Monday, 9 September 2013

Air Mata di Sebalik Penciptaan Cerpen 'Sekeras Waris Selembut Sillaturrahim'

Teks    :  Monalita Mansor
Gambar : www.monazman.blogspot.com

Cerpen Sekeras Waris Selembut Sillaturrahim saya hasilkan selepas kematian almarhum nenda suami saya.  Bonda kepada bapa mertua yang diserang strok sebelum koma dan terlantar beberapa bulan.  Pengalaman menguruskan jenazah, memandi dan mengapankan beliau, saya abadikan di dalam cerpen ini.


Cerpen yang tersiar di dalam majalah Wanita bulan Januari 2013 adalah gambaran hati saya terdapat almarhum yang kami panggil wan.  Wan seorang OKU yang gigih.  Hilang penglihatan semenjak puluhan tahun lepas kerana glaukoma.

Almarhum bagi saya wanita luar biasa.  Dalam keadaan begitupun, dia tidak mahu menyusahkan anak-anak.  Di dalam pondok kecil dan dengan sumbangan JKM yang diterimanya setiap bulan, dia terus larut dan tegar meneruskan hidup.  Dia memasak sendiri, menggunakan dapur kayu.  Bayangkan? 

Saya ingin mengabadikan kenangan manis ketika bersama beliau, baik ketika beliau masih hidup mahupun di saat akhirnya.  Kami berkongsi gelodak rasa seorang ibu, seorang nenek, seorang isteri malah dialah peneman saya ketika saya di dalam pantang bersalinkan Affan. 

Saya rindukan wan, sungguh.  Sementelahan pula saya sebatang kara.  Anak pungut dikutip mak dan ayah sekarang, apa lagi yang saya ada?

Al Fatihah untuk wan, Siau binti Leman

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung