Saturday 28 March 2015

Menulis Di Luar Kebiasaan


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Victoria Hanley, penulis Kuasai Cerita Anda ini mencadangkan penulis bangun jam 4.00 pagi untuk menulis kerana katanya minda kritisnya masih belum sedar sepenuhnya dan dia dapat sampai kepada cerita yang ditulisnya dengan cepat.

Sebenarnya, sebagai muslim, waktu tersebut adalah sepertiga malam yang kita ketahui, waktu mustajab doa, waktu Allah memerintahkan malaikat turun ke langit dunia untuk mencari hamba-hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya untuk dimakbulkan. Waktu di mana aura positif berada pada tahap tertinggi.

Sebab itu, bagi anda yang menulis pada waktu yang berbeza, perhatikan hasilnya. Selain pengalaman sendiri, saya membacanya di dalam Ikatan Kasih karya Asmah Hashim.  Bandingkan karya yang anda tulis pada jam 4.00 pagi dan 4.00 petang. Yang mana lebih murni dan lebih dekat pada jiwa?

Friday 27 March 2015

Perbanyakkan Aktiviti Penulisan Bebas


 

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


Berikan ruang pada diri. Jangan kritis terhadap diri sendiri, positif dan jangan fikir kritikan (kecuali karya yang akan anda hasilkan itu bertentangan dengan norma-norma hidup Muslim). Bertenang, ambil nyawa dan jangan takut.

Menulis, bukan kerja sejam kemudian berhenti. Menulis, bukan kerja sehari dan kemudiannya kita duduk memandang dan menopang dagu membacanya semula. Kerja menulis akan menjadi ‘tertulis’ sekiranya pekerjaan itu dilakukan secara konsisten, berulang-ulang dan tanpa jemu.

Serlahkan suara dan diri anda melalui tulisan.

Thursday 26 March 2015

Gunakan keseluruhan wahana





Teks: Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah. Mungkin ada yang bengang dengan saya. Apa bendalah wahanalah, saranalah, mediumlah. Hey! Penulis perlukan kosa kata yang besar dan luuuuuasss tau. Kalau tak tahu, beli kamus dan baca.

Kata Victoria Hanley, apa sahaja alatan yang mendekatkan diri penulis dengan bahan yang ditulisnya boleh dimanipulasi. Kalau anda nak menulis tentang sambal belacan yang paling best di dalam dunia, anda kenalah mengenal belacan yang terbaik penghasilannya. Anda harus sepuluh langkah lebih tahu daripada orang biasa.

Sebab itu, kalau orang lain memandang Arjun Rampal itu sekadar pembawa watak antagonis dalam Om Shanti Om, anda harus memandang kewajarannya menjadi antagonis, kredibiliti watak, penghayatan, gerak mindanya dan bukan sekadar memandang luarannya.

(hmmm…Arjun Rampal lagi…)

Wednesday 25 March 2015

Aktifkan Deriamu!


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Aktifkan kesemua panca indera. Ada orang kunyah kulit kayu manis atau menghidu daun pudina untuk merangsang deria. Ada orang dengar lagu-lagu retro atau klasik untuk rangsang deria dengar. Tapi, jangan paksa mak atau maid anda masak kari atau masak asam patin tempoyak untuk merangsang deria menulis anda, nampak beno pembohongnya, kata Ustaz Kazim Elias.

Tapi, jangan buat perkara yang dilarang agama untuk merangsang deria anda. Saidina Ali pesan betul-betul tu, setiap tulisan itu akan membawa penulisnya sama ada ke syurga dan neraka. Jadi, proses penghasilannya pun kena betul, barulah berkat dan manis.

Tuesday 24 March 2015

Gunakan Keseluruhan Wahana


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah

Mungkin ada yang bengang dengan saya. Apa bendalah wahanalah, saranalah, mediumlah. Hey! Penulis perlukan kosa kata yang besar dan luuuuuasss tau. Kalau tak tahu, beli kamus dan baca.

Kata Victoria Hanley, apa sahaja alatan yang mendekatkan diri penulis dengan bahan yang ditulisnya boleh dimanipulasi. Kalau anda nak menulis tentang sambal belacan yang paling best di dalam dunia, anda kenalah mengenal belacan yang terbaik penghasilannya. Anda harus sepuluh langkah lebih tahu daripada orang biasa.

Sebab itu, kalau orang lain memandang Arjun Rampal itu sekadar pembawa watak antagonis dalam Om Shanti Om, anda harus memandang kewajarannya menjadi antagonis, kredibiliti watak, penghayatan, gerak mindanya dan bukan sekadar memandang luarannya.

(hmmm…Arjun Rampal lagi…)

Monday 23 March 2015

Suburkan Jiwa Seni


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


 Kembali kepada sesuatu yang melibatkan seni dan pengoptimuman otak kiri. Tengok wayang ke, dengar lagu ke, (macam saya beritahu, cara saya pergi window shopping) berziarah ke, update korum mesyuarat tingkap ke (jangan buat selalu). Ada ketikanya juga, saya dengar lagu atau baca novel. Kalau lagu, koleksi MLTR memang pilihan saya. Kalau novel, saya pilih aje yang ada di rak buku. Tapi kebiasaannya, koleksi mahakarya kembara sufi Laksamana Sunan, RAM yang akan jadi pilihan.

Terpulanglah. Kalau melukis doodle atau melakar atau mewarna itu mengharumkan nilai seni dalam diri anda selain menulis, silakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung