Thursday 20 November 2014

Biar Sikit Asal Berisi

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Semalam saya membaca kumpulan cerpen Hafizah Iszahanid, Ayam Patah Kepak yang diterbitkan oleh ITBN. Cerpennya tak banyak. Betullah kata Ainin Naufal, baca cerpen lagi selamat daripada baca novel sebab ceritanya pendek-pendek dan hati tak terdera dek nak menghabiskan bacaan.

Moral daripada pembacaan saya, saya memikirkan bahawa setiap karya kita perlu ada visi dan perlu ada impak. Ini ditekankan juga oleh S.M. Zakir. Karya-karya Hafizah memenuhi dua perkara itu. Usai membaca keseluruhan cerpennya sudah ternampak sudut pandangan yang ingin diketengahkan beliau.

Mungkin itu sesuatu yang perlu kita fikirkan sebagai penulis. Tulislah di luar kotak waima di luar Bima Sakti dan segala-mala cakerawala yang ada, tapi mesti ada sesuatu yang kita tinggalkan untuk pembaca sebaik sahaja dia membaca 5 ayat terakhir. TAMAT.

Maka untuk karya yang bervisi dan ada isi serta meninggalkan misi untuk difikirkan, kenalah rajin-rajin membaca dengan bervisi. Membaca dengan tujuan mencari jejak dan ilmu. 

Untuk penulis blog di Akademi pun begitu. Biar pendek tapi berkesan. Daripada menjela macam karangan tapi 'isinya hampa'

Wallahu alam
sepanjang pembacaan tak ada ayam yang dicederakan ya...

Wednesday 19 November 2014

Bank Karya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Kerap juga inbox saya dihujani soalan. 

"kak...cerpen saya ari tu tak tersiar, camana?"

"kak...puisi hari tu, boleh tak saya ambil balik. Tak tersiar pun. Saya nak baiki dan hantar ke tempat lain..."

Saya suka mencadangkan adik-adik kakak-kakak mewujudkan bank karya. Karyawan yang saya lihat melakukan ini ialah tuan Salleh Kausari dan Kak Maria Kajiwa dan Nurhidah Halun. Mungkin ada juga karyawan lain yang buat, tapi tak terlintas di mata saya.

Apa rasionalnya ada bank karya :

Dah namanya bank - tempat simpanan la. Kat sini letakkan semua karya yang siap, separuh siap, tak siap-siap, sebaris, dua baris, simpan dalam words dan letak bawah aplikasi dropbox ataupun emel pada diri sendiri. 
Bukan apa, ini untuk mengelakkan sesi 'jamming' meraung beramai-ramai disebabkan hard disk tak boleh buka dan manuskrip dah sampai ke muka surat 399...mahu tak keluar rumah setahun dik ooii...bukan senang nak perah otak. 

rasional lainnya - senang nak follow up - yang mana dah hantar, yang mana dah diedit, yang mana nak diedit semula , yang mana pulak dah dapat payment (ehem)

bagi penulis e-book - blog ni pun boleh jadi bank karya - tapi berhati-hati jugak dik...banyak plagiator di luar sana yang macam aligator...

Selain daripada itu sebaik sahaja tamat cerpen pertama - jangan tunggu di muka kedai, di facebook mengharapkan cerpen yang itu sahaja. Teruskan menulis, kumpul di bank karya untuk kemudahan masa hadapan. 

Wallah hu alam.

Monday 17 November 2014

Daripada Gambar Kepada Novel

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif via Google
                Asmah Hashim

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah


Asmah Hashim, sebelum bersama dalam kelas kami pun, adalah novelis. Jadi anda akan mengiyakan kata hati anda, "dah novelis, masuk kelas mana pun, dia memang dah pandai menulis." Okay, kita tok sah cerita pasal dia dah pandai menulis ke tidak. Sebab sampai ke hari ini, secara jujurnya bagi saya semua penulis masih perlu belajar. 

Gambar di atas adalah titik mula novel Tolong Cari Suamiku. Gambar tu sebahagian daripada latihan menulis yang diberikan di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. Saya suruh pelajar kembangkan jadi cerpen, best-best belaka. Dan, Asmah Hashim yang kreatif telah mengembangkannya menjadi sebuah novel yang hebat.

Bukan saya nak kata dia hebat, yang saya nak beritahu ialah, ilham boleh diperoleh dengan sedikit usaha. Mesti berusaha. Jangan tunggu turun dari langit atau tunggu anak panah arjuna sakti bergedebuk di-aim ke muka...sakit nanti oooi... 
mahu bersama kami?

**ulasan novel di blog Monalita Mansor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung