Saturday 4 April 2015

Dialog Luar Biasa





Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Bolehkah dialog menjadikan cerita biasa menjadi luar biasa? Menurut Victoria Hanley. 2012., boleh. Ia boleh dilakukan.

Sebelum tu, boleh dikatakan dalam kehidupan seharian, dialog kadang-kadang menyampaikan maksud ‘tak sampai’ apabila kita mengutarakan sesuatu yang berbeza daripada apa yang ada dalam hati perut kita.
Susah sangat ke berdialog ni, wahai penulis?

….bersambung

Friday 3 April 2015

Masjid Imam At-Tarmizi Seri Sentosa


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Kamera Blackberry

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah. Bismillah.

Anda ingat tak lagi kisah hangat sekitar awal 2000-an tentang kepala ‘vavi’ yang dibuang di sebuah masjid di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur? Isu hangat dan sensitif itu kemudiannya berentetan dengan beberapa kes lain dan balas-membalas pulak.

Bukan itu saya nak cerita. Yang saya nak ceritakan ialah masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Imam At-Tarmizi Jalan Kelang Lama. Di masjid inilah berlangsungnya kursus haji selama 17 siri pada setiap Ahad bermula 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Lokasi tepat masjid ini ialah berhadapan dengan Giant Seri Sentosa dan berdepan juga dengan tapak pasar malam Seri Sentosa pada setiap Khamis malam Jumaat. Jadinya, kalau tengah membelek barang yang dah ditambah GST tu dan terdengar azan, bolehlah letak dulu. Bak kata iklan TM, tiada panggilan yang lebih mulia selain daripada panggilan azan.

Masjid ni besar, luas dan selesa, walaupun pandangan zahir dari luar pagar tidak begitu. Ruang solatnya mempunyai 3 lantai. Tandas dan tempat wuduk terjaga rapi dan diiktiraf dan dengan pelabelan yang rapi, saya tahu ia mempunyai sistem yang sangat sistematik.
Tandasnya terletak di sebelah kanan pintu masuk atau kalau anda masuk melalui pintu pagar berdepan dengan Giant, jalan terus dan jangan belok-belok. Jika pintu gril tandas terkunci, anda boleh masuk melalui sayap barat dan belok ke kiri.


Nanti, saya kongsi lagi lokasi dan jarak tandas masjid yang lain pula. Kenapa?

Berbanding jemaah lelaki, jemaah wanita lebih sensitif dengan keberadaan tandas, itu yang saya perhatikan. Jarak tandas dengan dewan solat pun boleh jadi isu. Maklum aje, banyak angin. Kalau jauh sangat, dalam perjalanan, ‘tangki gas’ boleh meletup! Itulah dialog yang pernah saya dengar di Masjid Negara. Bagaimana seorang jemaah wanita boleh berpatah balik, berwuduk dan bersolat di tempat lain (husnuzon) kerana tandas dan tempat wuduk Masjid Negara jauh sangat!


Lagipun, bukan senang nak bukak semula tudung yang dah dipin rapi, dipintal dipusing dan diputar berdarjah-darjah dan dah terletak elok di atas bahu tu kan…kan…? 

Thursday 2 April 2015

Pengalaman Bersama zalora.com

Teks :Monalita Mansor
Gambar : Sendiri dan portal zalora.com

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah. Bismillah.

Zalora, enam perkataan, unik dan senang disebut. Kalau letakkan sebagai nama heroin dalam novel terbaru pun boleh. Tapi kena tahanlah nanti pembaca tambah .com di belakangnya.  Sebaik sahaja pos saya yang bertajuk Koleksi Tudung Online Murah Terkini, pihak Zalora berbesar hati menghadiahkan baucer online yang berjumlah RM50.00

Teruja weh! Tak tipu. Saya dan anak-anak pun merayaulah kat portal online Zalora dan mencuci mata yang dah rambang macamlah baucer tu berjumlah RM500.00! Dah tu, dua tiga hari juga keluar masuk, keluar masuk stor online tu. Betul cakap, memang rambang mata. Jam tangan yang saya cari akhirnya saya temui, siap ada diskaun lagi. Jadinya dengan RM50.00 tu saya boleh dapat dua barangan. Berbaloi, beb.

Sebenarnya, bolehlah saya katakan stor online zalora.com ni mesra jari dan mesra mata. Pengkhususan seperti pautan untuk barangan untuk lelaki dan wanita, harga, jenama dan produk terkini sangat mudah diakses dan kalau kita tak banyak masa pun, kita boleh terus klik sahaja ke pautan yang kita nak.

Kalau ditanya pada saya, mahu berbelah-belahan (baca ‘membeli-belah’) di zalora.com , mestilah saya jawab naaakkkk. Khidmat penghantarannya pun pantas, walaupun ditulisnya dalam syarat penghantaran dalam masa 3 hari, ia sebenarnya lebih pantas daripada itu.

Tak percaya, taiplah z.a.l.o.r.a.c.o.m. la ni juga dan rasai sendiri pengalaman membeli belah yang mesra jari telunjuk, bukan jari kaki. Harganya pun, insya-Allah, berpatutan. 


Sunday 29 March 2015

Berdialog dengan Dialog


Teks; Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Saya tak paksa and baca nota saya. Nota ini adalah kependekan hasil bacaan dan kefahaman saya terhadap buku Kuasai Cerita Anda tulisan Victoria Hanley. Saya kira, ia ilmu yang bermanfaat, maka saya kongsikan di blog.

Kalau anda ingin pemahaman yang lebih, maka lebih baik anda melabur sedikit atau menjadi ahli mana-mana perpustakaan dan cari buku tersebut di perpustakaan. Insya-Allah, ilmu yang dititipkan boleh disesuaikan dengan konsep penulisan di Malaysia.

Kita akan bincangkan topik dialog pula. Dialog jika diterjemahkan ialah cakapan. Cakapan berfungsi menterjemahkan watak dan perhubungan, menambahkan ketegangan dan penting sekali menggerakkan plot.

Bahasa pertuturan adalah berbeza dengan bahasa penulisan

Tak tahu siapa yang kata, tapi ada dalam buku tu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung