Teks : Monalita Mansor
Assalamualaikum, salam serumahtangga.
Opss, jangan stress dengan tajuk di atas. Saya tak akan bersama anda untuk memandu anda bagaimana mengira peratusan wang yang nak disimpan setiap bulan.
Saya juga tak akan memeningkan kepala anda dengan fakta-fakta teknikal mengenai instrumen pelaburan terbaik untuk masa depan anda dan keluarga.
Saya bukanlah pakar untuk memberikan anda pro dan kontra menabung atau tidak menabung.
Saya, suri rumahtangga seperti anda. Apa yang anda ada, saya ada. Apa yang anda tiada, saya juga tiada.
Sebagai permulaan, biar kita meterai ukhwah ini dengan memperkenalkan diri. Saya, seperti di atas seorang suri rumahtangga juga penulis sepenuh masa. Lowong waktu senggang saya terisi dengan menghasilkan cerpen dan beberapa manuskrip novel yang masih dalam penilaian. Cerpen-cerpen nukilan boleh dibaa di dalam majalah-majalah tempatan juga di dada e-penulisan.
Saya menjunjung mahkota suri rumah sebaik sahaja pencen awal sebagai eksekutif perhubungan pelanggan di sebuah bank yang antara terbanyak cawangannya di Malaysia. Istilah biasa-biasanya 'pegawai bank!' Ruginya! komen semua orang kepada saya. Sekilas pandang memang rugi. Malah hanya selepas setahun baru saya khabarkan kepada bonda tentang hal ini.
Mak mana yang tak sedih? "Elok-elok kerja, kau berhenti. Cukup makan ke nanti? Kau duduk kat KL tu, emak ayah aja yang tak kena beli." Rasanya itu bukan pendapat emak saya saja. Itu juga pendapat emak-emak generasi pra-merdeka.
Nanti, kita telusuri bersama, rugi atau tidaknya.
Saya memang taksub dengan penulisan dan buku. Anda tentu tak percaya, rumah saya hanya ada kerusi plastik dan dua buah rak buku yang nak roboh, selain almari sudut menyimpan cenderamata sebagai menghargai pencapaian cemerlang anak-anak. Jangan kesiankan saya. Saya senang begitu. Rumah saya dipenuhi dengan buku dan bau buku. Obsesi, itulah istilah paling tepat buat saya.
Apa kaitan buku dengan suri rumah? Besar. Jangan tipu saya dengan alasan tak ada masa nak baca buku. Saya tak percaya. Macam mana dengan buku yang diturunkan patah-patah katanya dari langit? Al Quran? Tak baca juga ke? takkan....
Buku berkaitan dengan ilmu dan ilmu itu semakin banyak digali, semakin banyak yang kita tak tahu. Nantikan entri seterusnya, kita membaca anekdot dan pengalaman berkaitan dunia kewangan yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan.
Catatan Lepas Balik dari Pasar.
Menarik..
ReplyDelete