Saturday 7 September 2013

Pengenalan Perbankan Islam

Teks   :  Monalita Mansor

http://1.bp.blogspot.com/
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Dewasa ini, saya perhatikan masyarakat Muslim Malaysia sudah mulai mempunyai kesedaran tentang produk perbankan berasaskan syariah ataupun kependekannya SPI  (Skim Perbankan Islam).

SPi mula diterima pakai meluas dan diterima baik oleh pelanggan bukan muslim atas faktor kualiti produk yang memberikan keuntungan berganda dan tidak dilindungi sebarang kontrak tersembunyi.  Elemen terpenting SPTF ialah akad.


Dari sudut bahasa akad membawa maksud ikatan, janji atau jaminan.  Daripada sudut istilah pula ia terbahagi kepada dua iaitu:-

1.  erti umum - setiap sesuatu yang diazami seseorang untuk dilakukan dan dilaksanakan.  Ia mungkin juga akad jual beli, nikah dan akad pemindahan. Ia melibatkan dua pihak yang memeterai dan memberikan komitmen untuk menjayakan perkara tersebut.

2.  erti khusus - kontrak yang terbina di atas kehendak dua atau lebih pihak yang akhirnya akan membawa sesuatu kesan kepada hukum syarak.

Jurjan dalam kitab Al Ta'rifat menyebut bahawa akad adalah ikatan perbuatan melalui proses ijab dan kabul (terima)

Produk SPTF yang paling popular ialah:

1. Hifz (Simpanan) -  Al Wadiah
2. Ishtirak (Perkongsian) - Akaun Semasa Mudarabah
                                      - General Investment Account (akaun simpanan tetap - Mudharabah
3. Tamlikat (Pemilikan)   - Mu' awadat (pertukaran) dan Tabarru'at (kebajikan)
                                     -  Mu' awadat termasuklah Ijarah (sewaan) dan Bai' (jual beli) -pinjaman
                                        kenderaan dan perumahan
                                     - Tabarru'at meliputi Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah - pinjaman peribadi)
                                     - Hibah dan Waqaf
4. Tawthiq (Jaminan)     - Ar rahnu (gadaian) dan kafalah (jaminan)
5. Tafwid (serahan)       - wakalah (agen)

Tetapi produk yang paling meluas digunakan di bank-bank komersial di Malaysia ialah wadiah/mudharabah, ijarah/bai/Qard Hasan dan ar Rahnu.

Sebagai kesimpulan untuk entri ini, kebijaksanaan memilih produk dan badan kewangan yang patuh syariah terletak di tangan anda.  Adalah lebih baik anda melakukan tinjauan dari bank ke bank sebelum membuka akaun bagi memastikan akaun perbankan tanpa faedah tersebut benar-benar halal dari segi syariatnya.

 rujukan:
Zaharuddin Abd. Rahman, Panduan Perbankan Islam, Kontrak & Produk Asas, Sept 2009 Telaga Biru Sdn Bhd

maklumat tentang perbankan Islam boleh dibaca di :
 http://www.islamicbankingway.com/2009/11/8-brief-development-on-islamic-banking.html

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung