Friday 27 September 2013

Meneruskan Niat

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Maaf, hari ini agak lewat berpencak di gelanggang blog kerana sedaya upaya menyiapkan tugasan linguistik yang jika difikirkan sekali lalu, sesuatu yang tidak logik untuk dikaji.  Bagaimanapun, itulah indahnya bahasa.  Alat wacana merapatkan saf manusia juga dengan penciptanya.  

Sedikit titipan daripada entri sewa beli, kita teruskan.  Apabila sudah menetapkan matlamat untuk mendapatkan kenderaan baru (tidur malam tak boleh lelap, guling sini nampak tayar, guling sana nampak stereng) kita haruslah mengetahui dengan siapa kita berurusan.

Perjanjian sewa beli boleh dibuat dengan dua cara;

1.  Syarikat kewangan - 
Kita sepatutnya menerima penyata kewangan bertulis yang dikenali sebagai Jadual 1 (First Schedule).

2.  Pengedar kenderaan
Kita sepatutnya ditunjukkan dokumen tambahan selain daripada Jadual 1 iaitu Jadual Kedua Bahagian 2 yang memberitahu penglibatan pihak pengedar kenderaan sebagai salah satu pihak di dalam perjanjian tersebut.  Jadual ini mesti ditandatangani oleh pengedar SELEPAS anda menerima Bahagian 1 Jadual Kedua.

Biarpun September sudah hampir ke hujungnya, Kelas Asas Blog semakin hangat menerima kedatangan pelajar baru.  Kami juga mengalu-alukan anda sebagai pelajar baru.  Bermula sekarang dengan yuran serendah sehelai tudung berjenama yang bertingkat-tingkat dengan model yang berwajah ayu , disertakan dengan e-book percuma.  TIGA bukan SATU.

Hubungi Monalita Mansor di facebook atau monalitamansor@gmail.com

Thursday 26 September 2013

Sewa Beli - Pesanan BNM

Teks    :  Monalita Mansor
Gambar:  Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Nota pesanan daripada Bank Negara Malaysia yang dicatatkan dalam buku kecil Info Perbankan - Sewa Beli.

Dari Sudut Kemampuan.

Selepas berniat untuk membeli kenderaan baru dan bermotor (kalau beli kereta sorong, sendiri mahu ingatlah!) PASTIKAN

1.  Mampukah kita?
2.  Bayaran ansuran pinjaman sedia ada TIDAK melebihi 33%.
3.  Ada peruntukan untuk insurans dan cukai jalan
4.  Tabung persediaan penalti

Jika kesemua elemen di atas dapat anda penuhi, nah, kutiplah brosur di semua kedai jualan kereta idaman anda.

Anak Lelaki Semua Tak Guna! - Kisah Benar

Teks  : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Whoops! jangan tersentap dengan pernyataan di atas.  Bukan saya yang keluarkan.  Bukan!

Pernyataan ini lahir daripada mulut seorang ibu beranak lima yang tinggal sebaris dengan rumah saya.  Bukan seorang ibu yang tinggal di ceruk kampung hutan 'berdau' (sebut dalam slanga Temerloh).  Dia tinggal di sebuah rumah pangsa di Petaling Utama di sebuah bandar bernama Petaling Jaya!

Acik Manja, saya gelarkan dia di sini.  Semua warga tua saya panggil acik, kecuali mak mentua (nak nahas?)
Dia mengeluh, anaknya bukan tinggal jauh sangat, seorang di Seri Manja seorang lagi di Taman Medan.  Selain tu, tak adalah dia beritahu.  (sila semak google map jika nak tahu lokasi ketiga-tiga tempat ni)

Katanya, sakit pening tanggung sendiri.  Menjenguk mak memang payah.  Raya pun gosok-gosok punggung kat sofa, lepas tu balik.  Sudahlah gitu, telefonpun susah.

"Acik ni, ke dapur bawak telefon, ke depan bawak telefon, nak tidur letak telefon tepi bantal, takut anak telefon, mak cik tak dengar.  tak ada!  tak ada!  ada masanya acik rasa nak baling telefon tu ke bawah,  tapi lepas tu fikir pulak, kalau mati anak aku, macam mana mereka nak bagi tahu kalau aku campak telefon ni." berair mata Acik Manja.  Saya beritahu hati, sekejap lagi saya nak balik telefon mak!

"Orang tua bukannya nak apa.  Bukannya nak duit.  Acik tak pernah minta duit diorang.  Tapi apa salahnya awak sebagai anak, datang sini, bawaklah nasi lemak sebungkus dua, campak kat mak?  susah sangat ke?"

"Anak perempuan, walau macam manapun, tetap ingat mak.  anak lelaki?"  acik manja mencebik sambil menggeleng.

baca catatan ini sebagai anak, ibu, menantu ya.  jangan kita cungkil apa salah ibu ini ketika mendidik anak dulu sehingga anak jadi begini.  Beritahu diri kita, kuatkan hati,  kita perlu didik diri, anak, mak, suami.  LELAKI SEKARANG PERLUKAN WANITA SEKUAT KITA.

Ya, wanita kuat perlukan ilmu. 

Kelas Asas Blog dan Penulisan menyediakan ilmu setidak-tidaknya untuk
menulis dan menyampaikan perkongsian secara berhikmah, mencipta pengikut dan menukarkannya menjadi pelanggan.

Hubungi saya sekarang.  


Akta Sewa Beli 1967

Teks   :  Monalita Mansor

Gambar : Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Transaksi-transaksi yang melibatkan sewa beli kenderaan atau barangan adalah di bawah seliaan Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli)

Kesemua butir-butir mengenai hak di sisi undang-undang, tanggungjawab dan tugas penyewa dan pembiaya boleh diteliti di dalam akta ini.  

Takrifan barangan pengguna di dalam Akta Sewa beli 1967



Akta Sewa Beli 1967 tertakluk di bawah kuasa kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 

Untuk sesiapa juga anda yang ingin memulakan bisnes online, anda boleh sertai kami sebagai langkah permulaan sebelum memacu lebih laju menyertai kelas-kelas yang memakan ribuan ringgit hasil titik peluh anda.  

Mana tahu, manfaat meminima modal, anda mendapat hasil maksima?  sertai kami di Akademi Bekerja dari Rumah. 

PM Monalita Mansor @ emel monalitamansor@gmail.com.

Santak dan Suntuk

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar :Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Hari ini matlamat saya nak menulis sehingga 20 entri, boleh ke, sebelum 12 malam ni?  Hari ini genap sebulan saya bersama Kelas Asas Blog di bawah pimpinan Cikgu Aishah dan Cikgu Masayu.  Alhamdulillah, semoga rezeki kita semua bertambah.
tak boleh enlarge nanti nampak jeragat!

Minggu ni minggu santak bagi saya.  Saya perlu siapkan empat tugasan ilmiah yang perlukan rujukan dan sedikit pembacaan.  Syukur kerana kita hidup di kalangan manusia.  Manusia, makhluk istimewa yang dikurniakan akal untuk membantu manusia lain.  Dengan akal manusia, terbinanya sistem laman maya yang juga perlukan akal untuk mengimbangi keperluan hak dan batil.

Saya membuat rujukan di Google, ke perpustakaan mencari bahan, majalah-majalah lama di perpustakaan saya minta izin, angkut semuanya bawa balik.  Saya masih harus memberi tumpuan kepada kedai online saya, Mundam Ilmu yang baru beroperasi.  Saya harus menekuni manuskrip terbaru dengan tekad satu bab satu hari untuk capai masa satu manuskrip tiga bulan.  Tugasan rumahtangga, ya semestinya.  Apa lagi? oh ya saya menjadi ejen offline tudung labuh.  Seronoknya apabila dapat untung untuk kali pertama.


Ini antara masalah saya dulu, alhamdulillah, sekarang sudah selesai sejak menjadi pelajar kelas Asas Blog dan Penulisan.  Anda juga boleh.  PM saya sekarang : Monalita Mansor atau emel monalitamansor@gmail.com


g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.


MASAYU AHMAD, Pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah

Wednesday 25 September 2013

Ulasan Cerpen dari Seorang Suri rumah - Nayagi

Teks    :  Monalita MansorGambar  : Koleksi Persendirian 



Petikan Ulasan Cerpen Nayagi

Kesedihan Madhavi kerana dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak disukainya juga meresap memberikan simpati dalam jiwa. Saya suka latar cerita yang berunsur klasik dan tradisional. Sedikit sebanyak saya memperolehi pengetahuan tentang sosio-budaya kaum India – seperti adat perkahwinan – secara lebih dekat walaupun kerap menonton filem Tamil.
 
[Monalita Mansor seorang suri rumah dan penulis sepenuh masa. Beliau tinggal di Petaling Jaya dan karya-karya beliau sering menghiasi halaman akhbar dan majalah tempatan. Selain aktif menyertai aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Monalita juga terlibat sebagai Editor Bersekutu dalam menjayakan penerbitan kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam (2013).]
 


Baca betul-betul ya SURI RUMAH.  Anda juga boleh dengan menyertai pasukan Akademi Bekerja dari Rumah kami. 

Bertindak sekarang - PM saya di facebook Monalita Mansor atau e-mel ke monalitamansor@gmail.com

Sewa Beli atau Sewa Pakai?

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google dan Koleksi Peribadi




"Kereta sapa ni, Cik Pah?"

"Eh, kereta anak akulah.  Kereta siapa lagi.  Bayar muka sepuluh ribu.  Bulan-bulan bayar tujuh ratus dekat bank,"  Cik Pah memuncung.  Ingat anak aku ni sengkek sangat.  Hah, ambik kau!


"Ooo.  anak akupun dah tempah kat kedai kereta.  Minggu depan baru keluar.  Tapi tak adalah mahal benor macam kereta anak kau,"  Cik Temah merendahkan suara.  Cik Tipah Lenggang, kalau bercakap mana mahu mengorek tanah, sentiasa mendudu ke atas, menikam langit.  

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Pernah mendengar perbualan di atas?  Biasa kan?  

Kita biasanya akan mendakwa kereta yang kita beli itu kereta saya atau kereta kami.  Tapi kalau kereta itu kereta kita atau kereta kami, kenapa selepas 21 hari jika bank tidak menerima pembayaran, surat cinta yang manis bahasanya akan kita terima dengan ugutan manis juga bahawa kereta kita akan ditarik?

Sebenarnya istilah yang patut kita sinonimkan dengan situasi di atas ialah kereta sewa beli kita.  (Berjelalah pulak nak menyebutnya, Cik Mon oii!) Ini adalah kerana, selagi belum selesai pembayaran bulanan di dalam tempoh perjanjian kita dengan bank, maka selama itulah kereta itu adalah hak milik BANK.

Apa yang berlaku di antara kita dengan bank ialah pembiayaan SEWA BELI kenderaan.  Sewa beli dari segi istilahnya ialah aktiviti menyewa barangan dengan opsyen untuk membeli barangan tersebut.  Kita adalah PENYEWA dan bank adalah PEMBIAYA.  

Hak milik hanya akan ditukarkan kepada PENYEWA apabila semua ansuran dijelaskan kepada PEMBIAYA.  BAGAIMANAPUN, selama kita menyewa kenderaan tersebut, kita bebas untuk membawa pulang dan menggunakannya, sesukanya.

Selain daripada kereta, barangan keperluan rumah,  kenderaan bermotor, barangan keperluan peribadi juga termasuk di bawah kategori sewa beli apabila anda berhutang dengan bank/syarikat untuk mendapatkannya.
Ferrari Rasulullah S.A.W, kata seorang ustaz.

petikan status facebook pengasas Akademi Belajar dari Rumah, Puan Masayu Ahmad

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah 
satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.


Nak berniaga dengan modal seciput sebuah periuk nasi elektrik 3 put susu 500 gm?  Hubungi saya Monalita Mansor di facebook Monalita Mansor atau e-mel monalitamansor@gmail.com


Jalan-jalan Buang Rajuk di Pasar Pagi Taman Medan.

Teks  : Monalita MansorGambar : Koleksi Peribadi dan Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  
Zaman anak dara, tunggu bas di seberang jalan, depan kem ni

Hujung minggu hari tu, rancangan asalnya mahu menjejak tanah Kg Desa Bakti, Mentakab.  (bersebelahan kem Askar markas merchandise 7 Renjer, Batu 5)   Tapi, terbatal dengan alasan bapak supirnya kepenatan sebab sehari sebelumnya berada di tempat kerja, melanyak kerja lebih masa. 

Dengan muncung panjang sedepa, dipujuknya saya untuk ke Pasar Pagi Taman Medan.  Saya, kalau disebut nama tempat ni, jika mengantuk insyaAllah, segar bugar biji mata.  Kenapa?  teruskan membaca.
Gerai Mee Rebus Batu Gajah, Pak Usup

Pada pendapat saya pasar ini tiada bezanya dengan pasar-pasar sehenti lain di Malaysia.  Segala macam produk kampung, separa kampung, separa bandar dan produk bandar ada dijual di sini.  Bak kata budak-budak sekarang "mak ayah aja tak ada jual".  Tetapi, ada tapinya, kalau Pekan Sehari Temerloh di sepanjang Sungai Pahang itu menjanjikan kemeriahan aneka produk tradisional seperti tikar mengkuang, ayam kampung, udang galah Sg. Pahang dan patin liar, pasar ini ada istimewanya bagi saya.

Sarapan kami ialah mee rebus Pak Usup.  Gerainya kecil.  Restoran besarnya ada di Jalan PJS 2D/1 Taman Medan.  Sambil bersarapan, suara Ustaz Azhar Idrus berkumandang.  Saya tak nafikan, ada saingan daripada suara Tegar dan lagu dangdutnya, tetapi ceramah-ceramah santai UAI lebih menguasai suasana.
ada P.A. system juga musolla  (bangunan kontena ni - pasar ni dibuka dari Sabtu sampai malam Ahad)

Hari ini, beliau membicara topik Bismillah.  Pengertian Bis : dengan, mi : nama  dan  illah : Allah.  Kita mengucapkannya selalu, tetapi setiap kali mengucapkannya adakah ia sekadar mainan bibir atau resapan panjang menyalur ke hati sebagai tanda syukur, kita dihidupkan lagi hari ini.  

Sayup-sayup kedengaran pula lagu Panggilan Haji.  Spontan saya teringatkan Mak Lang yang mendapat panggilan Tabung Haji beberapa hari lepas. Beliau, suami dan bondanya akan berangkat ke Mekah 2 Oktober ini. (ingat tak mak lang dalam entri 'Redha Suami' saya yang lepas?, yang tak boleh buat umrah sebab lupa mintak maaf pada suami?) ternyata kesabarannya diuji bulan 4 semasa berumrah dulu berbaloi.  Allah menjemputnya lagi.  

Seterusnya, tibalah ke destinasi yang ditunggu-tunggu oleh saya dan anak-anak.  Gerai buku terpakai.  Inilah destinasi yang saya tidak pernah tinggalkan kalau ke pasar ini.  Jika tidak membelipun, saya tetap menggatalkan tangan untuk membelek buku-buku dan majalah-majalah terpakai.  
Cukuplah untuk hari ini, dua lagi tu anak punya.

Hari ini, saya mendapat dua buah buku karya Norhayati Berahim, Egois dan Dendam Yang Terlerai.   Cukuplah dua dulu.  Kalau ada novel Danielle Steel, insyaAllah tak saya lepaskan.  Tapi tak kelihatan pula di dalam kotak di belakang van pemilik gerai tu.

Kawan-kawan yang mahu mencari buku-buku terpakai dengan harga yang murah, jemputlah ke Pasar Pagi Taman Medan.  Berhampiran PJCC, lokasi pejabat urusan Metrowealth atau MIG milik David Teo.  

Jika ingin menjana pendapatan awal, seterusnya memacu sehingga ke tahap maksimum, tetapi tidak jelas dengan produk dan bisnes, boleh berdaftar dengan kelas Asas blog dan penulisan fan page untuk bisnes.

Kelas 24/7, masih terus dibuka.  Boleh juga hubungi Monalita Mansor di facebook untuk mendaftar.   


Tuesday 24 September 2013

Idaman dan Kesempatan

Teks  :  Monalita Mansor

Gambar : Carian Google



ini bukan Blade ye, ini bapa tiri dia, Hyosung

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Agak-agak, apa dibuat dek big bike ni dalam entri saya petang ni.  Tak ada apa-apa pun.  Cuma nak berkongsi perasaan teruja.  Ternampak dua bikers di lampu isyarat tempohari.  Mengenderai jentera yang kalau dimelayukan ialah  'pisau tajam' menderum membelah jalan raya.  Teruja saya dengan suami.  Dulu, dia sempat menggunakan bike setakat 150 cc saja.  Jadinya pengalaman jadi bikers tu segar jugalah dalam ingatan.

Dalam pada tu, minda ni sedang mengacau dodol cerita yang tak masak-masak.  Kacau dan terus kacau, bila bikers tu lalu aja, berdesup!  saya mendapat sedikit lagi rencah.  Alhamdulillah, dalam suasana tak terduga beginipun masih dikurniakan ilham.

Balik, saya terus bertemujanji dengan Pak Ngah Google, mencari sedikit maklumat mengenai jentera berharga lebih kurang sebuah Perodua Kancil ni.  Saya sudah menyimpannya dalam dokumen, siap menunggu untuk diproses apabila tiba bab yang sesuai.

Begitulah proses saya menulis.  Tidak semestinya apa yang melintas itu akan digunakan terus.  Kepala akan merangka jalan cerita sedikit demi sedikit dan input-input dari masa ke semasa saya kemas kini di mana sahaja.  Di dalam BB, di dalam pen drive, kadang-kadang pada kertas surat khabar dan boleh jadi juga belakang buku yang tercapai dek tangan, kertas tisu, apa sahaja. 

Hanya, pada plastik pembungkus belum dicuba lagi.  Tak dapat mencatat, saya bercakap seorang diri dulu.  Begitulah prosesnya, lebih kurang. 

Wallah hu alam.
Ini pesaing 'Blade', Kawasaki Ninja 250cc, harganya lebih 'terangkat' dan lebih diyakini sebab jenamanya.


Anda tidak perlu melalui semua ini jika menyertai kelas Asas blog dan Penulisan.  Platform dan panduan disediakan.  Jika anda minat berbisnes atau mempunyai kemahiran, kami akan gilap selepas analisa soalan sebelum masuk kelas.

Hubungi saya, Monalita Mansor di facebook atau emel: monalitamansor@gmail.com

Catatan Pengalaman Rentasan 4 Negeri (7)

Teks   :  Monalita Mansor

Gambar: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Ini adalah koleksi catatan terakhir perjalanan saya bersama keluarga daripada Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan masuk ke Selangor semula.  

Jam 10.00 malam, kami tiba di Kg Sekolah, Behrang.  Badan memang sudah penat, tidak terkatakan.  Apatah lagi melalui perjalanan bengkang bengkok turun ke Tapah yang menakutkan. Allah sahaja yang tahu.

Sesampainya kami, semuanya bertumpu ke meja makan.  Sebekas besar ayam, daging dan udang dimasak secara barbeque sudah terhidang.  Alhamdulillah, masih lagi dikurnia rezeki buat kami.  Maka beradaplah kami sekeluarga beramai-ramai menikmati rezeki.

Ini rumah adik ipar kelima saya.  Kalau berkelapangan, kami adik beradik akan turun dan berkampung di Behrang sambil berbarbaque, acara tak rasmi yang memang tertulis di dalam kepala.  Tambahan pula ipar biras keempat saya sedang belajar di UPSI secara separuh masa, jadi kami memang selalu menziarahinya.

Biras saya suri rumah.  Tetapi, dia juga menoreh getah.  Dalam banyak-banyak biras saya, dialah biras paling lasak dan serba boleh.  Ke kebun, ke dapur, ke tengah, insyaAllah.  Gambar yang saya rakamkan ini ialah kawasan sempit di tepi rumahnya.  


Anda boleh bayangkan sendiri, jika ruang sesempit ini dapat diisinya dengan tumbuhan sebegini.

Begitulah kami, adik beradik.  Dengan kebolehan dan keupayaan tersendiri, masing-masing melengkapi.

TAMAT.

Kelas Asas Blog dan Penulisan sebenarnya dapat mencungkil bakat penulisan anda.  Bakat ditambah istiqamah menulis, pasti membuahkan hasil.  Mana tahu sebenarnya anda bakal novelis tersohor tanah air satu ketika nanti.

Hubungi saya, Monalita Mansor di FB atau monalitamansor@gmail.com untuk keterangan lanjut.


Monday 23 September 2013

Berhati-hati Dengan E-mel

Teks      :  Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian

Setelah hampir sebulan bergendang di sini, memberi panduan kewangan, hari ini saya diuji secara live.

Sebentar tadi, saya mendapat e-mel daripada sebuah bank yang mengatakan penyata akaun secara online sudah tersedia dan saya boleh mendapatkannya percuma di link yang diberikan.

Kepala saya bergendang dengan pertanyaan, saya tidak pernah membuka akaun dengan bank tersebut, kenapa pula saya harus mendapatkan penyata?

Jika anda perhatikan alamat e-mel dalam bulatan merah, untuk kakitangan bank, kebiasaannya alamat akan menggunakan nama sebenar seperti contoh : monalita@bank.com bukannya nama pendek.

**Bulatan merah yang kedua, inclust.com adalah laman 'web hosting' dan adalah tidak logik bank menggunakan laman web luar untuk menguruskan laman mereka.

Apa yang saya lakukan ialah


  1. Menghubungi talian khidmat pelanggan bank tersebut - seboleh-bolehnya cari di Telekom Malaysia, dail 103 untuk bantuan operator.
  2. Minta sedikit maklumat berkenaan 'akaun' kita di bank tersebut 
Setelah pasti dengan maklumat tersebut, barulah saya memberitahu berkenaan e-mel tersebut.  Pegawai Perhubungan Pelanggan Bank tersebut, Cik Naziatul menerangkan bahawa memang terdapat sindiket mencuri maklumat pelanggan bank tersebut yang sedang berleluasa sekarang.  
beza antara www.rhb.com (kiri) dgn yang diklik dari link e-mel.  Sangat minima.


Pengguna yang merupakan pelanggan bank tersebut, dinasihatkan tidak mengklik link dan menggunakan laman tersebut.  Menurutnya, semua maklumat pelanggan akan distor ke tempat lain dan apa-apa juga baki di dalam akaun tersebut akan disapu bersih.

**Pastikan anda mencatatkan nama pegawai yang memberi maklumat serta masa perbualan untuk setiap pertanyaan melalui telefon sebegini.


Ingin sekali saya membaca catatan pengalaman anda selepas mengikuti kelas Asas Blog dan Penulisan di Akademi Bekerja dari Rumah.  Daftar sekarang untuk mendapatkan e-book berharga RM125.00 percuma.

Tiga buah e-book ini menjadi milik anda sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar
1. Super WAHM, Super Mom
2. Kelas Asas Blog
3.Panduan Mula Bisnes Butik Online dan Offline

PM saya di facebook Monalita Mansor untuk analisa dan terus masuk kelas.







Senarai Semak Kewangan

Teks     : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google dan Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga


Berikut saya perturunkan senarai semak sebagai panduan untuk kewangan yang lebih teratur.  Mungkin tidak semuanya kita amalkan, tetapi setidak-tidaknya kita mendapat suluhan daripada senarai semak ini untuk memperbaiki kekurangan pengurusan kewangan rumahtangga kita.  

  • Lakukan perbincangan dengan pasangan dan ahli keluarga mengenai kewangan keluarga.  Libatkan si kecil yang mungkin mempunyai keperluan yang mendesak, tetapi kita terlepas pandang.
  • Penyediaan bajet bulanan dan tahunan
  • Rekodkan perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan
  • Mengetahui kedudukan kewangan semasa keluarga seperti; aliran wang tunai, nisbah kemewahan, nisbah hutang dan nilai aset bersih
  • Pastikan instrumen kewangan kita PATUH SYARIAH (bagi yang Muslim)
  • Mulakan penyediaan tabung kecemasan yang bersamaan dengan nilai enam bulan gaji (ini ingatan paling berharga buat anda yang merancang untuk berhenti kerja)
  • Dapatkan pelan perlindungan pendapatan
  • Mulakan tabungan untuk fardhu haji.  Mendaftar sekarang sebagai langkah menguatkan tekad untuk istiqamah menyimpan.
  • Menyediakan tabung pendidikan anak-anak.  
  • Memiliki pelan perlindungan hospital dan perubatan
  • Menyediakan perancangan penyelesaian hutang
  • Menyedia dan memulakan pelan tabungan persaraan (selain sedia ada)
  • Menyedia dan memulakan pelan pelaburan ukhrawi seperti zakat, infak, sedekah dan wakaf
  • Memulakan sumbangan bulanan ehsan ibu bapa
  • Menyediakan pelan perancangan perwarisan harta.
  • Muhasabah perbelanjaan bulanan
  • Penyimpanan rekod untuk data penting seperti daftar harta dan hutang
  • Memiliki sistem fail yang teratur berkaitan penyata akaun simpanan, pelaburan, Tabung Haji dan KWSP, salinan geran tanah, rumah dan kenderaan, dokumen berkaitan perjanjian pinjaman yang berkaitan, wasiat takaful dan cukai pendapatan.
 Senarai yang panjang ini sekadar senarai, bukan wajib jika kita tidak berkemampuan untuk melunasinya.  Tetapi, untuk beberapa senarai yang saya warnakan, saya rasakan itu memerlukan tindakan segera.  


titipan pencerahan Hj Mahdzir Md Isa, Jejak RM, Majalah Solusi No. 44



ketiga-tiga e-book di bawah adalah percuma sekiranya anda mendaftar untuk masuk kelas Asas Blog dan Penulisan sekarang.  PM saya di https://www.facebook.com/affanazman





Catatan Rentasan 4 Negeri (6)

Teks     : Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Apa berita buruknya?  Kami menjejak tanah Brinchang pada jam 5.00 petang.  Alhamdulillah, dapat memarkir betul-betul di depan Masjid Kayangan Brinchang bertentangan dengan Balai Bomba Brinchang.  Menyesal kerana asyik terlepas beberapa buah masjid kerana asyik ternganga melihat keindahan alam.

Ipar saya memberitahu yang 'klach' keretanya sudah haus dan seluruh isi kereta harus dipindahkan ke kereta lain.
 "Habis, tak boleh jalan ke?"  risau juga kami dibuatnya.
  "Boleh, tapi perlahan-lahanlah,"  katanya.

Terurai sedikit kerisauan kami.  Kami meneruskan operasi menghabiskan duit di Pasar Malam Brinchang.  Lokasi pasar malam itu di atas bukit dan betul-betul di simpang tiga.  Memang tak strategik.

Di sini, produk tanah tinggi ini dijual dengan harga yang lebih murah.  Maka, sakanlah kami memborong strawberi, tomato, jagung dan sayur-sayuran.  Strawberi bersalut coklat idaman anak-anak, dijual dengan banyaknya.

Oh! ya sebenarnya kami tidak menginap di sana kerana kesemuanya sudah 'fully booked'.  Tambahan pula ini percutian keluarga yang tidak dirancang asalnya.  Selepas Maghrib, kami bercadang untuk turun menggunakan laluan Tapah.

Usai membeli-belah, angin malam tanah tinggi menyapa pipi.  Sejuknya tak terkatakan.  Air di pili masjid bagaikan air botol yang disimpan di dalam peti sejuk.  Sebelum azan Maghrib, saya bawa anak-anak beriktikaf di masjid, alhamdulillah kerana cuaca di luar tidak memungkinkan ketahanan diri kami yang sensitif ni.
Penasyid Ya Hanana yang 'happening' dari kiri Affan Bukhary, Ilhan Naufal (belakang) Alif Haiqal, Danish Naquiddin (depan, tak ikut serta) Afiq Haiqal dan kanan sekali Iffan Naufal

8.00 malam, kami bergerak meninggalkan Cameron Highland melalui laluan Tapah yang saya kira sangat mencabar liku-liku lurah dan gaungnya.  Bersama-sama penasyid Ya Hanana kami, kami berselawat, berdoa memohon perlindungan Allah.

Entri seterusnya,
tiba di Behrang.

Sunday 22 September 2013

Beberapa Jawapan Yang Perlu Anda Tahu


Teks     :   Monalita Mansor
Gambar :  Koleksi Persendirian


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Pernahkah anda mengalami situasi ini.

Anda menerima sekeping cek daripada pelanggan anda.  Pada muka cek tersebut tertulis nama anda dan nombor kad pengenalan.  Di ruangan berhampiran perintah berpalang 'Account Payee Only' terdapat tanda tangan pengeluar cek.  Lalu anda ke bank, kerana cek itu adalah cek terbuka dan boleh ditunaikan.

Anda mara ke kaunter dan mengunjukkan kad pengenalan.  Juruwang akan memberitahu yang anda akan dicaj caj perkhidmatan kerana menunaikan cek ini.  Anda akan bertanya berapa dan kenapa.

Inilah jawapannya.

1. Untuk mengurangkan risiko kerugian seperti rompakan, kecurian dan penipuan yang melibatkan cek terbuka.

2.  Caj dikenakan untuk TIDAK menggalakan transaksi menunaikan cek terbuka

3.  Untuk menggalakkan pengguna beralih ke kaedah pembayaran alternatif seperti internet, ATM, perbankan telefon, pindahan wang GIRO.

4.  Untuk melindungi kepentingan pengguna.

Pihak bank tidak boleh menghalang pengguna daripada melakukan sesuatu transaksi selagi tidak menyalahi peraturan.  Bagaimanapun, mereka berhak menasihati atau memberi alternatif kepada pengguna dengan cara mereka sendiri sebagai langkah melindungi kepentingan bersama.  

Catatan Perjalanan Rentasan 4 Negeri (5)

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum Dan Salam Serumahtangga.

Saya namakan entri ini di bawah catatan harian, tapi nampaknya mengambil masa berhari-hari.  Perjalanan sebenar sudah berlalu minggu lepas.  Tetapi terasa rugi untuk meninggalkan waima senipis kulit bawang, pengalaman perjalanan bersama keluarga ini begitu sahaja.  Biar ia tercatat di sini.

3.40 petang, kenderaan memenuhi sepanjang lereng mendaki meninggalkan Ringlet.  Dalam perjalanan ke Ringlet tadi, terpana saya dengan kehebatan teknologi manusia.  Memanipulasi alam, menukarkannya menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada manusia.  Sayur dan bunga-bungaan.

Dua keluarga turun, menyinggah di Cameron Valley Tea House.  Hentian tepi ladang teh milik kumpulan Bharatt yang mengambil alih Pusat Penyelidikan Pertanian di Cameron Highland pada tahun 1952 apabila diterajui oleh Brijikishore Agarwal.

nampak topi tu, masih ada harga di tanah tinggi ni...
 Benarlah firman Allah, sesungguhnya kejadian langit dan bumi itu adalah sebagai bukti kekuasaan-Nya.
Siapakah yang mencipta lereng berbukit yang boleh menumbuhkan hasil, di bawahnya mengalir air terjun seputih salju.  Beriring kabus tipis sejuk memeluk setiap tubuh yang terpaku pada indahnya bumi Tuhan. 

Kami tidak berlama, memandangkan usia ahli rombongan yang kesemuanya masih sukar dikawal.    Saya akui, melancong sambil beranak kecil, memerlukan kekuatan mental dan fizikal. 

4.00 petang, melewati pekan Tanah Rata,  pesta 'bau hangit' sudah bermula.  Kenderaan merangkak umpama siput kekenyangan.  Bau 'klach' hangit menerawang di udara.  Sesudah terbabas ke depan sedikit, kami membelok semula untuk ke Healthy Strawberry Park.

Di sini, ladang strawberi petik sendiri (tapi saya tak nampak sesiapapun memetiknya) bunga-bungaan dan anak-anak pokok yang sesuai boleh dilihat secara dekat.  Saya, sekadar melihat sahaja.  Tidak teruja membelipun.  Hanya menikmati sebatang ais krim Malaysia berperisa strawberi. 

si kecil, Airiel Haiqal di depan dan Nayli Ellyani di belakang.
Kami meneruskan perjalanan ke Brinchang dan mendapat satu berita mencemaskan.  Berita apa?  tunggu.
akhirnya berjaya mengambil gambar paku gajah seperti dalam buku teks sekolah dulu.











Pekan Tanah Rata

'Pesta' hampir bermula

rekabentuk kolonial yang memaksa kita tak boleh melupakan sejarah


deretan kedai di Healthy Strawbery Farm

merah-merah, mencekik darah!








kabus yang bakal sirna sedikit masa lagi, dikaburi bukit gondol

"let's rock!"

http://bharattea.com.my/bharat3/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung