilang Kuala Sawah pulak saya ni kan. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Bagaimanapun hari ni, nak bercakap sikit (opps menulis) tentang tanggungjawab penulis baik karya picisan dan sastera.

Pertama-tama walaupun ini dah kira kali ke 957 saya bercakap dan membebel tentang ini, ia masih juga berlaku. Apa tanggungjawab penulis?

Pandai.... menulis. Tapi memadai dengan menulis sahajakah? Saya bukan bercakap tentang tanggungjawab sosial, impak dan imbalan juga segala macam kesan yang diterima daripada bahan yang kita tulis.

Saya ingin membawakan apa yang perlu diperhalusi oleh penulis sebaik bergelar penulis.

TANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI SENDIRI.

Kita menjadi penulis atas kehendak diri, belum pernah saya dengar dalam Malaysia ni ada orang diacu pistol kat kepala dan dipaksa menulis. Tak ada lagi. Maka sebagai manusia yang bertanggungjawab, apa senarai paling mudah perlu anda buat sekiranya nak manuskrip cepat terbit, dan cepat segala-galanya. (kita abaikan aspek jalan cerita)

1. Dah siap? Peram! SEMINGGU. Dua tiga hari pun boleh kalau tak sabar sangat.
2. Dah peram? baca semula atau bagi BFF baca. Jangan bagi kawan bermuka-muka baca nanti semuanya best sebab nak jaga hati/nak kasi padan muka hangpa - manuskrip ditolak pasal cerita tah hapa-hapa!
3. Semak EJAAN! Kalau ejaan dalam BI - taip perkataan tu kat Google untuk pastikan ia betul atau salah. Kalau tak tulis aje dalam BM!
4. Semak TATABAHASA - paling koman semak penggunaan 'di', 'ke', 'daripada', 'dari' dan hukum 13 pun.
5. Baca sekali lagi, walaupun dah kira boring tahap jin cirit birit.
6. dah confirm? puas hati? Siapkan sinopsis dan kalau boleh buat proposal terus.

Maka seterusnya, bergeraklah untuk menghantar manuskrip dan belajarlah untuk mengarang, bukan menulis sahaja. Dan 6 langkah di atas merupakan sebahagian daripada persediaan menjadi pengarang. Ada banyak lagi...tapi cukuplah kita kongsi yang itu dulu ya...Nanti muntah pelangi pulak...



Monday 1 December 2014

Tempahan Terbuka...eh Dibuka - Harga Terlajak Runtuh!!!





Tajuk : Maraton Cinta
Genre : Novelet
Penulis : Arnieza Bella - Maraton Cinta 360
             : Nur Dila         - Hati Kama
             : Noraz Ikha     - Engkau Curi Hati Aku
             : Puss Vakker   - Dee Angaurian

Penerbit : TISS Solution
ISBN    : 978-967-13082-0-2
Harga    : RM32/RM 35
Harga PROMOSI : RM30 termasuk pos....


MARATHON CINTA 360°
Sebuah antologi cerita pendek daripada 4 penulis baru yang mentafsirkan cinta dalam kaca mata berbeza. Kejarlah cinta tanpa lelah seandainya bahagia itu yang didamba.

*****

MARATON CINTA  - Arnieza Bella

Jangan cintai aku sepenuh hati. Takut nanti kau sakit hati, makan hati. Nanti kau duduk seorang diri, gigit jari – Syaqirah

Cinta ada aura yang boleh menggegarkan rasa. Menerbitkan rindu dan menjadikan insan biasa seperti aku, berjiwa seperti putera raja. - Rasydan



ENGKAU CURI HATI AKU – Noraz Ikha

Mencemar duli rasanya kalau aku membuat lelaki itu gembira kerana aku lebih suka tengok dia kecewa. Aku puas! - Ros Nur Faezah

Senyuman ini mampu mencairkan hati wanita. Mengaku sajalah kalau Ros sudah terbuai dengannya. - Aaron Fahmi. 

Perkahwinan tidak akan terjadi jika bukan tangan ini yang bersalaman dengan Tok Kadi. Trust me! - Akim Zikry



DEE ANGAURIAN - Puss Vakeer

Crush? Imad? Nick? Hoho…tidak! Tidak sesekali. Mahu kena ‘crush’kepala aku dengan kayu api kalau Cik Non Lempeng tahu – Dee a.k.a Nadaira a.k.a Dara

Kadang-kadang aku rasa dia suka sangat kat aku. Kadang-kadang aku tengok dia melayan Nick punya auta sampai tak ingat dunia. - Imad



HATI KAMA - KU PELUK RINDU – Nur Dila

“Cinta itu aneh kan, Harris. Tapi, dalam aneh itu ada indah. Dalam indah ada suka dan dalam suka itu ada rahsia yang tersembunyi. Betul tak?” ~ Kama.

“Cinta saya luhur. Tidak secalit rasa sangsi atau rahsia yang tersembunyi.” ~ Harris.



Sekiranya berminat untuk mendapatkannya, anda boleh terus membuat pembayaran kepada 
Monalita Mansor, 
MBB - 1641 6489 7289 
monalitamansor@gmail.com 
dengan tambahan bayaran pos RM6 dan RM10 SS
sila kepilkan bukti bayaran, NAT di dalam inbox penama untuk penghantaran






Aku Berhak Bahagia Bahagian 1

cerpen tersiar di dalam majalah Keluarga, November 2014
Aku (1)

AKU mengutip serpihan kaca yang bertaburan di hujung kaki. Satu persatu sambil cuba menyapu lelehan darah yang mulai membanyak di birai belakang kaki. Sedikit demi sedikit, rasa pedih dan perit kian memanjang. Aneh sekali ia merebak sampai ke hati. Aku topang tubuh dengan bawah tapak tangan untuk bangun semula. Dia sedang berdiri, berdepan dengan sinki. Dadanya yang membusung itu kelihatan turun naik, laju larian nafasnya seumpama menakung amarah yang belum berakhir. Pandangannya lurus memanah sehingga ke luar tingkap dapur. Namun aku tahu ekor matanya ingin melihat reaksiku.
Ternyata, kepedihan itu semakin memijar. Mahu aku tinggalkan kaca-kaca ini, yang entah berserak hingga ke mana, bimbang dipijak cucu-cucuku nanti. Bukankah lagi hingar dibuatnya nanti? Terhencot-hencot dan berhati-hati, aku cuba mencapai penyapu di antara peti sejuk dengan mesin basuh. Cecair merah itu kian galak menitis.
“Sinilah!” Dia mengambil penyapu dan penyodok sampah di kedua-dua belah tanganku. Lebih kepada perbuatan merampas sebenarnya. Serpihan piring selebar tapak tangan cucuku yang belum lepas dari tangan tadi, aku campakkan ke dalam tong sampah, sebelum masuk ke dalam bilik, menguruskan lukaku ini.
“Allah…” Spontan bibirku mendesahkan pengaduan sebaik jasad aku labuhkan di atas tilam bujang di sudut bilik ini. Aku capai tuala kecil yang tergantung di tingkap dan kutekap sahaja pada punca lelehan tadi.
“Ami…” suara kecil memanggil namaku sebaik pintu bilik ditolak. Rambutnya terurai lepas, terbuai mengikut gerak tubuhnya. Bahagian depannya lurus menutup dahi. Perlahan-lahan dia mendekatiku.
“Kenapa mama marah ami?” tanyanya jujur, dengan matanya tidak lagi kepada mataku tetapi terus pada tuala yang memekap kaki yang mulai memerah. 
“Farah nampak ke tadi?” tanyaku pula. Berderau darahku mendengar teguran berupa soalan daripadanya itu. Sudah tentu sekejap lagi bibir mungil itu berceloteh dan menceceh tentang kejadian tadi kepada papanya, menantuku. Itu yang aku kurang gemar.

Aku (2)
Aku ini terlalu mengongkongkah? Aku ini keturunan harimau bintang dikacuk singa Afrika kah? Tidak. Aku ibu, dia pun ibu. Sepatutnya dia memahami naluri keibuan milikku yang pernah dimilikinya. Atau mungkin naluri itu sudah lama hilang semenjak dia melangkah tangga pertama bas dan meninggalkan kami, adik-beradik puluhan tahun dahulu?
“Mak nampak kan, Farah memang salah kan? Kenapa mak nak bela dia?” Tercabar hakku sebagai ibu Farah apabila mak tiba-tiba membela benar cucunya itu. Benarlah kata orang, temali roh penghubung cucu dengan nenek memang berhantu. Silap haribulan memakan diri. Nyata, sekarang ia sedang melupuskan kehadiranku sebagai ibu yang berhak terhadap Farah.
“Sepuluh kali nak mengajar anak, tak payah ditengking-tengking begitu!” bangkang emak.Itupun setelah emak berjaya mendiamkan Farah yang tentunya mengadu padanya tadi.
“Mak percaya sangat cakap Farah tu kenapa? Saya suruh dia siap, mandi…pergi mengaji…salah saya ke?”
“Budak-budak tak pandai menipu, Fida. Kalau Fida cakap elok-elok, tak disakitkan, Farah mesti dengar punya…”
“Argh! Farah tu memang mengada-ngada!” getusku. Pisau di tangan, aku campakkan ke dalam sinki. Sakit hati seumpama pisau itu sudah tercacak di dadaku. Panas meruapkan rasa benci dan meluat mendengar perkataan yang aku kira berupa sindiran itu.
“Sejak mak datang sini… Farah tak nak dengar lagi cakap saya!”
Aku memang bencikan dia! Tidak dapat aku lengkungkan bibir walau seketika untuknya. Walaupun untuk berpura-pura gembira dengan kehadirannya. Benci! Benci! Aku minta dia datang ketika aku berpantangkan adik Farah. Itu sahaja. ‘Selepas itu terbanglah ke mana kau mahu.’ Selama ini pun, dia lepas bebas berterbangan tanpa pedulikan aku dan adik-adik. Selepas memahami perkataan ‘cerai’ sebagai maksud perpisahan antara dia dengan abah, aku hanya melihat wajahnya dalam gambar ditunjuk abang, kemudian bertemu setahun sekali.
“Fida jangan berkasar dengan anak-anak, tak baiklah. Nanti anak-anak terikut-ikut. Membentak-bentak…tak ba…”
“Argh!” Aku tidak ingin mendengar suaranya yang lunak tapi kukira beracun itu. Suara yang berpura-pura. Semua yang ada pada dirinya hanyalah lapisan busana pentas yang disarung dan kelihatan sangat hebat sehingga semua tertawan. Hingga semua mulut dan mata melopong melihatnya.
Bunyi deraian kaca mengejutkan aku. Tidak aku sedari bila piring di dalam sinki itu melayang sehingga tiba di hujung kakinya. Tubuh tuanya sedang terbongkok-bongkok mengutip serpihan kaca. Padan muka! Aku tidak ingin memandang mukanya. Kalau boleh ingin membiarkan sahaja dia terhegeh-hegeh dengan wajah memohon simpati di situ. Dia tidak bersuara, aku tahu dia sedang menahan amukan perasaan yang membadai di dalam dirinya. Aku tahu dia begitu, tiada decitan suara saat dia menahan marahnya. Tiada sebarang kata akan dilontarkan tanda dia sedang berusaha memujuk hati untuk membentengi perasaannya tatkala ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung