Tuesday 3 September 2013

Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar:  Bidikan Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Menerima berita bahawa manuskrip diterima dan bakal terbit adalah antara saat paling indah dalam hidup seorang penulis.



Lebih-lebih lagi berita tersebut di terima pada malam sambutan ulangtahun perkahwinan dan berterusan pula menjadi hadiah hari jadi pada hari ini.

Merdeka sebuah penantian.  Terlerai semua persoalan.  Menanti kini usaha keras untuk menjual jenama sendiri dan saya akan terus menjadikan panduan-panduan daripada alumni ABDR dan tentu sekali tips-tips daripada sifu, mentor dan teman-teman sekelas untuk memacu gerak untuk berjaya.

Imej yang anda lihat adalah gurisan pertama yang menjadi titik tolak ilham yang menjadikan ia sebuah manuskrip.
Catatan Petang Hari Lahir

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung