Wednesday 11 September 2013

Amalan Terbaik Menjamin Keselamatan Cek

Teks  :   Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Cik Kiah, Cik Timah, Cik Senah jangan sesak nafas baca tajuk di atas.  Kalau anda peniagawati, ya anda harus ambil perhatian.  Kalau anda suri rumah, anda juga harus ambil perhatian sebab ini untuk pengetahuan am anda.

Berapa ramai daripada anda yang mempunyai akaun semasa membaca panduan di kulit buku cek anda?  Saya rasa ramai yang tersenyum kambing, tersenyum badak dan tersenyum tapir.  10% pun tak sampai kan.



Mari kita lihat sama-sama apakah wasiat-wasiat yang digariskan oleh bank anda (dalam bahasa saya sendiri - perhatian - semuanya sudah saya ubah ke bahasa yang lebih mudah difahami)

1.  Pastikan cek-cek disimpan di tempat yang selamat dan berkunci - sepatutnya simpan dalam peti besi ataupun almari yang berkunci dan anda sahaja yang ada kunci itu.

2.  Anda tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan di bawah untuk menulis/mencetak cek:
    a.  pencetak laser - untuk mengelakkan manipulasi pihak ketiga.  Inilah teknik penipuan yang paling   
                                  popular dan masih digunakan sehingga hari ini.  Sindiket mempunyai pemadam khas
                                  yang boleh memadamkan cetakan tersebut.  Selepas itu, dengan bongkaknya mereka
                                  menulis nama mereka pula di ruangan penerima.
kumpulanfotoanak.com

    b.  pen dakwat basah - boleh menyebabkan cek kotor dan cek yang kotor dan tidak boleh dibaca tidak
                                  akan diproses dan ditendang

    c.  dakwat boleh padam - sama kes dengan kes (a)

    d.  pensil                - sekali fikir memang tak logik.  Tetapi ada pelanggan yang melakukannya.  Mungkin 
                                     pada masa tu, pen hilang.  Pensil anaknya sahaja yang ada.  Di tangan saya, (pada
                                     waktu itu) cek ini tidak akan saya proses.  Saya akan paksa pemegang akaun
                                     datang dan menulis satu cek baru dan mengembalikan cek ini.  Zalim?  Memang
                                     zalim.  Tapi kezaliman saya adalah untuk kebaikan pelanggan sendiri.  Bayangkan
                                     kalau cek itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, dipadamkan
                                     tulisan tersebut dan ditulis namanya sendiri!

ATAU mana-mana alat percetakan yang tidak mendatangkan impak (kurang tekanan) bagi menulis data di atas permukaan cek.  Jika menggunakan mesin taip, penggunaan pita pemadam adalah dilarang.  Penggunaan PEN MATA BOLA yang menggunakan dakwat kekal adalah amat digalakkan.

3.  Anda dinasihatkan agar tidak membenarkan sesiapa juga mengambil cek kosong dan JANGAN menandatangani cek-cek kosong.

4.  Kira helaian cek anda untuk memastikan kemungkinan helaian cek dikeluarkan tanpa pengetahuan anda.  Satu buku cek mengandungi 50 keping cek.  Sila musnahkan cek yang salah dengan mengguntingnya kecil-kecil.  Jangan sekadar mengoyak kepada dua bahagian sahaja.

5. Sentiasa buat semakan dan perbandingan dengan penyata bank.  Jika terdapat perselisihan amaun atau transaksi yang diragui, sila hubungi pihak bank dengan segera.  Jangan telefon bomba, anda tidak akan dilayan.
http://cdn-wac.emirates247.com

6.  pastikan nama penerima cek dan jumlah dalam perkataan dan angka, ditulis serapat mungkin dari sebelah kiri (saya akan huraikan para ini dalam entri seterusnya)

7.  Apabila menggunakan perkhidmatan pos, pastikan sampul surat tidak terlalu nipis hingga mendedahkan keberadaan cek di dalamnya.

8.  Bagi pelanggan syarikat - sebarang pertukaran tanda tangan atau syarat tanda tangan pemegang akaun hendaklah dimaklumkan kepada bank dengan segera.

Cek adalah klon tunai dan akhirnya akan menjadi tunai apabila ia memenuhi syarat-syarat yang akan saya jelaskan di dalam entri seterusnya.  Selamat Berniaga.

Catatan Selepas Lipat Kain


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung