Saturday 14 September 2013

Mengirim Wang Ke Luar Negara

Teks  :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Sewaktu saya bekerja dahulu, pelanggan kami juga terdiri daripada warga asing yang kebanyakannya melakukan transaksi penghantaran wang ke luar negara.  Pada waktu itu, hanya satu MOP (Method of Payment) yang paling popular iaitu TT atau Telegraphic Transfer.

Untuk transaksi ini, pelanggan digalakkan membuka akaun di negara mereka.  90% pelanggan terdiri daripada warga Indonesia dan bank yang terlibat biasanya Bank Central Asia.  BCA lebih dominan kerana mempunyai banyak cawangan di sana.

Antara risikonya ialah

1. Masa - Transaksi mengambil masa 3 hingga 5 hari
2. Kerugian - apabila terdapat masalah dengan transaksi, dana tersebut terpaksa dipulangkan.
                   - pelanggan kerugian dari segi tukaran wang.

Kini terdapat kaedah cepat dan tepat (berdasarkan maklumat yang diberi oleh pelanggan) iaitu melalui ejen Western Union.  Pihak WU menyediakan empat jenis servis iaitu:

1. deposit akaun
2. tunai
3.  dalam talian (online)
4.  telefon  (mobile)

Fokus saya ialah terhadap dua transaksi iaitu deposit akaun dan tunai kerana secara logiknya untuk proses yang melibatkan wang, jarak dan masa, manusia masih lagi 'suka' berurusan dengan manusia. 

Apa yang perlu dilakukan oleh pengirim ialah mengemukakan pengenalan diri (pasport/kad pengenalan/kad suaka politik -bagi pelarian lindungan UNHCR atau dokumen lain yang diminta oleh bank atau ejen).  Isikan borang dan beberapa maklumat seperti nama penerima, nombor pengenalan diri, nombor akaun dan bank (untuk transaksi deposit terus) 

Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia menggariskan limitasi pengaliran keluar RM ke luar negara dengan menghadkannya kepada RM10,000.00 maksima untuk satu transaksi.
www.bankinginfo.com


Bagaimanapun transaksi tersebut tertakluk kepada caj-caj bergantung kepada lokasi kiriman.  Anda boleh menyemak kadar cajnya di sini


Sebaik sahaja proses selesai, pihak bank atau ejen akan menyerahkan sebaris nombor kod unik yang dikenali sebagai Money Transfer Control Number (MTCN).  Sepuluh digit nombor ini adalah nombor unik yang mesti dikemukan oleh penerima apabila menuntut bayaran.  

Bagaimanapun, adalah lebih baik anda bertanya dahulu kepada petugas kaunter mengenai kaedah terbaik pengiriman wang kerana setiap transaksi ada pro dan kontranya. 


Kami masih mengalu-alukan penyertaan suri rumah untuk meraih pendapatan sampingan melalui blog melalui 2 kelas di bawah:

1.  Kelas Asas blog dan penulisan  - belajar menulis blog yang disukai pembaca
2.  Kelas Asas blog dan Fanpage   - khusus untuk suri rumah yang mahu memacu langkah, mempunyai produk sampingan untuk dijual.  Oh ya, jika tiada produk, KAMI sediakan produk.

KAMI adalah pasukan Akademi Bekerja dari Rumah di bawah pimpinan Puan Masayu Ahmad.  Hubungi saya untuk maklumat lanjut di :

monalitamansor@gmail.com 

atau facebook

https://www.facebook.com/monalitamansor.1

rujukan :

Puan Laila Munira Ahmad Sobari
Puan Surana Ahmad
Puan Malini a/p Subramaniam

www.westernunion.com


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung