Friday 14 February 2014

Berjimat dengan Online

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Mundam Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Anda suka membaca? Atau zaman bujang dulu anda adalah ratu novel? Sebut sahaja tajuk anda boleh tahu penulisnya. Sebut sahaja nama penulis anda tahu berapa buah novelnya. Sebut sahaja penerbitnya anda sudah tahu siapa penulis yang dipayungnya.

Cuma, apabila sudah menjawat jawatan 'drebar keretapi' ni, minat itu anda ketepikan? Baru nak pegang novel, along dah menjerit, "mak lapar." Baru berbaring-baring nak baca blurb, angah dan acik dah bergusti, mak juga yang jadi pengadil tanpa wisel. Tapi wisel semula jadi mak lagi nyaring. Jangan main-main.

Atau anda sudah tidak punya masa walau 'sepolek leng' pun untuk ke kedai buku untuk mencari novel-novel idaman anda. Bertuahnya kita pada era ini ialah ungkapan maklumat di hujung jari. Anda boleh mencari novel-novel laku keras, laku lembik, novel antik, vintaj, malah bahan bacaan dalam kategori sangat jarang dijumpai pun hanya dengan satu larik atau klik.

Anda sudah menjimatkan :
1. masa - nak kena urus masa antara masa mengambil anak di sekolah, hantar anak ke sana ke kelas tuisyen, pergi pasar, pergi sana, pergi sini nak balik masak lagi
2. tenaga - sama macam alasan di atas
3. duit  - jimat minyak kereta, minyak bas, tambang bas, tambang beli air kotak, beli jajan. Belian online membolehkan anda menikmati diskaun gila-gila, kalau kena harinya termasuk jimat kos pos dan buku 'terbang' terus pada anda.

Bagaimanapun, bukan semua orang menyukai pembelian secara online. Selain daripada tidak dapat menyentuh barangan tersebut, pemilihan hanyalah berdasarkan testimoni dan ulasan (jika ada) dan mungkin  juga hasilnya hanya indah khabar dari rupa.

Pilihan di tangan anda. Begitu juga dengan pilihan untuk membeli novel-novel terbitan EMP yang salah satunya ditulis oleh saya sendiri, bertajuk Kabus Rindu.

kedai online Mundam Ilmu klik untuk melawat-lawat kedai


Thursday 13 February 2014

Ulasan Kelas Asas Blog

Protege Kelas Penulisan Kreatif

Teks : Syahidah Mahassan

"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.

Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog. Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot. Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu. Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah. Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas. Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru. Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat. Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini. Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri. Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian. Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang. Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini. Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi. Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Wednesday 12 February 2014

Catatan Rentetan Hari Manis

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Mundam Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Hari yang manis, semua novel sudah siap dibungkus. Sebentar lagi mahu merempit dengan pak supir berbayar ke pejabat pos. Alhamdulillah, semakin hari berlalu semakin laju langkah dalam bidang ini. Puncanya sedikit sahaja. Saya menyertai kelas asas blog. Opps ini bukan kelas ulasan blog.

Tetapi, itulah keputusan paling berat pernah saya lakukan. Keluar dari zon selesa. Kepantangan besar saya berniaga dan memaksa orang lain membeli barangan saya, tapi lihatlah, kedai buku online saya semakin selesa dan semakin bergerak dengan gabungan kemahiran dan kerjasama bersama kawan-kawan yang sudi membantu dan berkongsi ilmu.

Beginilah saya menjana kewangan setelah meninggalkan alam pekerjaan.

Novel Kabus Rindu juga bergerak keluar semoga diterima. Kata Puan Asmah Hashim, novel ini boleh menjadi khazanah negara kerana menggarap gaya bahasa klasik beserta syair seperti dua cerita dalam satu novel. Alhamdulillah. Saya mohon, apabila saya sudah tiada, warisan bangsa dan bahasa saya terjaga dengan cara begini.


Anda ada buku yang nak dicari, nyatakan tajuknya sahaja, nanti saya carikan. insya-Allah.

PM saya di facebook atau emel monalitamansor@gmail.com

Tuesday 11 February 2014

Berita Manis Feb 2014




Teks : Monalita Mansor
Gambar: Monalita Mansor 
cerita lanjut : http://www.monazman.blogspot.com

cerpen  Menguji Setia di majalah Mingguan Wanita Feb 9 2014
Ingin turut serta di dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif, jemput emel ke monalitamansor@gmail.com atau terus mesej di inbox Monalita Mansor di facebook seperti di sebelah. 

Monday 10 February 2014

Benarkah Monday Blues?

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Mak-mak, cik puan-cik puan para suri rumahtangga. Hari ni tengah bulan, mungkin tak ada bil nak dibayar dan tak ada keperluan nak mendekati kaunter bank, pejabat pos, menukar kad pengenalan dan sebagainya.
Kalau ada, saya nasihatkan dan minta tolong, hindarkanlah hari Isnin.

Tolong! Tolong! Tolong!

Anda tahu tak penantian itu suatu penyiksaan? Walaupun sebenarnya anda menunggu lima belas minit sahaja tapi pasti anda akan merungut kepada rakan sebelah anda, "dah dekat setengah jam tunggu, tak bergerak-gerak lagi."

Kenapa saya nasihatkan anda jangan dekati kaunter pada hari Isnin?

- orang ramai nak bayar bil, nak bayar cukai pintu, cukai tangga dan cukai piring
- kaunter ada, tapi petugas tak ada.
-petugas ada tapi bergegas siapkan laporan mingguan, laporan itu, laporan ini atau tugasan mingguan yang mesti dilunaskan pada hari Isnin dan ada garis mati.
- petugas MC, bangun pagi tak boleh angkat kepala...kedebom - migrain
- anak petugas demam, ada kes kecemasan 
- pasar tutup jadi tumpuan beralih kepada kaunter-kaunter tempat warga pencen berborak-borak di dalam suasana berpenyaman udara.
- petugas kena ganti petugas lain di cawangan lain sebab petugas cawangan tu cuti kecemasan.

Catatan ini nampaknya seperti lelucon tetapi itulah yang kerap berlaku. Sudahnya, anda akan diserbu rasa negatif yang tak terhinggakan kerana terasa membuang masa menatap nombor di paparan elektronik itu bergerak satu persatu. 

Solusinya? datanglah pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Kerana pada hari itu, jarang sangat akan berlaku kes-kes seperti di atas.

**********************************************************************

Masih mencari-cari produk untuk diniagakan walaupun niat nak berbisnes sudah ada. Juga perlukan pasukan sokongan untuk mengampu diri anda supaya berdiri teguh? PM Monalita Mansor atau pasukan Akademi Bekerja di Rumah.



Sunday 9 February 2014

Salah Isi Borang? Habislah!

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Seperti yang saya coretkan di status facebook semalam, ada beberapa kali saya dapati pengguna tidak menggunakan hak mereka pada waktu sepatutnya. Pengguna apa? penguna ubat kuat? atau ubat minum sekali terus ketat, padat dan entah apa-apa?  Maaf ya, tidak sekali-kali. Ampun, iklan begitu sudah saya hadang di facebook saya dengan mesej sexual explicit.

Saya terbaca status seorang sahabat beberapa hari lalu yang menceritakan kenangan pahitnya di sebuah kaunter apabila terisi salah borang dan diminta datang keesokan harinya kerana kaunter sudah hampir ditutup.

Di sini, sepatutnya anda perlu gunakan hak anda. Tidak perlu mengalunkan suara yang merdu, sekadar minta dengan baik

-berikan saya borang yang baru
- saya akan isikan sekejap (bergerak sikit ke kawasan kosong di antara kaunter)
- isi semula dan serahkan semula sebaik sahaja pelanggan di belakang anda selesai dengan urusannya
- jika dia enggan menerima semula borang anda, barulah minta penjelasan

sebenarnya adalah salah 'menghalau' pelanggan secara terhormat begitu dan memberikan alasan yang bukan-bukan kerana sebenarnya ia bukan prosedur tetapi proses awal untuk balik tidur!

Pengalaman saya, terutama sekali apabila berdepan dengan warga tua (kadang-kadang warga muda) yang dapat kita agak akan melakukan kesilapan dalam mengisi borang.

1- minta mereka isi borang baru
2 - salah jugak? minta mereka tanda tangan dan tuliskan jumlah di depan mereka, pastikan betul-betul dan proses. maklumat lain, saya minta mereka isi kemudian.

Susah sangat ke? Tak. Semuanya dari hati sebenarnya.


************  **********************                

Beriklan di SOHO directory
pm : Monalita Mansor
emel : monalitamansor@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung