Saturday, 24 October 2015

Sejarah Cerpen


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Sejarah cerpen di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1920. Pada ketika itu, majalah Pengasuh menyiarkan sebuah karya bertajuk “Kecelakaan Pemalas” hasil tulisan Nor Ibrahim Madrasi. Tetapi, ketika itu, ia tidak dipanggil “cerpen”.

Seiring dengan perkembangan dan pergolakan semasa, tema cerpen juga berkembang mengiringi senario politik dan masyarakat ketika itu.

Sumber: Persediaan Menulis Cerpen, Dr Othman Puteh, 2002


Apa Saja Mahumu di dalam 3 Wanita yang Aku Cinta

Utk Pre-order hubungi pemilik blog melalui emel, PM @ WA

Thursday, 22 October 2015

Mencari Ilham Dengan Jujur



Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Entri ini bukannya mahu menangguk di air yang sedia keruh. Senario penulisan pop tanah air tercalar lagi dengan kedangkalan tindakan sesetengah penulis yang menciplak karya penulis sedia ada secara terbuka dan berani.

Ada beberapa faktor yang boleh disenaraikan sebagai penyebab. Namun, saya tak mahu menyenaraikannya. Biarlah mereka yang terlibat menjawabnya dengan alasan-alasan mereka.
Saya ingin mengongsi satu teknik penulisan yang digunakan oleh penulis ‘Anakku Brain Tumor’. Tapi, saya beritahu, kalau anda penulis yang nak buku/karya anda keluar cepat, tak perlu sambung baca. Sebab teknik ni agak Islamik. Apabila memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, ia banyak menuntut kesabaran.

Beliau memulakan penulisan dengan memilih surah di dalam Al Quran secara rambang. Kemudian, beliau akan membaca surah tersebut dan seterusnya menjadikan surah tersebut sebagai teman, sehingga beliau habis menulis. Begitu – lebih kurang.


Apa yang saya nak beritahu ialah, menulis bukan proses membakar kek. Membakar kek, siap dibancuh, dibakar boleh siap dalam masa sejam dua (atau lebih sikit kalau buat kek lapis Sarawak) Menulis memakan masa bertahun-tahun. Saya ulangi bertahun-tahun. Penulis itu sepatutnya orang yang penyabar. 

Lempeng Pisang Mama di dalam 3 Wanita Yang Aku Cinta




Untuk pre-order hubungi pemilik blog melalui emel, pm@WA

Sunday, 18 October 2015

Kerja-Kerja Penstrukturan



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Kerja-kerja penstrukturan memindahkan cerpen ini ke dalam versi buku sedang giat dijalankan. Tajuknya telah ditukar kepada 3 Wanita Yang Aku Cinta.

Aku Berhak Bahagia di dalam 3 Wanita Yang Aku Cinta

Teks : Monalita Mansor

Sebahagian daripada petikan cerpen yang tersiar di dalam majalah Seri Dewi & Keluarga, akan bersama-sama dimuatkan di dalam kompilasi 3 Wanita Yang Aku Cinta. Bakal terbit. Insya-Allah


“Mak nampak ‘kan, Farah memang salah ‘kan? Kenapa mak nak bela dia?” Tercabar hakku sebagai ibu Farah apabila mak tiba-tiba membela benar cucunya itu. Benarlah kata orang, temali roh penghubung cucu dengan nenek memang berhantu. Silap haribulan memakan diri. Nyata, sekarang ia sedang melupuskan kehadiranku sebagai ibu yang berhak terhadap Farah.
“Sepuluh kali nak mengajar anak, tak payah ditengking-tengking begitu!” bangkang emak. Itu pun setelah emak berjaya mendiamkan Farah yang tentunya mengadu padanya tadi.
“Mak percaya sangat cakap Farah tu kenapa? Saya suruh dia siap, mandi…pergi mengaji…salah saya ke?” Argh! Aku bakal kalah lagi.
“Budak-budak tak pandai menipu, Fida. Kalau Fida cakap elok-elok, tak disakitkan, Farah mesti dengar punya…” balas dia.
“Argh! Farah tu memang mengada-ngada!” getusku. Pisau di tangan, aku campakkan ke dalam sinki. Sakit hati seumpama pisau itu sudah tercacak di dadaku. Panas meruapkan rasa benci dan meluat mendengar perkataan yang aku kira berupa sindiran itu.
“Sejak mak datang sini… Farah tak nak dengar lagi cakap saya!” protesku.
Aku memang bencikan dia! Tidak dapat aku lengkungkan bibir walau seketika untuknya. Walaupun untuk berpura-pura gembira dengan kehadirannya. Benci! Benci! Aku minta dia datang ketika aku berpantangkan adik Farah. Itu sahaja. Selepas itu terbanglah ke mana dia  mahu. Selama ini pun, dia lepas bebas berterbangan tanpa pedulikan aku dan adik-adik. Selepas memahami perkataan ‘cerai’ sebagai maksud perpisahan antara dia dengan abah, aku hanya melihat wajahnya di dalam gambar ditunjuk abang, kemudian bertemu setahun sekali.
“Fida jangan berkasar dengan anak-anak, tak baiklah. Nanti anak-anak terikut-ikut. Membentak-bentak…tak ba…” Suaranya masih lunak.
“Argh!” Aku tidak ingin mendengar suaranya yang lunak tapi kukira beracun itu. Suara yang berpura-pura. Semua yang ada pada dirinya hanyalah lapisan busana pentas yang disarung dan kelihatan sangat hebat sehingga semua tertawan. Hingga semua mulut dan mata melopong melihatnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung