Teks : Monalita Mansor
Gambar : Raiza Khairina
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah
Mac 2015 menyaksikan sebuah cerpen berjudul Takkan Mengalah tersiar di majalah Jelita Mac. Cerpen yang mengisahkan kenekadan hati seorang anak gadis meninggalkan rumah kerana tidak mahu dipaksa dan dikongkong oleh orang tua yang tidak memahami kehendaknya.
Cerpen ini adalah bersandarkan kisah sebenar dan kesemua wataknya masih hidup dan berlingkung di sekitar hidup saya sehingga sekarang.
Saturday, 21 March 2015
Friday, 20 March 2015
Jangan Hilang Akal!
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Istilah 'hilang akal' ni saya selalu guna pada anak yang kadang-kadang seronok sangat balik kampung. Tak kiralah matahari tegak atas kepala, macam tombak menghunus menggelegak kepala otak, dia tetap nak main basikal jugak.
Cuma untuk penulis, hilang akal ni maksudnya, janganlah sampai tenggelam dalam imaginasi kita, tak balik-balik. Sesekala kena rintangan pengarang tu memang biasa. Atau sesekali, imaginasi kita tak datang-datang walaupun dah diseru dengan segala nama tok dukun, pawang dan nama besar dalam dunia penulisan, dia tak mai jugak, berselawatlah banyak-banyak. Syirik semua tu.
Kita, orang Islam, kalau dah sampai tahap ni, masih ragu dan bimbang, risau, maka berwuduk dan solatlah dua rakaat, minta keampunan Allah. Mungkin Allah nak bagi idea yang lagi boom....mana kita tahu?

Thursday, 19 March 2015
Abaikan Butang Panik
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Jangan panik, Cik Tipah, Cik Leha dan cik kak-cik kak sekelian. Blank sekejap, bukan bermakna selama-lamanya. Kalau selama-lamanya bermakna, masa kita dah sampai hanya tanya diri, dah sedia ke belum.
Mungkin pada hari tu, kita rasa kita dah hilang akal dan hilang idea, esok masih ada. Maka ingat, semua tu ada penyelesaiannya. Jadinya, kalau rasa panik jugak, cari kawan-kawan penulis seangkatan dan beritahu apa yang anda rasa.
Saya pun boleh mendengar anda....

Wednesday, 18 March 2015
Halau Ia Pergi Jauh-Jauh!
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Jadilah adiwira halimunan. Bukan susah nak buat, kita kan penulis.... senjata kita ialah imaginasi. Bayangkan aje ada seekor/seorang adiwira yang sedang bertarung dengan musuhnya yang tak ada rupa orang tapi ada kaki dan tangan, lepas tu boleh sembur-sembur api dan tembak pakai hujung jari aje.
Lepas tu, cakap aje kat 'musuh' kita tu, 'keju! berambus kau dari sini! Aku nak menulis aje...bukan nak buat apa pun...'
TAPI
kalau 'benda alah' tu menjawab pulak dengan suara bergaung-gaung, korang pandai-pandailah ya....

Tuesday, 17 March 2015
Mengatasi Rintangan Pengarang 1
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Mungkin anda ada
cara anda tersendiri. Penulis otai, juga kalau ada yang ingin dikongsi, boleh
komen ya. Atau sesiapa juga yang ada cara tersendiri dan nak kongsi, boleh
tinggalkan komen.
Rehat – anda
tahu tak relevannya ada masa rehat kat sekolah? Kenapa cikgu tak suruh anak
murid belajar terus demi kecemerlangan sekolah, bangsa dan negara? Hehehe…sebab
kita manusia. Insan. Tubuh badan kita ni dicipta dan benda yang dicipta
mestilah ada kelemahan… maka ubat lemah ialah rehat supaya segar semula.
Rehat saya
ialah, tutup segala macam gajet dan keluar membeli-belah. Tapi sekarang, since
jadi babysitter tak bolehlah shopping suka hati mak ayah. Jadinya, tutuplah semua
benda tu dan buat kerja lain seperti basuh pinggan ke, lipat kain ke, basuh
bilik air ke, tidur ke, tidur ke….tidur ke…
Monday, 16 March 2015
Simptom-Simptom Yang Perlu Anda Takuti
Teks; Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Bila baca mss sendiri – lebih-lebih lagi baru bab 22 katakan, rasa tak best aje. Rasa nak ulang balik, nak betulkan bab 1 atau bab 2 atau bab-bab awal. Nak-nak, lepas kena ‘kosong-kosong’ tadi, kit abaca pulak novel orang. Rasa pulak novel orang lagi best….adoi….
Ini selalu berlaku pada orang yang menulis secara belasahan dan tak susun plot atau tak siapkan rangka. Perasaannya, nak cepat habis. Bukan pasal nak cepat habis pasal nak siap jadikan novel (itu perasaan penulis baru, mungkin) Cuma nak cepat habis. Nak keluar dari dunia tu dan habiskan begitu aje. Terasa macam cerita tu dah sesat barat sampai ke Dunia Baru (Orang Inggeris yang gelarkan Benua Amerika, masa mula-mula jumpa benua tu dulu. Dikatanya peribumi tu primitive, dia yang primitive, menjarah tanah orang…tak sedar!)
Sunday, 15 March 2015
Rintangan Pengarang
Gambar : Carian Google
Subscribe to:
Posts (Atom)