Saturday 27 September 2014

Macam-Macam Ada 36 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - 15 Kata Majmuk


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Affan Bukhary Azman

15 perkataan - kata majmuk yang WAJIB dieja sebagai SATU PERKATAAN


setiausaha
pesuruhjaya
warganegara
kakitangan 
olahraga
tandatangan
beritahu
tanggungjawab
sukarela
jawatankuasa
antarabangsa
bumiputera
kerjasama
matahari 
sukarela

kopi dan pasta daripada wall facebook Aiza Zizan.

Pendaftaran sebagai drophip ABDR, Produk makanan pakej barangan puasa, raya, rumah terbuka, pakej mudah masak untuk suri, produk pakej untuk sepanjang tahun dan musim raya. DIBUKA.

Karya Novel Pertama di Portal Ilham

ketik link untuk baca : http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=3560&idc=18863
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


Manuskrip Di Pintu Thrawat Mensia ni dah lama aku tulis. Inspirasi daripada mata sedih seorang gadis cantik yang bijak yang aku kira sempurna. Salah dia, hanyalah dia anak angkat dan ibu angkat yang sangat sayangkan dia sudah tiada. Di mana dia kini? Aku simpan dia di dalam hati sebagai penguat semangat.

Sebab itulah aku tulis manuskrip ini. Bukanlah 100% betul, tapi mata sedihnya tetap aku ingat. Aku menanti jemputan hari bahagianya. 

Oh ya, aku gunakan nama pena Mona CMV setelah cubaan untuk menggunakan nama pena Acik_Cleaner_Novelis digagalkan oleh server Ilham. 


Untuk hidangan Aidil Adha
RM15/kotak
untuk hidangan 5-6 orang
perencah dan beras disediakan
Nasi Arab juga merupakan salah satu produk dropship ABDR.
Tanya kami di ABDR




Video Klip Kasih Sayang Akademi Bekerja Di Rumah


suka-suka dan untuk semua yang saya sayang.


Friday 26 September 2014

Macam-Macam Ada 35 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Slanga dan Dialek

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hari ni kome nak berceghita pase dialek. Nalar gune bahase standard hari ni, kome balik la ke pangkey jalan. Kome rasa tak lah payoh benor nak memaham bahasa Pahang ni weh. Mekala dok paham tu buat-buatlah paham nyak.


Menggunakan dialek dalam karya atau entri adalah lebih baik daripada menggunakan bahasa slanga. Sungguh. Secara peribadi saya sangat menggalakkannya. Tapi perlulah dilengkapkan dengan glosari. Slanga tu apa? 

Slanga tu bahasa harian yang tak ada dalam kamus dan tak diiktiraf dalam hukum tatabahasa. Nak aq bg cth ke beb? takyah la kot. korang pun boleh hadap kat fb. melambak tak hengat. 

Dialek tu apa? 

Dialek tu ialah bahasa harian orang tempatan (bukan  abang 'bang', abang 'myan' atau abang 'i') punya bahasa ya. Tak kisahlah datang dari Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. 

Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek 

sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur 
dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan 
dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi 
sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah 
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. 2
Dapatlah dikatakan bahawa dialek dituturkan oleh sekumpulan masyarakat 
dalam satu-satu kawasan untuk tujuan komunikasi dalam kehidupan seharian mereka. 

http://studentsrepo.um.edu.my/3408/2/BAB_1.pdf



Ingin menjana pendapatan sampingan bersama kami? Saya beritahu. 
Hubungi wahana talian di bawah.
Bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah.

Macam-Macam Ada 34 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Laras Bahasa II

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google.

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Aiwa....


sambung terus ya. Ketahui khalayak pembaca, baru tentukan laras bahasa yang hendak kita gunakan. Dari mana nak belajar laras bahasa ni ya. Saya cadangkan anda baca Mastika, ada variasi laras bahasa di dalamnya. Untuk laras bahasa sastera yang penuh hiperbola, metafora dan apa lagi entah istilahnya, anda kena rajin baca akhbar Kosmo kalau anda rasa berat a.k.a malas nak baca novel sastera. Bahasa yang wartawannya gunakan memang menarik.


Okay.






Laras bahasa remaja pop - (novel akhir remaja/awal dewasa)


Tengah hari itu aku terus lupa sekejap dengan insiden penemuan coklat di atas meja dan di bakul motosikal aku. Semuanya disebabkan teruja dengan hasil lawatan sambil berangan-angan ke premis kereta terpakai bersama Od. Bangga tahap gaban sebab jadi orang pertama tengok kereta yang akan dibeli Od.


Jah & Od_Soulmate Selamanya, Ainin Naufal, Adiwarna, Selangor




Laras bahasa remaja sastera - (novel akhir remaja/awal dewasa)


E-Jay cuba mengawal rasa ingin tahunya yang kian melimpah. Matanya tidak putus mahu melihat sekeliling, tetapi masih belum terpadam percikan hikayat cinta yang dikisahkan oleh Azhan Harith.

Mencari Locus Standi, Nisah Haron, DBP, KL





Laras bahasa sastera (novel umum/dewasa)


Di celah leher baju yang koyak - tatkala bahang kemarau tengah hari itu semakin menyengat - lelehan peluh yang membasahi muka dan lehernya mulai bertakung pada lopak sekatam jari yang terbenam antara dua tulang selangkanya. 

Kumpulan cerpen Al Kisah, Zainal Rashid Ahmad, Nusabuku Enterprise


Jadinya, sekali lagi saya kongsikan, kalau nak tahu laras bahasa apa nak guna, pastikan sasaran kita. Macam jugak lah kita menetapkan sasaran memanah atau menembak. Harus pastikan jarak dan baru kita tahu anak panah atau peluru jenis mana yang kita perlu gunakan.

Jangan jadi macam Zionis, pandang rendah pada sasaran. Apabila lawan balas habis-habisan, bersetunggang kau!


Berminat nak menyertai kami - berblog secara santai dalam jemaah yang besar (hampir 600 blog yang aktif.

Hubungi saya melalui rangkaian komunikasi di bawah. Pilih salah satu, jangan ambik semua.

GMM dan GBK - Sejarah Indah 25 September

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Ahli GMM

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.  


Bertempat di bangunan Kumpulan Media Karangkraf seramai 17 orang ahli Grup Mari Menulis diketuai oleh pengetuanya, Puan Asmah Hashim, Tok Empatnya, AD Rahman dan disertai oleh para admin, penulis dan peminat buku tegar telah berkumpul seawal jam 9.45 pagi. Ahli-ahli rombongan Cik Mah ini disertai oleh peserta sejauh daripada Kulai Johor iaitu Puan Salmah Ahmad.

Kehadiran ahli rombongan disambut mesra oleh Puan Seri Diah, Pengurus Besar Editorial Kumpulan Media Karangkraf dan editor-editor Buku Prima, Alaf 21 dan Karya Bestari. Sebaik perkenalan, ahli rombongan dibawa menghadiri taklimat ringkas mengenai Kumpulan Media Karangkraf.

Seterusnya, sebelum dibawa ke bahagian editorial Puan Asmah Hashim mewakili GMM telah menyampaikan cenderamata terima kasih kepada Puan Seri Diah. Acara wajib di setiap lokasi ialah bergambar. Tak kiralah selfie atau berjemaah-fie.

Ahli rombongan bergerak pula ke bahagian grafik sebelum dibawa ke kawasan kilang yang menyaksikan drama anak-anak ayam kehilangan ibu. Mujur juga ada Cik Ilham yang comel lote muncul menunjukkan haluan. Di kawasan kilang atau operasi ahli rombongan dapat melihat sendiri proses percetakan majalah dan akhbar dan memperlihatkan betapa koordinasi dan prosedur yang teratur menentukan kualiti akhir sesuatu produk.

Ahli rombongan kemudiannya dibawa melawat ke bahagian editorial di mana kami berpeluang bertukar-tukar pengalaman dengan editor yang bertugas dan melihat sendiri proses pengeditan mereka secara umum.

Pada akhir acara, selepas menikmati hidangan ringan - masing-masing sudah gigil lutut. Apa lagi. Shopping time! beramai-ramai membeli novel Tolong Cari Suamiku sehingga gigil tangan penulisnya menyain.

Terima kasih para ahli GMM yang turut serta. Ini bukan laporan rasmi. Ini hanya entri suka suki.

 1). Asmah Hashim
2) Nur Dila
3) Salmah Ahmad
4)Saniah Mat Sanat
5) Rahmah Mokhtar
6) Ad Rahman
7) Flora Ixora
8) Nurhidah Halun
9) Monalita Mansor
10) Pethronellà Ráimi Natágach Nàtalurp
11. Rozana Abdul Rahman
12) Siti Sab Haira Amri
13)Zu Nani
14) Zaiton Abd, Rahman
15. Azrina Nur Rusly
16)Ayahanda Chik

17) Cik Noraz Ikha






ingin menambah ilmu sebelum menapak sebagai usahawan online berjaya? Temui kami di Kelas Asas Akaun Offline anjuran Akademi Bekerja di Rumah. Maklumat lanjut sila hubungi kami.

Thursday 25 September 2014

Meladeni Kerenah Anak-Anak Bersama Natrah Mohamed

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://www.natrahmohamed.com/

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ada pulak yang tanya kenapa blog Cik Mon ni sekejap bagi tips penulisan. Sekejap kang bagi review blog orang. Blog-blog yang saya review ni adalah blog jemaah Akademik Bekerja Di Rumah, kawan-kawan. Makanya, disebabkan saya memang rajin merayau semenjak dua menjak ni, makanya saya review la sekali.

blog Natrah Mohamed ni memang blog mak-mak. Maksud mak-mak itu ialah banyak perkongsian tentang anak-anak di peringkat budak. Kalau dalam Bahasa Inggeris kan ada dibeza-bezakan tahap tumbesaran kanak-kanak kan. Baby la, infant la, toddler la. Jadinya Natrah banyak berkongsi tips-tips menangani selera anak-anak yang galak membesar ni. Bukan pasal selera aje. Asalkan melibatkan dua orang adiwiranya, semuanya dikongsi.


Blog Natrah ni Jurnal Mama...Didikan Anak-Anak di Rumah juga merupakan blog bisnes sebab Natrah adalah ejen Shaklee. Makanya, ada banyak info mengenai produk tersebut di dalam blog tersebut.


Secara keseluruhannya, blog ni menarik, cuma saya harap entri-entri blognya dijarakkan dengan perenggan. 


Teruskan Mama Nasih dan Nafiz.



Ingin mengiklankan produk anda di blog kami? Hubungi kami.

Macam-Macam Ada 33 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis - Laras Bahasa

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Cik Mon a.k.a saya a.k.a aku, memang suka membebel. Tapi hasrat suci murni hari ni tak nak membebel dalam blog. Terus sahaja kita kenali laras bahasa. 

Laras bahasa ni definisi mudahnya (ini definisi Cik Mon sendiri) rentak/lenggang/langgam/jenis/gaya bahasa yang kita gunakan dalam penulisan. Dalam penulisan non kreatif ada laras bahasa umum, bahasa saintifik/bahasa teknikal bahasa guaman dan banyak lagi. Dalam penulisan kreatif pun ada.

Sebab tu dalam entri terdahulu yang INI kita kena tahu khalayak sasaran pembaca kita. Satu petua lagi, kebiasaannya pembaca suka membaca karya yang 10 tahun terkedepan daripada umurnya. Kenapa begitu eak? Nanti Cik Mon buat kajian. 


1. Laras bahasa umum (biasa dalam novel kekeluargaan/cinta) 

Nurshila hanya memerhati. Hatinya terusik melihat Idzmir membersihkan kaca-kaca itu. Sebelum ini, belum pernah sekali pun Idzmir membersihkan rumah. Segala urusan membersih dan mengemas, semuanya terletak di bahunya. 
Suami Terhangat, Rafina Abdullah. m/s 201, EMP, Selangor.




2. Laras bahasa kanak-kanak (novel kanak-kanak)

Maqbul selalu menyebut kalimah ibu. Itulah tanda sayang. Kata orang kalau kita sayang dan rindu pada seseorang itu, namanya selalu disebut. Ia berlaku secara sengaja ataupun sebaliknya. 
Maqbul...Naik Haji, Dewi Maslehah Md Yusof. m/s 64, Pustaka Yamien Sdn Bhd, KL



3. Laras bahasa remaja pop (novel remaja/ pertengahan/akhir remaja)

Waktu inilah juga terasa mahu melenyek-lenyek Wilma sampai leper kerana telah menyusahkan hidup mereka yang dahulu sangat bahagia! Sekiranya Betty yang menjadi ketua, tentu perkara sebegini tidak akan terjadi! Ya, sekarang semuanya jadi teringatkan Betty, si gadis gigi besi yang berhati suci lagi murni. 

Nasyid vs Koir, Ain Maisarah & Eima Manan, Blink Book Sdn Bhd. Selangor

Nampak tak perbezaannya? Ada banyak lagi laras bahasa yang kita perlu kenal pasti. Saya sambung pada entri seterusnya. Sabar ya.




Akademi Bekerja di Rumah, menawarkan kelas asas blog dan penulisan, khusus untuk suri rumah yang berminat untuk bergelumang dengan dunia blog tapi tak tahu cara. Ada pakej yuran istimewa dan apa yang diajar ialah :

a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog. (macam kat atas tu, walaupun nampak macam dah sesat barat entah ke mana topiknya)
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. (kalau nak kumpul peminat, inilah masanya)
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. (fokus...bhahaha...)
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. 
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

PM untuk jawab soalan analisa dan kita sama-sama tentukan hala tuju kita. Hala tuju untuk dihubungi ada kat bawah ni. 

Wednesday 24 September 2014

Blog Hasil Keraih Tangan Cik Azue

Teks : Monalita Mansor

Gambar : http://kuazue.blogspot.com/



Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.



Hari ni saya singgah di blog Cik Azue. Blog kraf seni jahitan dan sulaman. Saya memang tabik spring Hitler dengan jemari seni macam ni. Ada ramai alumni ABDR yang berkemahiran menjahit menyulam dan segala mala aktiviti berkaitan dengan jarum ni kan. 



Cik Azue ada fan page juga iaitu Keraih Lengan Kuazue. Kalau tengok nama fan pagenya boleh diteka personaliti Cik Azue ni macam mana. Senyum saya membaca nama fan page dia tu. Ada banyak variasi produk Cik Azue ni, bantal hiasan la, bantal berkarektor la, selimut tampal cantum, tanda nama dan banyak lagi.


Bercakap pasal blog dia. Blog dia ringkas aje. Sesuai dengan status perniagaan dia. Senang nak mendapatkan maklumat. Satu hal, Cik Azue menggunakan latar putih jadinya perasaannya macam masuk rumah baru yang tenang dan lapang. Cik Azue juga minat membaca novel. Agak-agaknya Cik Azue dah baca tak Kabus Rindu?

kalau Cik Mon buat ni, mau jadi rimau akar gajah ni...





Bravo Cik Azue.

1. Kelas asas blog dan penulisan

2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes

-produk sendiri

-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
9. Beriklan dengan kami pautan 750 blog

Bagi yang mahu mencuba perniagaan dropship untuk tambah pendapatan, (sambil menambah ilmu mempelajari dunia blog untuk pemasaran) bolehlah pilih mana-mana  satu berikut yang memikat jiwa :

1. Bisnes makanan sunnah + borong runcit telekung solat
2. Bisnes makanan sunnah + projek duit raya
3. Bisnes makanan sunnah + produk islamik

Apa itu dropship ABDR?
5 langkah mudah
1. daftar
2. Blog bisnes
3. Fan page produk
4. Promo dan ambil komisyen
5. Urusan stok dan penghantaran diuruskan pasukan khas, 100 peratus online. Tidak ada COD. Tak perlu simpan stok.


copy paste dari blog Cik Azue. 

Naik Pangkat...Yahooo

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Sumber : http://hazamaharun.blogspot.com/



Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana kerja keras saya dihargai oleh pihak syarikat. Saya dinaikkan pangkat sebagai Senior Editor.


Saya tidak kisah dan terima seadanya. Saya faham, mana-mana majikan pun pasti memerlukan masa untuk menilai kemampuan dan kebolehan seseorang. Alhamdulillah, pada tahun 2013, majikan memaklumkan saya tentang kenaikan tersebut. Hanya surat pengesahan saja agak lewat diterima. Sebaik saja saya menerima surat perlantikan sebagai Senior Editor, barulah saya mempunyai mandat untuk merancang hala tuju Jabatan Bahasa Malaysia yang saya terajui. Saya mula mengemaskinikan jadual, mengurus anak-anak buah dan memantau kerja mereka. Saya berterima kasih kepada anak-anak buah saya yang begitu memahami dan sedia bekerjasama. Tanpa sokongan orang bawahan, siapalah kita? Betul tak?

baca lagi : http://hazamaharun.blogspot.com/2014/09/tugas-sebagai-senior-editor.html


Aiza Zizan adalah protege Akademi Bekerja di Rumah. Walaupun beliau bukan WAHM, beliau menyertai kami mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. 

Macam-Macam Ada 32: 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis (Jeda dan Ekspresi)

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Apakah perbezaan menonton karya adaptasi novel dengan membaca novel itu sendiri? Tok sahlah cakap jalan cerita lari-lari anak atau lari-lari bapak. Itu memang dah tak boleh dielakkan. Sebab kadangkala penulis skrip terpaksa memanipulasi bahagian naratif (bahagian yang tak ada dialog) dan menjadikannya dialog untuk digambarkan di layar kaca. 

Perbezaan satu lagi (semasa menonton) ialah kita tidak perlukan kekuatan dalaman (inner strength) daripada segi menentukan hela nafas, apabila terpaksa berhenti pada tanda koma, berjeda pada tanda noktah, menjerit/memekik pada tanda seru, bertanya pada tanda soal dan sekali lagi berjeda pada elipsis (...) 


Bayangkanlah penulis menulis sesukanya. Ayat yang tidak sepatutnya ditanya diletak tanda tanya. Ayat yang sepatutnya dijeritkan marah diletak tanda noktah. Letih nyawa tak nak membacanya?




Makanya para penulis, selepas menjadi penulis, peram karya anda barang sehari dan bertransformasi menjadi pembaca dan baca semula dialog anda dengan ekspresi sekali.



Bayangkan dialog begini dengan tanda baca yang salah;



Hei Jebat? lebih baik kau turun kalau kau tak mahu turun kau tunggu aku datang kau bukan tak tahu jebat sudah berapa lama aku tunggu..."



pembuka kata tak ada. noktah tak ada. Koma tak ada. Kata seru menjadi tanda tanya. Terganggu tak mod bacaan?



Bukankah lebih manis dibaca begini :



"Hei Jebat! Lebih baik kau turun. Kalau kau tak mahu turun, kau tunggu aku datang. Kau bukan tak tahu Jebat...sudah berapa lama aku tunggu..."

Bayangkan dialog sedih anda tulis atau baca begini:


"Apa salah saya! apa salah saya! selama ini saya setia, pernahkah awak lihat saya menduakan awak...pernah tak awak nampak saya keluar dengan orang lain inikah balasan pengorbanan saya pada awak sampai hati awak." 




Kata seruan itu mungkin boleh digunakan tetapi harus dilihat pula pada kesesuaian watak. Jika wataknya lembut dan sedang menangis dan hanya menyoal, maka lebih baik diletakkan tanda soal.  Yang lain-lain tu, anda fikirkan sendiri di mana hendak diletakkan koma, noktah dan elipsis. 



Kalau nak baca enam harakat sekaligus pun boleh juga...



mengiklankan produk anda di hampir 800 blog rangkaian Akademi Bekerja di Rumah?
Alhamdulillah. Blog ini sahaja menjana trafik mencecah 300 pengunjung sehari. Bermula dengan yuran RM50.

WA : 011 19737269
Facebook : Monalita Mansor
Fan Page  : Kafe CMV
emel          : monalitamansor@gmail.com

Tuesday 23 September 2014

Proses Kreatif Cerpenis Prolifik - Tetamu Istimewa

Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://mieadham86.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.


Secara umumnya setiap penulis melalui proses kreatif menghasilkan karya dalam konteks yang sama iaitu menulis. Namun begitu, apa yang membezakan hasil sama ada ia berkualiti atau tidak adalah takah-takah yang dilalui semasa menghasilkan karya tersebut.

Gini, sama macam kak Melah naik tangga, kak Tipah naik lif. Kak Melah naik tangga, lambat sampai, tapi sampai kat atas, kak Melah dah kurus sikit. Kak Tipah naik lif, memang cepat sampai, tapi Kak Tipah tak sempat nak bersenam bagai, nanti lif 'jammed' pulak.

Berkenalan dengan Cikgu Helmi Ahmad, cerpenis prolifik yang mula saya kenali melalui cerpen tentang kuih dangai di dalam majalah Wanita. Setakat ini, dah berkoyan-koyan cerpen ditulisnya dan banyak juga yang memenangi anugerah. Apa kata kita baca sikit proses beliau menghasilkan cerpen Bunga Telur Kenduri Kahwin sehingga boleh mencuit hati juri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobile (HSKU) 2011.

Kegigihan cikgu muda ini menulis boleh dijadikan inspirasi tak kiralah kita penulis atau tidak. Beliau seorang guru (tahu ajelah cikgu, bukan macam cikgu dolu-dolu) beliau penulis dan mungkin juga sudah berkeluarga (dah kahwin ke belum, cikgu?)  Dah tentulah istiqamah dan usaha membahagi masa tu menuntut pengorbanan, betul tak?

Oh ya, anda boleh mengunjungi Cikgu Helmi di blog Tetamu Istimewa dan boleh dapatkan kumpulan cerpen Tetamu Istimewa, karya beliau.





Nak menyertai kami di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif? Pelajar tak ramai pada satu-satu masa dan kita kongsi ilmu secara online saja. Alumni kelas ialah:
 Asmah Hashim, novelis Aku Turut Bahagia dan Tolong Cari Suami Aku. 
Aiza Zizan, editor kanan dan novelis Cinta Azelea dan kompilasi Kapsul Nurani. Nurhidah Halun, penulis e-novel Terpaksa Dipaksa yang sedang hangat di Ilham Karangkraf.
Intan Yumerza dan Nur Dila yang sedang menanti kelahiran novelet mereka.

Fragmen Mentua Aku Shogun Tokugawa

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor

Wajah Puan Saadiah terbayang di mata Eza. Wanita yang sanggup mengorbankan harta benda, masa dan dirinya sendiri untuk anak-anak gadis ‘tercalar’ sepertinya. Ketika mata dan jari lain menuding pada kesalahan dan perut mereka, Puan Saadiah tampil menghulur tangan dan senyum untuk menjadi pelindung. Memberi setidak-tidaknya secucur atap kasih sayang. Nayla diam memproses kata-kata Eza. Kebisuan untuk membantu saraf otaknya mengesani memori kepada kedua-dua kata kunci Mama dan Mawwaddah.

‘Aku ada kenal siapa-siapa yang bernama Mawwaddah ke?’ Nayla duduk menghadap Eza yang sedang memayam sebahagian daripada bawang besar di depannya. Sebelah lagi dihiris untuk dimasukkan sebagai hiasan akhir. Tiga ulas bawang putih dketuknya dengan pisau.

“Dah,” Eza menolak pengalas cincang ke depan Nayla. Muncung Nayla menghala ke arah brokoli yang diam pegun tak berusik.

“Mengada-ngada betul kau ni. Udang tu kau cuci. Aku tak nak. Nanti muntah billah kat sini.” Arah Eza.

Nayla bangun membawa udang yang masih berbungkus kemas di dalam bekas styrofoam itu ke singki. Membuang kepala dan ekor. Kulit tengah ditinggalkan. Eza selalu meninggalkan komen jika Nayla berbuat begitu. Pemalas, katanya.

“Kau ingat tak rumah perlindungan yang aku pernah tinggal sekejap tu?” terang Eza.  Nayla mula memulih ingatan.  Rumah lot tepi dua tingkat di kawasan perumahan di pinggir bandar Kajang.

“Semua yang tinggal kat situ ada masalah macam kau ke?” Nayla menenggekkan kuali. Sedikit minyak dimasukkan. Udang yang dimasukkan akan menghasilkan aroma dan airnya sendiri. Jadi tidak perlu terlalu banyak minyak.

“Kebanyakannya. Ada jugak kes dadah. Kes lari dari rumah. Sumbang mahram pun banyak…..” Eza terbersin kecil beberapa kali apabila aroma tumisan itu menyesakkan hidung. “Kecilkan sikit apilah,” arahnya tetapi melarikan diri ke ruang tamu. Nayla memasukkan udang yang dibasuh dengan air bilasan beras tadi.

Sakit sosial bukan milik mutlak remaja sahaja. Golongan berumur malahan veteran juga menjadi haruan ganas tak mengenal mangsa. Kalaupun sakit sosial ini tidak digelar masalah, ia masih cabaran buat perawatnya. Kesedaran untuk kembali kepada agama sebagai pencegah dan perawat sakit kronik ini secara mutlak berdepan dengan pro dan kontra. Remaja umpama anak pokok yang sentiasa perlukan perhatian.  Dipupuk dibelai sambil mata harus meliar bimbang haiwan liar atau tangan gatal mengetusnya membuatkan tumbesarannya terbantut.

“Kalau aku banyak duit, aku pun nak jadi macam Puan Saadiah tu. Berbakti.  Besar pengorbanan dia untuk masyarakatkan?”  Dalam-dalam Nayla memanjat doa. Berharap tindakan dia membela Eza ketika dilakukan wewenangnya oleh keluarga menjadi perintis.

“Kau bayangkan masa semua orang menghentam kau. Menyalahkan kau. Tiba-tiba bila kita datang pada dia, dia kata Allah nak uji kamu. Allah nak uji kamu kerana dia sayangkan kamu. Dalam bercinta pun, kalau nak tahu orang tu sayangkan kita atau tidak, tentu kita akan uji dia,” ujar Eza cuba mengingat kata-kata pujukan Puan Saadiah.

“Siapa yang hantar kau ke sana?” Nayla meletakkan semangkuk brokoli bersama udang yang berkuah merah jambu kerana air udang tadi.  Perbincangan mengenai perkara itu tidak pernah dibuka sebelum ini.

“Ma bagi cadangan. Mak lang yang carikan. Tu pun pasal kawan Emma tinggal kat situ.  Masa mula-mula sampai kat situ, aku memang dendam dengan semua orang. Bila aku ada masalah, semua nak lepaskan tangan. Buang aku kat situ. Ikutkan hati, aku memang tak mahu mengaku ada keluarga lagi. Masa baik kita ditatang. Masa jahat kita dibuang…” Eza menyambung lagi selepas berjeda.

Stigma negatif masih memerangkap minda masyarakat. Yang jahat harus disingkirkan dari bercampur yang baik bimbang berjangkit. Walhal sepatutnya yang bermajoriti baik harus memulihkan yang jahat sambil berjaga-jaga.  Barulah unsur positif meresapi yang jahat dan mengubahnya sedikit demi sedikit.

“Ibu kau tak cakap apa-apa? Eh! mak lang kan kat Mekah bersama aku?”

“Ibu tak benarkan. Abah pun tak bagi. Tapi ma berkeras nak aku pergi, dia telefon mak lang di Mekah.  Kau tahulah ma. Takut orang kata. Takut orang ni kata.”


Monday 22 September 2014

Malas Mandi

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

apakah

 malas mandi 

itu

merupakan
umbi
kepada semua
KEMALASAN
di dalam kehidupan kita?





malas kerja atau rasa malas nak bekerja disebabkan sebab-sebab teknikal? Atau rasa malas sebab hidup macam tak berubah? Mulakan langkah pertama mengubah diri dengan menyertai kami di Akademi Bekerja di Rumah.

Hubungi saya. 

Promosi Akhir September

Teks : Kelas Online Urus Akaun

Bengkel Offline Asas Akaun

Tarikh: 27 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Yuran hanya RM199 seorang
RM350 pendaftaran 2 orang

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftaran, klik terus ke pautan
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html


atau hubungi:

WA/SMS : 011 19737269
Facebook : Monalita Mansor
Fan Page : Kafe CMV
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung