Thursday 24 July 2014

Cadangan Waktu Perjalanan LLM

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Perang dunia ketiga dah nak mula! Hah? Ini bukan pasal perang di Gaza, krisis di Sabah, krisis Rohingya, Syria (semoga Allah mengampuni mereka dan kita, semoga mereka beroleh pahala syuhada, semoga kita beroleh pahala mendoakan mereka)

Ni pasal nak balik raya. Bagi pasangan baru berkahwin, kalau suami berkeras nak tengok muka emak dia, walaupun emaknya tinggal di sebelah rumah, kalau intai pun boleh nampak, banyak-banyaklah bersabar. Jangan ikut hati, Ramadan ni selain menduga kesabaran menahan lapar dan dahaga, ia juga menduga banyak perkara lain. Kadang-kadang pasal sampah, pasal kerusi, pasal kuali, pasal beg, pasal giliran balik raya lagilah banyak.

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, sudah kering air mata  memohon giliran bersalaman di Aidil Fitri pertama dengan mak dan abah sendiri, saya pohon anda banyak-banyaklah berdoa. Kan, Ramadan masih ada. Hey, Ramadan belum pergilah! Masih ada masa untuk Qiamullail, masih ada masa untuk solat hajat, mohon lembutkan hati si dia, masih ada masa untuk tahajud dan menadah tangan. Minta, dan minta. Anda tahu betapa hebatnya Ramadan itu? tahu kan? Maka, apa lagi. Teruskan berdoa. Itu kan senjata kita...

Bukan nak cerita apa pun, nak lampirkan jadual perjalanan aja. Kalau tengok, jadual ni tak melibatkan perjalanan ke pantai timur. Namun begitu, di Tol Gombak dan Karak tu memang pesta sepanjang Aidil Fitri ni.

Bagaimanapun, bagi yang memulakan perjalanan hari ni, ada baiknya mulakan dengan solat sunat dua rakaat dengan niat sunat musafir. Perbanyakkan doa, bertawakkal dan isikan perjalanan dengan zikir. Penat lidah berzikir, bukalah CD yang berkenaan. Doa musafir itu mustajab tau.

Ramadan Kareem. Wallah hu alam.

Wednesday 23 July 2014

Cik Mon Buat Kuih Keria - Hari Ini Dalam Sejarah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Assalamualaikum.

Aduhai, kalau mak bonda kat kampung tahu Cik Mon nak buat kuih keria pun kena tanya Joyah Google, pasti mak bonda dah menjerit! "Aku dulu juara buat kuih kampung. Siap jual lagi. Dapat anak...hmmm...masak nasi aje tau!" lebih kurang begitu la. Nak buat macam mana, kita sibuk belajar (alasan)

Al kisahnya keazaman nak membuat sendiri kuih keria ni bermula semalam. Setelah 25 Ramadan, inilah kali pertama Cik Mon dengan along menjejakkan kaki ke BARAM. Kalau ikutkan along, semua disuruhnya beli, dengan budak kipas kepak ayam tu sekali! Setelah menjijit makanan balik, kami mengira semula berapa jumlah RM yang sudah melayang di BARAM. Kira punya kira...hah? RM20/

"Dah...inilah kali pertama dan terakhir kita pergi BARAM ni..." kata saya.

Sampai di rumah, saya melihat semula kuih yang dipesan tadi. Karipap RM1 : 3 ketul dan kuih keria RM1: 2 ketul. 2 ketul? Along marah sungguh. Lebih-lebih lagi, kedua-dua ketul tu dah dihabiskan dek maknya sekali telan aje.

Maka hari ni, dengan tekad dan azam yang kukuh, berusahalah emaknya mengganti balik dua ketul kuih keria semalam tu. Tengoklah apa jadi...nanti.

Wallah hu alam

Monday 21 July 2014

Cerita Isi Sampul Hijau

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Duit raya atau 'hong pow' adalah satu kemestian buat mereka yang berkeinginan dan berkemampuan untuk memberi infak dan menggembirakan kanak-kanak, semestinya. Meraikan kanak-kanak, sesungguhnya amalan sunnah seperti yang kita tahu dalam hadis yang masyhur tentang pergaulan Rasulullah dengan kanak-kanak. 

Berikut, saya perjelaskan beberapa isu berkenaan 'duit baru untuk hong pow' di bank untuk informasi anda semua. 

1. Setiap bank diberikan limitasi tertentu, maka mereka perlu menyusun stok mereka untuk memastikan ia dapat memenuhi kehendak pelanggan mereka. Sebab itu mereka meletakkan skop masa untuk menukar duit. 

2. Bukan semua bank akan menerima not yang 'brand new'. Ada juga yang akan menerima not yang dikitar semula (sudah digunakan tapi masih berkeadaan elok) atau 'compressed note' - not terpakai tetapi diperbaiki keadaannya. 

3. Ada baiknya anda mencatat jumlah yang hendak ditukar di atas kertas atau di dalam borang yang disediakan kerana risiko kesilapan sukar dijangka pada waktu sibuk begitu. 

4. Ada bank yang mengadakan kaunter khas untuk tukaran wang, namun ada juga yang memerlukan anda mengambil nombor beratur. Jadi, sila semak notis atau bertanya. 

5. Stok not RM1 dan RM5 cenderung habis segera dibandingkan dengan not-not lain pada Aidil Fitri, Deepavali dan Krismas.

6. Sebaiknya anda menukar wang mengikut jumlah 'stack' iaitu RM100 untuk not RM1, RM5 dan RM10. 


7. Kira wang tersebut di depan pegawai bank sebelum meninggalkan kaunter. Cara mengira, tarik sehelai demi sehelai kerana duit baharu cenderung melekat antara satu sama lain, terutama not RM5. Namun jika anda dapati not tersebut disusun menurut nombor siri, memadai dengan menyelak sedikit untuk memastikan nombor sirinya menurut turutan. Jika menukar dalam jumlah yang besar, minta pegawai mengira menggunakan mesin. Begitu juga dengan not RM1 yang ditukar di dalam nilai RM100.

8. Jaga keselamatan diri, seboleh-bolehnya jangan diletakkan duit tukaran tersebut di dalam sampul surat. Simpan di dalam poket atau tempat yang agak tersorok. Hari-hari menjelang perayaan utama adalah hari panas dan penjenayah sentiasa mengintai khilaf kita untuk diambil kesempatan.


Wallahu Alam



Pendaftaran untuk mengisi slot-slot kelas Akademi Bekerja di Rumah masih dibuka, walaupun hari raya mendatang. PM atau e-mel monalitamansor@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung