Saturday 14 September 2013

Sesat di Shah Alam

Teks   :  Monalita Mansor

Aku sangkakan dia tahu.  Sebab lokasinya Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.  Antara lokasi yang sepatutnya paling mudah dijejaki di tengah ibu negeri Selangor itu.  Rupa-rupanya, diapun tak pasti.  Nak minta tolong Pak Ngah Google, sudah terlewat.

'Pak Long' kesayangan aku  ini sudahpun berleter.  Sahut-menyahut, bertekaklah kami dalam kereta sambil bertawaf mencari bangunan tersebut.  Tanya orang Shah Alam, orang Shah Alampun tak pasti.  Ikut papan tanda, ditunjuk hala ke depan, lepas tu papan tanda hilang.  Kamipun hilang jejak juga.
pencuci mulut yang diulang-ulang dek budak-budak ni....

Terjumpa papan tanda lagi, berhampiran Kompleks PKNS, terlindung dek pokok rupa-rupanya menghala ke kanan, kami belok ke kiri.  Melewati Menara MRCB, Plaza Masalam, Bangunan Darul Ehsan dan terus keluar ke jalan lurus menghala bangunan atas bukit.

"Kalau yang ini, I tahu.  Pejabat SUK!"  Kata 'Pak Long' kesayangan aku tu.  Iyalah tu! Aku dah malas nak melayan.
terjumpa acara di di tingkat bawah

Sesampainya kami, majlis makan beradab sedang berlangsung.  Maaf, terlupa, ini majlis perkahwinan dua pupu aku.  Kira-kiranya, aku mewakili ayah dan emak di kampung.  Sepatutnya mereka ikut serta, tapi ayah tak larat nak berjalan jauh.

'Pak Long' kesayangan

Aku mengagak dia berprofil tinggi, sebab aku nampak kelibat beberapa orang VIP korporat di majlis itu.  Aku juga tahu kelebihannya dalam bidang pendidikan tetapi dia sendiri tidak pernah bercerita akan hal pekerjaannya.  Tadi, aku menyemak dengan Pak Ngah Google, barulah aku tahu dia berada di dalam ranking Ketua Pengarah dalam salah satu portfolio kerajaan.
Anak dara dengan abahnya.  Nangka pun termasuk dalam menu.

Menghadiri majlis perkahwinan di dewah segah ini, mereka masih kelihatan sederhana.  Menjadikan kami sentiasa mengingatkan anak-anak.  Dalam perjalanan pulang, kami bercerita.
Bawa bekal 'tab' pergi kenduri

 "Nak buat majlis besar-besaran begitu, kena cari duit banyak.  Nak dapat duit banyak, kena belajar pandai-pandai. Tak ada ubat lain.  Hidup mudah, boleh kongsi kesenangan dengan orang lain," kata 'Pak Long' kesayangan aku tu.
kambing golek Amin

Anak-anak biasanya diam sahaja, tapi aku harap mereka menanam azam.  Ukuran kaya bukan harta (walaupun ia penanda aras duniawi) - perlu juga untuk dikongsi dan membantu orang lain.  Selain itu, kaya adalah kebijaksanaan membezakan yang hak dan batil.  Semoga tidak pula kita papa di akhirat.

Akademi Bekerja dari Rumah masih membuka pintu untuk penyertaan para suri rumah/bakal suri rumah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Sekiranya anda ingin memulakan atau sudah memulakan perniagaan tetapi ingin menambah jaringan promosi online, kami ada solusi.

PM saya untuk maklumat lanjut.

Mengirim Wang Ke Luar Negara

Teks  :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Sewaktu saya bekerja dahulu, pelanggan kami juga terdiri daripada warga asing yang kebanyakannya melakukan transaksi penghantaran wang ke luar negara.  Pada waktu itu, hanya satu MOP (Method of Payment) yang paling popular iaitu TT atau Telegraphic Transfer.

Untuk transaksi ini, pelanggan digalakkan membuka akaun di negara mereka.  90% pelanggan terdiri daripada warga Indonesia dan bank yang terlibat biasanya Bank Central Asia.  BCA lebih dominan kerana mempunyai banyak cawangan di sana.

Antara risikonya ialah

1. Masa - Transaksi mengambil masa 3 hingga 5 hari
2. Kerugian - apabila terdapat masalah dengan transaksi, dana tersebut terpaksa dipulangkan.
                   - pelanggan kerugian dari segi tukaran wang.

Kini terdapat kaedah cepat dan tepat (berdasarkan maklumat yang diberi oleh pelanggan) iaitu melalui ejen Western Union.  Pihak WU menyediakan empat jenis servis iaitu:

1. deposit akaun
2. tunai
3.  dalam talian (online)
4.  telefon  (mobile)

Fokus saya ialah terhadap dua transaksi iaitu deposit akaun dan tunai kerana secara logiknya untuk proses yang melibatkan wang, jarak dan masa, manusia masih lagi 'suka' berurusan dengan manusia. 

Apa yang perlu dilakukan oleh pengirim ialah mengemukakan pengenalan diri (pasport/kad pengenalan/kad suaka politik -bagi pelarian lindungan UNHCR atau dokumen lain yang diminta oleh bank atau ejen).  Isikan borang dan beberapa maklumat seperti nama penerima, nombor pengenalan diri, nombor akaun dan bank (untuk transaksi deposit terus) 

Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia menggariskan limitasi pengaliran keluar RM ke luar negara dengan menghadkannya kepada RM10,000.00 maksima untuk satu transaksi.
www.bankinginfo.com


Bagaimanapun transaksi tersebut tertakluk kepada caj-caj bergantung kepada lokasi kiriman.  Anda boleh menyemak kadar cajnya di sini

Friday 13 September 2013

Air, Wudhuk dan Tarif

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar: Carian Google dan Bidikan Sendiri


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Kita biasa mendengar ungkapan ini.  Membazir itu sahabat atau saudara syaitan. Itu bukan ungkapan.  Itu firman Allah.  Bermakna, Allah sesungguhnya tidak suka kita membazir. Jika anda lihat gambar di atas, yang kuantiti mana satukah yang anda selalu gunakan untuk mengambil wudhuk.  Kiri atau kanan?  Pasti ramai yang menjawab kiri, sebab bimbang kalau guna yang kiri, wudhuk menjadi tidak sempurna.  Betulkah?



Mari kita melawat ke masjid dan tempat wudhuknya.  Cuba anda berdiri sekejap dan anda tengok cara orang kita berwudhuk.  Lihat kapasiti air yang dibuka.  Macam nak mandi wajib!  Minta maaf cakap.  Mohon dimaafkan perkataan pada yang tua juga yang muda.  Inilah kita.

Apakah kita memikirkan yang air itu dibayar oleh sesiapa juga yang mengendalikan masjid/surau/madrasah tersebut maka kita boleh memulas kepala pili itu semaksima mungkin?  Apakah mentaliti kita ketika itu?  Bukankah air itu kita gunakan untuk berwudhuk.  Untuk melakukan kebaikan, mencari pahala.   Tidak bolehkah kita gunakan dengan berhemat?

Di rumah juga begitu, seolah-olah air yang keluar daripada kepala paip itu percuma.  Saya tidak mempersoalkan tentang air yang digunakan untuk membasuh dan sebagainya.  Yang ingin saya ketengahkan ialah ketika mengambil wudhuk.

Sedang saat kita sangat hampir dengan Allah, kita masih bersahabat lagi dengan 'si dia', bagaimana dengan hal-hal lain?

Saya bawakan youtube cara-cara mengambil wudhuk mengikut adab Rasulullah.  Perhatikan air yang digunakan oleh Pak Syeikh ini.  Malah Pak Syeikh ini membasuh kaki di sinki sahaja.  Satu perbuatan yang biasa saya lakukan masa di asrama dulu.



Oh ya, kelas asas blog masih dibuka.  Kalau anda ingin berblog secara profesional, mendapat trafik mencecah ribu-ribu dalam masa tak sampai sebulan, sertailah kami.  Hubungi saya.

Ummi Pergi 'Camping'

Teks   :   Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Malam ini, pasti lena Ummi terganggu.  Terganggu dek mimpi indah keriangan yang ingin diciptakan bersama Athirah dan Nabila, juga rakan-rakan lain.  Anak gadis kedua saya, begitulah keadaannya.  Apa-apa acara yang sedikit berbeza dengan acara di sekolah, sambutan yang diberikan memang luar biasa.  Keterujaannya akan jelas kelihatan.

Esok, dia dan rakan-rakan tingkatan satunya akan berkhemah di sebuah kem bina semangat di Batu 14 Hulu Langat.  "Duit lagi,"  kata saya apabila dia meminta duit untuk membiayai kos perkhemahannya.  Dia pun memperlihatkan aksi wajah ayunya.  Melengung dengan muka berkerutnya, masuk ke dalam bilik.

Apabila abahnya menghulurkan wang, cerahlah mendung yang tadinya hampir hujan.  Menjelang malam tadi, dua buah beg disediakan.  Kasut juga sudah diletakkan ke tepi siap-siap.

"Beg troli mak ada, nak tak?"  tanya saya.

Menanti Oktober ii

Teks     : Monalita Mansor
Gambar: Carian Google

Apakah pergeseran di antara Wafi dengan Amirul?  Siapa Wafi dan siapa pula Amirul.  Persoalan ini akan dijawab di dalam karya terbaru Monalita Mansor, Oktober ini.

Bagaimana saya mengasah bakat menulis?  Kelas Blog sebagai salah satu pemangkinnya. 

Thursday 12 September 2013

Program Korban Masjid As Salam PJS1, Petaling Jaya

teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google


Firman Allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Zakat Simpanan Untuk Surirumah

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
http://www.e-zakat.com.my/

Assalamualaikum Dan Salam Serumahtangga

Kita memang biasa dengan zakat.  Berlebihan pula semasa hari raya.  Semua orang tahu bahawa zakat fitrah perlu dibayar sebelum sembahyang raya.  Tapi anda tahu ada lagi zakat lain yang perlu diambil tahu?  Tak salah saya, bab zakat ni diajar di dalam mata pelajaran agama Islam masa saya tingkatan 5.

Ustazah Rohana yang mengajar saya.  Garangnya, masyaAllah.  Tapi saya dapat A1 subjek agama Islam.  Saya ingat lagi dalam buku biru tu tertulis hikmah zakat adalah mensucikan harta kerana di dalam harta kita terdapat hak orang lain.

Menanti Oktober

 Teks     :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum,
sedutan daripada novel terbaru yang bakal beredar di pasaran Oktober ini.  

Oh ya, ingin mengiklan produk sendiri di blog seperti saya, PM saya untuk mengikuti kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page.  Pendaftaran beserta pakej promosi menarik menanti anda!

Wednesday 11 September 2013

Entri No. 44

http://images.fineartamerica.co,m
Teks   :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

MasyaAllah.  TabarakAllah.  Ini entri saya yang ke 44 secara rasminya.  Maka berakhirlah tugasan saya di dalam kelas Asas Blog, yang saya namakan langkah pertama ini.  Selama 17 hari, rasanya saya melepasi sasaran.  Saya menyasarkan akan menghabiskan entri dalam masa 22 hari.  Alhamdulillah.

Kriteria Cek yang 'Menggembirakan' Bank 2


Teks   :   Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Menyambung kembali catatan semalam, kita teruskan kelas mengenal cek kita.  Saya alu-alukan sebarang komen, sekiranya terdapat kemusykilan di ruangan komen.

5.  Ringgit Malaysia - Inilah ruang pertama yang dilihat oleh penerima/pelanggan anda.  Ruangan yang paling menyeronokkan.  Tetapi, tidaklah berapa seronok bagi tuan punya cek tersebut.  Pastikan setiap perkataan ditulis dengan jelas dan betul.  Sentiasa tulis perkataan SAHAJA atau ONLY pada akhir perkataan.

Soalan Lazim - FAQ

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar :  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Sebagai penutup bagi topik Akaun Semasa ini, saya lampirkan soalan-soalan terpilih yang biasanya ditanya.  Saya berikan di dalam dua versi.  Bahasa Melayu dan Inggeris.  

Apakah perbezaan di antara cek perintah dan cek pembawa?

Cek perintah adalah cek yang dikeluarkan untuk dibayar kepada penerima sama ada individu atau entiti yang tertera namanya di atas cek.  Perkataan 'atau pembawa' juga dibatalkan.

Cek pembawa ialah cek yang dikeluarkan untuk dibayar kepada pembawa cek tersebut - biasanya cek tunai atau perkataan 'atau pembawa' tidak dibatalkan tetapi perkataan 'akaun penerima sahaja' dibatalkan dengan tanda tangan pengeluar cek.  

What is the difference between order cheques and bearer cheques?
 
Order cheques are cheques written to be paid to a specific person or entity (the payee) named in the cheque.  The words "or bearer" are cancelled out

Bearer cheques are cheques written to be paid to the person who holds the cheque (the bearer). An “order cheque” can be a “bearer cheque” if the words “or bearer” are not cancelled out. Sometimes, the cheque may be issued to pay “Cash".  Today, the cheque with words 'Cash' and "account payee only" signed by accountholder means cash cheque.

 In general, issuing of cash cheques is not encouraged as they are exposed to risk of fraud. Some banks may charge a fee for encashment of third party cheques.

Apakah cek jurubank/draf jurubank?

Ia adalah cek perintah yang dikeluarkan oleh pihak bank setelah kita membuat pembayaran dan arahan kepada pihak bank.  Dengan ini, dana cek tersebut dijamin oleh pihak bank.  Cek ini biasanya digunapakai untuk pembayaran yang melibatkan jaminan wang seperti deposit kereta, rumah, pembelian tender dan sebagainya.

What is a banker's cheque/bank draft/banker's draft?

This is a cheque drawn on the bank. This means that payment is guaranteed by the bank. It is often used in situations where the payment needs to be secured, e.g., payment for a large purchase item such as a car or house.

Adakah bank mempunyai hak untuk meminta saya menutup akaun dengan mereka?

Dapatkan penjelasan untuk alasan itu daripada pihak bank.  Walau bagaimanapun bank berhak untuk menutup sesuatu akaun yang tidak dikendalikan dengan baik.  Di samping itu, pengendalian akaun tersebut mestilah mematuhi peruntukan AMLA 2001 (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram)

Does the bank have the right to request that I close my account with them?

You should enquire from your bank the reason(s) for this. However, banks have the right to close any account that is not satisfactorily operated. In addition, the conduct of the account must be in compliance with legislation such as the Anti-Money Laundering Act 2001.

Dapatan : www.bankinginfo.com


Kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page untuk bisnes masih dibuka.  Terbuka untuk semua, belajar menulis entri sehinggalah ke merasmikan kedai online sendiri.  PM saya di facebook atau emel ke monalitamansor@gmail.com untuk masuk kelas. 


Islam Sehari-Hari


1) Isu isu semasa berkaitan kehidupan seharian umat Islam ditegur dengan penuh hikmah bersulamkan Al-Quran dan Hadis.

2) Disampaikan dengan gaya santai dan bersahaja namun tepat dan ‘sentap’

3) Satu kaedah baru dalam mendekatkan diri kita kepada hadis nabi SAW

Books
Dapatkan di www.stormreader.my/monalita atau klik E-Store (Stormreader) di menu utama.






Price: RM14.90

Super Woman - Mardiana Mat Ishak

Kerjaya apakah yang paling mencabar di dunia ini? Pasti ada yang akan menjawab tentera di medan perang, pemburu dan penjinak binatang liar, nelayan laut dalam, dan berbagai-bagai lagi jawapan yang seangkatan dengannya. Namun, jarang sekali yang akan menyebut suri rumah sebagai kerjaya yang paling mencabar. Mahu rasakan cabaran dan kesusahannya? Cubalah sendiri. Pasti ramai lelaki yang akan mengalah dan barulah mereka mahu mengakui kehebatan wanita.

RM35.00 (tidak termasuk caj pos)

Untuk pembelian terus ke :  http://www.stormreaders.my/monalita

**Sertai kelas Asas Blog - Promosi September masih dibuka.  PM saya untuk sertai kelas!

Kriteria Cek Yang 'Menggembirakan' Bank

Teks    :  Monalita Mansor
Gambar: Bidikan Sendiri





Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Apa yang bakal kita kongsi sebentar lagi mungkin sudah dimaklumi oleh sebahagian kita.  Terutama sekali para peniagawati dan sesiapa juga yang mempunyai kemudahan akaun semasa di bank.  Bagaimanapun, ada baiknya kita mengulangkaji semula kriteria-kriteria yang digariskan oleh pihak bank sebagai panduan. 

1. A/C Payee Only - perkataan ini bermaksud akaun penerima sahaja.  Ia memaksudkan bahawa cek ini hanya boleh dimasukkan ke dalam AKAUN dan tidak boleh DITUNAIKAN. 

KECUALI terdapat tanda tangan pemegang akaun di sebelah perkataan tersebut.  Jika anda mendapat cek sebegitu bermakna pemegang akaun setuju untuk membayar tunai kepada anda.  



2.  Tarikh - tulis tarikh di dalam petak yang disediakan.  Tempoh laku sekeping cek biasanya enam bulan, kecuali cek waran atau dividen.  Jangan terhegeh-hegeh tulis tarikh dua tahun yang lepas.  Cek tersebut akan ditendang dan penerima akan dikenakan caj cek dikembalikan.  Selepas itu bersedia untuk ditendang oleh penerima cek!

Jika ada menulis cek tertunda (post dated cheque) maklumkan kepada penerima/pelanggan anda.  Jika dia mendeposit akaun sebelum tarikhnya, cek tersebut akan dikembalikan dan penerima akan dicaj.  Sekali lagi, bersedia untuk ditendang oleh penerima cek!


3.  Or Bearer/ Atau Pembawa - sepanjang saya bertugas, banyak pelanggan keliru dengan perkataan ini.  Bagi kes cek tunai, cek yang ditulis tanpa dibatalkan perkataan Or Bearer/Atau Pembawa boleh ditunaikan oleh sesiapa sahaja, walaupun pada ruangan penerima terdapat nama dan nombor kad pengenalan orang lain. 

Begitupun, pihak bank tidaklah wewenangnya akan meneruskan transaksi tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu.  

Oleh itu, sangat digalakkan sekiranya anda menulis cek (kecuali cek tunai) perkataan tersebut dipotong terus dan seterusnya menjadikan cek tersebut - cek tertutup.  Apabila dianggap cek tertutup hanya penama yang tertera namanya pada cek sahaja yang boleh menerima dana daripada cek tersebut. 

NAMUN

jika anda mengeluarkan cek tunai jangan sesekali dibatalkan perkataan tersebut.  Perbuatan ini akan menyebabkan cek tersebut ditendang dan dianggap sebagai pengeluaran tidak sekata (irregularly drawn) - maaf...maaf.. kerana terjemahan yang kurang menyenangkan ini.  Ia bermaksud sesuatu yang pelik, anda membayar tunai tetapi menutup cek tersebut.  Tiada penama yang bernama TUNAI ataupun CASH di dalam dunia ini!

4.  Inilah ruang kedua yang dibaca oleh seseorang penerima cek selepas melihat amaun.  Nama hendaklah ditulis serapat mungkin dari sebelah kiri.  Dinasihatkan apabila anda menulis cek kepada orang perseorangan, sertakan sekali nombor kad pengenalannya.  Ini adalah langkah keselamatan tambahan bagi anda sebagai pengeluar cek dan bagi bank sebagai pembayar.  

Saya kira, kita sambung perbincangan kita di entri yang akan datang.  

Catatan Sambil Mendengar 'What A Wonderful World by Louis Amstrong"


Amalan Terbaik Menjamin Keselamatan Cek

Teks  :   Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Cik Kiah, Cik Timah, Cik Senah jangan sesak nafas baca tajuk di atas.  Kalau anda peniagawati, ya anda harus ambil perhatian.  Kalau anda suri rumah, anda juga harus ambil perhatian sebab ini untuk pengetahuan am anda.

Berapa ramai daripada anda yang mempunyai akaun semasa membaca panduan di kulit buku cek anda?  Saya rasa ramai yang tersenyum kambing, tersenyum badak dan tersenyum tapir.  10% pun tak sampai kan.

Tuesday 10 September 2013

Terima Kasih Cikgu Aishah

 

Teks : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

 

Catatan penghargaan cikgu saya ini ingin saya rakamkan di sini.  Teringat zaman sekolah dulu kalau cikgu senyum dan cakap baguspun, hati dah kembang dan senyum lebar sampai loceng bunyi waktu terakhir.

 

Kelas blog saya baru bermula 26/8/2013.  Diberikan tugasan menyiapkan entri yang mesti disiapkan untuk mengisi blog dan selepas itu dinilai untuk diberikan tugasan lain.  Alhamdulillah, berkat konsisten dan tunjuk ajar serta perbincangan dengan rakan-rakan sekelas lain seperti Saniah Mat Sahat, Fadhlina Yaacob, Yasmin Omar dan Mazia Moharam, saya melepasi takah pertama.  

Pilihan Terbaik

Teks    :  Monalita Mansor
Gambar: Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Pernah anda mendengar akaun simpanan atau lebih mesra disapa 'saving account'.  Pernahkah juga ada mendengar akaun simpanan tetap? atau nama baratnya, 'fixed deposit account'.  Apakah beza kedua-duanya.  Eh...eh...ada juga yang garu kepala, ada beza ke?

Untuk suri rumah tangga, wajar anda tahu perbezaan kedua-duanya.  Terutama, kalau anda masih tercari-cari akaun yang sesuai untuk anak-anak yang di dalam perut atau di luar perut.  Mula-mula, teliti tujuan anda menabung dahulu.  Untuk jangka panjang atau untuk jangka pendek.  Untuk keperluan hari hujan atau keperluan hujan panas, ribut petir, tsunami dan sebagainya (harap analogi saya difahami)

Mr. Mama oh Mr. Mama

Teks    :   Monalita Mansor
Gambar:  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Pernahkah anda terfikir satu waktu dulu yang hari ini anda menjadi suri rumah.  Pernahkah juga anda terfikir yang anda tidak akan menjadi suri rumah dengan pendapatan yang anda perolehi melebihi pendapatan suami?

Saya terbaca topik ini di dalam majalah Jelita Ogos 2006, sudah lama.  Rencana tulisan Siti Mariam Elias merujuk kepada pembentangan kertas kerja di konvensyen Hari Bapa 2006 bertemakan Bapaku Wiraku.  Rencana ini mengulas kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Mansor Abu Talib, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM, ketika itu.

Menurut Dr Mansor, fenomena lelaki menjadi suri rumah bukan kes kekeliruan gender seperti tanggapan sebilangan orang.  (Pasti ada yang terbayangkan lelaki lembut memakai apron berbunga-bunga, berseluar pendek dengan selipar jepun sedang menjemur kain kan?)

Bukan!  malah saya dan suami juga pernah berbincang soal ini.  Satu ketika, waktu sedang membincangkan tawaran pemberhentian sukarela yang menawarkan jumlah yang sangat lumayan kepada suami.  Lalu kami membariskan rancangan antaranya;

1.  saya terus bekerja - dia jadi pak supir, hantar saya pergi kerja, hantar anak ke sekolah
2.  duduk di rumah, basuh kain -mesin ada/ sapu sampah - dia memang tak boleh tahan dgn habuk dan sampah/memasak - dia memang 'terror' memasak daripada saya
3.  waktu solat - masjid sekangkang kera - setiap waktu boleh berjemaah (mahu dengan tidak sahaja!)
4.  dia boleh meneruskan kesukaannya - menyudu bola! - saya memang menyampah dengan hobi yang satu ni!

Bagaimanapun, itu semua tidak berlaku.  Tetapi dengan perancangan begitu kami berpendapat, kami sudah bersedia.  Kecuali jika ada isu-isu berbangkit seperti pandangan masyarakat.  Datuk Noh Gadut, mufti Johor ketika itu berkata bahawa suami suri rumah adalah perbuatan melanggar hukum syarak.  Manakala Datuk Seri Shahrizat Jalil juga menyokong pandangan tersebut.

Apa-apapun, rumah tangga milik kita.  Kita yang mencorakkannya.  Kalau lelaki menjadi suri rumah tangga dan rumah tangga aman damai, banyak perkara boleh dijimatkan berbanding kita.  Apa salahnya? 


Monday 9 September 2013

Air Mata di Sebalik Penciptaan Cerpen 'Sekeras Waris Selembut Sillaturrahim'

Teks    :  Monalita Mansor
Gambar : www.monazman.blogspot.com

Cerpen Sekeras Waris Selembut Sillaturrahim saya hasilkan selepas kematian almarhum nenda suami saya.  Bonda kepada bapa mertua yang diserang strok sebelum koma dan terlantar beberapa bulan.  Pengalaman menguruskan jenazah, memandi dan mengapankan beliau, saya abadikan di dalam cerpen ini.

Bajet ke, Kedekut?

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Kalau bercerita tentang bajet-membajet ni, kata orang, suri rumahlah jaguhnya.  Tapi betul atau tidak?  Betulkah orang perempuan lagi pandai berkira daripada orang lelaki?  Saya berkecuali di dalam hal ini.  Seperkara yang saya nak kongsi berdasarkan pengalaman saya tentang isu ini.

Subjek kajian saya ialah ahli keluarga terdekat saya.  Beberapa orang sebenarnya.  Saya namakan dia Subjek A dan Subjek B.  Mereka berdua ni anak beranak.  Saya suka memerhatikan mereka sebab mereka sangat berhemat atau kedekut? apabila bercakap soal RM.

Pengeluaran EPF - Kaedah Terbaik untuk akaun anda

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mengeluarkan sebahagian caruman daripada akaun 2 KWSP sebenarnya rahmat buat para peminjam akaun pinjaman perumahan secara keseluruhannya. Ia termaktub di bawah Akta KWSP Seksyen 54 Bahagian VI


Terkini, pengeluaran juga boleh dibuat dibuat melalui portal e-pengeluaran (sila rujuk http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/e-pengeluaran

Berikut saya perturunkan beberapa kaedah pengeluaran pinjaman yang paling popular di Malaysia setakat hari ini.

Jadual Saya

ofis baru yang sudah diapprove oleh Bpk. Brigider Jeneral (sbb ofis lama selalu pasang lampu, ganggu dia nak tidur...)
Teks       :  Monalita Mansor
Gambar  : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini hari baru.  Betul-betul baru.  Perkhabaran daripada Cikgu Aishah malam tadi benar-benar membuatkan tidur saya bagaikan melekat di bantal.  Nyenyak umpama bayi di dalam rahim.

Unauthorised Authorised Letter / Surat Kuasa yang Tak Berkuasa

Teks   : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
www.wetfeet.com

Dalam sehari dua yang lepas, kita dikejutkan dengan tumpasnya satu lagi sindiket penipuan alaf baru menggunakan kad SIM.  MO atau modus operandi mereka ialah menggunakan surat kuasa atau authorised letter.



Sila rujuk kenyataan PDRM di : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.652692594741051.1073742055.161086313901684&type=1

Sunday 8 September 2013

UPSR oh UPSR

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar: www.wikimapia.org


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

UPSR bakal menjelang Selasa ini.  10/9/2013.  Anak ketiga saya adalah antara calon-calonnya.  Saya tak tahu bagaimana dengan ibu lain, tapi setelah kali ketiga debarannya taklah menggila benar seperti kali pertama dulu. 

Akaun Pinjaman Perumahan : Commence An Early Instalment.


Teks   : Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Maaf, saya menggunakan tajuk bahasa Inggeris.  Jenuh saya memikirkan perkataan yang sesuai untuk diterjemahkan.  Tetapi sesuatu yang merisaukan saya, terjemahan saya tidak menepati maksud dan anda sendiri gagal memahami apa yang ingin saya sampaikan.  Maka terbiarlah nawaitu saya nanti untuk berkongsi satu lagi ilmu bantu yang mudah tetapi penting.

Mungkin ada di antara sahabat-sahabat kita atau anda sendiri yang terjepit di dalam senario di bawah...

Kaedah dan Teori Bacaan Awal Kanak-kanak


Teks:  Monalita Mansor


gambar hiasan kredit : kaklongnuzula.blogspot.com
1.0.      PENGENALAN
Rasullullah SAW pernah bersabda seperti yang dirawikan oleh Imam Bukhari dan Muslim. ‘tidak ada seorang anak yang dilahirkan melainkan di dalam keadaan fitrah (suci bersih) maka ibu bapanya yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.  Sebaris pepatah Cina juga mengungkapkan perumpaan yang sama tentang kepentingan mencorak pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal seperti ‘hidup kanak-kanak ibarat sehelai kertas di mana setiap orang akan meninggalkan tanda di atasnya’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung