Monday 30 December 2013

Konsep Bahagi Tiga

Teks : Monalita Mansor
Foto : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Fakta mengejutkan daripada wall Facebook Tuan Shamsuddin Kadir, 30% perbelanjaan majoriti keluarga di Malaysia telah dibazirkan tanpa disedari. Sama ada kita sedar atau tidak. Beliau mengungkapkan bahawa masalah pembaziran ini mungkin berpunca daripada kurangnya ilmu dalam berhemat.

Apa dia ilmu berhemat? Adakah diajar di sekolah-sekolah dulu? Tak ada rasanya. Kita diberitahu agar berjimat cermat tetapi tidak diberitahu cara berjimat itu bagaimana. Kita diberitahu agar menabung tetapi kita tak tahu berapa persen yang harus ditabungkan lalu kita menjawab, 'gaji dapat sikit, macam mana nak menyimpan?'

Saya tertarik dengan konsep bahagi tiga oleh mentor saya di akademi. Mungkin anda tidak perlu rigid dengan persen. Kerana ia akan memerangkap anda terutama bagi anda yang kurang disiplin (hehe...macam kenal aje. Macam kenal aje)
Setiap pendapatan yang anda terima,bahagikan kepada tiga bahagian

1. simpanan lupa (kalau dulu Tabung Haji amat selamat untuk simpanan lupa ni. Tapi sekarang tak lagi, sebab ia boleh diakses melalui bank-bank komersial)

2. modal - kalau anda berbisnes, kalau tidak mungkin boleh dijadikan tabungan juga

3. kegunaan
Selanjutnya anda bacalah nota daripada tuan Shamsuddin Kadir ini. 

Bismillah. 


Berdasarkan pengalaman kami menjayakan kursus dan mendapat maklum balas dari pembaca buku, facebook dan sebagainya.

Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu.

Masih mengeluh kerana duit tidak cukup, sebaliknya tidak mahu berubah. Ini isu yang paling banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Apabila saya berjumpa dengan seseorang, melalui bahasa yang digunakan, kita kadang kala dapat melihat tabiat hidupnya yang membazir.

Macam mana hendak hidup dengan relak, apabila banyak pembaziran berlaku dalam setiap punca-punca perbelanjaan.

1. Pemilhan kereta yang ingin dibeli

2. Perancangan sebelum keluar rumah untuk ke mana

3. Pengunaan air di rumah, termasuk sewaktu mandi, ataupun sewaktu anak-anak di bilik air.

4. Perayaan-perayaan yang di luar amalan Nabi

5. Menyambut hari-hari jadi mengikut bulan Masihi - sedangkan umur itu tidak mengambarkan umur di dalam Islam. didik anak solat sewaktu umur 7 tahun mengikut tahun Masihi ataupun Hijrah ?

6. Perhiasaan yang sebenarnya adalah manipulasi penjual dan pencipta produk

7. Produk-produk kecantikan yang melebihi tatasusila seorang beragama dan juga seorang yang cerdik yang tahu bagaimana teknik marketing barat mengubah persepsi.

8. Tidak membaca buku secara konsisten, yang dibaca majoriti adalah suratkhabar

9. Kedatangan tahun baru, tiada perubahan yang ingin dibuat dalam cara hidup.

10. Bil telefon - bercakap untuk apa

11. Membeli secara online itu dan ini, yang tidak ditapis dahulu

12. Beli-beli dan beli lagi ketika pasaraya membina perangkap 'Promosi Jualan'

13. Tidak mengamalkan doa tolak masalah dan hutang.

14. Suka makan di luar.

15. Fasih dengan gajet-gajet terkini, tetapi ketinggalan dalam perlaburan-perlaburan terkini.

16. Suka ikut apa orang lain buat.

17. Banyak membazir sewaktu menghantar anak-anak ke Tadika, yang kosnya tinggi.

18. Membeli kasut dan beg baru untuk persekolahan baru. Walaupun anak tidak menunjukkan perubahan sikap kepada yang lebih baik. Kasut dan beg termasuk pakaian sekolah tahun lepas, yang masih digunakan.

Insyaa Allah anak-anak saya, yang bersekolah, menggunakan beg tahun lepas. Untuk kasut sekiranya masih muat, saya hanya tambah kasut baru 1 pasang, untuk memberi motivasi sahaja. Ini kerana kaki-kaki anak saya cepat membesar. Saya suka membeli pakaian yang lebih besar supaya ianya boleh dipakai antara 1 -3 tahun.

Ulangan |
Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu.

Astaghfirullah. Wallahu A'lam.

Lain sekolah, lain ajarannya. Hormati perbezaan.

  • Salam tuan... mohon jasabaik tuan menjelaskan apa maksud bagi yg nombor 17 iaitu membazir sewaktu menghantar anak-anak ke tadika... tq
    8 hours ago via mobile · Like · 1
  • Shamsuddin Kadir Tuan Kerel Anuar yang dirahmati Allah, menghantar anak ke tadika-tadika yang ada status ataupun berjenama.
    8 hours ago · Like · 6
  • Shamsuddin Kadir Tiada kajian, yang menunjukkan anak-anak yang pandai membaca sewaktu umur 4-5-6 tahun dapat menjadi manusia yang hebat apabila besar nanti.

    Ataupun anak-anak yang pandai sifir sewaktu usia terlalu muda menjadi saintis.
    8 hours ago · Unlike · 29
  • Kerel Anuar Oh begitu maksud tuan.. saya bcadang nk hntar anak ke tadika tahun depan.. tapi tadika biasa2 berhampiran rumah jer... terima kasih tuan kerana jawapan yang diberikan..

Saturday 28 December 2013

Keperluan Kelas Tuisyen

Teks : Monalita Mansor
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Terperanjat badak bercampur beruang grizzly saya apabila dikhabarkan seorang sahabat menghantar anaknya yang berusia 6 tahun ke kelas tuisyen. Apa yang hendak dituisyenkan? Katanya dia risau kalau anaknya masuk darjah satu tetapi belum mengenal ABC.

Pakar psikologi kanak-kanak Jean Piget membahagikan keupayaan kanak-kanak ke beberapa peringkat umur. Jika dilihat teknik pengajaran Iqra' yang diajar Allah kepada pesuruh-Nya melalui Jibril Alahaisallam, terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui.

 Semestinya anak-anak kita dan anak-anak orang, tak sama. Begitu juga dengan potensi mereka, tentulah berbeza-beza. Usah terlalu risaukan mengenai potensi anak-anak sehingga kita menghindar keperluan lain yang lebih penting. Biarkan anak-anak melalui zaman kanak-kanak mereka tanpa paksaan, tanpa suguhan yang memberi tekanan kepada mereka.

Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan tuisyen pada umur seawal  bawah 11 tahun. Lainlah kelas tuisyen Iqra' atau tajwid. Itupun perlukan teknik pengajaran yang tertentu.


“Okey, tapi Mim-Kaf-Ra tu apa?”  tanya Budiwati lagi, tidak sabar.  Perlahan-lahan mereka mendekati kelompok kelas mereka yang becok-becok mulut pelajarnya.

“Mim tu sama dengan M.  Kaf tu huruf ruminya K.  Ra untuk..”

“R,”  jawab Budiwati.  Bosan.  Terpaksa melalui jalan yang panjang untuk mengetahui sepotong ayat Jawi tadi.

“M, K,  R, apa bunyinya kawan-kawan?”  Ain mengambil alih tugas mengajar.

“Mkr?  Makar.  Mekar?”  Ain dengan Yaya bertepuk tangan.

sertai kelas Asas Blog dan Penulisan dengan yuran serendah RM150.00

monalitamansor@gmail.com
facebook : Monalita Mansor
facebook page : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
hubungi mana-mana medium untuk masuk kelas

Friday 27 December 2013

Memeluk Kabus Rindu

Teks : Monalita Mansor
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

26.12.2013. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Wa syukurillah.

Akhirnya, dapat juga saya memegang Kabus Rindu versi cetak. Seperti mimpi, seperti segala-galanya di awang-awangan. Di depan penerbit, kak Elee Mardiana dan Kak Irene Rashidah dan Kak Saodah, saya berlagak selamba. Balik sahaja ke rumah, berjemban-jemban air mata saya hamburkan. Inilah kebahagiaan, inilah kemuncak keindahan hidup buat 2013 ini.

Kalau ikutkan hati memang saya nak cium ketiga-tiga orang tu. Ya Allah, hipokritnya aku! hahaha. Boleh pulak buat-buat selamba! 

Saya mengharapkan pembaca terhibur dan beroleh manfaat daripada Kabus Rindu. Saya akui, saya tidak dapat memenuhi jangkaan semua orang dan kehadiran Kabus Rindu hanya ingin menambah warna di dalam industri perbukuan tanah air. 

Saya menanti komen-komen daripada pembaca dan sahabat dalam usaha menambahbaik mutu penulisan dan penerbitan karya-karya tempatan. Mungkin juga ramai yang menyangka saya penulis baru. Tidak saya salahkan anggapan itu kerana saya sudah terlalu lama sangat bertapa di dalam gua di bawah air dan baru setahun dua ini kembali dan mengapung. 

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui kronologi perjalanan karya saya, jemput klik label Galeri Aspirasi.
Saya serahkan pada gambar-gambar itu untuk bercerita, siapa saya, InsyaAllah.


Alhamdulillah, dengan secara rasminya kini saya ingin menawarkan perkhidmatan bagi membina dua platform untuk mula bisnes online.

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGE untuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikuti kelas online ataupun offline kami.

Saya sendiri akan menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian . Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di
 http://sohodirectory.blogspot.com/selama setahun.

Kalian juga akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan.

1. Ebook bernilai RM50-boleh pilih antara 3 di bawah :


- Ebook Belajar Asas Blog
- Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
- Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

2. Dan ebook bernilai RM25.

- Ebook Superwahm Supermom




Untuk makluman kalian,
 SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 300 buah blog yang terhasil dariAkademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 300 buah blog ini.

Merenung Sekeliling Kita

Teks : Monalita Mansor
Foto : Carian Google


Disember, hujan terus membasuh bumi. Di sebelah pantai timur sana, selain daripada nelayan, pokok getah juga sudah tentulah berada di dalam keadaan basah. Di mana agaknya sahabat-sahabat kita ini mendapatkan sumber kewangan alternatif ya.

Tatkala kita sibuk menyediakan persiapan anak-anak, teruja dengan berhelai-helai seragam baru, berpasang-pasang kasut baru, beg yang berkualiti, semuanya baru, pernahkah kita terfikir perasaan anak-anak yang sekadar berpakaian kemas dan bersih tanpa berganti baru ini?

Mereka akan hadir ke sekolah dengan baju yang sudah suram warnanya dan apabila bercampur dengan kelompok pelajar yang berbaju baru dan berbau kedai, memang ketara perbezaannya. Aduhai, tak dapat saya gambarkan perasaan anak-anak dan ibu bapa mereka juga.

Jadi, saya masih ingin menurut nasihat Tuan Samsuddin Kadir. Mungkin kita tak mampu menjangkau jiran-jiran kita sehingga ke pantai timur sana. Namun menolehlah kepada jiran-jiran kita. Mana tahu?

************************************


Maklumat lanjut: 
monalitamansor@gmail.com
facebook : MonalitaMansor
facebook page : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
SMS : 011-19737269
Ayuh! sertai akademi bekerja di rumah untuk menjana pendapatan.

Thursday 26 December 2013

Gantian 'P'

Teks : Monalita Mansor
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah. Cuba tanda senarai semak di bawah. Sudah disiapkan semuanya?

1. Baju sekolah
2. Kasut sekolah
3. Stokin sekolah
4. Tudung sekolah
5. Buku sekolah
6. Alatan sekolah

Sudah lengkap? Meh kita tengok alatan sekolah anak-anak. Pensil, pemadam, pembaris, pensil warna dan segala macam yang bermula dengan 'p' tu. Elok lagi ke? Kalau setakat tak berasah, tak perlu beli baru. Kalau setakat pembarisnya sompek sikit, bekas pensilnya sudah comot, pujuk anak baik-baik. Tak perlulah beli baru. 

Kalau anak-anak 'mengantan' juga, gunalah kuasa diktator kita. Ya, ini sahajalah masa mereka membesar tetapi bukan bermakna semua kehendak mereka dituruti. Lagipun harga barangan tersebut, walaupun dipakejkan tak pernah kurang daripada RM10.00 (bersama bekas pensil) cuba anda semak balik. Kalau along dah dapat bekas pensil takkan angah pandang aje? Apa kata pula ateh, alang, uda, atam, acik,ucu, adik along, adik angah dan lain-lain? 

Tak kisahlah RM10.00 itu tidak dibayar kepada tol yang berjongkang-jongket, sekejap naik, sekejap tidak, tetapi kalau disimpan ke dalam tabung akhirat setidak-tidaknya, berganda-ganda pahala yang kita peroleh.
Wallah hu alam.

Hidayati memang emak yang berjimat cermat. Zaweeya dipaksanya membawa bekal ke sekolah beserta dengan botol air sekali. Macam mana reaksi Zaweeya? Untuk pengetahuan anda, Zaweeya tu dah tingkatan lima, ok!

~~ Kabus Rindu ~~ minggu depan



beriklan dengan kadar serendah RM50.00
http://www.sohodirectory.blogspot.com
belajar di kelas asas blog dan penulisan
http://www.akademibekerjadirumah.blogspot.com
monalitamansor@gmail.com
facebook : Monalita Mansor
facebook page : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.


Wednesday 25 December 2013

Sepapan Lain Harga

Teks : Monalita Mansor
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ini bukan pemandangan kat kedai runcit. Ini juga bukan iklan promosi, hanya nak beritahu satu perkara tentang belian borong. Belian borong ataupun ketika jualan gudang memang bagus sebab menjimatkan tetapi BERHATI-HATI. Pastikan yang diborong sakan itu KEPERLUAN bukan KEHENDAK!

Selain daripada mengkisar bawang putih, bawang merah dan lada kering untuk persediaan sarapan anak-anak, boleh juga anda beli perencah segera begini. Tetapi, ada baiknya janganlah digunakan tiap-tiap hari. faham-faham sahajalah kalau yang segera begini.

Hanya yang ingin saya beritahu, ada baiknya perencah begini dibeli secara pukal, lebih menjimatkan, lebih menyenangkan hati. Andaikan harga sepeket perencah itu RM1.00. Jika setiap hari ia dibeli dari kedai runcit berdekatan selama enam belas hari, berapakah yang perlu anda bayar? Berbanding RM9.00 yang saya perolehi untuk jumlah yang sama?

Kabus Rindu - kisah kasih sayang dan cinta tak kenampakan di antara Wafi dan Zaweeya. Mula-mula menyampah, kasih beransur cambah, tapi tak pernah terucap.

37 pendaftaran baru Disember, 350 blog, 21 kelas 13 guru dedikasi bertugas.
Selamat datang buat pelajar baru, semoga mendapat manfaat. Tinggal lagi 8 hari untuk kita menghabiskan tahun 2013. Semak semula apa yang belum selesai, tanamkan azam baru, jimat perbelanjaan, tingkatkan pendapatan. Bagi surirumah, boleh sertai kami untuk bermula dari asas.
1. Asas blog dan penulisan.
2. Asas blog dan fan page (mula bisnes) bermula dari asas
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas bisnes urus akaun bisnes kecil/wahm soho-percuma bagi yang mendaftar kelas bisnes.


monalitamansor@gmail.com
facebook : Monalita Mansor
facebook page : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Tuesday 24 December 2013

Menetapkan Visi

Teks : Monalita Mansor
Foto :  Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

22.12.13, berdiskusi dunia akhirat dengan pemilik EMP, penerbit baru, Elee Mardiana. Berborak dengannya, bagaikan saya ni salah seorang kakitangannya. Sasaran penjualan, misi syarikat, perancangan sedikit sebanyak diterangkan. Dalam hati saya, bersyukur sangat aku dah berada di depan perempuan ni sekarang. Kalau beberapa bulan lalu, mesti aku hanya terbedik-bedik dan nak menangis sebab tak nampak jalan untuk mencapai sasaran. 

Pengasas akademi juga menetapkan matlamat yang hampir sama dan mahu semua orang fokus untuk mencapainya. Jadi untuk tahun 2014, saya ada beberapa matlamat yang perlu digariskan. Untuk itu, jadual yang tersusun rapi perlu saya uruskan mulai sekarang. Tak mahu berlengah lagi. Saya mahukan 'simpanan bersih' tahun depan. InsyaAllah.

Anda boleh bermula dengan modal serendah RM150 untuk menjadi protege Kelas Asas Blog dan Penulisan. Asal sahaja ada gajet dan kemahuan.

monalitamansor@gmail.com
facebook : Monalita Mansor
facebook page : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Monday 23 December 2013

Menilik Diri Di Darul Fikrah

Teks : Monalita Mansor
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Semalam, usai doa selamat produksi EMP di Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia. Selain berkenalan dengan pasukan EMP, Kak Irene, Kak Elee, Kak Saodah dan adik-adik yang manis tu, saya dan anak-anak beserta sahabat akademik yang sudi menjadi penunjuk jalan Saniah Mat Sanat, saya cuba menikmati masa-masa sepi penghuni di situ.

Ya, bibir cuba mengukir senyum, luka di hati siapalah tahu. Bukan tak ingin ambil tahu, tetapi saya bimbang, saya lebih lemah daripada mereka. Kebimbangan saya berasas bila di depan Saniah, saya menitiskan air mata yang cuba saya simpan sebelum itu.

Tiada kata terungkap melihat apa yang berlaku di depan mata. Cuma doa saya panjatkan pada anak-anak yang ikut serta, "aku reda kalau ini takdirku, tetapi jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah. Aamin."

Novel Kabus Rindu juga dilancarkan meskipun novel tersebut masih terkepit di bawah mesin di kilang percetakan. Akan bersiaran selepas minggu ini, insyaAllah. 

Sementara tawaran memiliki Kabus Rindu sebagai bonus akan masih dibuka sehingga 31 Disember 2013 untuk anda yang ingin menjadi protege kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. 

Sunday 22 December 2013

Semua Baru

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Baju seragam anak-anak sudah dibeli? Berapa harganya sehelai? Saya tanyakan kertas harga di kedai-kedai biasa, bukannya pusat beli belah terkemuka. Jika di pusat beli belah terkemuka, kita harus menanggung kos sewa tapak, kos elektrik, kos air, kos overhead yang ditanggung pekedai. Dan, sewanya tentulah berganda-ganda daripada kedai biasa kan?

Jika anak kesayangan comel-comel, busyuk-busyuk kita baru masuk sekolah, memanglah kita tiada pilihan. Semuanya harus baru. Tetapi kalau anak-anak sekadar naik kelas, pada pendapat saya sepasang atau dua pasang memadailah.

Semalam saya terbaca status Tuan Shamsuddin Kadir tentang tanggungjawab kepada jiran. Kekesalannya kerana membiarkan jirannya muflis sehingga dilelong rumahnya.

Saya juga teringatkan ceramah Ustaz Don di Singapura mengenai seorang hamba Allah yang amanah dan kaya tetapi terhumban ke dalam api neraka kerana membiarkan adik perempuannya terbiar dalam kemiskinan.

Nampak tak? Apa kata pada 2014 ini, kita ubah sedikit pandangan daripada rasa seronok kerana rumah jiran kita dilelong atau dalam kesusahan, rasa seronok dengar keluhan adik-beradik kita tentang duit nak beli keperluan sekolah tak cukup, ditambah perisa dengan ayat "padan muka, berlagak sangat!"rasa menyampah dengar adik-beradik kita yang berada membeli keperluan selengkapnya untuk anak-anaknya dengan ayat "elleh...nak menunjuk-nunjuk la tu...!". KEPADA rasa ingin mengongsi susah dengan mereka. Mengongsi kegembiraan mereka.

Kalau anda berkemampuan, bawalah anak jiran atau anak buah anda ke kedai, belikan mereka barang sepasang dua seragam baru. Jika tidak, baju sekolah lama anak-anak tu, basuh bersih-bersih, curah pewangi banyak-banyak, seterika dan sedekahkan kepada mereka. 

Cadangan ini adalah berasaskan realiti yang berada di depan mata saya juga. Ini simpanan tetap akhirat, tau. Saya lihat mereka yang melakukan itu semakin kaya dan bahagia. Wallah hu alam.


350 blog, 21 kelas 13 guru dedikasi bertugas. Selamat datang pelajar baru Disember. Semoga mendapat manfaat dan berkongsi manfaat. Alhamdulillah, selain kelas onlne, kami kini mula bergerak secara offline atas permintaan. Terima kasih agensi swasta dan kerajaan yang menjemput saya, saya 'tangguhkan dulu ya'. Insya-Allah bermula April 2014. Sertai kami untuk kelas online dan offline berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my ( Zaila Mohamad)
4. Kelas penulisan kreatif Monalita Mansor dan Mazlia Murat)
5. Pendaftaran rakan niaga/guru online dibuka.
6. Kelas akaun bisnes, 10 penyertaan percuma bagi yang mendaftara kelas bisnes, jadual Januari. Insya-Allah.
7. Bagi kelas offline sekitar Johor boleh berhubung terus dengan Anys Idayu Zakaria dan Norazizah Sudin.
8. Manakala sekitar Bangi dan Melaka, berhubung dengan Nisa Nua
9. Sekitar Shah Alam, berhubung dengan Aishah Hussein Ashikin Hashim.
Selain itu boleh juga dengan Wani Mn, untuk Sabah berhubung terus dengan Mie Normi

Saturday 21 December 2013

Meraikan Rasa Bahagia Cara Kami

kek karot hadiah Andak. Sesiapa yang berminat boleh tempah di rhashim578@gmail.com (Rosma Hashim 0163224900)
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Malam tadi, seluruh adik-beradik suami, kecuali adiknya yang tinggal di Tanjung Malim berkumpul di rumah meraikan anakanda Anis Suraya Maznum. Ala, makan-makan saja. Andaknya belikan kek. Ayah Hamnya (pak lang) belikan rambutan. Ibu Ham (mak lang) gorengkan mee sebab maknya yang ini 'apa pun tak boleh' semalam. 
Al Fateh yang terpaksa 'digari' sebab sibuk nak menculik kek

Sudah lama juga tak berkumpul begini. Semenjak kami berpindah ke sini dan adik-adik suami semuanya sudah berumahtangga, kami hanya berkumpul di rumah Nyah (adik kedua suami, sepatutnya Ngah, tapi dipelatkan dek anak-anak saya dari kecil, sampai ke sudah dipanggil Nyah).

Berita manis yang dibawa Anis 19 Disember lalu, begitu manis juga dikongsi bersama keluarga. Bukan keluarga kami sahaja, malah keseluruhan keluarga, inilah rahmat berita manis itu. Kami berkongsi bahagia cara kami, kecil-kecilan.
Ibu Yoi (mak uda) fokus memotong kek, Afiq tengah sabar sambil Ibu Ham (mak lang) dan wan bersantai sambil menonton tv. 

Anis sudah berpesan pada saya awal-awal lagi sebelum keputusan PMR diterimanya.
"Mak jangan up apa-apa kat facebook."
"Kenapa pulak?"
"Along tak nak nanti ada sedih!"
"Siapa yang sedih?"
"Yelah. Nanti sedihlah kawan-kawan Along yang tak dapat keputusan bagus. Along tak nak mereka rasa rendah diri." Beritahu along dengan yakinnya. 
"Buat apa nak sedih? PMR aje," kata abahnya pula.
"Manalah tahu. Ada yang hilang pertimbangan. Terlalu berharap." jawab Along. 
Ayah Yoi (pak uda) dan acu

Saya diam. Ibu bapa berhak untuk merasa bangga, salah satu caranya dengan berkongsi status di facebook atau laman sosial lain. Bagi yang mendapat satu A pun, anggaplah ia sebagai cabaran, jangan bersedih. Saya, sebagai ibu pun memperolehi banyak pengajaran sepanjang mengenali sahabat anak-anak saya yang kuat-kuat semangatnya ini. 

Jadi, kita pun perlu kuat semangat seperti mereka. 

Mencari medium untuk mengiklan atau ingin mengiklan secara tuntas (menyeluruh)
Anda boleh, sama ada menghubungi Monalita Mansor untuk mengiklan di http://sohodirectory.blogspot.com/
atau terus mendaftar di kelas Asas Blog dan Beriklan di mudah.my yang dikendalikan oleh guru berpengalaman. 

sebarang pertanyaan boleh PM terus ke : FB Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
atau
monalitamansor@gmail.com

Buku Sekolah Terpakai Boleh Dipakai

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Jika anak-anak belajar di sekolah menengah, buku lebihan tingkatan 1 atau 2 boleh digunakan sehingga tingkatan tiga, pesan cikgu Sarimah. Inilah salah seorang cikgu prihatin, sahabat saya. Di sekolah menengah, buku berkulit tebal lebih mahal daripada buku tulis biasa. Bayangkan kalau anda perlu membeli buku baru sedangkan ada berpuluh lagi muka surat yang boleh digunakan, rugi 'kan?

Apa yang saya lakukan untuk anak-anak di sekolah rendah semenjak seminggu lalu ialah;

1. kenalpasti buku-buku, saring di antara yang boleh digunakan, boleh diguna semula, dibuang terus
2. Untuk guna semula - terpakai beberapa muka surat, saya koyakkan.
3. dapatkan senarai buku-buku yang hendak dibeli daripada sekolah
4. semak senarai, dapatkan pendapat anak-anak sama ada buku tersebut penting, tidak berapa penting atau kurang penting.
5. kurangkan kuantiti yang hendak dibeli.
6. Oh ya, jika ada di antara buku-buku itu dikatakan  out of stock, atau tak sampai lagi, dapatkan maklumat penerbit daripada kedai buku sekolah dan cari di kedai buku di luar. Anda mungkin boleh membelinya dengan harga yang lebih rendah kerana kedai-kedai buku sedang giat menghabiskan stok sekarang.
7. Jika masih tidak berpadanan dengan bajet, guna congakan secara logik. Kebiasaannya mata pelajaran Bahasa seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang memerlukan lebih daripada sebuah buku. Bagi mata pelajaran lain, masih sebuah buku, maka tidak perlu membeli sehingga 20 buah buku sekaligus. Apabila tiba masanya, suruh anak berdikari membeli sendiri buku di kedai buku.

Wallah hu alam

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif juga tidak ketinggalan memberikan tips-tips menjana pendapatan secara konsisten dengan menulis cerpen. Untuk maklumat lanjut PM Monalita Mansor atau Mazlia Murat.

emel : monalitamansor@gmail.com
        : mazliamurat@gmail.com

Page : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung