Tuesday 3 September 2013

Menabung LPI untuk sebuah note book

Teks     :  Monalita Mansor
Gambar:  Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

LPI atau caj lambat bayar atau apa juga istilah yang sedang kita bincangkan adalah merujuk kepada pinjaman kenderaan dan peribadi.  Pengiraan LPI untuk pinjaman perumahan adalah berbeza dan lebih rumit.

Sekarang, kita teruskan dengan janji saya.  Mengira LPI supaya anda ada wang berlebihan untuk membeli note book baru mahupun gelang emas rekaan terbaru.

Formulanya adalah seperti berikut:

Ansuran x LPI (dinyatakan di dalam surat perjanjian) / 365 hari = jumlah caj lewat bayar untuk sehari.
Katakan ansuran bulanan anda berjumlah RM5000.00.  LPI : 3% setahun @ 0.25% sebulan.  'Due date' : 1/1/2013

RM5000.00 x  3% / 365 = RM0.41 (lebih kurang)  sehari.
Katakan anda melunaskan ansuran pada 5/1/2013.
RM0.41 x 4 hari = ?
Katakan tempoh pinjaman anda adalah selama 5 tahun dan sepanjang tempoh itu anda tidak pernah gagal membayar lewat.  Anda darablah jumlah caj lewat setiap bulan dengan 60 bulan.  Secara rambang, agaknya berapa ekor ayam yang boleh dibeli dan diberi makan kepada anak-anak daripada menyumbang ke dalam 'tabung riba'?

Catatan Selepas Hujan Petang di PJ

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung