Friday 10 October 2014

Blurred Blurb

taman kecil tempat 'hati dan ilham' tersimpan


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google dan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

"Ehem...tajuk omputeh hari ni Cik Yah. Berani betul hang di musim-musim Bulan Bahasa Kebangsaan ni ya..."


Bagi penulis, apabila manuskrip dah siap dan nak dihantar kepada syarikat penerbitan, mereka perlu menyediakan sinopsis dan blurb. Apakah sinopsis dan apakah blurb?


Sinopsis

a) ringkasan cerita secara keseluruhan yang menceritakan watak, perwatakan, latar, permulaan, konflik dan pengakhiran cerita

b) untuk dibaca oleh pihak penerbitan/editor bertujuan memberi gambaran ringkas berkenaan keseluruhan cerita dan memudahkan mereka membuat penilaian

c) disediakan oleh penulis sebelum manuskrip sebenar ditulis - bertindak sebagai 'pak guard' ataupun penjaga garisan untuk mengelakkan penulis terkucil

d) Kepanjangan maksima sebuah sinopsis kebiasaannya ialah 2 muka surat A4. Kalau rasa lebih daripada itu, baiklah bagi sebuah manuskrip terus!

e) Jangan letak tanda tanya atau persoalan contoh : 'apakah yang akan berlaku kepada watak A seterusnya?' - nanti editor/penerbit akan tanya anda balik soalan yang tak sanggup anda nak jawab.


Blurb

a) sinopsis pendek tentang cerita untuk mempromosi cerita tersebut.

b) kebiasaannya mengandungi dialog-dialog atau naratif-naratif yang menimbulkan persoalan sehingga pembaca teringin nak membeli/membaca buku tersebut (killer phrases)

c) Ia boleh jadi fragmen daripada sebuah perenggan atau sedutan-sedutan beberapa aksi/dialog/naratif daripada bab yang berbeza

d) pendek

e) diletakkan di belakang kaver buku - kalau kat dalam itu 'isi cerita' sila baca terus


Jadi penulis, jangan blur antara blurb dengan sinopsis. Wallah hu alam

contoh blurb novel Mentua Aku Shogun Tokugawa - promosi la sikit


Ingin menjadi Rakan Niaga atau Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah? Hubungi kami untuk maklumat lanjut. 



4 comments:

  1. salams jumaat cik mona, tgk ada gambar pokok2 cepat2 saya klik hehehehhe kreatifnyaaa......suka sangat:)

    ReplyDelete
  2. haa dah tau.. n dah paham.. nanti ada masa saya tulis cerita noh.. cerita tentang saya dan keceriaan saya.. kakaka...

    ReplyDelete
  3. kena belajar tulis sinopsis pulak.huh!

    ReplyDelete
  4. harus semuanya...
    Mizaa...kita tak de tanah
    Kuazue, kutunggu ceritamu
    Fyda , harus...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung