Saturday 5 October 2013

Beberapa Tips Mengekalkan Momentum

1Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google


  1.    Membaca – Tidak kisah apa bahan bacaan, waima pembungkus tempe jika ia dapat memberikan ilmu, maka membacalah. 
2.       Catatan – sentiasa membuat catatan, sama ada menggunakan gajet atau secara manual.  Dato’ A Samad Said sentiasa membawa buku nota di dalam beg yang dibawanya ke hulu ke hilir.  Saya hanya membawa sebuah gajet yang boleh mengambil gambar dan menulis sekaligus.  Sangat bermanfaat.
3.       Bertanya – bertanya tak semestinya bertanya pada manusia.  Kemudahan ilmu dan maklumat tersedia di hujung jari.  Pertanyaan boleh dibuat dengan menelusuri Google, Wikipedia atau membaca status-status penulis terkemuka yang menjadi kawan atau yang anda ikuti di facebook, twitter dan sebagainya.
4.       Menulis – menulislah walau sebaris ayat sehari.  Ini juga pendekatan yang ditekankan di dalam mana-mana kelas menulis.  Menulis adalah proses mengasah.  Hari ini anda menulis perkataan ‘saya’, esok ‘ada’, lusa ‘kemahuan’, tulat anda sudah menyiapkan satu ayat ‘saya ada kemahuan’ bukankah itu satu proses?
5.       Jangan buang catatan pertama/awal.  Sekalipun anda menyampah tahap tenuk betina beranak sulung meroyan pada catatan itu, jangan dibuang.  Biarkan sahaja.  Datangi ia sebulan, atau setahun daripada sekarang, anda akan menjumpai ‘sesuatu’ di situ.
6.       Sentiasa menyokong penulis lain.  Novelis Haiza Najwa pernah mengingatkan, jika tidak membacapun, cukup setakat ketikan ‘like’  kerana satu ketika nanti, anda juga memerlukan ‘like’ yang sama.  Apabila anda terbaca kejayaan sahabat penulis lain, ringankan jari untuk mengetik ‘like’ ataupun taipkan tahniah.  Percayalah, dia sangat menghargainya dan dia akan melakukan perkara yang sama untuk kejayaan anda.
7.       Terima kritikan, budayawan Siti Zainon Ismail dikritik kerana menulis tidak berpandukan plot tetapi apa yang beliau lakukan?  Beliau masih berdiri sebaris dengan penulis lain, masih berkarya.  Kritikan, sama ada dengan niat menjatuhkan atau menaikkan adalah hak pengkritik sebagai imbalan kepada wang, masa dan ilmu yang mereka keluarkan.  Pengkritik boleh jadi sesiapa sahaja, pembaca, sahabat baik, musuh tak berapa ketat, bekas cikgu kita, malah orang awam juga. 
8.       Mantapkan emosi.  Jika anda Muslim sentiasa ingat bahawa apa yang berlaku adalah di dalam pengetahuan Allah juga.  Jika terguris dengan kritikan, serahkan rasa susah hati itu pada Allah.  Jika bukan Muslim, gunakan pendekatan psikologi dengan memandang positif dan mengharapkan sesuatu yang baik di sebalik apa yang berlaku. 
9.       Tetapkan genre.  Jika anda berusia 40 tahun, tentulah selera anda tidak sama dengan anak gadis berusia 20 tahun.  Tetapkan genre karya anda dan tentukan khalayak pembaca anda.  Dari situ, ilham akan bergerak dengan sendirinya setelah anda tahu matlamat anda.
10.   Elakkan menulis tema yang klise.  Sebagai contoh tema kahwin paksa.  Anda tidak digalakkan meniru tema tersebut tetapi jika anda mampu menggarap dengan teknik yang lebih bugar sehingga pembaca terasa kelainannnya, tidak ada salahnya. 


Saya memperolehi semua ini menerusi perjalanan yang panjang.  Anda boleh memperolehinya tanpa melalui perjalanan sejauh perjalanan saya.  Sertai kelas Asas Blog dan anda akan faham apa yang ingin saya sampaikan di atas sana.
PM saya untuk masuk kelas.



Adab Penarik Kereta

Teks   :   Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Bismillah.

Kadang-kadang kita gerun memikirkan kisah-kisah berdarah yang membabitkan penarik kereta dengan penyewa.  Tetapi, benarkah penarik kereta seharusnya bertubuh kekar berpakej 6 pek, bertatu, dengan muka berparut sana sini, baju singlet dan berkaca mata hitam?


Sebenarnya, Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik yang MESTI dipatuhi oleh para penarik dan sebagai perlindungan kepada penyewa.


  • Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberikan oleh syarikat kewangan MESTI ditunjukkan
  • Bilangan penarik hendaklah seminimum mungkin, kecuali keadaan yang memerlukan atau yang hendak ditarik itu excavator, bulldozer atau lori kontena
  • Premis penyewa atau penghuni mestilah dimasuki dengan IZIN bukan dengan gaya samseng atau ah long meminta hutang
  • Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak juga secara profesional (tak perlu sehingga bertuxedo bagai, tetapi biarlah sesuai dengan keterampilannya sebagai manusia)
  • Penarik DILARANG bertindak secara keras dan kasar
  • Penyewa mestilah diberi masa mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan yang akan ditarik
  • Selepas kenderaan ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis SERTA-MERTA dan membawa kenderaan tersebut ke tempat simpanan yang diarahkan oleh syarikat kewangan


**Sekiranya anda mendapati berlaku pelanggaran salah satu syarat di atas, aduan boleh dikemukakan kepada syarikat kewangan tersebut atau Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.


Apabila berblog, kita mengharapkan tulisan kita dibaca dan aliran trafik sentiasa mengalir deras bagaikan air terjun.  Anda mungkin mempunyai blog malah lebih baik daripada blog saya yang tak semenggah ini.  Tapi, bagaimana mahu menjadikan blog sentiasa dikunjungi?  

Rahsianya ada di dalam kelas Asas Blog dan Penulisan.  PM saya untuk berkongsi rahsianya sekarang.  Monalita Mansor atau e-mel monalitamansor@gmail.com

Friday 4 October 2013

Asal Datang Seorang Monalita

Teks  :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Semalam, waktu berborak-borak tentang mak cik Manja yang masih menangisi anak-anaknya, Pak Long Sayang tiba-tiba suruh saya telefon ayah.

"Jangan nak bercakap hal orang aje, tilik juga diri sendiri," katanya.

Sewaktu gagang telefon diangkat, saya dengar suara ayah perlahan.  Rupa-rupanya ayah demam.  Dah empat hari.  Malam tadi tu kira kritikal sikit sebab ayah tak makan apa-apa sejak siang.  Aduhai, sebaknya saya mendengarnya.  Nak buat macam mana ni.

Pak Long Sayang bagi isyarat, 'Sabtu kita balik kampung'.  Lalu saya khabarkan pada emak.  Ikut rancangan sebelum raya nak balik sebab nak buat korban di sini.

Pagi tadi, saya telefon, ayah dah sihat, alhamdulillah.  Dah boleh bawa motosikal ke pekan Mentakab.  Beli ubat, tapi ubatnya tercicir pulak! saya tepuk dahi.

Saya kira, ayah demam rindu.  Itu yang terbetik di dalam fikiran saya sekarang.  Dalam usia ayah sebegini, ayah tentu mahukan saya selalu dekat dengan ayah.  Saya anak manja ayah, dari kecil, tak pernah berenggang.  Pergi sekolah dengan ayah, tangkap ikan dengan ayah, sembahyang Jumaat dengan ayah, menebas dengan ayah.

Ayah tak ada anak lain.  Saya seorang, itupun anak angkat.  Ayah dengan emak ambil saya semasa dua hari saya dilahirkan.  Berbungkus dengan kain batik, kat belakang badan merah-merah kena gigit semut.  Ayah namakan saya MONALITA : mona tu nama saya, Li tu nama mak, Lijah (nama kad pengenalan : Khadijah) Ta tu nama ayah, Mokhtar (nama kad pengenalan : Mansor) opps jangan tanya kenapa saya dibintikan kepada ayah, terlalu rumit dan semoga Allah mengampunkan kami semua.  

Saya tahu saya anak angkat semasa berumur 15 tahun.  Dengar khabar angin, tapi langsung tak percaya.  Saya buat tak tahu aja.  Sampailah satu ketika emak marahkan saya dan terlepas cakap.  Hati berdebar tapi saya tetap buat tak tahu.

Kenapa?  macam mana saya nak percaya kalau ayah dan mak manjakan saya berlebih-lebihan.  Sampai dah kahwin, memasak pun tak reti! lagipun ada sekeping gambar lama mak sedang mengandung, lagilah saya tak percaya.  

Tapi, bila sampai masa saya nak kahwin, ayah dengan mak panggil, berjemban-jemban air mata mak bercerita hal yang sebenar.  Saya tak terkejut dengan perkhabaran saya sebagai anak angkat.  Tapi saya terkejut bila tahu hal-ehwal keluarga kandung saya.  Baru saya tahu, mak tak pernah memutuskan hubungan saya dengan keluarga kandung.  Selalu bawa saya jumpa nenek hanya tak beritahu status sebenar nenek saja. 
emak dengan ayah, (mak hilang penglihatan kekal sebelum sempat tengok muka Pak Long Sayang saya.)

Isu yang emak dan ayah timbulkan ialah bila saya dah kahwin, dah jumpa keluarga kandung, saya akan lupakan mereka.  Lepas kahwin, mak labelkan saya anak angkat.  Satu label yang sangat menyakitkan bagi saya.  Saya tak pernah anggap mak dengan ayah 'angkat-mengangkat'.  Bagi saya, merekalah mak dengan ayah saya dunia akhirat.  

Bila dah berkahwin, dah beranak-pinak, lagilah naluri keibuan semakin kuat, semakin saya faham perasaan emak.  Dulu saya salahkan emak dan ayah kandung, tapi sekarang, saya redha.  Saya tidak berada di tempat mereka dan saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya bukan anak luar nikah ya, surat nikah mereka ada di tangan saya, tulen!
 dari kiri ke kanan, mak sedara angkat, We yg sangat saya sayang
Kak Ngah saya, jumpa semasa mencari wali
mak sedara, Mak cik Ani juga ditemui semasa mencari wali

Moralnya, susah nak tulis.  Anda nilailah sendiri.  

Mungkin anda merasakan tidak wajar saya membuka pekung di dada.  Ini bukan pekung, ini kebahagiaan saya, yang bukan semua orang merasainya.

Kelas Asas Blog masih berjalan seperti biasa.   Biarpun Oktober sudah menjengah.  PM Monalita Mansor untuk masuk kelas. 

Kereta Kena Tarik?...Alamak!

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar :  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Biasa kita lihat kereta berselimut bagai, berbungkus bagai dilanda demam kura.  Tanpa diberitahupun kita sudah tahu alasannya.  Namun, bersangka baik, tuannya mungkin ada alasan tersendiri.  Antara alasan yang terjelma dalam kepala tentulah yang kita istilahkan lari daripada finance.

Sebenarnya, tahukah anda siapa yang boleh menarik kenderaan bermotor kita?


  1. Penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-syarikat Sewa Beli Malaysia
  2. Menunjukkan kad pengenalannya
  3. Mempunyai kad kuasa
  4. Surat arahan penarikan daripada syarikat kewangan


Kesemuanya boleh diminta oleh kita, sebagai penyewa tanpa kompromi sebelum membenarkan kenderaan kita ditarik.  

Dua kelas online ini masih terus menerima pertanyaan dan kemasukan baru pada bulan Oktober ini

1.  Kelas Asas Blog dan Penulisan
2.  Kelas Asas Blog dan Fan Page untuk bisnes

anda bila lagi?  tak salah melabur sedikit untuk menjana kewangan keluarga.  Jika anda tidak mempunyai produk, kami sediakan produk.  Anda sudah berjimat di situ.  Hubungi Monalita Mansor atau emel: monalitamansor@gmail.com untuk masuk kelas.

Thursday 3 October 2013

Daripada dan Dari kepada di dan ke

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar :

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya tahu ramai di kalangan suri rumah yang suka menulis.  Ia disebabkan oleh rangsangan hormon 'tak puas hati' membaca tulisan orang lain yang dirasakan tak cukup rencah, garam masih kat kedai di hujung kampung, gula masih kat ladang tebu, kunyit belum berkorek, serai belum bertebas.  

Maka, menulislah kita dengan penuh perasan dan perasaan di blog (sama macam saya sekarang) Tapi semasa menulis walaupun kita bertatih untuk menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) pastikan kita menggunakan tatabahasa yang betul.  Pastikan penggunaan awalan 'di' dan 'ke' digunakan pada tempatnya.


Pastikan juga kata 'dari' dan 'daripada' juga berada di tempatnya.  Maklumat lanjut mengenai apa juga masalah berkenaan bahasa, anda boleh dapati di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu

contoh 'di' dan 'ke'

'di' dan 'ke' hendaklah ditaip jarak apabila bertemu dengan kata nama (cth mana, sana, rumah, masjid)
cth  : di mana, ke mana, di sana, di rumah, ke rumah.

'di' dan 'ke' hendaklah ditaip rapat apabila bertemu dengan kata kerja (cth; masak, lempar, tulis, kata)
cth: dimasak, dilempar, dikata

contoh 'dari' dan 'daripada'

frasa 'dari' digunakan  untuk menunjukkan masa dan tempat
cth :dari sekolah, dari jam tujuh, dari bandar

frasa 'daripada' digunakan apabila menggunakan ayat menunjukkan
 a) sumber/hasil 
b) perbandingan
cth (a)  : daripada sebiji kelapa, daripada dia, 
      (b) dia lebih baik daripada saya,  daripada hidup baiklah mati.


Alhamdulillah, diharapkan entri ini memberi sedikit manfaat.  Pencerahan ini daripada blog Tetamu Senja yang menulis tentang keperluan mengetahui tatabahasa di kalangan blogger.

2 kelas masih terus berjalan;

1.  Kelas Asas Blog dan Penulisan 
2. Kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page utk mula bisnes.

Hubungi Monalita Mansor untuk maklumat lanjut.


Maaf Memaafkan

Teks    :  Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Semalam 2/10/2013 kira-kira jam 9.30 malam, melambailah Pak Lang dan Mak Lang kami bersama bondanya kepada kami, melangkah masuk ke kompleks Tabung Haji untuk memenuhi jemputan Allah untuk kali ini.

Manusia bagai dalam lautan, bersesakan menghantar tersayang masing-masing.  Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya banjir dengan air mata.  Air mata yang meninggalkan juga air mata yang ditinggalkan.  Itulah keseronokannya sebenarnya.  

Ada yang datang dari jauh, membawa bekal sebesar-besar bekas, sehinggakan saya tertegur, "nak berniaga agaknya ni."  Ada yang datang hanya bertiga, sejemaah.  Anak-anak sudah ditinggalkan di rumah bersama jiran, segalanya dikorbankan terutamanya hati untuk memenuhi jemputan mulia ini.

Ramai jemaah-jemaah muda yang sebaya saya, 18 ke atas (alahai).  Ramai juga jemaah yang uzur, yang sudah tidak terdaya mengheret beg yang berkilo-kilo beratnya.  Petugas membantu sedaya mungkin, saudara mara hanya mampu memandang dari luar pagar sahaja. 

Dalam hati, mengharapkan pemergian mereka dikurnia haji yang mabrur.  Selamat pergi.  Pulang, wallah hu alam.  Semua orang mempunyai keinginan untuk bersemadi di tanah yang sama bersemadinya kekasih Allah.  Mak Lang berkali-kali mengingatkan saya agar membuat rayuan untuk omak yang sepatutnya pergi bersama-sama mereka tahun ini.

Saya pandang wajah omak.  Sayu.  Saya tahu omak teringin sangat ke sana lagi untuk haji pula.  Saya tahu omak sudah bersedia.  InsyaAllah, omak.  Kalau diizinkan Allah, mendapat jemputan, kita pula yang akan melambai, meninggalkan tanah air selama empat puluh hari.  Besar harapan kami, Ya Allah.  

Pada yang tinggal di tanah air, doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.  Kalau suami yang ditinggalkan, ampunkan dosa isteri kalian, setiap saat, seikhlas mungkin.  Detikan rasa duka kalian nanti akan membawa dugaan maha hebat buat
mereka di sana.

Pada mak yang ditinggalkan, doakan yang baik-baik untuk anak lelaki kalian di sana.  Andai tersinggung hati oleh sebab-sebab yang telah lama berlalu, lepaskan segala rasa marah itu.  Janganlah kerana perasaan itu, anak-anak kalian terduga dengan dugaan yang tak mampu ditanggung mereka.  

Jika anda ingin mengiklan di rangkaian blog WAHM SOHO, anda boleh hubungi Monalita Mansor di facebook atau emel : monalitamansor@gmail.com dengan kadar harga serendah RM50.00

si kecil turut menghantar atok dan nenek

Ketahui Hak Sebelum Menjadi Penjamin

Teks   :   Monalita Mansor
Gambar :  Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Sering kita dimomokkan dengan trauma 'penjamin'.  Apabila penghutang melarikan diri, maka penjaminlah yang terpaksa bermain kejar-kejar dengan pemiutang.

Mari kita lihat hak-hak penjamin yang sebenar seperti yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia.


  1. Menerima satu salinan perjanjian sewa beli
  2. Menerima semua notis pembayaran yang dihantar oleh syarikat kewangan kepada peminjam/pemiutang.  SEBAB ITU, adalah penting sekiranya kita menjadi penjamin memaklumkan kepada pihak badan kewangan mengenai pertukaran alamat atau informasi lain.  Dengan itu, sebarang perbuatan curang oleh penghutang/peminjam (curang dalam erti kata enggan membayar) boleh dikesan lebih awal dan kita boleh bertindak segera.
  3. Dilepaskan daripada liabiliti (tanggungan) sebaik sahaja jumlah yang terhutang kepada syarikat kewangan dibayar sepenuhnya
  4. Mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam/penyewa/penghutang kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya membayar ansuran bulanan
  5. Menerima ganti rugi oleh peminjam/penyewa/penghutang terhadap tuntutan-tuntutan syarikat kewangan selepas anda melunaskan hutang kepada syarikat kewangan
Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan cadangan untuk penambahbaikkan blog ini.  Sebarang cadangan atau pendapat atau pertanyaan boleh diemelkan kepada: monalitamansor@gmail.com atau PM saya di facebook.

Sewaktu mula-mula mengikuti kelas Asas Blog dulu, tajuk ini diberikan kepada saya.   Panduan Kewangan Untuk Suri Rumah.  Termenung sekejap saya, ya saya memang bekerja di bank dulu, semua prosedur dan standard menyimpan yang betul pun saya tahu, tapi saya praktis mana yang perlu sahaja.

Apabila sudah lama menulis mengenai topik ini, hati sudah jatuh sayang, hingga merasakan saya patut berikan sesuatu yang bernilai kepada pembaca di luar khalayak perbankan.  Pastikan anda tahu hak-hak anda.

Kalau anda ada produk tetapi tak tahu nak mulakan di mana, anda ada dua pilihan.  Sama ada mengikuti kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page untuk bisnes, atau mendapatkan pakej pengiklanan kami.  Tawaran hebat sehingga kami boleh siapkan blog dan fan page untuk anda.

emel saya untuk keterangan lanjut di monalitamansor@gmail.com atau PM Monalita Mansor


Wednesday 2 October 2013

Menanti Jemputan

Teks   : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Hari ini hari pertama peperiksaan besar dalam hidup Anis Suraya Maznum atau Along.  Saya tak naikkan apa-apa status di facebook kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada Along.  Sebagai mak, sesiapapun yang jadi emak, tentu mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.

Tadi menemankan Affan, si bongsu bergunting rambut.  Saya tak pernah masuk ke dalam kedai gunting yang ini walaupun lokasinya memang dekat dengan rumah.  Disebabkan hari ini, abahnya bekerja, saya pula yang diheretnya masuk ke dalam kedai gunting itu.

Masuk-masuk sahaja, saya terbau satu aroma yang pernah hinggap di pembauan.  Hampir mengalir air mata saya.  Suara Lata Mageshkar juga menjadi latar bunyi dalam kedai sederhana besar ini (nampak besar sebab banyak cermin) Memang, kedai gunting ini kepunyaan warga India, jadinya memang ada bau-bauan dan juga gambar-gambar sembahan serta Sai Baba yang dipuja mereka.  

Tetapi, bau ini, bau yang sama menyodok pembauan saya tatkala menemankan pak long sayang bergunting di tanah suci tempohari.  Selepas selesai saie dan bertahallul umrah yang akhir, pak long mengajak saya ke kedai gunting di belakang hotel Thrawat Mensia, menemankannya bergunting.

Kedai guntingnya kecil saja.  Di sebelahnya ada kedai menjual sayur-sayuran.  Kedai ini milik imigran Bangladesh yang telah bermastautin di tanah berkat itu selama 20 tahun (katanya).  Soalan yang paling sinonim menujah batang hidung saya selama di sana ialah

"kat mana kenal Bangla tu?"  sambil menunjuk ke arah suami saya.  Terkebil-kebil saya dibuatnya sebelum ketawa.  Pak Long Sayang buat muka bengang.

"Dia orang Malaysialah!" kata saya.

"Oh yeke.  Saya ingat dia Bangladesh.  Sayapun hairan macam mana Bangladesh boleh kahwin dengan Malaysia punya orang cantik,"  dusyum! rasa nak tumbuk aje muka mamat Bangladesh tu (walaupun hati kembang dah mencecah bumbung atap hotel) 

* perbualan telah dialih bahasa daripada bahasa Inggeris yang tunggang langgang ke Bahasa Malaysia.

Bau-bauan ini betul-betul membakar rindu saya pada tanah suci.  Terus azam untuk kembali lagi mengukuh mengakar dalam hati.  Semoga kita semua mendapat jemputan bertawaf, bersaie di rumah Allah itu.

Kelas Asas Blog dan Penulisan akan terus berlangsung sehingga ke akhir tahun dengan yuran istimewa.  Bagi yang mahu berbisnes, boleh masuk kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page untuk mula bisnes.

Hubungi saya : monalitamansor@gmail.com atau pm Monalita Mansor di facebook


Hak-Hak Syarikat Kewangan

Teks   :   Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Barang harus diingat bahawa, kereta yang kita gunakan itu masih kereta sewa.  Maka atas tiket kereta sewa, pembiaya atau pemunyanya iaitu syarikat kewangan mempunyai hak-haknya sendiri.

Hak yang termaktub ialah:


  1. Menarik balik kenderaan bermotor/barangan apabila anda ingkar membuat ansuran bulanan
  2. Menggesa anda menginsuranskan kenderaan bermotor
  3. Mengenakan fi/caj ke atas anda bagi tujuan penguatkuasaan perjanjian SB

Apa yang akan anda pelajari di dalam Kelas asas blog dan penulisan ialah di antaranya menulis secara santai tetapi di dalam lingkungan Bahasa Melayu formal sebagai cara untuk menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog kita.

Kelas terus dibuka, segala pertanyaan PM terus Monalita Mansor di facebook atau emel monalitamansor@gmail.com

Meraikan 9 Zulhijjah.

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Aidil Adha bakal tiba.  Biasanya kita tidak teruja benar, tidak seperti menunggu Aidil Fitri.  Bagaimanapun, apa kata kita ubah sedikit tanggapan tersebut dengan mengadakan sambutan pra Aidil Adha. Sambutan pra-Aidil Adha yang saya maksudkan itu ialah puasa sunat arafah.
Pemandangan dari Puncak Jabal Rahmah


Menurut Ustazah Fadilah yang membacakan kitab Riyadhus Salihin petang Ahad lalu, antara fadilat puasa sunat Arafah ialah; diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang berbaki selagi tidak dikerjakan dosa-dosa besar.


Dalam hadis lain dikatakan sesiapa yang berbuat kebaikan pada hari tersebut, mendapat peluang pembebasan daripada azab api neraka.  Apa yang boleh kita lakukan?

1.  Berpuasa (hari tersebut jatuh pada hari Isnin)
2.  Kalau uzur - taja orang yang berpuasa
3.  Baca Al Quran sebaik sahaja Maghrib 9 Zulhijjah menjelma
4.  Perbanyakkan solat-solat sunat terutama sunat taubat
5.  Membaca doa-doa berkaitan taubat, seperti ayat penghulu istighafar dalam Al Mathurat dimulai Allahuma anta rabbi
6.  Banyakkan doa memohon dijauhi azab api neraka spt : waqina azabannar, Allah humma bariklana, juga ayat ke 16 daripada surah Ali-Imran
kemudahan hospital disediakan untuk jemaah haji


wallah hu alam

Walaupun Aidil Adha bakal menjelma dan saya juga sibuk untuk ibadat Qurban, kelas Asas Blog masih terus berjalan kerana ia tidak melibatkan ruang tempat dan ruang masa.  Apa yang anda perlukan gajet dan keinginan untuk berubah.

Hubungi Monalita Mansor di facebook atau emel : monalitamansor@gmail.com

Tuesday 1 October 2013

Tanggungjawab Penyewa

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : 

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

"Hai Cik Mon, takkanlah tanggungjawab penyewa rumah pun awak nak tulis dalam blog!"  hmm...saya terdengar monolog tu, jangan main-main ya.

"Cik Senah, saya bukan tulis fasal sewa rumah, saya tulis fasal sewa kereta!"

"Mana ada orang sewa kereta sekarang, semua orang dah mampu.  beli ajalah, Cik Mon."

"Eh...eh...Cik Senah, kereta awak pakai sekarang tu dah habis bayar ansuran ke belum?"

"Belum, tapi tak lama habislah.  Tinggal sepuluh ribu aja."

"Hah!  kereta sewalah namanya tu!"

Jadi, oleh kerana Cik Senah belum menjadi pemilik, Cik Senah bertanggungjawab sebagai PENYEWA.

Apakah tanggungjawab Cik Senah....err maksud saya penyewa.
  • tidak memindahkan nama atau menjual kenderaan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pihak syarikat kewangan
  • membayar ansuran mengikut jadual yang ditetapkan
  • memaklumkan kepada syarikat kewangan mengenai sebarang pertukaran alamat dan informasi berkaitan
  • menginsuranskan kenderaan selepas tahun pertama dan memaklumkan kepada syarikat kewangan tentang pembaharuan polisi insurans di dalam masa 14 hari sebelum tarikh luput polisi sedia ada 

Anda memikirkan bahawa kos Kelas Asas Blog ini mahal?   Jika anda fikirkan begitu, sila singkirkan tanggapan itu sekarang.  Selain daripada ilmu, masa yang fleksibel, kelas 24 jam sehari, anda mendapat 3 ebook percuma yang sangat memberi inspirasi untuk anda sebagai bekalan sebelum memulakan kelas.

Daftar sekarang dengan PM Monalita Mansor di facebook atau emel: monalitamansor@gmail.com
 

  •  

e-book RAUTAN TAKDIR

Teks   : Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian
UNTUK PEMBELIAN KLIK http://www.monalitamansor.com/


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Hari ini 1/10/2013, dengan merunduk syukur kepada Allah s.w.t dan puji-pujian terhadap junjungan kekasihnya, saya membuka hijab (semalam pun dah diketahui) memperkenalkan e-book Rautan Takdir, Kompilasi Cerpen-cerpen Selepas Pengapungan kepada anda.

Saya, penulis tua yang cuba mengorak langkah dalam dasawarsa digital menjejaki tapak guru-guru di Akademi Belajar Dari Rumah untuk menghasilkan sebuah e-book karya kreatif yang diharapkan memberi matra baru untuk pembacaan anda sekeliannya.

Mungkin, satu waktu nanti, anda akan melihat khalayak membaca menggunakan gajet dan bukan lagi buku.

Setiap 10% daripada pembelian e-book ini akan saya dermakan kepada sahabat saya, Rodiah Mohd Zin, suri rumah, untuk meringankan bebannya yang menghidap penyakit buah pinggang dan terkini komplikasi jantung. (entri berkenaan Rodiah boleh dibaca dalam Catatan Perjalanan Rentasan 4 Negeri (3))- Harga e-book ini hanya RM15.00.

Selagi hayatnya dan hayat kita ada, selagi keinginan untuk menjadi kaya ada, selagi itu marilah terus bersedekah dan berinfak.  Saya memegang catatan seorang sahabat di status FB semalam.  Kalau nak kaya, berinfaklah hari-hari.  Kalau nak senang, bersedekahlah hari-hari.  Tak perlu tunggu betul-betul kaya untuk bersedekah.  

Pelik, tapi benar.   

Kelas Asas Blog masih terus dibuka.  Ruang pengiklanan juga masih terbuka untuk anda yang mahu mengiklan.  Hubungi saya Monalita Mansor di facebook atau e-mel sahaja: monalitamansor@gmail.com

Ketahui Hak Kita

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Di dalam apa juga bidang yang kita ceburi, hatta menjadi suri rumah sekalipun, kita perlu berpijak di bumi nyata.  Kita perlu mengetahui hak kita, apa sekatan yang harus kita kenali dan hindarkan dan bilakah masa untuk bertindak seandainya hak kita dicabuli.

Siapapun anda, pasti anda pernah mendengar pergulatan di antara penulis dan penerbit mengenai KOMSAS ataupun hak cipta sebuah karya yang menjadi fenomena di pawagam satu ketika dahulu.  Anda, akan membuat pertimbangan dan pendapat sendiri berasaskan logik anda bukan.
 Tetapi, kesemuanya itu mempunyai penjelasan undang-undang dan harus diketahui secara jelas.

Dalam sesi santai bersama teman-teman sasterawan Kayvan Ahad lepas, saya berkesempatan meleraikan semua pertanyaan yang terpunduk di dalam kepala.  Kesemuanya.  Sekarang, saya sudah tahu membezakan di antara hak penerbitan dan hak cipta penulis.  

Saya juga sudah mengetahui tempoh edah sesebuah karya sebelum ia boleh dilarikan ke tempat lain untuk tujuan terbitan.  Saya juga mendapat pencerahan yang benar-benar cerah tentang royalti dan honorarium.

Saya dengan bangganya mengumumkan, alhamdulillah, saya sudah tahu hak saya.  

Kelas Asas Blog dan Penulisan tidak memperincikan hak penulis.   Tetapi ia memberi hak kepada anda sebagai manusia untuk memperolehi ilmu yang bermanfaat dan membantu meningkatkan graf ekonomi keluarga.

Anda akan belajar teknik penulisan yang betul di blog.  Anda akan diajak mencerna minda untuk menjana ilham supaya anda dapat terus menulis secara konsisten, menarik trafik dan menukarkan pembaca menjadi pelanggan.

Semuanya di kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page (Asas Bisnes).  Maklumat lanjut, hubungi Monalita Mansor di Facebook atau emel: monalitamansor@gmail.com

Monday 30 September 2013

Sibuk Sangat Agaknya Kita

Teks    :   Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.
Setiap jemaah diberikan satu juzuk seorang untuk dihabiskan.

Sepulangnya kami dari Perpustakaan Negara, jam sudah menunjuk ke angka dua.  Mak cik Yusni, jiran selang dua pintu saya sudah siap-siap mengangkat kain.

"Mak cik nak pergi dah ke?"  tanya saya.  Tanpa jawapan, dia mengangguk.  Saya memang sudah berjanji dengannya malam tadi untuk sama-sama ke majlis bacaan Yassin dan Khatam Al Quran di blok sebelah.

Janjinya jam dua, dua setengah masih lagi menongkat tiang bendera, menunggu Mak Teh, bersiap.  Inilah sahabat saya selain daripada jemaah masjid di sini.  (maaf kalau ia berbunyi riak, nauzubillah ya)  Tapi, hakikatnya saya ni introvert.  Semasa bekerja dahulu, memang saya jenis 'tak campur orang'.  Memang masuk senarai 'jiran yang sombong'
Ucapan ringkas dan aluan oleh AJK Biro Muslimat Masjid As Salam

Muka saya memang sombong, saya akui.  Muka pecah pintu, payah nak senyum.  Payah nak memulakan kata-kata, dan mudah pula putus idea bila berbicara.  Hairankan, seorang penulis boleh bersikap sebegitu.  Tapi itulah saya.  

Hari demi hari, saya berusaha memperbaiki diri, bak kata Prof Muhaya, kita adalah apa yang kita beri.  Kalau kita nak orang senyum pada kita, kita senyum dulu pada orang.  Kalau kita nak orang baik pada kita, kita yang kena buat baik pada orang.  
Kalau jumpa wajah kat tengah tu di mana-mana tegurlah, sebab saya rabun jauh...haha

Alhamdulillah, hari ini saya sudah dapat menyesuaikan diri, walaupun kawan-kawan saya berada dua takah di depan saya, peringkat mak-mak belaka, tapi saya gembira.  Lalu, dengan langkah yang saya perlahankan menuruti mereka, kami ke blok bersebelahan untuk acara seterusnya sambil menikmati bakso.  Hmmmm...sedap. 

Semenjak menjadi pelajar Akademi Bekerja dari Rumah, keyakinan diri itu semakin bertambah.  Jangan tak percaya, saya sudah berani menjual secara offline dan sudahpun mendapat untung yang pertama.  Belajar di kelas online bukan bermakna untuk kedai online sahaja.  Ilmu itu boleh dipelbagaikan sesukanya selagi difikirkan bermanfaat.

Ayuh, jangan berlengah, hubungi saya untuk daftar kelas di facebook : Monalita Mansor atau emel monalitamansor@gmail.com atau hubungi saya di Google +

Hak Sebagai Penyewa

Teks    : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Kenderaan bermotor, walau apapun jenamanya adalah HAK syarikat kewangan selagi belum langsai hutang piutang seperti yang dipersetujui oleh penyewa dan pembiaya di dalam perjanjian sewa beli.

Begitupun, digariskan hak-hak anda sebagai penyewa iaitu; 


  1.   Menerima satu salinan perjanjian jual beli yang sudah dimatikan setem
  2.   Mendapat maklumat daripada masa ke semasa mengenai akaun anda
  3.   Mendapatkan penyata baki belum jelas dalam tempoh 3 bulan sekali
  4.   Menyelesaikan kemudahan pinjaman sewa beli lebih awal, jika mampu
  5.   Menamatkan perjanjian sewa beli pada bila-bila masa

Anda baru sahaja bermula dengan bisnes online.  Anda inginkan agar produk anda diketahui umum?  Beriklan dengan kami dengan pakej serendah RM50.00.  Iklan akan disiarkan di rangkaian jaringan WAHM SOHO yang mencecah 100 blog dan semakin meningkat.

Hubungi Monalita Mansor di facebook atau boleh juga e-mel monalitamansor@gmail untuk maklumat pakej iklan kami.

Corat Coret Anjung Bestari

Teks    :  Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Sebaik tiba di tapak jualan buku @ but kereta, acara baca puisi Usman Awang sedang berlangsung.  Tergugah juga emosi, menyemarak kasih buat negara, bangsa dan agama apabila mendengar lantunan puisi-puisi yang penuh semangat oleh anak-anak muda ini, biarpun sistem bunyi sedikit bermasalah.

Di sebelah kanan pentas kecil itu, longgokan durian sudah menunggu.  Mungkin almarhum Pak Usman ini peminat durian kerana selepas itu diadakan
longgokan durian sebelum tinggal kulit
demonstrasi 'nasi durian' oleh Kak Ina (kata Hazayani, anakanda Pak Usman Awang).  Tentulah resepi itu sangat istimewa sehinggakan boleh dianggap sebagai nilai sentimental buat ahli keluarganya.  


Terdapat juga persembahan nasyid lagu Ke Makam Bonda dan Nur Kasih.  Suara adik-adik ni memang kelas tapi sayangnya sistem bunyinya yang 'berkelas-kelas' membuatkan telinga juga 'berkelas' mendengarnya.  

Selain buku, kedapatan juga produk-produk lain seperti produk tradisional, dan yang berunsur kesenian juga cenderamata dan mainan kanak-kanak.  
Demonstrasi 'nasi durian' oleh anakanda almarhum Pak Usman Awang, antara makanan
kegemaran beliau.

Secara peribadi, hari ini, 28 September 2013 adalah hari yang mengujakan buat saya dan keluarga.  Alhamdulillah.

Anda berminat untuk menjalankan bisnes dropship tetapi memerlukan dokongan jaringan yang kukuh.  Kelas Asas Blog dan Penulisan fan page untuk bisnes menyediakan segala keperluan anda.

Hubungi Monalita Mansor di facebook atau emel : monalitamansor@gmail.com
Persembahan nasyid

Keperluan Insurans Dalam Perjanjian Sewa Beli


Teks   :  Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian
Perlindungan insurans sangat diperlukan apabila berlaku kes sebegini

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.


Setahun sekali, saya atau anda akan mendengar keluhan ini,

"nak renew road tax, nak bayar insurans...."

Perlindungan insurans kenderaan bermotor di bawah nama penyewa adalah tanggungjawab SYARIKAT KEWANGAN pada tahun pertama SAHAJA.  Untuk tahun-tahun seterusnya, adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai penyewa untuk memperbaharui polisi insurans.

Jika tidak,

Syarikat kewangan akan melakukannya tetapi tetap mengenakan caj dan kos berkaitan kepada anda.  Sesalinan resit insurans akan diserahkan kepada anda.  Kebiasaannya, polisi insurans bersifat komprehensif diperlukan oleh syarikat kewangan. 

JANGAN gagal untuk memaklumkan kepada syarikat kewangan dalam masa 14 hari sebelum tarikh luput  mengenai pembaharuan polisi insurans yang anda lakukan.
Biarkan pihak insurans membantu membayar kos sebegini

Abang-abang sayang, baik juga kalau anda hadiahkan satu sesi Kelas Asas Blog dan Penulisan atau Kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page kepada kesayangan anda (isteri, sudah tentu) sebagai tanda terima kasih kerana menjadi ibu anak-anaknya, kerana menjadi isteri anda.  

Mudah-mudahan ilmu yang dijana seperti menulis secara konsisten, membuka kedai online, membina blog akan membantu menjana pendapatan keluarga, akhirnya.

Hubungi saya Monalita Mansor di facebook atau emel monalitamansor@gmail.com untuk maklumat lanjut. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung