Saturday 14 March 2015

Pitching Lari



Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
 
Di dalam bab 5 : Kuasai Penulisan Anda, Victoria Hanley menulis tentang suara penulis. Okay, orang yang tak boleh bersuara pun boleh jadi penulis. Ini bukan isu suara zahir. Ini suara batin.  Maksudnya, cara gaya penulis menyampaikan idea mereka melalui gaya tulisan, termasuk gaya bahasa, pemilihan diksi dan gaya ayat. Setiap penulis mempunyai suara tersendiri, sama ada suara garau, lemah lembut atau kasar dalam karyanya.

Dalam kepala Zaili sudah sampai ke puncak bulan angan-angannya. Wah, kalau kena gayanya…memang boleh makan besar! Kalau pandai mengambil peluang, bijak atur strategi, cari penulis yang bagus, buat kerjasama, memang meletup! Royalty boleh buat makan anak cucu! Sabirah sendiri sudah terbayang mukanya menghiasi akhbar. Tak mainlah berita penyendal yang tahap panjang sejengkal. Paling koman satu muka surat! Apa barang gambar hitam putih! Mestilah halaman berwarna! Publisiti mesti gempak, baru nama meletup.

Cinta Hilang Kata, Lily Haslina Nasir

Perhatikan babak yang sama tetapi ditulis semula dengan gaya ‘biasa-biasa’ tanpa humor dan daya tarikan – (daya tarikan di sini bermaksud, tiada gaya bahasa dan kekreatifan)

Zaili sudah berangan-angan tinggi. Dia mulai merancang apa yang hendak dilakukannya. Sabirah juga begitu. Dia sudah merasakan betapa gembiranya apabila wajahnya keluar surat khabar. Setidak-tidaknya gambar berwarna satu muka surat dengan publisiti yang menarik.

Jadi, anda harus kenali suara anda dan gilap sebaik mungkin. Jangan sampai ‘pitching’ lari dan audiens pun lari….sudah

Friday 13 March 2015

Koleksi Tudung Online Murah Terkini



 

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Ehsan Zalora 

Secara jujurnya, saya memang tabik spring kepada pemakai shawl dan hijabista yang boleh pakai tudung yang cantik-cantik, melilit,berpusing dan paling terbaik, mengekalkan kedudukan tudung tu macam tu sampai ke sudah. Saya masih simpan kekaguman tu. Nak-nak pulak sekarang macam-macam stail dan gaya yang suatu ketika dulu tak pernah saya fikirkan akan menjadi #trending di laman sosial.

Ia, fenomena umpama cendawan selepas hujan, dan pemakainya pulak boleh dikatakan semua kategori umur, selagi sesuai dengan bentuk muka dan ‘masuk gaya’, belasahlah! Eh! Jangan tak tahu, tudung yang berpadanan, akan mengubah bentuk muka tau.  Dalam kata panjangnya, ia boleh menutup kekurangan dan menambah keyakinan pemakai.

Selagi tak terlanjur sampai tabarruj, pakailah. Itu memang keperluan muslimah untuk menutup aurat kan. Lagipun, kita pun berhak bergaya seadanya selagi memenuhi syariat.  Satu hal, untuk semua hijabista, sekarang anda berpeluang menyarung ke kepala (bukan badan) tudung rekaan pereka fesyen tersohor Malaysia seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini.

Segalanya hanya memerlukan ketikan pertama di pautan ini dan anda sedang mengembara ke gedung tudung murah, terkini dengan pelbagai variasi warna, stail, reka bentuk. Pilih sahaja di Koleksi tudung online murah terkini

Simpan payung Che tipah! Hari panas ni, shopping online saja.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung