Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri.
Kata penegas 'pun' SAH dikahwinkan dengan 13 perkataan ini sahaja. Selain daripada itu, mohon difasakh, dinusyuz dan diceraikan talak 3.
Saturday, 3 October 2015
Friday, 2 October 2015
Kelas Asas Blog Penulisan
Teks : Monalita Mansor
Apa beza kelas asas blog penulisan dengan kelas bina kedai online?
Apa beza kelas asas blog penulisan dengan kelas bina kedai online?
Jawapan:
Berikut butiran kelas asas blog dan penulisan.
Berikut butiran kelas asas blog dan penulisan.
Kelas asas blog dan
penulisan
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

Daripada: pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad
Jemput sertai kami sekarang....
Thursday, 1 October 2015
Migrain Oh Migrain
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Kulit kepala rasa nak tanggal.
Biji mata kanan pedih dan sakit, macam ditarik-tarik daripada soketnya.
Permukaan kepala rasa berbukit bukau tapi lembik.
Diusik sikit pun, rasa nak menjerit serata alam.
Urat leher sudah semacam paip pvc, keras kejun.
Nampak bantal, rasa nak benam muka, tapi lena tak boleh
nampak lampu rasa nak tembak biar padam
dengar suara televisyen rasa nak sepak tv biar diam
Urat dan sendi rasa tegang macam kena palang pada tiang.
Allah Ya Allah.
Migrain sebelah kepala kanan sahaja...
azabnya berhari-hari hamba-Mu ini menanggung
Laa yusoddahu an ha wala yunzifuun
hamba baca bertalu-talu,
tapi mungkin pergantungan yakin
belum sepenuhnya
maka
kesembuhan juga tidak sepenuhnya.
ampunkan kami, Ya Allah.

Catatan 8 Soalan Analisa Protege KABPK
Assalamualaikum. Catatan daripada 8 soalan analisa oleh protege KABPK.
Teks : Siti Zaiton binti Ahmad
Nama saya Siti Zaiton binti Ahmad, seperti yang telah tercetak di dalam kad pengenalan yang kemana-mana saya bawa. Semasa di sekolah rendah kawan-kawan selalu mengejek saya dengan panggilan ‘ratu minyak’. Yelah kan Zaiton itu kedengaran macam minyak Zaiton jer. Apabila ustazah yang mengajar di kelas memberitahu yang nama Zaiton ni bagus kerana terdapat dalam Al-Quran kawan-kawan kecil saya itu mula cemburu kerana nama mereka tiada dalam Al-Quran. Apa-apa pun saya bersyukur dengan nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya.

Saya belajar cuma hingga ke tingkatan lima setakat SPM sahaja. Walaupun begitu saya pernah mengikuti kelas menaip sehingga memperolehi sijil perkeranian. Malangnya saya tidak pernah menjadi kerani mungkin sudah tersurat yang saya akan menjadi minah kilang. Walaupun cuma bekerja kilang saya memperolehi banyak pengalaman yang tersendiri. Saya belajar berdisiplin, menepati masa, mengejar sasaran dan menutamakan kualiti yang paling penting halal.Mula-mula saya rasa menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. Terpaksa bersengkang mata apabila tiba syif malam. Orang lain sedap-sedap tidur saya kena berjaga. Kalaulah saya belajar tinggi tak payah bersusah-payah seperti itu. Selepas berhenti kerja di kilang elektronik saya mengorak langkah yang lebih panjang apabila mengikut teman-teman sekampung bekerja di Seremban sebagai operator pengeluaran juga. Agaknya sudah takdir saya akan menjadi minah kilang lagi. Genap setahun bekerja di Seremban saya dilamar dan terus berhenti kerja dan mengikut suami ke Tapah Perak.
baca lanjut di blognya Tarian Jemari Ratu Minyak
Wednesday, 30 September 2015
Sinkope
Teks : Monalita Mansor
Soalan :
Salam Sejahtera.
1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'?
2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (')
3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak?
Terima kasih
Jawapan :
Salam sejahtera,
1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanyakan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.
2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan.
3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuesday, 29 September 2015
Kata Nama Khas
Teks : Monalita Mansor
Assalamualaikum. Salam Kreatif.
Bismillah.
Kata nama khas (K) merujuk kepada
orang, tempat atau benda secara khusus/khas dan spesifik.
Ia ditulis dengan huruf besar pada
awal perkataan.
Nama kita sendiri adalah nama khas
iaitu menunjukkan diri kita secara spesifik. Contoh: Monalita Mansor ialah
merujuk kepada saya yang tinggal di Petaling Jaya dan mempunyai empat orang
anak. Ia bukan merujuk kepada orang lain yang mungkin juga tinggal di Petaling
Jaya, tetapi mungkin mempunyai sepuluh orang anak.
Kesilapan biasa berlaku apabila
kekeliruan terhadap fungsi kedua-dua kata nama tersebut di dalam ayat.
*** ambil perhatian, saya mudahkan;
kata nama khas – (K) dan kata nama am – (A)
Contoh :
(a)
Ayah saya ialah seorang guru besar.
– (A)
** guru besar (A) sebab ada ramai
guru besar secara umumnya di Malaysia.
Ayah saya Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Besar. (K)
** Guru Besar (K) sebab hanya ada satu guru besar di SK Sungai Besar.
** Guru Besar (K) sebab hanya ada satu guru besar di SK Sungai Besar.
Satu/khusus/spesifik
(b)
Hantu itu menyorok di belakang
pokok sena – (A)
** ada banyak pokok sena dalam
dunia. Pokok sena di sini merujuk kepada mana-mana pokok sena yang ada. (tidak
dikhususkan)
Hantu itu menyorok di Pokok Sena –
(K)
** Pokok Sena di sini merujuk
kepada satu tempat di Kedah. Hantu itu menyorok khusus di sana. – spesifik
(c )
Dia ke pejabat menaiki bas mini.
(A)
** bas mini di sini adalah
pernyataan umum. Ada banyak bas mini di Malaysia.
Dia ke pejabat menaiki Bas Mini
Wilayah (K)
** Bas Mini Wilayah ialah merujuk
kepada sebuah bas yang spesifik, yang khas.
Untuk mengenal nama khas, nama
objek/jenama yang khas biasanya diletak selepas kata nama. Ia mesti ditulis
dengan huruf besar pada awal perkataan; contoh-
Sos Cili Faiza
Restoran Terapung Titiwangsa
Mee Segera Cintan
Hari Raya Aidil Adha
Kementerian Teknologi dan Alam
Sekitar
Untuk mengenal nama am pula,
apabila anda buang/tanggalkan nama khas di belakangnya, automatic ia akan
menjadi nama am dan ditulis dengan huruf kecil kecuali di permulaan ayat.
Contoh;
…sos cili
…restoran terapung
Mee segera
…hari raya
…kementerian
Sekian.
Monday, 28 September 2015
Cerita Abu
Teks :Monalita Mansor
Gambar : Sendiri
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Tatabahasa, kosa kata dan nahu
adalah antara perkataan yang rapat dengan penulis atau pengarang. Ilmu yang
paling asas yang perlu diketahui oleh penulis ialah tatabahasa.
Jika penulis tidak menguasai
tatabahasa, besar kemungkinan karyanya tak dapat difahami. Jika difahami, nilai
keindahan bahasanya tidak dapat menyamai nilai karya malar segar. Sebab, kalau
tatabahasa tunggang langgang, bagaimana orang nak faham?
Saya nama Abu. Emak beranakkan saya
lama dulu masa zaman proton saga baru keluar. Saya suka naik proton saga warna
merah yang nyanyi nyanyi dalam tv, proton saga proton saga kebanggaan Malaysia
Faham tak apa yang si Abu ni nak
cerita?
Sunday, 27 September 2015
Menulis Itu Proses
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Menulis itu proses berterusan.
Kemahiran mengarang itu ibarat dianugerah sebilah pisau berhulu emas yang harus
sentiasa diasah. Ia harus sentiasa tajam agar ia memudahkan tugas memotong,
membelah dan mengerat.
Filem-filem yang baik dan bermutu
dapat mengembangkan fikiran masyarakat. Tetapi tidak bermakna filem seharusnya
membebankan fikiran masyarakat dengan isu yang terlalu berat. Perlu diingat
bahawa penonton mengunjungi pawagam untuk menenangkan fikiran. Mesej yang
hendak disampaikan mestilah jelas biarpun dalam bentuk komedi, misteri atau
drama.
Fungsi Filem Dalam Masyarakat
Fungsi Filem Dalam Masyarakat
Petikan pendapat saya yang
tersiar di dalam majalah Dewan Siswa, Ogos 1991.
Subscribe to:
Posts (Atom)