Saturday 13 September 2014

Mentua Aku Shogun Tokugawa - sinopsis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Mentua Aku Shogun Tokugawa bukanlah kisah rumah tangga. Ia berkisar tentang pra-rumah dan tangga. Episod menyulam cinta seorang gadis bernama Nayla bersama teman sepengajiannya, Aizat. Kasih mereka terhalang bukan kerana darjat, bukan kerana keturunan, bukan juga kerana pangkat atau harta, tetapi kerana paras rupa. 


Tak sanggup Nayla menyatakan punca, sehinggalah disedari Aizat sendiri apabila Puan Mariam memulakan 'permainannya'. Aizat menyambut salam bakal mentuanya itu dan permainan dadu maruah mempertaruhkan cinta Nayla bermula.

Hanya, apabila tersedar, rupanya cinta yang dipertahan, bukanlah ketentuan yang sudah dituliskan. Ada insan lain yang lebih layak menyambut cintanya sebaik cinta teragung ditemui. Bagaimana dengan pemula pencak? Puan Mariam?

Dia menerima hadiah sewajarnya tanpa disedari oleh dirinya sendiri. 

It's School Holiday!!

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri



Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

It's holiday again! Amboi speaking mak! Well, sesekali ye tak. Like previous years, we spend our holiday at Taman Jaya, Petaling Jaya. Very far ooo...especially when you take a bus from Penang.

Just share with you all a memories left behind, a few years back during our best time ever holiday in Melaka and a few fascinating places just in Malaysia.


For mum's out there, chill out. There's a lot of good thing we can share with our kid even though sometimes caring does meant sharing. And a lot of time sharing turn to screaming...hahahaha

Parents...for them it's a matter of time spending.



Join us at Akademi Bekerja di Rumah
WA/SMS 011-19737269
Facebook : Monalita Mansor

Macam-Macam Ada 26 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Perenggan Bukan Per Enggan

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


Kalau anda dipelawa untuk melihat rumah, rumah baru, pemandangan depan tasik, feng shui bagus, kejiranan berpagar dan berpengawal keselamatan 'merah ka' 'hijau ka'. Harga tip top, mampu poket walaupun tercekik juga hujung bulan, atas bukit, tiba-tiba tak ada bilik. Kecuali bilik kecil dan bilik sedikit kecil. Apa perasaan anda? Kalau pengantin baru, okey la jugak. Kalau pengantin siap dengan pengapit pelbagai saiz dan umur macam mana? Mahu ke anda beli rumah tu?

Begitu jugalah perasaannya kalau membaca tulisan tanpa perenggan. Lemas, letih, dan pada masa itu jugalah angkatan migrain dah siapkan armadanya menyerang urat otak daripada laut dan darat beserta udara. Siap dengan pelancar peluru berpandu lagi. Tak usah ceritalah kalau apa yang dibaca tu akan masuk dalam kertas peperiksaan esok. Silap haribulan, nota tu kena rendam dalam air dan jadi baja pokok bunga. 



Perenggan, dalam karya kreatif lebih berfungsi sebagai pemecah babak. Ia secara tak langsung boleh dianggap sebagai 'aksi' dalam bentuk naratif. Memindahkan 'aksi' tanpa memecahkan babak bukanlah kena hukum rejam sampai mati, tak salah pun. Buatlah. Hanya sekali lagi, kebijaksanaan pengarang mengembangkan jalan cerita akan terserlah daripada situ. Karya kreatif yang tidak berperenggan atau setiap perenggannya terlalu panjang akan merisikokan karya mereka sendiri. Sama ada ditinggalkan terus, atau novel/buku anda digunakan untuk menutup muka mereka sebab tertidur. 

Untuk karya non-kreatif, seperti entri di dalam blog, perenggan boleh ditakrifkan sebagai bilik-bilik khas yang mempunyai pintu kecil di antara satu sama lain. Mulai daripada pintu gelangsar utama, sehingga ke pintu dapur, kita akan menemui perkaitan dan kekemasan di situ. Bayangkanlah anda masuk ke dalam sebuah rumah tak berbilik. Semua benda disumbat dan dikumpul di situ , dan pandai-pandailah Cik Temah mencarinya sendiri. Kalau pandai, bolehlah dikuis-kuis dan dipilih-pilih. Kalau tak pandai, Cik Temah belek la satu-satu...sampai jumpa ya. 

Begitulah analoginya kepentingan perenggan. Oh ya, satu perenggan tu tak perlu banyak baris. Maksima enam baris pun memadai. Kalau dah sampai 60 baris tu, itu bukan lagi perenggan. Itu artikel surat khabar!


**** **** ****


Nak beriklan di SOHO kami? Iklan anda akan tercongol di lebih 800 rangkaian blog kami.

Tercongol tu apa? penulis kena tahu. Kalau tak tahu, anda boleh semak di laman web PRPM. 


011-19737269 Monalita Mansor
Saya ada juga di facebook.

Nazirah Mewarnai Cinta Pada Kulinari

Kek yang dihasilkan oleh Nazirah sempena kemerdekaan Negara Belanda
Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://nazirahbugal.blogspot.com/

Assalamualaikum. Salam ABDR. Bismillah.


Buka-buka blog dia, ada gambar kek. Ingatkan dia jual kek atau gambar dia saja-saja share. Rupa-rupanya kek yang dia buat sendiri. Lepas tu bertema-tema pulak. Merdekalah, ikut negaralah. Wah! ini sudah hebat. Tak dinafikanlah, alhamdulillah, baik protege, alumni mahupun cikgu-cikgu online ABDR ni hebat-hebat belaka (ehem). Masing-masing mempunyai kepakaran dan kelebihan tersendiri.

Akan datang, insya-Allah kalau nak membeli-belah dengan harga mampu milik dan mampu poket, tak salah kita berbelanja di SOHO Directory di Akademi Bekerja di Rumah aje kan. Udahnya, dah semua ahlinya mempunyai bisnes dari hujung rambut sampai hujung stokin.

Tapi, betul Cik Temah, saya tabik spring menjojol-jojol toing-toing dengan Nazirah ni. Untuk seorang suri rumah yang tahu makan kek seperti saya, nak menghasilkan bisnes makanan seumpama ini, rasanya jauh panggang dari api. Malah kayu api pun tak sempat nak dikutip lagi.

Selain daripada itu, dalam blog Tips Bisnes Makanan Dari Rumah ini, ada banyak panduan-panduan ringkas menyediakan makanan untuk bisnes ataupun yang tak berbisnes pun, untuk makan sendiri pun tak mengapa.

Saya memang mencadangkan blog ini dibaca, dihadam dan dilawat oleh para suri rumah yang mengkhusus di bidang peng'kek'an dan pem'biskut'an untuk mendapatkan tips menarik dan mudah untuk digunapakai. Tak rugi. Tak percaya, kliklah pautan kat atas dan lawat sendiri.

  Kemahiran saya adalah di dalam bidang pastri. Kepakaran saya membuat kek perkahwinan dari satu tingkat hingga ke lapan tingkat atau lebih. Membuat choc praline,  "choc sculpture", dekorasi coklat. Dessert-dessert yang biasa didapati dihotel-hotel terkemuka.  Saya pernah memenangi beberapa pertandingan dessert, kek perkahwinan , coklat antara hotel-hotel. Di samping itu, saya pernah juga mempersembahkan kek untuk para pembesar negara kita pada hari istimewa mereka seperti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agung. 
      


baca lagi di : sini

Friday 12 September 2014

Menguji Setia - Bahagian Satu

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor

Ekstrak daripada majalah Mingguan Wanita.

Nota penulis : perjalanan emosi paling sukar untuk menghasilkan cerpen ini. Bersumberkan 'pillow talk'

Ruang tamu dengan sentuhan rona Inggeris daripada sofa, langsir, almari sehinggakan pinggan mangkuk antik di dalam almari sudut itu begitu berbahang petang itu.  Aiza masih belum mahu duduk.  Aida memaku di sofa, menunduk sambil sesekala menyeka air mata.  Dia menarik-narik  tangan kakaknya yang memerah wajah dan wajah tersiram cuka.

 Apabila Aiza menjegilkan mata kepadanya, barulah dia menghentikan laku merengnya.  Ombak amarah bermain di dada yang turun naik menahan sabar.  Zaid, adik lelaki mereka yang berbadan tegap tapi cengeng itu juga menyeka air mata dan air hidung yang sama lebat turunnya. Wajahnya semendung cuaca di luar.  Hanya Ziad yang belum letih, berganti-ganti menukar pandang kepada ketiga-tiga saudara tuanya itu.  Tidak betah dia melihat mereka tikam-menikam pandangan tetapi tiada keberanian di hatinya untuk memecah kebuntuan bicara di antara mereka.  Difahaminya ada sesuatu yang sangat penting semenjak dia semakin cuba belajar untuk faham dunia dewasa dan seputarnya. 
     
       “Baru tiga bulan, ayah.  Tiga bulan!”  Aiza bersuara sambil membelakangkan lelaki yang dipanggil ayah itu.  Dari belakang, kelihatan dia tertunduk-tunduk mengesat air mata dengan buku jari.  Lelaki itu juga pegun di sofa tetapi matanya bersinar galak, menahan sabar.  Bagaikan tidak sedikitpun terkesan dengan air mata anak gadisnya itu. 

            “Kau orang tak akan faham masalah ayah.”  Hanafi bersuara.  Tiga bulan bukan tempoh yang singkat untuk seorang lelaki seperti dia. 

Meski lirih, menimbulkan rasa jengkel bukan kepalang di nubari kedua-dua anak perempuannya.  Aiza membetulkan duduk kaca matanya sambil berpeluk tubuh.  Angin petang membawa resah alam menampar pipinya.  Langit akan menangis sebentar tadi, mengiringi tangisan mereka adik-beradik.

            “Ayah cuba tengok kat ruang tamu ni.  Ada yang kami alih?  Ada yang kami usik?  Tak ada ‘kan?  Kenapa pula ayah nak bawa orang lain masuk rumah kami nak ‘alihkan’ semua barang ni?”  Dentangan suara anak gadis sulungnya itu belum menunjukkan bahawa penurunan gema.   Hanafi menyapu mukanya sendiri.  Beberapa kali. 

            ”Ayah perlukan isteri.”  Akhirnya Hanafi mengaku.

            “Yang dalam penjara tu isteri ayah!”  Zaid tiba-tiba bangun dengan telunjuknya menghala ke arah pintu. 

Aida menggigit bibir.  Kejutan yang diberi ayah ini tidak tergambarkan.  Kalau ini dikira kejutan hari jadi, bukan lagu dan lirik sebegini yang dimintanya.  Wajah ibu yang terpercik duka saat menerima hukuman tiga bulan lepas masih bergentayangan di ruang pandang.  Sekejip  pejam tidak pernah terlupakan.  Meski tenang, air mata ibu menceritakan segala-galanya. 

            Zaid belum lupa lolongan Ziad yang memang rapat dengan ibu.  Malah Ziad, walaupun sudah boleh mengimamkan kakak-kakaknya dalam solat masih perlukan pelukan ibu ketika mahu melelapkan mata.  Mahukan tangannya melingkar di pinggang ibu sehingga terlelap.  Walaupun ibu selalu memiat telingannya kerana tidak betah mengenal huruf dho walaupun sudah di tahun tiga, Ziad tidak pernah ambil tahu.  Hari-hari seterusnya, dia tetap menyerahkan telingannya dengan rela.  Mereka, adik-beradik penuh yakin percaya yang ibu mereka tidak bersalah.  300 peratus. 

            Masih belum surut di bibir kedua-dua kakaknya cerita tentang ibu.  Cerita rindu mereka pada ibu tidak pernah surut.    Pada detik-detik awal ibu ditahan di Penjara Kajang, ayah selalu membawa mereka melawat ibu.  Berebut-rebut telefon semata-mata mahu mendengar suara ibu sehingga timbul rajuk dan rengsa rasa.  Resah rindu terlerai biarpun seketika.  Air mata ibu berbaur dengan air mata mereka, melampias rindu yang tidak terbendungkan.  Saban malam, masing-masing tidur bertemankan apa sahaja peninggalan ibu.  Ziad apatah lagi.  Masuk bulan kedua, ayah mulai menyenaraikan tugasan yang perlu dilunaskan setiap Sabtu.  Ayah mereka menyenaraikan alasan atau tundaan alasan yang pelbagai. 

            “Gaji ayah tak besar.  Hari Sabtu ajalah peluang ayah nak buat over-time.  Dulu ibu ada bantu kita…”  Ayah bersuara sambil mengusap kepala Ziad apabila adiknya itu merengek ingin berjumpa ibu seperti sebelumnya. 

 Dulu, ibu bukan sahaja membantu, malah kadang-kadang menggantikan ayah.  Apabila ayah keputusan belanja,  ibu menjadi tempat ayah meminjam duit.  Biarpun ibu tidak berkisah kerana redha dan dengan niat membantu suami, ayah sering mengingatkan dirinya bahawa dia akan membayar semula.  Meski ibu sekadar suri rumah tangga, ibu juga ligat dengan pelbagai bisnes kecil-kecilan, sekadar menambah tabungan di dalam kocek sendiri untuk membeli lauk-lauk istimewa untuk dihidang buat sang suami.

Ibu memang bukan isteri sempurna di mata ayah.  Ada beberapa perkara yang kurang ayah senangi pada ibu tetapi ibu tidak pernah mengeluarkan sebarang bunyi saat dikritik ayah di depan anak-anak.  Walaupun mereka tahu ibu terluka, ibu tidak pernah membicarakan jauh sekali memburukkan ayah di depan anak-anaknya. 

“Perempuan, bila dah berkahwin, syurganya dah pindah kepada suami.  Sebab tu, cari suami yang baik supaya lebih mudah lagi jalan kita ke syurga.”

“Ayah tak baik ke, bu?”  tanya Aida, tulus.  Ibu merenung wajah polos Aida saat mereka duduk bersantaian di belakang rumah.  Dengan kaki dimasukkan ke dalam longkang dan bersandar di dinding dapur.

“Baik. Sebab ayah baiklah ibu kahwin dengan ayah. Macam mana nak tahu seorang lelaki tu sesuai atau tidak dibuat suami?”  tanya ibu kembali.  Aiza menjongket bahu.

“Buat apa nak ambil tahu.  Orang bukan nak kahwin pun…” bangkang Aida membuatkan Aiza dan ibu menghamburkan tawa.

 “Lihat bagaimana adab ibunya dengan ayahnya.  Kalau ibunya bercakap menengking-nengking dengan ayahnya, tak beradab, ada kemungkinan dia juga tak pandai menghormati orang lain.”

            Kerana membantu ayah, ibu mengambil upah mengasuh budak.  Disebabkan membantu ayah, ibu merelakan diri dipenjara atas tuduhan cuai sehingga mendatangkan kecacatan kepada kanak-kanak yang diasuhnya.  Ketika hangat rentetan kisah kecuaian pengasuh dan kesengajaan untuk melampiaskan emosi kepada anak asuhan, ibu mereka terpalit sama.  Ibu di dapur, menyediakan hidangan tengah hari ketika Nadim terjaga daripada tidur di dalam buai.  Meniarap dan menggelupur tanpa menangis kemudian kepalanya menjunam mencium simen. 

Nadim,  anak kecil yang mungil bibirnya, manja dengan mereka semua, kini masih bergelut dengan maut kerana terjatuh daripada buaian.  Puas mereka merayu ibu bapa Nadim agar menarik balik dakwaan terhadap ibu, namun sia-sia.  Kekesalan yang tidak tergambarkan oleh Aiza dan Aida mahupun Zaid sendiri.  Di kala kesusahan, ibu mereka dicari, dirayu walaupun ibu sudah menyatakan ketidaksanggupannya.  Namun memikirkan Nadim yang tidak berdosa dan rezeki terpijak, ibu mengalah juga.  Zaid ataupun kakak-kakaknya tahu, semuanya tidak disengajakan ibu.  Tetapi ketentuan Allah dan dugaan tidak mengira pada siapa dan bagaimana akan diberikan kepada hamba-Nya. 

            Masuk bulan ketiga, belum sekalipun mereka menjenguk ibu mereka.  Tiba-tiba sahaja ayah pulang awal, tidak seperti selalu membawa berita bahawa seorang perempuan yang akan mereka panggil mama akan masuk ke dalam rumah tersebut.  Sekali petik jari sahaja.  Anak mana yang tidak sawan mendengarnya?  Walaupun Zaid lelaki dan memahami apa yang ayah maksudkan dengan memerlukan seorang isteri.



Untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan kreatif, penulis boleh dihubungi terus di laman facebook atau whatsapp/SMS 011-19737269

Alahai Anak

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Affan kalau bikin drama swasta, serahlah pada dia. Kalau dia terlibat seorang diri nak tunggang terbalik, tak adalah mak dia yang seorang ni hairan. Masalahnya, bila dia melibatkan pelakon ekstra yang seorang ni, haru-biru dibuatnya. 

Al kisah, hari ni dia menyambung cuti. Pak Nazir di rumah sudah meluluskan cuti, dia lagilah gembira. Pengecas komputer riba milik kakaknya saya sorokkan. Dalam erti kata lain, usaha untuk mengelakkan dia menghadap 'game' nalar. Sampai nak suruh mandi pun harus saya menjadi gergasi sambil memegang tali pinggang.

Jadi, budak bernama Affan Bukhary ini sudah tidak puas hati. Jenuh dicari, digeledah, diselongkar sudut rumah mencari charger tu. Memang tak ada sebab saya suruh along bawa ke sekolah. Saya sangkakan bila dah tak berjumpa tu, dia akan berdiam dan beralih tumpuan. Rupa-rupanya, anak bertuah ni sudah ketemu dengan charger lama yang togel tak berbaju. Terus disambungnya ke plak yang ada.

Tiba-tiba dia menjerit serentak dengan letusan api kecil. Maka, tidaklah dipanggil emak kalau setakat menjerit ayu kan. Satu flat berkumandang nama Affan saya jeritkan dan bersenandunglah air mata mak yang seorang ini. Beralun astaghafar dan di kepala mak ni segala yang buruk-buruk tercetus. Nauzubillah.

Affan yang terperanjat, menangis sama. Teresak-esak. Hilang kata dan nyawa mak sekejap! Terus disimpannya laptop dan tidak diusik-usik lagi. Apabila nafas tenang sudah diraih, dia hulurkan jarinya yang berlubang pada saya. Alahai anak. Nak saya padankan mukanya, tak sampai hati. Allah, semoga silap saya dalam mendidik anak diampunkan. 


KakDa The Series

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://rapidahramli.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.

Berziarah ke blog KakDa ni sepertinya berziarah ke blog kawan lama. Blognya ringkas dan mesra. Bahasanya lembut menyapa walaupun saya tidak nafikan adalah kelemahan di sini sana. Yang lengkap dan cantik hanya pencipta kita, betul tak. Seadanya manusia, tak dapat kita nak meletakkan nilai sempurna tu sehingga ke tahap tertinggi.

Ada satu hal yang telah mengeraskan urat perut saya ke tahap dewa iaitu label untuk entrinya. Sesuka aje dia letak label 'kerja tangan keras' Nak tengok apa yang kerasnya di bawah label tu. Anda kenalah klik di sini. KakDa oh KakDa. KakDa memang 'ohsem'

Entri-entri KakDa sangat kreatif dan santai. Perasaannya seperti sedang bersantaian di bawah jemuran kain jiran bersama ahli mesyuarat tingkap lainnya. Begitulah ramahnya KakDa menyapa 'jiran-jirannya.'

Tapi disebabkan dek ramah juga, entri-entrinya panjang-panjang. Itu dia yang akui sendiri, sampai tutup-tutup muka dengan tangan lagi. Malu katanya.

Istimewanya dalam blog KakDa ni ada satu catatan bertajuk Amat The Series. Tengok KakDa, daripada imbasan tajuk sahaja, sudah terbubar gundah gulana mak-mak yang stres duduk di rumah mengenangkan telatah anak-anak. Jadinya, mak-mak yang nak baca apa halnya dengan Amat dan siapa Amat ni. Jemputlah ke blog KakDa The Series errr...maksud saya blog ni : http://rapidahramli.blogspot.com/



Hanya secebis pengertian, kisah kasih sayang yang sukar diterjemahkan akibat jurang generasi dan komunikasi.

Akan beredar di pasaran dan bolehlah diorder secara online sekarang.

Thursday 11 September 2014

Resensi : Lukanya Merah karya Rohani Deraman

 Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor

Novel ini tebal, setebal 660 muka surat. Tapi tulisannya besar-besar. Tak perlu nak membesar-besarkan biji mata atau menggunakan kanta sebesar penumbuk untuk membacanya. Bak kata omak mentua saya, "orang buto pun nampak."

Novel ini saya habiskan dalam masa sehari. Tak dapat menanggung tanda tanya, menyebabkan saya menghabiskan bacaan pada hari itu juga. Tapi, bukanlah bermakna semua kerja terbengkalai. Dah, namanya suri rumah, kenalah pandai-pandai.

Bacalah resensi saya. Sekadarnya.
Lukanya Merah, karya Rohani Deraman terbitan DBP ini mengetengahkan tema perjuangan wanita dalam konteks kemampuan mereka sendiri tetapi di luar batas pemikiran wanita biasa. Ia mengungkap persoalan Mek Romah, wanita tua kehilangan suami di sebuah mukim di Selatan Thai yang kita tahu sehingga kini tidak pernah aman. Ia juga menyebak persoalan rindu dan kasih seorang ibu dan mentua yang diterjemahkan melalui watak Siti Aishah, menantu Mek Romah yang setia.       
Kebangkitan semangat mempertahankan tanah selatan Thai itu tercetus hanya selepas kematian suaminya. Penulis menggambarkan kebangkitan semangat wanita itu perlahan-lahan selepas kematian anak-anak lelakinya, juga suaminya di tangan ‘tentera kerajaan’ yang menuduh mereka ‘pemberontak’ dan menghina mereka sebagai khoon keek atau pendatang.

Naskhah ini mungkin sedikit berat ditangani namun di tangan Rohani Deraman, ia seolah-olah menggari anda di kerusi, tilam ataupun meja untuk memaksa anda ‘berjuang’ bersama-sama Mek Romah. Mek Romah tidak digambarkan wanita sempurna. Beliau seorang ibu yang gagal dan  kecewa kerana satu-satunya anak lelaki yang masih hidup tidak mahu meneruskan perjuangan suami dan abang-abangnya membebaskan tanah tercinta mereka. Beliau seorang manusia yang berprasangka kerana menyimpan rasa marah terhadap Mek Nuong, satu-satunya jiran sekampung yang berbangsa Thai. Lebih-lebih lagi selepas kakinya dikekah oleh anjing Mek Nuong. Rohani Deraman melukiskan watak Mek Romah sebagai manusia yang biasa-biasa kerana pada kebanyakan ketikanya juga, gagal mengawal diri dengan meraung, melolong menangisi nasibnya.

Namun begitu, kematian demi kematian dengan pengeboman masjid, pembunuhan para guru agama, tangkapan melulu golongan muda, juga pengkhianatan bangsanya sendiri, menjadikan Mek Romah semakin kuat, lebih-lebih lagi kelibatnya sebagai wanita tidak pernah dicurigai sebagai ‘pejuang’.

Di samping itu, pejuang terkuat di samping Mek Romah ialah menantunya, Siti Aishah. Siti Aishah digambarkan sebagai wanita muda beranak tiga yang gigih. Sangat taat dengan Mek Romah, malah merelakan dirinya ditinggalkan suami apabila tidak mahu membiarkan Mek Romah sendiri di dalam perjuangannya.

Bagaimanapun, sebagaimana pengakhiran Bukit Kepong, begitu juga dengan pengakhiran Lukanya Merah. Ia bukanlah pengakhiran ‘happy ending’ seperti kemahuan segelintir kita. Naskah ini adalah naskah perjuangan. Jika ‘happy ending’ pun ia mungkin seketika, sepertinya terhentinya Pembantaian Gaza buat masa ini. Sebagai kesimpulan, naskah ini adalah naskah yang sangat membahagiakan dari segi pembenihan semangat cintakan agama dan tanah air. Tidak ketinggalan juga, ia begitu berat dengan takungan air mata. Membaca Lukanya Merah, menjawab sebahagian besar terhadap tanda tanya saya terhadap realiti perjuangan Muslim Selatan Thai. 

Macam-Macam Ada 25 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Metafora, Hiperbola dan aaa yang lainnya....

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Sudah lama tidak mencoret sebarang nota kan. Hari ini saya berikan lagi beberapa panduan, bukan kesalahan ya, walaupun tajuk di atasnya kesalahan yang dilakukan oleh penulis. Isu yang nak kita bincangkan ini bukanlah isu wajib dibuat oleh penulis. Malah makhruh, sunat, berdosa pun tidak. Abaikan sahaja pun tak mengapa. Hanya, sebagai penulis kita perlukan menunjukkan peningkatan atau proses daripada baik kepada bertambah baik dan bertambah-tambah baik dalam setiap penghasilan kita, betul tak.

Anda biasa didedahkan dengan gaya bahasa kan? Simile lah, hiperbola lah, metafora, personifikasi, asonansi dan bermacam lagi. Lebih-lebih lagi kalau anda daripada aliran sastera. Tersangatlah biasanya kan, sampai naik menyampah. Ditambah lagi kalau anda memang tak berapa berkenan dengan subjek tu.

Okay, apa relevannya gaya bahasa dengan penulisan dan masa bila nak diaplikasikannya? Gaya bahasa ini berfungsi untuk menyampai maksud, selain daripada menggambarkan estetika kepengarangan dan identiti seorang penulis. Apa bendalah pulak mak cik ni merepek....

Begini contohnya; 

(lihat transformasi ayat dan bagaimana gaya bahasa membantu mencantikkan ayat dan menyampaikan makna)

1. Saya akan belajar dengan gigih untuk mengubah nasib keluarga.
(ayat biasa/ayat penyata)


2. Saya akan berusaha bak mengenggam bara api sehingga menjadi arang untuk mengubah nasib keluarga.
(simile - kiasan. Biasanya boleh dilihat dengan kewujudan perkataan bak, umpama, bagai, macam, seperti, bagaikan)


3. Akan saya daki tembok usaha tanpa jemu untuk mengubah nasib keluarga
(metafora  - kata-kata yang bermaksud lain tetapi apabila digabungkan membawa maksud lain contohnya tembok + usaha)

4. Saya akan merentang badai dan meredah lautan api untuk mengubah nasib keluarga
(hiperbola - perkataan berlebih-lebihan untuk menggambarkan 'usaha gigih')

Ini hanyalah beberapa contoh yang saya bawakan. Kesemua contoh yang saya tunjukkan di atas, perlukan latihan. Namun begitu, tidak perlulah anda merelaikan sedikit demi sedikit cantuman minda untuk memastikan ayat yang anda hasilkan sebaris demi sebaris mengandungi elemen-elemen tersebut.

Biarkan karya anda larut bersama perasaan. Tulis dan tulis. Cantikkan ia semasa proses justifikasi dan penyuntingan yang sebenarnya lebih menagih perhatian seorang penulis. Selebihnya, biar pembaca yang menentukan.


Ingin menyertai saya di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Saya bukan siapa-siapa. Jauh sekali pemenang anugerah sastera tertinggi tanah air. Hanya niat memanjangkan ilmu yang disampaikan oleh almarhum guru saya, di samping mengajar anda bagaimana menukarkan minat kepada RM.

Saya boleh dihubungi di 011 19737269 whatsapp dan facebook Monalita Mansor. 

Wednesday 10 September 2014

Sarapan Pagi di Restoran Mee Rebus Pak Yusof, Taman Medan - acara sekeluarga

Teks : Monalita Mansor
Gambar : BB 

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Bersarapan di luar bukan kebiasaan saya sekeluarga. Bukanlah diakibatkan oleh kerajinan melampau makanya tak perlu langsung makan di luar. Bukan juga disebabkan dek kemalasan menukar 'seragam Cik Gayah' yang 'vogue' setiap kali bangun dari tidur. Tetapi, untuk keluarga kami yang bersaiz XL daripada segi saiz tekak dan badan, maka bersarapan di rumah adalah langkah keselamatan poket yang paling terbaik. 
ampun, tiada gambar mee rebus dalam aksi 'seksi' - sudah sesuku pinggan baru teringat 

Namun begitu, sesekala, kami bersarapan juga di luar. Lokasi sarapan tetap kami ialah Restoran Mee Rebus Pak Yusuf di Taman Medan. Dulu, kami biasa bersarapan di gerainya di Pasar Pagi Taman Medan. Tapi kemudiannya, kami berpindah lokasi disebabkan pilihan terhad. Tiada Nescafe Tarik!

sentiasa dipenuhi pengunjung
Sebelum berkahwin, saya mengenal mee rebus sebagai mee berkuah putih yang likat dan pekat. Sebabnya, ayah selalu membelanja kami sekeluarga di sebuah kedai di pekan Mentakab setiap kali tiba hari menuai. Seronoknya tak terkira. 
lokasi 'open air'

Selepas berkahwin, saya diperkenalkan dengan mee jawa yang pada mulanya tak saya sukai. Mungkin kerana aroma yang terbit daripada sepinggan mee itu yang memeningkan kepala. Tapi, kata pujangga, tak kenal maka tak cinta. Ini bukan kes tak kenal, ini kes terpaksa menatap  dan membau setiap hari, sepanjang Ramadan. Hah! sebab tu solat pun kena buat hari-hari, supaya rasa dan keinginan itu melekat erat. 

Selepas beranak-pinak dan Pak Haji Sarip yang menjual mee jawa itu sudah tidak kelihatan lagi, (wallah hu alam, semoga Allah memberikan rahmat kepadanya), kami bertukar pula kepada mee rebus. Proses memujuk saya menikmati sepinggan mee rebus, saya rasa adalah proses yang sukar juga buat suami saya. "Mengada-ngada! Makan memilih!" komennya.
Restoran Mee Rebus Pak Yusof - pandangan dari seberang jalan (bukan di atas seperti yang ditunjukkan oleh budak itu)

Dan, akhir kalam ceritanya, di sinilah saya. Setelah selesai menikmati sepinggan mee rebus di restoran Pak Yusuf di Taman Medan ini. Kalau anda berminat untuk menikmatinya, lokasinya terletak di tingkat bawah Pasti As Siddiq. Jika anda biasa dengan pasar pagi dan pasar malam Taman Medan, lokasinya terletak berhampiran sahaja. Betul-betul di simpang tiga, sederet dengan Pusat Materniti Pertiwi. 

Selain daripada mee rebus, kedapatan menu lain yang ditawarkan juga seperti aneka mee, nasi ayam, pau dan makanan panas lainnya. Pau-nya juga bukan 'pau tapau balik semalam.' Terbaik dan segar dari ladang, lembut dan gebu. Mee rebusnya pula terdapat dalam dua pilihan. Mee rebus biasa dan mee rebus daging. Kebiasaannya kami memilih mee rebus biasa dengan semangkuk taugeh diletak berasingan. Rasanya, masya-Allah, tabarakAllah. Anda perlu cuba sendiri.

Ia dibuka pada setiap hari, kata Pak Usup. Pekerjanya ramah-tamah. Malahan restoran ini menyediakan lokasi tempat makan yang agak unik dan strategik. 'Indoor', 'outdoor' dan 'open air' - Maaflah menggunakan bahasa Inggeris. Huru-hara juga mak cik nak mendapatkan terjemahan untuk ketiga-tiga perkataan ini.

Kalau anda nak merasai mee rebus yang enak merangkap sarapan pagi dan makan tengah hari. Bolehlah ke restoran Pak Yusuf ni. Tapi GPS ke, apa ke, silalah cari sendiri ya. Sahabat-sahabat.



Berminat menyertai Kelas Asas Blog?
Berminat beriklan di lebih 800 rangkaian blog kami?
Berminat mendapatkan Nasi Arab Al Bayts?
Berminat dengan Serunding Kg Laut?

Hubungi saya : Monalita Mansor

011 19737269 sms/whatsapp

Panduan Penulisan Online bersama Netty

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://netty-ahhiyer.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Jikalau anda peminat majalah Mingguan Wanita, anda pasti pernah 'terserempak' dengan nama ini. Satu tabiat saya, kalau membaca majalah, saya akan membaca dari kulit ke kulit. Sampaikan hierarki editorial majalah pun saya baca. Sebab itu, saya kenal beberapa nama wartawan walaupun mereka rasa mereka tak kenal saya...hahahaha.

Nama unik seperti nama Netty Ah Hiyer ni lagilah cepat melekat di cepu minda yang semakin renta ini. Tapi lebih istimewa sebab Tuan Salleh Kausari yang perkenalkan sebab saya nak menghantar cerpen tapi tersalah ejaan. Patutlah tak sampai-sampai.

Ketar jemari runcingku apabila diminta me'review' blog seorang wartawan. Gila kau! Tapi, saya review suka-suka sahaja, bukannya dibayar oleh sesiapa. Jadi sesukanya lah saya nak tulis apa kan... Kalau dah nama wartawan majalah tu, baca blog dia pun macam baca majalah. Bahasanya tersusun, tak adalah suka-suki macam mak cik yang seorang ni. Dalam erti kata lain, 'masuk tema'

Netty adalah guru online dalam pasukan ABDR juga. Tapi, saya rasa entri dalam blognya yang mendapat sambutan ialah yang ini, Kalau nak tahu apa dia, klik la sendiri. Sekarang Netty sudah berada di bawah bumbung SDK setelah sekian lama menyulam cinta dengan Mingguan Wanita. Tak ketinggalan, beliau mempunyai kedai online-nya sendiri yang mempromosi produk-produk kecantikan dan semuanya anda boleh dapatkan info di Travelog Wartawan : Panduan Penulisan Online

Blog Netty ni alternatif untuk anda yang tak sempat menyelak majalah. Macam-macam maklumat ada, termasuklah amaran plagiarisme. Apa benda tu? Jemput ke blognya atau bersatu dengan kami untuk menyertai pasukan kelas Asas blog dan Penulisan, Akademi Bekerja di Rumah.
pelabuhan baru Netty


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%






Novel keempat Monalita Mansor. Akan berada di pasaran sedikit masa lagi. Bagaimanapun buat anda yang ingin mendapatkannya beserta cenderamata menarik, anda boleh menempahnya sekarang sempena Promosi Pre-Order Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa.
RM34 termasuk caj pos. Deposit ke 1641 6489 7289 monalita mansor (monalitamansor@gmail.com) Sila sertakan bukti pembayaran dan NAT untuk urusan penghantaran.
Terima kasih



Atau anda boleh juga mendapatkan kombo novel Monalita Mansor dengan harga RM50/

Tuesday 9 September 2014

Sisi Kreatif Lenny Boniface

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Sepanjang saya membesar, selain membesarkan tubuh, juga membesarkan rangkaian persahabatan, ada ramai sahabat-sahabat yang bernama unik seperti saya juga. Ehemm. Seorang lagi sahabat yang ingin saya ketengahkan hari ini ialah Lenny Boniface. Lama saya merenung nama dia ni. Dulu, begitu juga saya merenung nama Netty Ah Hiyer. Ada tak orang merenung nama Monalita Mansor seserius saya merenung kedua-dua nama ni?

Bila dah unik tu, tentulah banyak tanda tanya seperti sauh kapal di atas kepala ye tak? tak apa. Letakkan semula elok-elok, kalau terhantuk, sakit. Mari kita melawat terus ke blog Lenny, Inspirasi, Motivasi, Tips & Panduan WAHM Cara Hidup Ideal



Selain daripada blog ini, Lenny ada beberapa blog bisnes lain. Yang paling ketara blog Lenny HomeMade Mufin. Nasib baik mulut ni tutup. Hujan-hujan ni seronok 'membaham' muffin dengan coklat panas kan.

Lenny ialah pengurus online dan rakan niaga di Akademi Bekerja di Rumah. Kalau ada yang tanya kenapa saya asyik review blog pasukan ABDR sahaja, kalau anda nak kena review juga, hubungilah saya. Saya tak memilih. Saya suka jalan-jalan di blog dan menceceh di sini. Yang kurang elok, saya pm anda, yang elok sahaja saya tayang-tayang kat sini.

Lenny menggunakan pendekatan grafik dan desain untuk mendekati pembaca blognya. Maklumatnya dikompakkan di dalam kad nama grafik yang menarik. Begitu juga info-info yang berkenaan dengan kelas-kelas blog atau apa sahaja yang berkaitan dengan ABDR. Pendekata, Lenny bijak bermain dengan grafik untuk memberi kesan terbaik penyampaian maklumat di dalam blognya.


Ibu kepada seorang cahaya mata (berdasarkan gambar profil FB) ini adalah pengedar Shaklee juga. Lebih kurang blog ni seperti pusat sehenti la pada sesiapa yang ingin mendapatkan barangan Shaklee beserta konsultasi percuma daripadanya. Protege kepada Cikgu Wani ni, boleh anda hubungi di sini





 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@





Novel keempat Monalita Mansor. Akan berada di pasaran sedikit masa lagi. Bagaimanapun buat anda yang ingin mendapatkannya beserta cenderamata menarik, anda boleh menempahnya sekarang sempena Promosi Pre-Order Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa.
RM34 termasuk caj pos. Deposit ke 1641 6489 7289 monalita mansor (monalitamansor@gmail.com) Sila sertakan bukti pembayaran dan NAT untuk urusan penghantaran.
Terima kasih



Atau anda boleh juga mendapatkan kombo novel Monalita Mansor dengan harga RM50/


Mentua Aku Shogun Tokugawa

Pre-order dibuka sekarang.

1. Order terus dengan penulis RM34 termasuk pos Semenanjung. RM40 SS. Dapatkan cenderamata menarik untuk pembeli terpantas.

Terus deposit ke 1641 6489 7289 (Maybank Bhd, emel rujukan : monalitamansor@gmail com) kemudian kepilkan resit bersama NAT anda di kotak mesej.

*NAT : Nama, Alamat, Telefon.

Terima kasih

2. Order dengan penerbit : Karystos Creative dan anda boleh menikmati caj pos percuma

kombo RM50

Monday 8 September 2014

The Amazing Spiderman with Akmal Adli on 6/9/2014


Akmal Adli dan maknya yang bam-bam (maksud aku...yang bam-bam tu Akmal)
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor jugak

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.


Merakam momen-momen indah ketika anak-anak membesar adalah kebahagiaan sepasang manusia bergelar mak dan abah. Atau mama dan papa. Atau umi dan walid. Atau...argh! apa sahaja la. Semuanya dah aku lalui, nak-nak masa dapat along dan angah. Masa abang dengan adik, dah perlahan sikit, tapi masih teruja.

Pada 6 September hari tu, bertempat di Taman Puncak Jalil, aku dan keluarga (sudah tentu. Kalau aku seorang aje yang pergi, alamatnya 3 tahun baru sampai) menghadiri majlis temu mesra Zulkaedah (ha..ha...ha) dan sambutan hari jadi Akmal Adli bin Mohd Sufian.

Akmal Adli yang bam bam ini ialah buah hati kedua kepada Pian dan Ria. Permata hati yang sulungnya perempuan, Amanda Qistina tak salah aku namanya. (Siapa nak buat nama heroin novel?)  Pian ni dulu, rakan sekerja aku pada suatu masa dahulu. Pada suatu masa dahulu. Tapi, yelah bak kata cik abang, "orang nismilan memang selamba'. Sillaturrahim masih berlangsung walaupun dah bertahun dia pindah kerja dan aku pun dah menjadi suri rumah tangga. Masa dia kahwin pun aku pergi sebab dah tentunya dia orang Kopilah dan cik abang orang Jolobu. Bukan jauh benar. 
topeng muka yang akhirnya kena tapau

Sambutan bermula jam 3.00 petang dengan tema Spiderman.
Komen Along, "mesti mak dengan abah dia minat Spiderman."
Aku "?"
Kompilasi gambar yang menyentuh hati mak..mak yang tengok

Alhamdulillah, walaupun berpeluh-peluh, sibuk dan sentiasa ingin mencukupkan apa yang tak cukup, tuan rumah berdua ni mesra melayan tetamu.


Alhamdulillah juga, kami sekeluarga tak perlu dilayan sangat. Insya-Allah, setakat nak menghabiskan sate, roti jala, spagetti, nugget, hanya gunakan perkataan "jemputlah makan," laju aje - tak payah suruh-suruh. Haha...senang jemput kami ni. Jadi kalau anda takut makanan habis tapi nak buat majlis makan-makan, jangan jemput kami. Nanti sakit hati...hahaha...

Kalau dah tema Spiderman, mestilah warnanya merah dan biru kan. Kebetulan lah pula cik abang pakai baju belang merah dan biru, yang lain pun masuk tema juga kecuali Ummi dengan Affan. (Abaikan mereka. Mereka memang macam ni)

Setelah merasa (mak aaii...berpinggan-pinggan merasa!) semua menu yang ada. Ditambah pula dengan hidangan tambahan yang diletak dek Pian di meja kami (macam menyindir pun ada...hahaha) berangkatlah kami pulang dengan menapau topeng muka dan topi 'birthday' dan tak tahu apa lagi yang disumbat dek Affan dalam poketnya, kami bergerak pulang.
ini intro sahaja.....


Alhamdulillah. Akmal Adli  yang berumur 2 tahun sekarang, Selamat Hari Lahir. Mama dan papa kamu sangat sayang pada kamu. Dah besar nanti, baca blog ni tau...Sayang mereka kembali. Tiap detik mereka membilang keindahan melihat kamu membesar. Balas jasa mereka tau.



Kembara Emosi bersama Sariah Awang Senik dalam Travelog Kehidupan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : www.sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bismillah.

Kali ini saya berkunjung ke blog pengurus online Sariah Awang Senik iaitu Travelog Kehidupan. Sebuah blog baru saya kira sebab tatariasnya sangat sederhana dan menyerlahkan kelembutan pemiliknya. Menelusuri blognya, memang dia memaksudkan travelog kehidupan itu untuk berkongsi kisah diri dan pengalamannya bersama anak-anak. 

Sariah merupakan salah seorang pengurus online yang aktif di facebook juga. Pengurus online tu apa? Oh ya, mungkin ada pembaca yang belum tahu. Pengurus online tu adalah salah satu entiti penting jugak dalam Akademi Bekerja di Rumah selain guru online dan rakan niaga. Kalau anda berminat nak tahu, hubungilah cik puan Sariah ya. (sajaaaa...ja...kan) 

Akademi Bekerja di Rumah tu apa pulak? Laa...anda nampak kat sebelah kanan blog ni. Ada perempuan cantik pegang pen pakai cermin mata tu kan? klik gambar tu. Anda boleh mengenali  geng-geng kapal ABDR ni melalui gambar 'amoi cantik' tu.

Oh ya, berbalik kepada blog Sariah ni. Saya rasa blog ini mempunyai nilai daripada segi emosi. Ada banyak pengalaman yang pahit dan manis yang dikongsi oleh Sariah di sini. Pengalaman yang patut kita ambil sebagai sempadan. Satu kelebihan jika yang membaca blog ini ialah penulis, ada banyak ilmu dan ilham boleh ada cerap daripada perkongsian wanita tabah ini. 

Blog ini sangat aktif, sentiasa dikemaskini, membuktikan kesungguhan pemiliknya untuk mendekati kita semua dengan caranya sendiri. 

Selamat maju jaya buat Sariah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung