Tuesday 9 December 2014

Elleh...Besar Hati Kuman Aja

Teks : Monalita Mansor
Gambar; Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.

Korang dah tahu naratif tu apa? Oh, maaf, bagi yang bukan penulis naratif tu lebih kurangnya macam ayat penyata atau pengisahan. Naratif kalau ikut saya punya pemahaman boleh pulak dibahagi-bahagi pada naratif aksi, naratif penerangan, naratif rentetan.

Dialog tahu tak? Dialog adalah lawan naratif. Sebab semasa bercerita, dan dalam hidup realiti, kita mestilah bercakap kan. Kalau tak bercakap itu naratif monolog yang menggunakan sudut pandang 'keakuan' - atau dalam kata lain bercakap sorang-sorang.

Secara umumnya, kalau kita berdialog atau bercakap sehari-hari, kita gunakan tak perkataan yang berimbuhan sebagai contoh:

"Adik, sila memakai baju yang berwarna putih itu. Emak yang menyuruh saya memberitahu adik supaya memakai baju putih itu." pernah?

atau akan kelihatan natural begini:

"Adik, pakai baju putih tu. Emak suruh akak beritahu adik."

ATAU

"Aku tahu pasti Mak Limah akan mencari aku di sini..." ujarnya terketar-ketar

atau lebih naturalnya

"Aku tahu, mesti Mak Limah cari aku kat sini."

Sekali lagi, tentukan khalayak sasar pembaca kita. Tentukan genre kita, mahu menggunakan BMT atau BM santai.

Mungkin ini bukan sesuatu yang terlihat sangat besar di kalangan penulis senior. Tetapi, pengabaian ini dilakukan oleh para penulis baru sehinggakan karya kelihatannya kebudak-budakan. Ada banyak lagi contoh, tapi bagi khalayak pembaca normal, ia mungkin bukan masalah asalkan ceritanya menarik. kan?


Sunday 7 December 2014

Kat Mana Nak Tekan Brek

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Tanda baca seperti koma, nokthah, tanda seru dan tanda tanya merupakan bantuan bagi anda yang pendek nyawa untuk membaca (Amboi ayat!)

Isu basi lagi. Namun ia masih relevan apabila bahan bacaan yang dibeli tidak menepati kualiti pelaburan yang dikeluarkan. Hampa apabila terbeli karya yang rosak ejaan, tatabahasa (untuk karya yang menggunakan bahasa formal) dan tanda baca yang tunggang-langgang.

Penulis, saya nasihatkan - berhati-hati di jalan raya. Kredibiliti anda terletak pada tanda-tanda tersebut tau... Daripada sana pembaca dapat menilai niat kita menulis. Jangan main-main.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung