Wednesday 16 September 2015

Papan Tanda Buatan Malaysia

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam Serumahtangga. Bismillah.

Hari tu, hari Ahad. Memang tak ada rancangan langsung. Apabila dah bosan duk kat rumah, kami anak-beranak pakat berombongan Cik Kiah ke KUD atau nama panjangnya Karnival Usahawan Desa 2015 di Presint 3 Putrajaya.
Alhamdulillah, dalam ribuan kereta yang memarkir tu, ada terselit satu slot untuk kereta kami. Dalam terdesak, tak boleh banyak memilih. Tepi jalan pun tepi jalanlah. Janjinya tak masuk dalam lobi pejabat kerajaan tu!
Tapak pestanya ada banyak zon. Pempamernya pula dari seluruh negara di bawah pelbagai agensi seliaan kerajaan. Acara yang best sekali, apa lagi – test makan. Dapat juga aku tengok kepelbagaian teknik peniaga menarik hati pelanggan. Walaupun ini acara bisnes offline, boleh adaptasi juga ke bisnes online. Cuma, hari sikit panas tambah lagi jerebu, lupa nak bawak bekal air. Alhamdulillah. Bernyawa juga lagi.
Menjelang Asar, kami ambil kesempatan berjemaah di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi. Cantik, subhanaAllah. Tak bertingkap, angin sepoi bahasa, dengan asap jerebu, semua boleh lalu. Hanya, secara peribadi aku rasa masjid ni tak mesra muslimah. Tandas dan tempat wuduknya jauh, lepas tu papan tandanya menzahirkan gaya papan tanda buatan Malaysia. Jalan ke depan sikit, hilang!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung